ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan ………1 Sejarah Sekolah ………11
Sidang Redaksi …….. 2 Profil Sekolah ………… 19
Panorama TSK ………3 Senarai AJK PIBG ………… 22
Kata Aluan ………4
Pengurusan Sekolah ………… 23 Pengawas & PSS & PRS ………26
Penjana Akademik ………. 24 Ahli Lembaga Koperasi, Kompang &
Barisan Staf Sokongan ……… 25 Orkestra ………… 27
Laporan Akademik ………….. 28
Laporan Ko - Kurikulum ……… 31 Sukan dan Permainan ………50
Peristiwa Sekolah ………. 36 Album Kelas ………56
Kelab & Persatuan ……… 41
Unit Beruniform ………… 46
Karya Murid & Guru ………66
Iklan ………73
FABULOUS TSK 2019
1
SIDANG REDAKSI 2020/2021
Penasihat : AJK :
Puan Faridah binti Abd Wahab Pn.Nazira binti Masrom
Pn.Mariam binti Man
Pengetua Pn.Nurul Fiza binti Mustaffa
SMK Taman Seri Kluang Pn.Su Chew Leng
Pn.Sinnatai A/P Arumugam
Pengerusi : Pn.Vimala Devi A/P Balan
Pn.Maimon binti Selamat Pn.Adilah binti Ahmad Kamal
Pn.Fauzura binti Mohamed
N.Pengerusi 1 : Pn.Syuryani binti Salleh
En.Zulnaidi bin Abdullah Pn.Nurul Fariza binti Md Yunos
Pn.Zaimah binti Ibrahim
N.Pengerusi 2 : Pn.Siti Norlinda binti Supiran
En.Zulhairi bin Abdullah Pn.Qeisha Gretchen binti Lam
Pn.Komathi A/P Sellaya
Setiausaha 1 : Ust.Azizah binti Ilias
Pn.Maizara binti Md Saidi Cik.Vicneswary A/P Chinapan
Cik.Nor Syuhaida binti Ibrahim
Setiausaha 2 : Pn.Nur Shuhada binti Abdul Wahab
En.Vettry Kumaran A/L A Balaraman
Bendahari :
Pn.Yusmalema binti Mohd.Yunus
2
PANORAMPAANTSOKRAMA TSK
MAJALAH SEKOLAH 2018
3
SEKAPUR SIREH
MAJALAH SEKOLAH 2019
4
SEKAPUR SIREH
MAJALAH SEKOLAH 2019
5
SEKAPUR SIREH
MAJALAH SEKOLAH 2019
6
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK TAMAN SERI KLUANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Majalah FabulousTSK edisi tahun 2019 merupakan suatu dokumen bercetak yang sangat penting
sebagai gambaran kecemerlangan pendidikan SMK Taman Seri Kluang bagi tahun 2019. Walaupun
teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah mengambil alih
sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SMK Taman Seri Kluang masih mampu mengekalkan
penerbitan majalah FabulousTSK dalam bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK Taman Seri
Kluang sentiasa mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha
menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
sidang redaksi FabulousTSK dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada di tangan pembaca.
Majalah ini bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang
kemajuan SMK Taman Seri Kluang yang autentik dan rasmi.
SMK Taman Seri Kluang telah dipastikan berada pada landasan yang betul sebagai
kesinambungan citra penubuhan sekolah ini lebih 16 tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru
kebangsaan (NBOS) merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat
sekolah.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan PIBG
atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan
pembaca, selamat maju jaya.
”SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN”
Sekian, terima kasih.
FARIDAH BINTI ABD.WAHAB MAJALAH SEKOLAH 2019
Pengetua
SMK Taman Seri Kluang
7
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka
terbinalah majalah SMKTSK ini. Saya mewakili Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa penubuhan majalah sekolah di atas kesungguhan mewujudkan
majalah ini.
Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran Sekolah Menen-
gah Kebangsaan Taman Seri Kluang (SMKTSK) dalam usaha memberi pengetahuan kepada ibu bapa dan
masyarakat di luar sana tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG
dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah Sekolah yang lebih cemerlang nanti.
Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material atau pun moral diharapkan dapat
membantu SMKTSK merealisasikan matlamat dan harapan ini.
Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG khususnya Ahli Jawatankuasa 201/2020 akan
sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau maklum balas kepada
PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran sekolah menjalankan tanggungjawab mereka.
Semoga dengan terbitnya majalah ini, dapatlah pihak sekolah menyalurkan segala informasi terkini berkai-
tan aktiviti sekolah dan PIBG kepada ibu bapa dan
mayarakat di luar sana. Di samping itu juga, para ibu bapa dan masyarakat di luar sana bolehlah mem-
berikan tindak balas secara langsung tentang hal yang berkaitan dengan sekolah melalui majalah ini.
Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatu padu yang sedia terjalin dari dulu
hingga kini akan terus dikekalkan bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SMKTSK. Saya juga men-
doakan semoga semua guru dan pelajar-pelajar SMKTSK dilindungi oleh Allah dan mencapai kejayaan
dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti.
Sekian, terima kasih.
Wasallam.
.
YANG DIPERTUA PIBG
KHIRROL ANWAR AHMAT
MAJALAH SEKOLAH 2019
8
SERUMPUN CINTA UNTAIAN PENA
KETUA MURID TAHUN 2019
Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita saksikan sebuah pen-
erbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK TAMAN SERI KLUANG, iaitu Majalah FabulousTSK
edisi ke-2. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada guru penasihat dan Team
Sidang Redaksi 2019 atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam
menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SMK TAMAN SERI KLUANG. Majalah FABU-
LOUSTSK 2019 ini turut menjadi medium bagi para murid untuk menyerlahkan dan mengasah bakat mere-
ka yang sememangnya terpendam lama. Dalam majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan para guru
dan murid untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para murid Tingkatan 5 yang akan mening-
galkan SMK TAMAN SERI KLUANG yang tercinta.
Penghasilan Majalah FABULOUSTSK 2019 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK TAMAN
SERI KLUANG bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum mahupun
kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh para murid SMK TAMAN SERI
KLUANG turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini turut memaparkan pelbagai perubahan yang
berlaku di SMK TAMAN SERI KLUANG pada tahun yang cukup bermakna ini.
Sebagai ketua murid bagi tahun 2019, saya mewakili semua murid SMK Taman Seri Kluang bagi
tahun 2019 ingin memohon maaf kepada guru-guru, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada
Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri manusia itu sendiri. Sesungguhnya, Majalah FABU-
LOUSTSK 2019 akan tetap tersemat di hati warga SMK Taman Seri Kluang. Semoga dengan penerbitan
majalah ini untuk kali yang kedua ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK TAMAN SERI
KLUANG dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
NUR FATIHAH BINTI JAFFAR
MAJALAH SEKOLAH 2019
9
LATAR BELAKANG SMK TAMAN SERI KLUANG
Taman Seri Kluang merupakan sebuah kawasan perumahan yang tersusun
berkonsepkan bandar baru, terletak kira-kira 2 km dari pusat bandar Kluang. Ke-
banyakan anak-anak penduduk di sini bersekolah di sekolah yang terdapat di seki-
tarnya. Tiga buah sekolah yang terhampir ialah SMK Tun Hussein Onn, SMK Can-
nosion Convent, Sekolah Tinggi Kluang. Namun semakin hari,bilangan pelajar yang
semakin bertambah dan keadaan ketiga-tiga buah sekolah tersebut tidak dapat
menampung keperluan pembelajaran penduduk di sini. Atas dasar tersebut, kera-
jaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan per-
laksanaan projek pembinaanya melalui cadangan rekabentuk, membina dan me-
nyiapkan projek sekolah menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang, Johor Darul
Takzim secara Rundingan Terus 'DESIGN AND BUILD'.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang ditubuhkan pada 16
januari 2002. Melalui kelulusan Kementerian Pelajaran pada 16 Mei 2001. Satu per-
janjian bagi cadangan merekabentuk, membina dan menyiapkan diatas lot
680&6808, Mukim Kluang, Daerah Kluang, Kluang , Johor Darul Ta’kzim bagi tujuan
memdirikan sekolah di dalam kawasan Perumahan Taman Seri Kluang.
Nilai kontrak bernilai RM16.3 juta adalah merupakan kos binaan sekolah.
Tarikh setuju terima perjanjian 2 Oktober 2002 dan tarikh pemilikan tapak tersebut
pada 16 Januari 2002.
TAPAK ASAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERI
KLUANG
Tapak asal SMK Taman Seri Kluang ialah tapak ladang getah. Tanah ini kepunyaan
BCB berhad. Datuk Tan yang mengiktirafkan 2 ekar tanah miliknya kepada Taman
Seri Kluang untuk kebajikan dan pembelajaran.
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
Asal usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang ialah daripada
nama tempat sekolah ini dibina.
FABULOUS TSK 2019
10
TARIKH PENYERAHAN PREMIS KEPADA JPN
Tarikh penyerahan premis kepada Jabatan Pelajaran Negeri pada 6 September
2004.
TARIKH CADANGAN MULA OPERASI SEKOLAH
Tarikh cadangan bemula operasi asalnya ialah pada 1 September 2004 tetapi tidak
dapat dilaksanakan kerana penyerahan bangunan pada 12 Ogos 2004 ditangguh-
kan atas sebab masalah teknikal pembinaan. Oleh sebab tarikh penyerahan telah
ditunda pada 6 September 2005, maka sekolah ini hanya mula beroperasi pada 1
November 2004.
Majlis Penyerahan Plak Sekolah
Pada 4 Oktober 2004, Majlis Penyerahan Plak Sekolah kepada pengetua SMK Ta-
man Seri Kluang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jasni b. Omar, Ketua Unit
Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Peristiwa bersejarah ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri
Johor, Jabatan Pelajaran Derah Kluang, pengetua-pengetua sekolah, ibu bapa dan
guru-guru dari sekolah sekitar. Turut hadir ialah wakil daripada Jasmin Architect dan
wakil kontraktor pembinaan.
Dalam plak penyerahan sekolah tersebut, tarikh operasi sekolah termaktub pada 1
Oktober 2004.
SEJARAH PENUBUHAN
Memulakan sesi persekolahan yang pertama pada 3 januari 2005. Seramai
28 orang guru bersama 5 orang kakitangan sokongan. Jumlah murid pada ketika itu
adalah seramai 404 orang. Kebanyakan murid yang tinggal di kawasan yang ber-
hampiran dengan sekolah, jarak putara adalah 2 KM dari Sekolah Menengah Ke-
bangsaan Taman Seri Kluang. Seramai 100 0rang murid menjalani orentasi pada
1/10/2004, kini pada tahun 2017 sekolah menempatkan seramai 777 orang murid
disamping bersama 63 orang guru yang mempunyai kebolehan tersendiri.
FABULOUS TSK 2019
11
BANGUNAN SEKOLAH
BANGUNAN UTAMA DI SMK TAMAN SERI KLUANG
1. Bangunan Pentadbiran
Blok Pentadbiran dari pandangan padang sepak takraw.
Blok pentadbiran ini menempatkan Bilik Tamu, Bilik SPBT, Bilik Bimbingan dan
Kaunseling, Bilik Kesihatan dan Bilik Operasi Peperiksaan di aras bawah selain da-
ripada keperluan asas seperti tandas. Pejabat Pengetua dan Pejabat Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, pejabat sekolah, Bilik
Mesyuarat dan pejabat Guru 1 terdapat di tingkat blok ini.
Di tingkat dua pula terdapat Pejabat Guru 2, Perpustakaan dan Bilik
Tayang (Audio Video). Di tingkat paling atas, ditempatkan
Pejabat Guru 3, Pusat Akses dan Makmal Komputer.
FABULOUS TSK 2019
12
2.Bangunan Dewan dan Surau (Blok H)
Blok ini terletak bersebelahan dan bersambung dengan Blok Pentadbiran. Di aras
bawah blok ini terdapat dewan sekolah yang dinamakan sebagai Dewan Seri Bai-
duri. Dewan ini dilengkapi dengan pentas, sistem penataan cahaya dan sistem
siaran sendiri. Terdapat juga stor bukan di aras ini.
Di tingkat atas pula terdapat surau sekolah yang di namakan sebagai Surau Assya-
kirin (Orang-orang yang bersyukur). Surau ini merupakan surau sekolah yang paling
selesa kerana selain dipenuhi dengan hamparan karpet, surau ini
merupakan sebuah stor, sistem siaran sendiri dan kemudahan tandas
dan tempat mengambil wuduk lelaki dan perempuan . Tempat solat lelaki
dan perempuan dipisahkan oleh tabir.
Menara yang terdapat di bahagian hadapan bangunan ini merupakan tempat
tangki air diletakkan.
FABULOUS TSK 2019
13
Dewan Seri Baiduri dilihat dari laman perhimpunan.
Dewan Seri Baiduri ini telah acap kali menjadi tempat berlangsungnya pelbagai program peringkat
sekolah, daerah mahupun negeri. Perhimpunan mingguan juga akan dibuat di dalam dewan ini
sekiranya cuaca tidak mengizinkan.
Selain menjadi tempat solat, Surau Assyakirin juga berperanan sebagai pusat program keagamaan
sekolah. Setiap jumaat, surau ini akan dimakmurkan dengan program kerohanian, sama ada bacaan
yasin, tahlil atau pun solat hajat.
3. Blok A
Blok A
Blok A hampir keseluruhannya digunakan sebagai bilik darjah dan makmal. Di aras paling bawah
terdapat Makmal Biologi dan Makmal Kimia. Selain itu, sebuah bilik Sub Stesen Elektrik Dalaman,
ditempatkan juga Koperasi Sekolah dan Bilik Pengawas di aras ini.
Di tingkat satu, terdapat bilik darjah, Makmal Fizik dan Makmal Kimia selain daripada tandas dan
stor. Di tingkat dua pula, selain daripada bilik darjah terdapat bilik Muzik dan Bilik Pendidikan Seni.
Sementara di tingkat tiga pula, di samping bilik darjah ditempatkan bilik-bilik khas iaitu Bilik VLE ,
Bilik Sejarah dan Makmal Bahasa.
FABULOUS TSK 2019
14
4. Blok B (Akademik dan Bengkel)
Blok B
Blok ini pula dimanfaatkan untuk Bengkel Kemahiran Hidup. Bengkel Kerja Paip dan kerja
Enjin dan Bengkel Logam dan Kerja Kayu di aras paling bawah. Di tingkat satu, ditempatkan
Bengkel Kerja Logam dan Binaan. Di tingkat dua pula terdapat Bengkel Ekonomi Ru-
mahtangga. Sementara di tingkat paling atas hanya terdapat bilik darjah selain bilik utiliti,
stor pili dan stor suis elektrik.
5. Blok C (Akademik)
Blok C
Aras paling bawah terdapat ruang serbaguna yang digunakan untuk pelbagai aktiviti. Ruang
ini dinamakan sebagai Dataran Ilmu.
Di tingkat satu, ditempatkan bilik seminar Setia Watan, bilik Matematik, dan sebuah bilik utili-
ti. Di tingkat dua, ditempatkan bilik darjah, bilik utiliti dan tandas.
FABULOUS TSK 2019
15
6. Blok D
Blok D
Blok D ini digunakan sepenuhnya sebagai bilik darjah. Di setiap tingkat terdapat
tandas, stor pili bomba dan stor suis elektrik atau stor am. Namun di aras paling
bawah terdapat makmal MPV yang diubahsuai daripada dua bilik darjah. Kerja-kerja
pengubasuaian ini dilakukan pada tahun 2006 apabila subjek MPV mula ditawarkan.
FABULOUS TSK 2019
16
7. Rumah Guru
Bilik P & P dan Bilik-bilik Khas
Blok rumah guru mempunyai lapan unit rumah yang ditawarkan kepada guru-guru di
Kluang. Aras paling bawah merupakan ruang serba guna yang boleh dimanfaatkan
sebagai tempat aktiviti sosial penghuninya. Tingkat 1-4 merupakan rumah guru yang
dilengkapi dengan ruang tetamu, ruang dapur, tiga bilik tidur, tandas, ruang basuh
dan anjung.
Pintu hadapan SMK Taman Seri Kluang
FABULOUS TSK 2019
17
Kantin Sekolah
Bangunan sekolah dari pandangan atas
FABULOUS TSK 2019
18
SMK TAMAN SERI KLUANG
TAMAN SERI KLUANG,
86000 KLUANG,
JOHOR.
( JEA2042 )
Nama Sekolah : SekolahMenengahKebangsaan TamanSeri Kluang
Alamat : Jalan 16, TamanSriKluang86000Kluang,Johor
Kod Sekolah : JEA2042
Lokasi : Bandar
Gred Sekolah :B
Tahun Sekolah dibuka : 2004
No Telefon : 077766206
No Fax : 077766706
No Email : [email protected]
Motto Sekolah : Teachingminds
Slogan Touching Hearts
Transforming life
: SederapMenciptaKejayaan
SENARAI PENGETUA SEKOLAH TARIKH BERKHIDMAT
BIL NAMA 1 JUN 2004 - 9 JULAI 2010
1 PN HAJAH ROHANI BT SULEIMAN 16 JULAI 2010 -16 JUN 2011
2 TUAN HAJI SUKOR BIN SALIKIN 1 OGOS 2011 - 1 JANUARI 2014
3 ENCIK SHAMSUDIN BIN HARON 2 JUN 2014 - SEKARANG
4 PUAN FARIDAH BT ABD WAHAB
FABULOUS TSK 2019
19
LENCANA SMK TAMAN SERI KLUANG
HURAIAN :
1. Obor : Api obor mengandungi tiga huruf C, T, G
C - Cemerlang
T - Teras
G - Gemilang
Batang obor mengandungi lima jalur melambangkan lima prinsip
Rukun Negara.
2.Huruf SMKTSK : Singkatan daripada nama sekolah - Sekolah Menengah
Kebangsaan
Taman Seri Kluang.
3. Simbol Elektron : Simbolik pelajar yang cinta akan sains dan teknologi.
4. Roda Impian : Simbolik pelajar yang progresif.
5.Tiga Bulatan : Simbolik keharmonian pelajar yang berbilang kaum.
Berangkai
6. Moto : Berbakti dan Berjaya
7. Warna : Merah - lambang keyakinan dan keberanian
Biru - lambang perpaduan kaum.
Kuning - lambang kesetiaan kepada raja
Putih - lambang kesucian dan keamanan
FABULOUS TSK 2019
20
LAGU SEKOLAH IKRAR SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebang- Bahawasanya kami
saan Pelajar-pelajar
Taman Seri Kluang Sekolah Menengah Kebangsaan Ta-
man Seri Kluang
Seruan berbakti dan berjaya
Wawasan cita-cita Negara Dengan ini berikrar dan berjanji
Akan menumpukan
Rukun Negara jadi panduan
Ikrar sekolah dipandukan Segala daya dan usaha kami
Untuk mencapai
Menjana insan mulia cemer- Cita-cita murni iaitu
lang
Cemerlang dalam kokurikulum
Gemilang dan Terbilang Gemerlang dalam sahsiah
Terbilang dalam pelajaran
Ibu bapa yang kucinta Kami juga berjanji
Guru kan tetap bersama
Putera-puteri tetap merdeka Akan patuh kepada peraturan
Satu bangsa Satu Negara sekolah
Inilah tekad kami semua Taat pada ibu bapa
Hidup harmoni dan bersama Kepada guru-guru dan kakitangan
Pada ilmu tercapai segala sekolah
Berjaya tetaplah berusaha Serta rakan-rakan kami
Sekolah Menengah Kebang- Berbakti dan Berjaya
saan
Taman Seri Kluang
Padamu tumpah sumpah setia
Berbakti dan Berjaya.
FABULOUS TSK 2019
21
SMK TAMAN SERI KLUANG SESI 2018/2019
BIL NAMA JAWATAN PIBG WARIS/TINGKATAN/
1 En Nor Hidayat bin Hj Mohamed YDP CATATAN
-
2 En Anthony Raja Timbalan Aaron Raj (5 UM)
YDP
3 En M Pakharudin Salmi b. Musa Setiausaha -
4 Pn Nurul Fiza bt Mustaffa Naib Setiausaha Penolong
Penyelaras PIBK
5 Cik Hjh Norol Janah bt Ahmad Bendahari -
6 En Jasri b Selamat
7 En Hanumanta Rao a/l Ramalu AJK Nur Adibah Amani
8 En Anuar b Md Yasin (Ibu bapa) (3 UKM)
9 Pn Yeo Soh Hoon
10 En Khirrol Anuar b Ahmat AJK Tarun (2UM)
11 Pn Jaminah bt Zainal (Ibu bapa) Raam Prasath (1UM)
AJK Muhd Ariq Ulwan
(Ibu bapa) (3 UM)
AJK Daniel Wong Pak
(Ibu bapa) Hong(5 UM)
AJK Noraini (3 UKM)
(Ibu bapa) Muhd Arif (1 UKM)
AJK Aina Syazwani
(Ibu bapa) (1UKM)
12 Pn Leong @Long Kam Fong AJK (Guru) -
13 Pn Noorul Hayu bt Alimi AJK (Guru) Penyelaras PIBK
14 Pn Erny Suraya bt Mohamad AJK (Guru) -
15 Pn Komathi a/p Selayya -
16 En Mohd Aiman b.Mahari* AJK (Guru) -
Nur Najihah bt
17 Pn Norhaida bt Shuib AJK (Guru) Sharudin(2 UKM)
18 Pn Anita bt Subari
FABULOUS TSK 2019 Auditor -
(Ibu bapa)
Auditor
(Guru)
22
DARI KIRI : CIK SHAMSHIYATULBAQIAH BT ABDUL WAHAB (GKMP SAINS & MATEMATIK), PN SALMAH BT HUSSIN (GKMP
SAINS KEMANUSIAAN), EN ZULHAIRI BIN ABDULLAH (PK KOKURIKULUM), PN MAIMON BT SELAMAT (PK PENTADBIRAN), PN
FARIDAH BT ABD WAHAB (PENGETUA), EN ZULNAIDI BIN ABDULLAH (PK HAL EHWAL MURID), PN ERNY SURAYA BT MOHAM-
AD (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL) & PN GO KIM SIOK (GKMP BAHASA)
FABULOUS TSK 2019
23
FABULOUS TSK 2019
24
FABULOUS TSK 2020/21
PENGAWAS & PSS
25
FABULOUS TSK 2020/21
PRS & SLB
26
ALK KOPERASI, KOMPANG &ORKESTRA FABULOUS TSK 2019
27
LAPORAN AKADEMIK
PT3 2018
Pencapaian Calon Menguasai Mengikut
Gred & GP Mata Pelajaran
Bil Subjek A B C D E F % CM GP
1 BAHASA MELAYU (UB) 14 20 21 23 43 50 70.76 121 4.23
2 BAHASA MELAYU (L) 69 46 28 21 8 0 100 172 2.15
3 BAHASA INGGERIS (UB) 6 12 21 19 30 83 51.46 88 4.78
4 BAHASA INGGERIS (L) 22 13 25 22 31 59 65.70 113 4.19
5 SEJARAH 24 21 29 41 48 9 94.77 163 3.55
6 GEOGRAFI 36 32 38 25 41 0 100 172 3.02
7 BAHASA CINA 2 1 6 6 5 10 66.67 20 4.37
8 BAHASA TAMIL 8 2 3 3 3 0 100 19 2.53
9 PENDIDIKAN ISLAM 27 10 14 23 13 13 87 96 3.24
10 MATEMATIK 5 10 9 8 24 116 32.56 56 5.23
11 SAINS 0 3 10 27 35 96 43.86 75 5.23
FABULOUS TSK 2019
28
LAPORAN AKADEMIK
SPM 2018
Pelaporan Peperiksaan SPM 2018
FABULOUS TSK 2019
29
LAPORAN AKADEMIK
SPM 2018
Pelaporan Peperiksaan SPM 2018
FABULOUS TSK 2019
30
SKOR SKPMg2 Standard 4 HALATUJU /
SASARAN SEKOLAH
Peningkatan purata Skor Pencerapan PdPc
guru daripada 85.81 (2018) kepada 89.00
KURIKULUM
PT3 34.00 %
GPS 0.14 % ( 1 orang)
% Menguasai
Cemerlang (Semua A) 5.40
SPM 82.00 %
GPS 2.4 % ( 3 orang)
% Lulus
Cemerlang
HEM FOKUS SEKOLAH TAHUN 2019
peningkatan kompetensi guru dalam penguru-
Pencapaian kehadiran murid daripada 89.0%
kepada 92.0% san Standard 4- Pembelajaran dan pemu-
dahcaraan.
Penurunan kes Salah laku berat kepada 2.0 % Peningkatan prestasi akademik melalui pen-
Penurunan kes Salah laku Sederhana kepada guasaan kemahiran belajar, KBAT dan kema-
hiran menjawab soalan.
2.0 % Pembangunan modal insan dan kemahiran in-
Peningkatan % murid terlibat dalam kursus saniah murid dalam aspek 5S, 3K dan pem-
upukan Budaya Belajar serta Budaya Penya-
kepimpinan 25.0 % yang.
Peningkatan skor PAJSK murid.
KOKURIKULUM
Olahraga : FABULOUS TSK 2019
1 emas,2 perak ,2 gangsa
Permainan 31
1 Johan, 2 Naib Johan
Kawad kaki PBB
1 Johan, 2 Naib Johan
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
32
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
33
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
34
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
35
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
36
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
37
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
38
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
39
PERISTIWA SEKOLAH
FABULOUS TSK 2019
40
KELAB & PERSATUAN FABULOUS TSK 2019
41
KELAB & PERSATUAN FABULOUS TSK 2019
42
KELAB & PERSATUAN FABULOUS TSK 2019
43
KELAB & PERSATUAN FABULOUS TSK 2019
44
KELAB & PERSATUAN FABULOUS TSK 2019
45
UNIT BERUNIFORM FABULOUS TSK 2019
46
UNIT BERUNIFORM FABULOUS TSK 2019
47
UNIT BERUNIFORM FABULOUS TSK 2019
48
SUKAN & PERMAINAN
FABULOUS TSK 2019
49
SUKAN & PERMAINAN
FABULOUS TSK 2019
50