The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Apresiasi Muzik
Pendidikan Muzik Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajrarf, 2021-08-09 10:07:17

Dondang Sayang

Apresiasi Muzik
Pendidikan Muzik Tingkatan 1

Pendidikan Muzik

TINGKATAN 1

Apresiasi Muzik
Muzik Tradisional Malaysia

DONDANG SAYANG

Objektif Pembelajaran :
i.Mengecam dan menyatakan genre muzik tradisional Malaysia yang didengar.
ii.Membicarakan genre muzik Tradisional Malaysia dan alat muzik dari muzik yang didengar.
iii.Mengenalpasti jenis-jenis alat muzik yang dipelajari berdasarkan genre muzik tradisional

Malaysia.

PENGENALAN

DONDANG SAYANG

Sejenis balada cinta Melayu tradisional. Dalam
lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling
bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya
yang riang dan kadang-kadang lucu.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya
terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti
rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar
kelima.
Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada
zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

CIRI-CIRI PERSEMBAHAN

DONDANG SAYANG

Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik
yang terdiri daripada:

seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja
dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan
utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal
atau suara.
Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara
persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan.
Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan.
Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang.
Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

FUNGSI PERSEMBAHAN

DONDANG SAYANG

Lazimnya dondang sayang dipersembahkan dalam majlis
perkahwinan, majlis kebudayaan dan majlis-majlis rasmi.

Nyanyian dondang sayang berteraskan pantun empat kerat yang
dilagukan oleh penyanyi.
Kebiasaannya pantun ini bertemakan kasih sayang, nasihat, sindir-
menyindir dan jenaka.
Dondang sayang juga dimainkan di Pulau Pinang selain Melaka.
Nyanyian ini dipersembahkan pada hari Chap Goh Meh, iaitu hari
ke-15 Tahun Baru Cina.

CONTOH PANTUN NYANYIAN

DONDANG SAYANG

Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema
pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam
suasana spontan yang riang dan kadang kala lucu.

Pantun Baba merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang.
Berikut contoh pantun tersebut :

ALAT MUZIK

DONDANG SAYANG

Dalam persembahan dondang sayang, biasanya dinyanyikan secara berpasangan dengan
diiringi oleh alat muzik seperti violin, rebana dan gong.
Kini, alat muzik seperti gitar, akordion, gendang, marakas dan tamborin turun digunakan.

VIOLIN AKORDION MARAKAS

GITAR

REBANA

GONG

TAMBORIN






Click to View FlipBook Version