The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kursus Kokurikulum Kembara 1 UMS Sejati Sesi 2021/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajrarf, 2021-12-10 09:31:56

ASAS KAWAD KAKI

Kursus Kokurikulum Kembara 1 UMS Sejati Sesi 2021/2022

EJ14101 KEMBARA 1 UMS SEJATI

ASAS KAWAD KAKI

KOKURIKULUM KEMBARA 1 UMS

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

SUBTOPIK :

- Pengenalan Kawad Kaki
- Tujuan Kawad Kaki
- Jenis-jenis Kawad Kaki
- Asas Perbarisan dan Kawad
- Cara Memberi Hukuman/Arahan Kawad
- Kebaikan Menyertai Kawad Kaki
- Kesimpulan
- Tugasan

APA ITU Kawad kaki ialah pergerakkan anggota badan
KAWAD KAKI? seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan.

PENGENALAN Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan
asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman
atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya
sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatih
melakukan pergerakan asas perbarisan. Di
bawah ini, terdapat beberapa pergerakan
dalam asas perbarisan.

KENAPA PERLU (I) UNTUK MEMBENTUK SESEORANG
BERKAWAD? SUPAYA BERMEGAH DENGAN TATATERTIB
CERGAS DAN TAAT SETIA.

TUJUAN

(II) MEMBENTUK ANGGOTA KUMPULAN
SUPAYA BERKERJASAMA DALAM SATU
KUMPULAN.

(III) UNTUK MEMBENTUK AHLI PASUKAN
YANG MEMPUNYAI TAHAP DISIPLIN YANG
TINGGI, CERGAS DAN TAAT PERINTAH.

JENIS-JENIS KAWAD KAKI

1. KAWAD STATIK

2. KAWAD DINAMIK

JENIS-JENIS KAWAD KAKI

3. KAWAD FORMASI

4. KAWAD TONGKAT

ASAS PERBARISAN & SENANG DIRI
KAWAD
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa
MASUK BARIS kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan
’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan
pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh lengan rapat ke tubuh.
jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan
perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan.
Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada
dalam ’sedia’.

SEDIA REHATKAN DIRI

Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya
atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli
pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan
jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan,
pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.

ASAS PERBARISAN &
KAWAD

KE KANAN LURUS PANDANG
DEPAN
Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat Apabila mendengar arahan ’pandang depan’,
sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak
hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti
kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat dalam keadaan ’sedia’.
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah
kanan.

Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan
barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya
kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah
kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan.
Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan
berada dalam keadaan diam.

ASAS PERBARISAN &
KAWAD

KE KANAN PUSING

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar KE BELAKANG
hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki PUSING
kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. Apabila mendengar hukuman ke belakang
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki
KE KIRI PUSING kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah
pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki
sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan kiri.
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan.

ASAS PERBARISAN & LANGKAH KE
KAWAD SEBELAH

BUKA BARISAN Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam
dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam
hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri
belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam
kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
berada dalam keadaan sedia semula. langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki
mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri
TUTUP BARISAN kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan
hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan sedia.
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan
belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki
kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.

ASAS PERBARISAN &
KAWAD

PARAS BERSURAI

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari
dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan,
paras yang boleh diberikan iaitu:- memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke
hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan
Paras ahli tinggi di tengah; akhirnya berpecah.
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.

KELUAR BARIS

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk
melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap
hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan
dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.















BAHASA HUKUMAN/ 1. Ke kanan lurus,
ARAHAN KAWAD 2.Pandang depan….,

1. Baris, baris sedia… 1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Baris, senang diri…. 2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
3. Rehatkan diri….. 1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
4. Scout…. 2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,

1. Luruskan barisan, 1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Scout, 2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,

3. Buka barisan, Gerak…, 1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,

1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

KEBAIKAN DISIPLIN DIRI
MENYERTAI PENGALAMAN
KAWAD KAKI KEYAKINAN DIRI
ILMU PENGETAHUAN
SEMANGAT BERPASUKAN

PATUH ARAHAN

BERANI MENGHADAPI
CABARAN

KESIMPULAN

Kawad kaki ini bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri
seseorang, tapi juga melatih sifat bekerjasama dalam satu
pasukan. Selain itu, dapat melatih untuk mendengar arahan
dengan baik dan bertanggungjawab dalam menjalankan
sesuatu tugas.

TUGASAN

ASAS KAWAD KAKI


Click to View FlipBook Version