EJ14101 KEMBARA 1 UMS SEJATI
ASAS ORIENTEERING
DAN PEMETAAN
KURSUS KOKURIKULUM KEMBARA 1 UMS SESI
2021/2022
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
PENGENALAN ORIENTEERING
-Sejarah Permulaan
-Perkembangan Di Malaysia
JENIS-JENIS ORIENTEERING
-Kebaikan Sukan Orienteering
TERMINOLOGI DAN ALATAN
PENGETAHUAN ASAS
-Teknik Membaca Peta Topo
-Teknik Membaca Kompas
PENGENALAN ORIENTEERING
Satu cabangan pengetahuan berkaitan dengan teknik-
teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang
lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta
dan kompas.
Sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara
koordinasi fizikal dan mental yang baik.
Mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke
satu titik kawalan lain berpandukan peta dan kompas.
Gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah
dan acara mencari harta karun.
Meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan
pertandingan disamping menyediakan ruang
eksplorasi, cabaran dan risiko sendiri.
SEJARAH ORIENTEERING
Diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad
ke-19
1918 : Mj. Ernst Killander telah mengubahsuai menjadi sukan lebih
kompetatif, berperaturan dan diterima ramai.
Major Ernst Killander "Bapa Orienteering".
Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa
aspek dalam aspek aktiviti orienteering. (stamina dan kekuatan
mental)
1983 : Bengkel Orienteering oleh En. Wan Sabri Wan Mansor,
Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang
1986: Penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wil.
Perskutuan.
1988 : Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) Pertama
JENIS-JENIS ORIENTEERING
1. ORIENTEERING MERENTAS DESA (CROSS
COUNTRY ORIENTEERING)
- Orienteering cara klasik
-Peserta wajib melawat kesemua titik-titik
kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan
-Biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang
pelbagai
-Format yg sesuai utk pertandingan kerana
kesemua peserta akan menghadapi cabaran yang
hampir sama
JENIS-JENIS ORIENTEERING
2. ORIENTEERING BERMARKAH
-Banyak titik-titik kawalan disediakan di mana
setiap titik kawalan mempunyai mata yang
tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran
teknikal.
-Bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan
untuk dilawati. Walau bagaimanapun masa
adalah dihadkan dan biasanya 60 minit.
-Untuk mengumpul mata yang banyak dengan
melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di
dalam masa yang dihadkan.
-Sesuai utk peserta pemula/baru
JENIS-JENIS ORIENTEERING
3. ORIENTEERING BUKIT (MOUNTAIN
ORIENTEERING)
-dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping
jarak yang agak jauh.
-Terdapat juga di mana acara ini dijalankan
melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini
peserta perlu membawa bersama-sama peralatan
bermalam
-memerlukan peserta yang berpengalaman dan
tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan
landasan acara ini yang mencabar serta
memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang
mantap.
JENIS-JENIS ORIENTEERING
4. ORIENTEERING MALAM
-dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-
taman dengan jarak landasan yang pendek demi
keselamatan para peserta serta masa yang
terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk
membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6. ORIENTEERING BERGANTI-GANTI
-dijalankan dengan penyertaan secara
berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam
pasukan akan menamatkan landasan beliau
sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu
tempat penggantian yang telah ditetapkan.
Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan
.m e l a l u i l a n d a s a n y a n g b e r b e z a
JENIS-JENIS ORIENTEERING
7. NORWEIGIAN EVENT
-satu acara yang digunakan bagi menyediakan
satu landasan yang panjang di dalam kawasan
yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak
seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan
hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan
dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu.
KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya
tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta &
kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan
dalam keadaan cemas
TERMINOLOGI DAN ALATAN
i. Titik Kawalan (Control Point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta
yang perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri
buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada
penjaga dititik ini.
ii. Penanda Kawalan (Control Marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang
betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna
merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di
Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang
(puncher) yang unik.
TERMINOLOGI DAN ALATAN
iii. Kad Kawalan (Control Card)
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau
pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa
bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk
apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat.
iv. Peta utama (Master Map)
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan
disertakan dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
TERMINOLOGI DAN ALATAN
v. Keterangan kawalan (Control description) vi. Landasan (Course)
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan
(control description) kawalan berkenaan. titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin
kawalan, kod kawalan dan keterangan oleh peserta kemudiannya.
mengenai kedudukan titik kawalan. Tanda yang berkenaan landasan adalah:
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk - Titik kawalan dengan tanda bulatan.
kod/gambarajah. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan
vii. Kompas (Compass)
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan
orienteering
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
PENGETAHUAN ASAS
i. Teknik Membaca Peta Topografi
PETA
Lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah
kawasan yang dilihat dari udara.
Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontur, skala, petunjuk, garisan melaras dan
kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan
yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
MEMBACA PETA
Proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta
kepada maklumat sebenar yang mewakilinya.
Peta yang selalu digunakan dalam aktiviti orienteering ialah
peta topografi.
PENGETAHUAN ASAS
JENIS-JENIS PETA
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti
orienteering.
Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan
jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta
orienteering.
Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang
hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta
orienteering.
Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta,
Arah Utara Mempunyai skala – samada 1:5000, 1:10000, atau
1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit –
kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.
WARNA-WARNA DALAM PETA
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna
tersebut adalah :-
Hitam – ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang – kontor & jalanraya
Kuning – keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih – keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau – keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru – kawasan berair
BENTUK MUKA BUMI
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian
yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu
diketahui adalah :-
Susuh bukit (spur) – sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) – berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) – tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) – suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
WARNA-WARNA DALAM PETA
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna
tersebut adalah :-
Hitam – ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang – kontor & jalanraya
Kuning – keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih – keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau – keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru – kawasan berair
BENTUK MUKA BUMI
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian
yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu
diketahui adalah :-
Susuh bukit (spur) – sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) – berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) – tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) – suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
MAKLUMAT PETA
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar
peta.
ii. Maklumat gambar peta – iaitu maklumat yang menerangkan gambaran
sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.
SKALA
Nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama
di atas tanah.
Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas
peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang
ditunjukkan oleh skala peta itu.
Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan
di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di
atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em
(5 km) di atas tanah.
GARISAN GRID
Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan
peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur.
Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran)
mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka
sahaja.
Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99.
Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan
cepat dan tepat lokasi di mana kita berada.
UTARA PETA
Arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik
utara yang ditunjukkan oleh kompas.
Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya
diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum
magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta
tersebut.
KOMPAS
Alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah.
Digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau
di permukaan bumi.
Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya
yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet.
JENIS KOMPAS
Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas
silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di
dalam aktiviti orienteering.
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan
navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas
Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital.
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama
antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass.
Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular
adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
ANATOMI KOMPAS ORIENTEERING
PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya
3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan
dial berpengukur dan garisan pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan
membaca bering)
9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali
MENGUKUR BEARING DI ATAS PETA
Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang
ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di
antara titik K dan titik L.
a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang
ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas,
aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan
penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak
dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu
anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak
panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada
masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.
MENCARI BEARING OBJEK DI ATAS TANAH
Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering
adalah seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak
tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang
hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga
anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga
jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum
kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi
pada bacaan yang ada di garisan indeks.
MENENTUKAN KEDUDUKAN PETA DENGAN KOMPAS
Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut
di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di
peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah
kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan
untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan
jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang.
Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan
berpandukan bulan pada waktu malam
c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita
menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.
PERGERAKAN KE TEMPAT 1. PERANCANGAN PERJALANAN
YANG DITUJU Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit
perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan
akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah
seperti berikut:
a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap
meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau
mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai
rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut
permatang akan memudahkan perjalanan.
e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi
lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian
bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah
banjir.
PERGERAKAN KE TEMPAT 2. KAEDAH PERGERAKAN
YANG DITUJU
a) Bergerak dalam kumpulan
b) Bergerak waktu malam
c) Bergerak di kawasan bukit dan gunung
d) Bergerak di dalam hutan
e) Menyeberangi sungai
TINDAKAN APABILA SESAT JALAN
Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah
apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnya.
Langkah-langkah berikut perlulah diambil :
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak
dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati
sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia.
Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya
sehingga ke sungai dan berjumpa perkampungan.
TUGASAN
PETA TOPOGRAFI & KOMPAS
SEKIAN TERIMA KASIH
SESI QnA