The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Travel Magazine in Green Pink White Young & Dynamic Style

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuhada, 2023-12-02 04:10:47

Travel Magazine in Green Pink White Young & Dynamic Style

Travel Magazine in Green Pink White Young & Dynamic Style

FAKTOR DAN KESAN JIKA PERPADUAN KAUM SEPERTI TELUR DIHUJUNG TANDUK ADAKAH SETIAP KAUM MEMBENCI KAUM YANG LAIN? MENGAPA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK? MPU21023 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Untuk mengetahui isu yang terjadi di Malaysia sila rujuk muka surat 5 BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA KERJASAMA ANTARA RAKYAT AKAN MENGERATKAN HUBUNGAN BAGAIMANA TERJADINYA ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA?


MENARIK EDISI KALI INI 1 Prakata 2 Sidang Ridaksi 2 ISI KA N D U N G A N 3 Pengenalan 4 Peristiwa 13 Mei 5 Soal Selidik Berdasarkan Undian di media sosial 6 Faktor atau Punca 7 Kesan 8 Langkah-langkah memupuk semangat perpaduan 10 Pendapat 11 Petikan berkaitan perpaduan 12 Kebebasan beragama di Malaysia 13 Sabda Rasulullah SAW 14 Dasar Perpaduan Negara Mampu atasi isu perkauman 15 Kesimpulan 16 Galeri Album 17 Sumber Rujukan 9 Konsep


PENGHARGAAN AHLI KUMPULAN YANG MENJAYAKAN E-FOLIO INI ADALAH TERDIRI DARIPADA 2 ORANG PELAJAR YANG DIBIMBING OLEH USTAZ IRUWAN BIN IDRIS. Assalammualaikum diucapkan sebagai pembuka kata dalam tugasan E-Folio tentang “ Perpaduan kaum di Malaysia bagai telur dihujung tanduk “. Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kehadrat ilahi, dengan berkat dan keizinannya, kami dapat menyiapkan tugasan E-Folio ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada ustaz Iruwan bin Idris atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyelesaikan tugasan ini serta bimbingan untuk menjayakan EFolio ini. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah atas kemudahan yang diberikan kepada kami, akses Wifi serta buku-buku rujukan yang telah diberikan. Hal ini amatlah memudahkan urusan kami untuk menjayakan E-Folio ini. 3 Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan yang sudi membantu dan memberi komitmen dan masa yang sudi diluangkan dalam menyiapkan tugasan ini. Kerjasama yang diberikan amatlah memberi impak yang besar sepanjang proses penyiapan E-Folio. Akhir sekali, kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami dan juga pihak yang secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama kepada kami ketika menyiapkan tugasan ini. Kami memohon maaf jika terdapat kesilapan atau kekurangan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.


Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang diperolehi atau disiarkan dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat izin daripada penerbit. Ilustrasi : Sumber Internet Diterbitkan oleh : Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, 09000 Kulim, Kedah POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, SESI 1 : 2023/2024 Ridaksi SIDANG 4 HJ MOHD RUZI BIN HAMZAH Data - dalam - Penerbitan HAK CIPTA TERPELIHARA PENGARAH PENAUNG PENASIHAT PENGARANG GRAFIK & EDITOR USTAZ IRUWAN BIN IDRIS PENSYARAH PUTRI AFNI IRDAMIA BINTI ABD HAMID 16DKM21F1019 SITI NOR SYUHADA BINTI SHARUDDIN 16DKM21F1008


Mengikut takrifan, perpaduan ialah komuniti yang rapat dengan pelbagai latar belakang kaum dan budaya yang sengaja dibentuk untum mencapai matlamat yang serius dan bersama.Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan setiap anggota masyarakat dan negara secara keseluruhannya melalui ideologi negara. Hal ini kerana, setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka. Malaysia adalah antara negara dimana rakyat berbilang kaum boleh hidup bersama secara aman. Kumpulan kaum utama Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Sekiranya pihak tertentu terus bersikap perkauman dan meburukkan lagi masalah diskriminasi kaum di Malaysia, perpaduan tidak akan tercapai. SUMBER : BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK – MAKSUD PERIBAHASA. (2023). MAKSUDPERIBAHASA.COM. HTTPS://MAKSUDPERIBAHASA.COM/BAGAI-TELUR-DI-HUJUNG-TANDUK/ PENGENALAN TAHUKAH ANDA ? Terdapat beberapa lagi perumpamaan yang sinonim dengan bagai telur dihujung tanduk iaitu bergantung di hujung kuku dan retak menanti belah Perpaduan kaum di Malaysia merupakan isu yang sering dikaitkan dengan satu perumpamaan Bahasa Melayu iaitu bagai telur dihujung tanduk. Perumpamaan ini diktarifkan sebagai berada dalam keadaan bahaya ataupun serba sulit. Merujuk kepada perpaduan kaum di Malaysia, dapat digambarkan bahawa perpaduan kaum di negara ini berada dalam keadaan berbahaya. 5


UALA LUMPUR - Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. "Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa," katanya kepada Bernama. Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu. PERISTIWA 13 MEI PENGAJARAN PERLUNYA MASYARAKAT BERSATU PADU 6 "Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik," tambahnya. agaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain. K B Sumber: BERNAMA. (2019, May 12). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu. Sinar Harian; Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/peristiwa13-mei-pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu


SOAL SELIDIK BERDASARKAN UNDIAN DI MEDIA SOSIAL WHATSAPP 7 INSTAGRAM


Faktor yang pertama ialah sistem pendidikan yang berasingan. Faktor ketiga ialah perbezaan nilai antara etnik Tiga kumpulan etnik utama yang membentuk rakyat Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Setiap kumpulan mempunyai sistem pendidikan dan bahasa ibunda sendiri. Ini membahagikan murid berdasarkan bahasa ibunda mereka pada masa yang sama. Sebagai contoh, pendidikan di sekolah kebangsaan akan dijalankan dalam bahasa Melayu. Faktor kedua ialah keadaan politik di negara kita. SUMBER : Unknown. (2023, November 18). KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA. Retrieved November 18, 2023, from Blogspot.com website: https://perpaduandimalaysia.blogspot.com/2016/10/konsep-perpaduan-dimalaysia.html Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perpaduan kaum di Malaysia bagai telur dihujung tanduk. Antaranya ialah : Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan, dan bahasa masing-masing. Akibatnya, setiap kaum akan membangunkan ciri-ciri yang akhirnya membentuk identiti mereka. Kebimbangannya ialah sama ada, jika pengenalan mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan keselamatan negara akan terancam.Akibatnya, setiap kumpulan etnik cuba membuat keputusan yang meminimumkan interaksi antara satu sama lain. Kesan perpecahan kaum semakin meluas.Ahli etnik akan memilih rakan atau rakan sekerja daripada etnik yang sama. Mereka mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dan menerima pelbagai tradisi etnik kerana mereka percaya ia tidak akan membantu mereka dalam kehidupan seharian mereka. FAKTOR/PUNCA 8 Ahli politik sering menjadikan bahasa, budaya, agama, rakyat, dan ekonomi sebagai masalah untuk matlamat tertentu. Taktik ahli politik dalam perkara halus ini akan memberi pengaruh buruk kepada orang ramai. Setiap kaum akan memperjuangkan hak mereka demi mencapai kesaksamaan. Parti politik tertentu, misalnya, bertujuan untuk mengeksploitasi keadaan untuk menimbulkan rasa kurang senang dalam masyarakat dan mempromosikan propaganda perkauman.


FAKTOR Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan menyatukan hati kita, kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, ekonominya bagus dan boleh menarik pelabur asing. Konsep 1Malaysia yang berteraskan prinsip “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” juga menjelaskan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama bagi menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran agar negara kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Secara umum, sentimen diskriminasi dan rasa tidak senang. Perasaan antara pelbagai bangsa di sesebuah negara bukanlah sesuatu yang asing. Kebimbangannya, bagaimana kita boleh menangani perkara ini dengan penuh tanggungjawab agar kita dapat meluahkan perasaan tanpa menggugat keamanan dan keharmonian negara? Pakar akademik menggunakan istilah "kesepaduan sosial" untuk menggambarkan pengalaman Malaysia dengan hubungan etnik mulai 13 Mei 1969. Sehingga kini, masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman, stabil, dan harmoni hasil daripada perjanjian sosial yang telah lama terjalin. Kehadiran kesepaduan sosial tidak bermakna tiada perpecahan atau perselisihan dalam sesebuah komuniti. Perbezaan dan konflik berterusan kerana ia melibatkan interaksi sosial dari pelbagai asal usul dan pendidikan. Pada hakikatnya, kesepaduan sosial dan integrasi nasional telah menjadi prasyarat untuk menempa laluan kemuncak kepada objektif utama kesatuan. 9 TAHUKAH ANDA ? Dalam psikologi sosial, stereotaip ialah kepercayaanumum tentang kategori orangtertentu. Ia adalah jangkaanyang mungkin ada pada setiaporang dalam kumpulan tertent


Mengikut undang-undang, semua orang Melayu Malaysia yang beragama Islam. Majoriti orang Cina Malaysia mengamalkan Buddhisme Mahayana atau agama tradisional Cina (seperti Taoisme, Konfusianisme, pemujaan nenek moyang, atau mazhab yang lebih baru). Menurut data Banci 2010, 83.6% daripada etnik Malaysia beragama Buddha, dengan sejumlah besar penganut Taoisme (3.4%) dan Kristian (11.1%). Sebenarnya, kerana ramai individu mengamalkan agama Buddha dan agama lain, peratusan pengamal agama Cina mungkin lebih besar. Majoriti Bumiputera bukan Melayu (46.5%) menganut agama Kristian, dengan 40.4% mengenal pasti sebagai Islam. Walaupun agama Kristian telah menurun sedikit di Semenanjung Malaysia, beberapa suku kaum pribumi di Malaysia Timur telah memeluk agama Kristian. 10 KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA SUMBER : to, C. (2017, October 28). Agama di Malaysia. Retrieved November 18, 2023, from Wikipedia.org website: https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia


Kesan sekiranya perpaduan kaum di Malaysia bagai telur dihujung tanduk Kesan pertama ialah keharmonian negara akan terjejas. Ini akan mengakibatkan pertembungan atau pertelingkahan antara kaum. Pelabur akan mengambil berat tentang keadaan semasa.Jika sesebuah negara itu kucar-kacir, pelabur asing akan mengambil berat tentang modal mereka serta keselamatan operasi mereka di negara tersebut. Kesan kedua ialah pembangunan ekonomi tidak stabil. Pertumbuhan dan kemajuan negara akan menjadi perlahan akibat kehidupan rakyat terganggu oleh kenaikan harga komoditi secara mendatar dan kemunduran teknikal akibat kekurangan input modal daripada pelabur tempatan atau antarabangsa.Malah, disebabkan kekurangan prospek pekerjaan, taraf hidup penduduk akan menjadi miskin. Akibat peristiwa sebegini, perpaduan rakyat menjadi komponen penting dalam penjanaan ekonomi negara. Kesan ketiga ialah dapat menjejaskan imej negara. Negara yang tidak aman akan menjadi isu perbincangan global. Imej negara terjejas, dan isu itu bertambah buruk apabila kita dinafikan peluang untuk bekerjasama dengan negara kaya yang lain.Negara yang mengalami pergolakan kaum akan mundur, manakala negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan terus makmur. Tanpa keselamatan, adalah mustahil untuk negara mencapai sesuatu yang patut dibanggakan atau menarik perhatian negara lain. TAHUKAH ANDA ? Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. 11 KESAN


Pada pendapat saya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya, tradisi dan kepercayaan. Walaupun terdapat inisiatif untuk membina keharmonian antara kaum yang berbeza, terdapat juga halangan yang perlu diatasi. Perbezaan budaya, agama, ekonomi, dan politik boleh menjadi punca perselisihan antara pelbagai kumpulan. Kebimbangan perbezaan kaum ini, seperti telur di hujung tanduk, memerlukan pertimbangan dan penjelasan yang teliti agar tidak memburukkan lagi permusuhan. Usaha untuk menggalakkan persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati di kalangan kumpulan yang berbeza adalah penting untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus kukuh. Walau bagaimanapun, dongeng ini menunjukkan bahawa, walaupun keadaan berbahaya, masih ada potensi untuk menyelesaikan kebimbangan perpaduan kaum dengan berhemah. dan kesabaran. Matlamatnya ialah dengan usaha gabungan semua pihak, cabaran perpaduan kaum dapat ditangani demi kepentingan keamanan dan keharmonian negara. 12 PENDAPAT Pada pendapat saya, perpaduan kaum Malaysia adalah asas kepada keamanan, kesejahteraan dan identiti negara. Keutuhan perpaduan ini amat penting kerana ia menunjukkan kekuatan bersama dalam pelbagai cara. Pertama sekali, perpaduan adalah penting untuk pertumbuhan sosial dan pendidikan. Akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang sosial menjadi lebih saksama dalam masyarakat bersatu. Ini mewujudkan peluang untuk meminimumkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi, meletakkan asas yang stabil untuk pertumbuhan negara. Malaysia boleh mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah negara yang kuat, stabil dan berdaya saing dengan memupuk keharmonian sosial. Usaha bersama dari semua bidang kehidupan untuk menghargai kepelbagaian, membangunkan toleransi, dan menggalakkan persefahaman di kalangan kumpulan adalah penting untuk kemakmuran jangka panjang negara.


SUMBER : TheInspirasi. (2022, September 13). 9 Kaedah Memupuk Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia. Retrieved November 18, 2023, from The Inspirasi website: https://theinspirasi.my/perpaduan-rakyat-malaysia/ 13 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGATPERPADUAN


HAH ALAM – Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tepat pada masanya dan amat relevan ketika isu perpaduan di negara kini diibaratkan ‘seperti api dalam sekam’. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, meskipun Malaysia berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum sejak merdeka, namun masih terdapat sisi yang perlu diberi penekanan melalui dasar tersebut. Menurutnya, masalah politik yang berasakan perkauman, masalah diskriminasi kaum yang masih berlaku mampu menjadi pencetus kepada masalah yang lebih besar. “Walaupun tidak ramai yang ingin membahaskannya secara terbuka tetapi mereka simpan dalam hati dengan rasa tak puas hati. “Ia seperti api dalam sekam... cuma ia boleh dikawal. Namun kita bimbang jika satu hari nanti ia akan meletup. “Jadi dasar ini sangat relevan demi meningkatkan perpaduan itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. DASAR PERPADUAN NEGARA MAMPU ATASI ISU PERKAUMAN eliau berkata, penekanan terhadap konsep perpaduan berlandaskan Perlembagaan juga penting dan perlu difahami serta dihayati dengan baik oleh semua kaum. Katanya, dalam Perlembagaan sendiri jelas bahawa kedudukan setiap bangsa itu dijaga. Perkara 3, Perkara 8 dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan perlu difahami. Jika kita boleh amalkan ini, kita seharusnya boleh elakkan daripada salah faham hubungan antara kaum dan agama,” katanya. Pada masa sama, Saifuddin berkata, pendekatan toleransi antara kaum juga wajar diubah kepada pendekatan ‘menyukai’ bagi meningkatkan penerimaan dan kesediaan masyarakat untuk hidup bersama dengan aman. Katanya, ia juga perlu disokong melalui perkaraperkara yang boleh diamalkan bersama khususnya penekanan terhadap kegiatan sukan. “Tiada aktiviti yang semua rakyat Malaysia suka seperti suka sukan sama ada dia bermain atau dia menonton. Tiada peristiwa yang satu Malaysia boleh duduk diam depan televisyen dan masa itu dia lupa dia Melayu, Cina atau India. S B SUMBER : to, C. (2017, October 28). Agama di Malaysia. Retrieved November 18, 2023, from Wikipedia.org website: https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia 14


“... Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseruseru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja.” Sasterawan Negara, Usman Awang PERPADUAN UMMAH PERPADUAN ISLAM PERPADUAN MANUSIA 15 “ Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia, demikianlah kesannya perpaduan” Tun Dr Mahathir Mohamad “Tidak ada maknanya kekayaan, kemajuan dan kemakmuran jika rakyat berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.” Tun Hussein Onn, 1979 “Sebaik-baik tempat hubungan antara kaum itu dapat dijalinkan adalah di alam persekolahan.” ― Sultan Nazrin Shah “tak mampukah lagi kita simpankan suara, hulurkan tangan, gantikan tembok dengan jambatan?” ― T. Alias Taib, Seberkas Kunci ““Kita serumpun bertanam buluh. Buluh akan patah, diserbu ribut, jika hidup sebatang. Di belakang kita masih ada seribu rebung, Kelak, semuanya boleh menjunjung langit. (Ekspresionisme di Sibolangit)” ― Rosli K. Matari, Matahari Itu Jauh


SUMBER : MOHAMAD, Z. (2023, May 30). #25 Memaknai Perpaduan Nasional - ZULKIFLI ALBAKRI. Retrieved November 18, 2023, from ZULKIFLI AL-BAKRI website: https://zulkiflialbakri.com/25-memaknai-perpaduannasional/#:~:text=Maksudnya%3A%20%E2%80%9CSesungguhnya%20tangan%20Allah%20bersama, (kelompok%20umat%20Islam).%E2%80%9D&text=Hadith%20ini%20menjadi%20pengajaran%20tenta ng%20bahaya%20perpecahan%20dan%20perlunya%20menjaga%20kesatuan. 16 Larangan berpecah belah disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Arfajah bin Shuraih bahawa ِإَّن َجَماَعِة َف ْل ِإَّن َيَد ِهَّللا َعىَل ا ف: َRasulullah SAW bersabda َيْرُكُض :Maksudnya َجَماَع َة ْل اَرَق ا الَّشْيَطاَن َمَع َمْن َف “Sesungguhnya tangan Allah bersama dengan aljama’ah. Dan sesungguhnya syaitan itu akan berlari bersama dengan mereka yang memisahkan diri dari jamaah (kelompok umat Islam).” Riwayat al-Nasa’ie (4020) ِب َحْبِل ِهَّللا َجِميًعا َواَل SWT Allah Firmanَ :واْعَتِصُموا Maksudnya: “Berpegang teguhlah kamu وا ُق َتَف َّر seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” Surah Ali Imran (103) Imam alQurtubi dalam tafsirnya ke atas ayat ini menyebut: “Iaitu janganlah kamu berpecah belah di dalam agama kamu seperti berpecahnya golongan Yahudi dan Nasrani dalam agama mereka’’. Kemudian beliau berkata lagi: ‘’Boleh juga ia membawa erti janganlah kamu berpecah belah dengan mengikuti hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadilah bersaudara di dalam agama Allah. Maka yang demikian itu akan menghalang kamu dari berpecah belah dan saling bermusuhan.” (Lihat al- .Jami’ Li Ahkam al-Quran, 4/151) SABDA RASULULLAH S.A.W


HARI KEBANGSAAN PADA 31 OGOS MENUNJUKKAN BAHAWA SEMANGAT PERPADUAN ANTARA SEMUA KAUM ADALAH UTUH DAN KUKUH SEHINGGA MENJADI SATU KEGEMILANGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA 17


Kesimpulanya, adakah perpaduan kaum di Malaysia bagai telur dihujung tanduk ? Tidak, kerana dalam konteks perpaduan kaum di Malaysia, situasinya mungkin tidak secara langsung sebegitu dramatik. Walaupun terdapat cabaran dan ketegangan yang berkaitan dengan perbezaan etnik dan kebudayaan, usaha berterusan telah dilakukan untuk memperkukuhkan perpaduan. Penting untuk diingat bahawa Malaysia telah mengalami kejayaan dalam memelihara perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik. Terdapat banyak contoh keharmonian dan toleransi antara kumpulan-kumpulan di negara ini. Walau bagaimanapun, isu-isu sensitif kadang-kadang boleh menimbulkan ketegangan yang memerlukan penjagaan dan penyelesaian yang teliti. Sama seperti telur yang memerlukan penjagaan dan perlindungan di hujung tanduk, perpaduan di Malaysia juga memerlukan usaha berterusan dari semua lapisan masyarakat dan pihak berkuasa untuk memastikan keharmonian dan kesefahaman terus dipupuk. Ini termasuklah melalui pendidikan yang menyeluruh tentang nilai-nilai perpaduan, promosi toleransi, serta penyediaan ruang untuk dialog dan pertukaran budaya. Jadi, sementara perbandingan dengan "telur di hujung tanduk" boleh menyoroti potensi risiko jika isu-isu perpaduan tidak diurus dengan baik, namun, perlu diingat bahawa terdapat usaha yang berterusan untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia terus diperkukuhkan demi keamanan dan keharmonian negara. Dari Kumpulan 2 Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang buruk datang daripada kami dan yang baik semuanya daripada Allah SWT KESIMPULAN 18


Sebelum Gambar bukti ahli membuat kerja etika di perpustakaan politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah GALERI ALBUM 19 Selepas


bagai telur di hujung tanduk – Maksud Peribahasa. (2023). Maksudperibahasa.com. https://maksudperibahasa.com/bagai-telur-dihujung-tanduk/ BERNAMA. (2019, May 12). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu. Sinar Harian; Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/peristiwa13-mei-pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu Unknown. (2023, November 18). KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA. Retrieved November 18, 2023, from Blogspot.com website: https://perpaduandimalaysia.blogspot.com/2016/10/konsep-perpaduan-dimalaysia.html TheInspirasi. (2022, September 13). 9 Kaedah Memupuk Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia. Retrieved November 18, 2023, from The Inspirasi website: https://theinspirasi.my/perpaduan-rakyat-malaysia/ to, C. (2017, October 28). Agama di Malaysia. Retrieved November 18, 2023, from Wikipedia.org website: https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia MOHAMAD, Z. (2023, May 30). #25 Memaknai Perpaduan Nasional - ZULKIFLI AL-BAKRI. Retrieved November 18, 2023, from ZULKIFLI AL-BAKRI website: https://zulkiflialbakri.com/25-memaknai-perpaduannasional/#:~:text=Maksudnya%3A%20%E2%80%9CSesungguhnya%20tang an%20Allah%20bersama, (kelompok%20umat%20Islam).%E2%80%9D&text=Hadith%20ini%20menj adi%20pengajaran%20tentang%20bahaya%20perpecahan%20dan%20perl unya%20menjaga%20kesatuan. SUMBERRUJUKAN 20


SEKIAN TERIMA KASIH 21


Click to View FlipBook Version