The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Punca Dan Pengajaran Tragedi 13 Mei 1969

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiirulaimanmaslori, 2021-05-15 15:41:25

Punca Dan Pengajaran Tragedi 13 Mei 1969

Punca Dan Pengajaran Tragedi 13 Mei 1969

Keywords: Etika Dan Peradaban,DPR1A

PERISTIWA
13 MEI 1969

DI SEDIAKAN OLEH :
INTAN ASMEDA BINTI MOHD SAFIFEE (15DPRR20F2002)
MUHAMMAD RAZIQ BIN AZIZUL ROZANY (15DPR20F2022)
MUHAMMAD AMIIRUL AIMAN BIN MASLORI (15DPR20F2016)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
KATA ALU-ALUAN SURAT

PENGENALAN 1
OBJEKTIF 2
3
KRONOLOGI 4-6
PUNCA-PUNCA 7-10
PENGAJARAN 11-13
KESIMPULAN 14
15
REFLEKSI

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan E-majalah
yang bertajuk “Punca dan pengajaran peristiwa tragedi 13 mei 1969”
.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih Kepada kepada pensyarah kami iaitu Tuan Mohd Syahnan Bin Md
Zain kerana banyak memberi tunjuk ajar dan teguran kepada kami
untuk menghasilkan E-majalah ini.

Isi yang kami perolehi semasa proses pembuatan E-majalah ini ialah
betapa pentingnya untuk kita membina jalinan yang kuat dalam
perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia, supaya peristiwa
13 mei ini tidak berulang Kembali

Akhir kata, kami sekumpulan ingin memohon maaf sekiranya terdapat
Kekurangan di dalam E-majalah kami ini dan kami berharap agar semua
pembaca mendapat mesej utama yang kami ingin sampaikan menerusi
E-majalah kami.

Sekian terima kasih

1

PENGENALAN

Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah
yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan
sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan
suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-
sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada
sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. . Tragedi
ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan rapat dengan ''Pilihan Raya Umum 1969''yang
merupakan satu sejarah negara Malaysia

2

OBJEKTIF

1) Mengetahui maksud sebenar tragedi 13 mei 1969.
2) Mengetahui kronologi tragedi 13 mei 1969.
3) Mengkaji dan mengenalpasti punca – punca dan faktor

yang menyebabkan peristiwa 13 mei 1969.
4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar – iktibar yang

diperolehi daripada tragedi 13 mei 1969.

3

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI

1- Isu perkauman dalam pilihan raya
1969 mempunyai kaitan rapat tragedi
13 Mei ini. Semasa kempen Pilihan
Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik
yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

2- Pada pilihanraya umum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh
(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

3- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan
Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

4

Pihak pembangkang yang

memperoleh pencapaian gemilang

dalam pilihanraya telah meraikan

kemenangan mereka pada 11 Mei

1969. Perarakan tersebut sebenarnya

tidak bermotif untuk menimbulkan

isu perkauman. Malah terdapat

segelintir pengikut perarakan.

(identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-
slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut.

4- Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina
dari “Democratic Action Party” dan
Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong
dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung
Baru, menyorak penduduk di situ.
Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya
dikatakan sebagai simbol menyapu
keluar orang Melayu dari Kuala
Lumpur, sementara yang lain meneriak
slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan — the coalition's logo. Ia

5

berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas
kelakuan penyokong mereka.

5- Menteri besar Selangor, Dato'
Harun Idris telah mengumumkan
bahawa perarakan balas meraikan
kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30
malam, 13 Mei 1969. .
Pergaduhan dan rusuhan tercetus
dan bantuan tentera terpaksa

terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan
kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang
terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling
sahaja (selangor).

6- Jumlah kematian dalam

tempoh darurat di Selangor

adalah seramai 172 sehingga 196

orang.Jumlah ini kemungkinan

lebih kerana ramai yang tidak

merekodkan kecederaan

mereka.Para pemimpin mula

memikirkan agar rusuhan ini

dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Antara tindak balas yang
diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan,
perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen,
menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan
oleh parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan
raya.(ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya
peringkat negeri).

6

PUNCA-PUNCA

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling
tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan
orang Cina. Antara punca tragedy berdarah ini berlaku ialah :

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
• Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu

telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina
umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera
Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum
ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini
telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina.

2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang

melayu

• PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati

terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu

dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain

telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada 7

keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi
orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

Keratan akhbar yang menyatakan untuk menhapuskan
Hak istimewa orang melayu

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
• Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam

menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan
perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan
untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan
hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu

8

4. Perbezaan agama dan budaya
• Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina

beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala
kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang
beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan
yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap
agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut
agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969.

Perarakan protes yang dilkukan kaum cina terhadap
orang melayu

5. Masalah ekonomi
• Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang

pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak
puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang
cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Perhimpunan orang melayu yang
mengadu tentang masalah ekonomi
negara di kawasan terbuka.

9

6. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
• Kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang

diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa
faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan
dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama
ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya
orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau
nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara
diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan.

10

PENGAJARAN

Pergaduhan kaum antara melayu dan orang cina tercetus pada 13
Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat
dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik
sahaja keputusan pilihan raya tahum 1969 selesai diumumkan.13
Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan
negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.Antara lima (5)
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah::

1.Kehilangan nyawa dan harta benda
• Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan

sebarang faedah ke pada berlakunya perpecahan dan perbalahan
yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang
mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang
paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian
seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit
dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat
dalam tragedi 13 Mei 1969.

11

2.Perintah berkurung

• Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Kerajaan terpaksa
mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh
kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk
mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan
negara Ketika itu.Ini membawa kesan yang buruk terhadap
suasana persekitaran dan persekitaran dan pergaulan yang
kurang harmoni antarakaum kerana ianya menyekat aktiviti yang
bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan
perniagaan ,susah berinteraksi dan saling berhubungan.

Sekatan lalu lintas dilakukan semasa perintah berkurung

3.Keuntungan kepada musuh-musuh negara

• Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-
musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang
untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia
sebagai taklukan dan jajahan negaranya.Pengalaman yang perlu
diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan Negara yang
menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum
berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan
isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan
segala aktiviti masyarakat tersekat.

12

4.Perpaduan Nasional

• Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita
pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan
antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan
dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan
hidup secara aman sentiasa bersifat bersangka baik antara satu
sama lain.kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap
hormat,bertolak-ansur,bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang
terkeji seperti berdengki,beriri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum.Dengan terdapat pelbagai jenis kaum,agama,budaya
dan pegangan agama di Malaysia mak peristiwa 13 Mei 1969 ini
pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif
yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu yang
merupakan penduduk asal bagi negara ini.

5.Keadilan ekonomi

• Tragedi 13 Mei juga menunjukan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jikamasyarakat Malaysia dalam
kemiskinan ianya menjadi lebih sukar majoriti kadar kemiskinan
penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi
dandemografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti
penduduk bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah
berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi
isu di dalam masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat
bumiputra Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.
Oleh itu selepas 13 Mei, satu dasar pragmatic dasar ekonomi
baharu (DEB) telah digubal oleh kerajaan.Dasar ini merupakan
satu dasar jangka Panjang yang mempunyai dua objektif utama
iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan Menyusun
semula masyarakat.

13

KESIMPULAN

• Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan
yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak,malah ia
turut mamaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang
mencakupi bidang-bidang politik,social dan ekonomi serta
betapa pentingnya integrasi nasional.Andai kata petanda-
petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-
cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
Makmur akan menjadi bayangan sahaja

14

REFLEKSI

Tugasan yang telah diberikan kepada kami merupakan e-majalah. Kami telah
Berjaya menghasilkan e-majalah yang perlu disiapkan selama empat minggu.

Sepanjang menyiapkan e-majalah ini apa yang kami sekumpulan dapat ialah :

1. Mengetahui cara penghasilan e-majalah yang berjudul Peristiwa 13 Mei
1969 yang menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft PowerPoint dan
anyflip. Majalah kami ini mempunyai 15 muka surat, susun atur gambar
yang menarik dan juga dengan info-info penting punca dan pengajaran
Tragedi 13 Mei 1969.

2. Kami juga tahu kepentingan untuk menyatakan atau menitikberatkan
sumber rujukan untuk mengelakkan gejala plagiat . Antara sumber rujukan
kami ialah melalui buku sejarah, jurnal tragedi 13 mei 1969 dan juga google
untuk mencari maklumat tentang tajuk kami. Kami juga sentiasa memastikan
kesahihan sumber dengan menggunakkan ayat sendiri merujuk kepada
sumber seperti yang disebutkan tadi.

3. Seterusnya kami mengetahui penting untuk bekerjasama dalam kumpulan
bagi melaksanakan tugasan ini iaitu sebagai contoh kami telah
membahagikan tugas pada setiap orang dalam kumpulan seperti Intan
mencari maklumat punca Tragedi 13 Mei berlaku dan Raziq mencari
maklumat pengajaran kejadian Tragedi 13 Mei dan Aiman pula dari segi
kesimpulan dan penulisan dan itulah yang membuat kumpulan kami tahu
apa itu erti kerjasama.

Antara komen-komen konstruktif serta cadangan bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di masa akan datang untuk tugasan ini :
1. Kami mencadangkan supaya tugasan ini boleh disampaikan melalui video

seperti berita agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas.
2. Kami juga mencadangkan agar tugasan ini boleh dilakukan dengan lebih

ramai ahli kumpulan.
3. Kami juga mencadangkan agar bilangan muka surat dapat ditambah lagi dan

tiada hadnya agar maklumat dapat disampaikan dengan labih banyak.

Semoga majalah yang kami hasilkan ini mampu memberikan manfaat dan
fahaman terhadap sejarah kepada para pembaca SEKIAN TERIMA KASIH…

15


Click to View FlipBook Version