AM
8:30 pagi Pendaftaran kehadiran
9:00 pagi Ucapan aluan YDP PIBG
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh
9:10 pagi Bacaan doa
Tuan Haji Mohd Muzaiyin bin Haji Asmail
9:20 pagi Ucapan Penasihat PIBG
Tuan Haji Rahmat bin Mardi
9:30 pagi Membentang Peringatan Mesyuarat Agung PIBG Kali Kempat
Membentangkan Penyata Tahunan PIBG Sesi 2019/2020
Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir
31 Disember 2020
Mencadang dan mengesahkan cadangan sumbangan PIBG bagi
Sesi 2021/2022 (Lampiran A)
Pembubaran sebahagian Ahli Jawatankuasa (Penjaga) PIBG
Sesi 2019/2020 (AJK guru telah dilantik oleh Tuan Pengetua)
Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 (Lampiran B)
Membahaskan usul-usul bertulis (jika ada)
Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG Kali Kelima
Ucapan Penangguhan
12:00 tgh. Majlis Tamat
T erlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat
dan keizinanNya, maka kita dapat bersama-sama untuk meneruskan Mesyuarat Agung
PIBG KiSTARP Kali Ke-5 Sesi 2020/2021 dan dapatlah saya menitipkan sepatah dua kata di
dalam lembaran ini. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian para ibu bapa
hadir secara maya ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkkan bahawa kita
sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru kolej ini
untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik
dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.
Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini
bagi menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. AJK yang diamanahkan
melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak kolej
dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dan kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat
dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus
menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga
berharap dalam pertemuan secara maya ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea, buah fikiran dan
bantuan fizikal untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG kolej ini. Semua antara kita mempunyai peranan
masing-masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaupun PIBG berjalan atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita
melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Di samping kemajuan akademik,
PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak kolej dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar
anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang
tercapai selaras dengan visi dan misi kolej. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
kepada pihak kolej atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Setinggi tinggi terima kasih juga kepada guru-guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada
anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak kolej akan terus berusaha melahirkan generasi yang
lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh
Yang Dipertua PIBG
Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam KiSTARP Terbilang
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt. kerana dengan izin dan
kurniaNya, memberi ruang dan masa untuk kita hadir dan bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG KiSTARP Kali Ke-5 ini secara atas talian.
Terima kasih, syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru,
Anggota Kakitangan Sokongan dan Ibu Bapa pelajar KiSTARP yang sentiasa
memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi menjayakan majlis ini. Semua ini tercapai dengan
adanya kesepaduan erat antara semua pihak yang terlibat.
Dalam kesempatan pertemuan kita ini, marilah sama-sama kita berkongsi idea dan pandangan
demi kejayaaan anak-anak pelajar kolej ini dalam ketiga-tiga bidang utamanya iaitu kurikulum, sahsiah
dan kokurikulum. Sokongan dan komitmen daripada AJK PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan semua yang
terlibat amat diharapkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan sebagai
penerus generasi yang cemerlang pada masa hadapan. Insya Allah KiSTARP akan terus gemilang dan
terbilang.
Kami, warga KiSTARP akan berusaha menunaikan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin
menyediakan segala prasarana yang diperlukan untuk para pelajar menimba ilmu pengetahuan dan
didikan di kolej ini. Harapan kami juga agar Ibu bapa sentiasa berganding bahu memberikan sokongan
dalam usaha kami meneroka potensi pelajar dan merealisasikan impian mereka dengan pencapaian
yang cemerlang sebagai persediaan melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Semoga
hasrat kami tercapai dan perjuangan kita semua mendapat redha llahi.
Sekian, terima kasih.
Haji Rahmat bin Mardi
Pengetua
Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra
AWATANKUASA NDUK
Penasihat Tuan Haji Rahmat bin Mardi
Pengetua
Pengerusi YB Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh
Yang Dipertua PIBG
Naib Pengerusi I Encik Hamid bin Omar
Naib Yang Dipertua PIBG
Naib Pengerusi II Puan Hapijah binti Marwi
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi III Tuan Haji Mohd Yunus bin Kamsan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi IV Encik Abdullah bin Ali
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Encik Kamaruddin bin Ali
Setiausaha PIBG
Penolong Setiausaha Puan Nur Jame’atul Syazrah binti Mohd Olwi
Penolong Setiausaha PIBG
Bendahari Puan Hajah Ahdah binti Abd Latip
Bendahari PIBG
AWATANKUASA ELAKSANA
Puan Nur Jame’atul Syazrah binti Mohd Olwi
Puan Hajah Siti Rohana binti Safari
Puan Hajah Faridah binti Lebar
Puan Ramnah binti Abdullah Sani
Puan Sarhani binti Tumin
Puan Asnah binti Din
Encik Abu Bakar bin Sher Alam
Puan Zeta Akhtar binti Mohd Zakaria
Fotografi/Dokumentasi
Puan Dayang Sofyea binti Mohd Fasiah
Tuan Haji Mohd Muzaiyin bin Haji Asmail
Encik Mohd Fazlie bin Ahmad
DARIPADA PIBG KOLEJ TINGKATAN ENAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam
Merangkap Yang Di Pertua PIBG Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra
Tuan Mohd Jaluli bin Haji Yahaya
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Tuan Haji Rahmat bin Mardi
Pengetua Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra
Semua Penolong Kanan
Semua Ketua Jabatan
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5
Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru)
Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa)
Semua Guru dan Kakitangan
Individu dan semua yang telah menyumbang dana dan tenaga kepada
PIBG Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra