The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummimujibnhabib, 2021-09-03 01:38:46

PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

PAMERAN BERTEMA HARI KEBANGSAAN SMKBK 2021

Kemerdekaan Negara
31 Ogos 1957

⚫ Tujuan rombongan untuk mendapatkan kemerdekaan

⚫ Diusahakan oleh Parti Perikatan awal tahun 1946

⚫ Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai Ketua Menteri
berunding dengan Raja2 Melayu & British untuk
mendapatkan kemerdekaan

⚫ Bersetuju adakan mesyuarat rasmi dengan British

⚫ Rombongan Merdeka dibentuk

⚫ Terdiri daripada 4 wakil Raja2 Melayu & 4 wakil Parti
Perikatan

⚫ Rombongan ke London diketuai oleh TAR

⚫ Orang ramai memberi sokongan padu

Anggota Rombongan Merdeka:
a. Wakil Parti Perikatan
⚫ Tunku Abdul Rahman (Ketua)
⚫ Tun Dr Ismail
⚫ Tun H.S. Lee
⚫ Tun Abdul Razak

b. Wakil Raja2 Melayu
⚫ Dato Panglima Bukit Gantang
⚫ Abdul Aziz Othman
⚫ Dato’ Mohd Seth
⚫ Dato’ Nik Ahmed Kamil

⚫ Untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu dengan British di London

⚫ Beberapa keputusan dicapai sebagai asas perundingan

⚫ Dibentuk satu perjanjian – Perjanjian London

⚫ Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan British

⚫ Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956

⚫ Kedua2 pihak bersetuju tandatangani perjanjian

⚫ Antara perkara yang dipersetujui;

i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957
ii. Suruhanjaya bebas dilantik untuk gubal Perlembagaan Merdeka
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau

kepentingan British di PTM
iv. Perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani bagi

menjaga keselamatan & kepentingan ekonomi British di PTM
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
vi. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan

Negeri diteruskan

⚫ Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20
Februari 1956

⚫ Disambut meriah dalam perhimpunan besar di Padang
Merdeka, Bandar Hilir, Melaka

⚫ Tunku Abdul Rahman & rombongan diiringi Pemuda
UMNO Melaka

⚫ Tunku Abdul Rahman isytiharkan tarikh merdeka dengan
seruan merdeka

⚫ Orang ramai menyambut laungan ‘Merdeka’ dengan penuh
semangat

⚫ Bagi negara bakal merdeka seperti PTM, sebuah
perlembagaan yang dipersetujui semua kaum amat penting

⚫ Parti Perikatan bersetujudengan penubuhan suruhanjaya
bebas – Suruhanjaya Reid

⚫ Dibentuk pada Mac 1956

⚫ Tujuan menyusun perlembagaan PTM

⚫ Dipengerusikan Lord William Reid

⚫ Tugas Suruhanjaya Reid;

i. Merangka sebuah pelembagaan bagi PTM
ii. Membentuk & menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri
iii. Menjamin kedudukan khas Raja2 Melayu
iv. Mewujudkan rupa bangsa PTM

⚫ Suruhanjaya ini menerima sebanyak 131 memeorandum daripada
pelbagai pihak termasuk Raja2 Melayu

⚫ Februari 1957 Suruhanjaya Reid keluarkan draf perlembagaan
untuk dibahaskan oleh penduduk & parti politik tempatan

⚫ Beberapa cadangan asal dipinda untuk memuaskan hati
semua pihak antaranya;

i. Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian
iii. kuasa pusat dan negeri
ii. Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di

Tanah Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa
menjejaskan hak kaum lain
iv. Institusi Raja2 Melayu & konsep Raja Berperlembagaan
dikekalkan
v. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi bahasa
Cina & Tamil boleh dikembangkan & menjadi bahasa
pengantardi sekolah masing2
vi. Agama Islam dijadikan agama rasmi persekutuan tetapi
agama lain boleh diamalkan

⚫ Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak
ansur antara kaum

⚫ Ia membolehkan kerajaan berdemokrasi dengan konsep
Raja Berperlembagaan dibentuk

⚫ Pemimpin Melayu & bukan Melayu menyokong pakatan

⚫ Cadangan Suruhanjaya Reid diterima Parlimen British
pada Jun 1957

⚫ Draf Perlembagaan Merdeka dibentang untuk diluluskan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan

⚫ Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957
diadakan pada 15 Ogos 1957 antara Raja2 Melayu dengan
British di Kuala Lumpur

⚫ Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pertama
iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
(1957-1960) di King’s House, Kuala Lumpur

Ahli Suruhanjaya Reid:
⚫ Lord William Reid
⚫ Sir Ivor Jennings (England)
⚫ Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia)
⚫ Tuan bin Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
⚫ Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

⚫ Mempunyai beberapa fasal penting, antaranya;

i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah
Melayu

ii. Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong
iii. Pembentuk sebuah Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat &

Dewan Negara
iv. Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran dibantu sebuah

kabinet
v. Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
vii. Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu &
viii. kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga

diberi pertimbangan
Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa
mengurangkan hak warganegara lain

⚫ Bermaksud perisytiharan atau pengumuman penting

⚫ Pemasyhuran kemerdekaan bererti Persekutuan Tanah
Melayu telah bebas daripada penjajahan selamanya

i. Peristiwa Sebelum Pemasyhuran:

⚫ Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Padang Kelab
Selangor, Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah malam 30
Ogos 1957

⚫ Kemudian bendera PTM dinaikkan oleh beberapa orang
pemuda UMNO

⚫ Disaksikan ribuan rakyat dengan sorakan, tepukan
gemuruh & laungan merdeka



⚫ Dilakukan pada pagi 31 Ogos 1957 dengan penuh gemilang di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur

⚫ Stadium ini dibina khas untuk upacara perisytiharan kemerdekaan
negara siap sehari sebelum majlis

⚫ Tujuan pembinaan stadium – untuk melahirkan identiti kebangsaan
kepada negara yang merdeka

⚫ Disaksikan ribuan rakyat

⚫ Raja2 Melayu berseri2 dengan pakaian songket berkilau & dipayungi
payung diraja

⚫ Raja2 Melayu duduk berbaris di pentas khas

⚫ Wakil Ratu Elizabeth iaitu Duke of Wellington bersedia dengan
watikah penyerahan kuasa

⚫ Antara atur cara majlis;

i. Ucapan wakil Ratu England
ii. Wakil Ratu England menyerahkan dokumen perisytiharan

kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara PTM)
iii. TAR membaca perisytiharan tersebut dengan lantang
iv. TAR melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak 7 kali dengan

disambut oleh hadirin



Maksud Simbolik Di Sebalik Penyerahan Watikah
Pemasyhuran Kemerdekaan:

⚫ Menandakan kuasa politik negara dikembalikan semula
kepada pemerintah tempatan

⚫ Menandakan PTM bebas setelah dikuasai selama 446
tahun

⚫ Pemulangan dilakukan British dengan penuh tertib &
bersopan

⚫ Laungan merdeka menandakan laungan semangat &
kegembiraan rakyat

⚫ Ia menandakan segala perjuangan rakyat berhasil untuk
membina sebuah negara yang berdaulat & merdeka

⚫ Dikenali sebagai Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
⚫ Ditulis dalam 2 bahasa – bahasa Melayu (Tulisan Jawi) & bahasa

Inggeris

⚫ Kemudian ia ditulis semula dalam tulisan Rumi

⚫ Antara kandungan;

i. PTM mencapai taraf negara merdeka & berdaulat setaraf negara lain
di dunia

ii. Raja2 Melayu & Ratu England tandatangani Perjanjian PTM 1957
bagi membentuk PTM

iii. Semua penguasaan Ratu England & Parlimen British ke atas NNS
terbatal

iv. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957
v. PTM yang merdeka mengandungi –

Johor, Pahang, N9, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pe
rak, Melaka & Pulau Pinang

vi. PM merupakan negara demokrasi yang mengutamakan
kesejahteraan rakyat

Kuiz

⚫Parti apakah yang telah memenangi
pilihan raya 1955?

Parti Perikatan

⚫Nyatakan anggota Rombongan Merdeka

4 orang wakil Parti Perikatan
4 orang wakil Raja-Raja Melayu

⚫Di manakah Tunku Abdul Rahman
mengisytiharkan tarikh kemerdekaan
Negara?

Padang Merdeka, Bandar Hilir
Melaka

⚫Apakah nama suruhanjaya bebas yang
ditubuhkan untuk menggubal
Perlembagaan Merdeka?

Suruhanjaya Reid

Anggota Rombongan Merdeka

4 orang wakil Parti Perikatan
⚫ Tunku Abdul Rahman
⚫ Tun Dr. Ismail
⚫ Tun H.S. Lee
⚫ Tun Abdul Razak

4 orang wakil Raja-Raja Melayu
⚫ Dato’ Panglima Bukit Gantang
⚫ Abdul Aziz Othman
⚫ Dato’ Mohd Seth
⚫ Dato’ Nik Ahmed Kamil

Anggota Rombongan Merdeka

Matlamat Rombongan Merdeka

⚫Merundingkan
kemerdekaan
Persekutuan Tanah
Melayu dengan pihak
British.

Perjanjian London 1956

⚫ Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd
(Setiausaha Tanah Jajahan British)

⚫Rundingan berlangsung dari 18 Januari
1956 – 8 Februari 1956

⚫Kedua-dua pihak menandatangani
Perjanjian London

Isi Kandungan Perjanjian London

1956

⚫ Penetapan tarikh kemerdekaan negara pada 31
Ogos 1957

⚫ Perlantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal
Perlembagaan

⚫ Parti Perikatan tidak akan mengambil alih
perniagaan British / kepentingan Barat di
Persekutuan Tanah Melayu

⚫ Satu perjanjian pertahanan ditandatangani bagi
menjaga keselamatan dan kepentingan British di
Persekutuan Tanah Melayu

⚫ Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan

⚫ Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan
negeri diteruskan

Perjanjian London telah ditandatangani
oleh deligasi Rombongan Merdeka

Pengisytiharan Tarikh
Kemerderkaan Negara

⚫20 Februari 1956

⚫Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka

⚫Diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman
bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan
merdeka pada 31 Ogos 1957

Peristiwa
Perisytiharan Tarikh
Kemerdekaan negara
di Padang Merdeka,
Bandar Hilir Melaka

Suruhanjaya Reid

⚫Sebuah suruhanjaya bebas dibentuk pada
Mac 1956

⚫Ditugaskan untuk menggubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka

⚫Perlu berlaku adil kepada semua kaum

Tugas Suruhanjaya Reid

⚫Merangka sebuah perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang akan
merdeka

⚫Membentuk dan menentukan kuasa
kerajaan pusat dan negeri

⚫Menjamin kedudukan khas Raja-Raja
Melayu

⚫Mewujudkan satu rupa bangsa
Persekutuan Tanah Melayu

Takrif Kata

⚫Perlembagaan
Peraturan / undang-undang utama
sebagai panduan untuk menguruskan
pentadbiran institusi, organisasi atau
pemerintah

⚫Memorandum
⚫Dukumen yang mengandungi cadangan

tentang sesuatu perkara

Ahli Suruhanjaya Reid
⚫L : Lord William Reid
⚫I : Ivor Jennings (England)
⚫B : Tuan B. Malik (India)
⚫A : Tuan Abd. Hamid (Pakistan)
⚫S : Sir Willian Mckell (Australia)

Lord Willaim Reid

Suruhanjaya Reid

⚫Cadangan Suruhanjaya Reid telah
diterima oleh Parlimen British pada Jun
1957

⚫Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan
untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan

⚫Upacara menandatangani Perjanjian
Merdeka 1957 telah diadakan antara
Raja-Raja Melayu dengan British di King’s
House Kuala Lumpur pada 15 Ogos 1957

Perlembagaan Merdeka

⚫Sebuah kerajaan pesekutuan dibentuk
dengan nama Persekutuan Tanah Melayu

⚫Yang di Pertuan Agong sebagai ketua
negara

⚫Pembentukan sebuah parlimen yang
mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan
Negara

⚫Perdana Menteri sebagai ketua
pentadbiran negara dan dibantu oleh
sebuah kabinet

Perlembagaan Merdeka

⚫ Agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan Tanah Melayu

⚫ Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
⚫ Kerakyatan terbuka kepada sesiapa yang

lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Kerakyatan secara permohonan dengan
syarat tertentu juga diberi pertimbangan
⚫ Kedudukan istimewa orang Melayu
diteruskan tanpa mengurangkan hak
warganegara yang lain

Upacara menandatangani
Perjanjian Merdeka 1957

Kesimpulan

⚫Semangat tolak ansur dan permuafakatan
antara kaum

⚫Penghargaan kepada pemimpin yang
berusaha mencapai kemerdekaan negara

⚫Pemimpin bijak menyelesaikan isu sensitif
dan rumit



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
masyarakat:

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan

prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran
Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan



PENGENALAN

Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu dan diwartakan pada 27
Mei 1952. Jata Negara yang berkuat kuasa sehingga kini adalah melalui Warta Kerajaan
P.U. (B) 563: Statut-Statut Lambang Negara Malaysia bertarikh 20 September 1990.

FAKTA JATA NEGARA

Bintang pecah 14 Anak Bulan dan Bintang Dua Ekor Harimau menyokong Lima Bilah Keris melambangkan
menandakan 1 3 buah negeri dan sebagai lambang agama Islam yang diangkat perisai melambangkan keberanian, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
iaitu Johor, Kedah, Perlis,
Kerajaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan kegagahan dan kekuatan Kelantan dan Terengganu

Jata Sarawak melambangkan Jata Sabah Pokok Pinang dan Jambatan Pokok Melaka melambangkan negeri
Sarawak melambangkan Sabah Pulau Pinang melambangkan Melaka
negeri Pulau Pinang
Warna Merah, Hitam, Putih dan
Cogan “BERSEKUTU BERTAMBAH Warna kuning pada awan-awan Bunga Raya Kuning Hitam dan putih melambangkan
adalah warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha warna bendera negeri Pahang; Merah dan
MUTU” di tengah-tengah merupakan Bunga kuning melambangkan warna bendera negeri
ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri Mulia Raja-Raja Melayu Kebangsaan Malaysia Selangor; Hitam, putih dan kuning
dan tulisan jawi di sebelah kanan melambangkan warna bendera negeri Perak;
dan Merah, hitam dan kuning melambangkan
warna bendera Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.

5

KOD WARNA JATA NEGARA

Anak Bulan dan Bintang Dua Ekor Harimau

Lima Bilah Keris

Jata Sabah Pokok Melaka

Warna Merah, Hitam, Putih dan
Kuning

Pokok Pinang dan Jambatan Jata Sarawak
Pulau Pinang
Bunga Raya Cogan BERSEKUTU BERTAMBAH MUT”U ‘
6 menggunakan fon ”
jenis ‘ BEBAS
Awan-awan

*C= Cyan; M=Magenta; Y=Yellow; K=Black

PEMAKAIAN LAMBANG
JATA NEGARA

Lambang Kerajaan Persekutuan (Jata Negara) adalah hak Kerajaan Persekutuan. Lambang ini hanya boleh digunakan oleh kementerian,
jabatan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan atas urusan rasmi.
Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan atau Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan tidak boleh
menggunakan Lambang Kerajaan Persekutuan.
Perkara ini dinyatakan secara jelas melalui Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2005: Pemakaian
Lambang Kerajaan Persekutuan.

CONTOH PENGGUNAAN JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG RASMI
KEMENTERIAN/JABATAN

PENGGUNAAN SEBAGAI LAMBANG KEMENTERIAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PENGGUNAAN SEBAGAI LAMBANG JABATAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI JABATAN SUKARELAWAN
MALAYSIA

JABATAN PERDANA MENTERI
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA

7

PENGECUALIAN PEMAKAIAN LAMBANG JATA
NEGARA

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2016 telah memutuskan agar penggunaan lambang rasmi kementerian/jabatan/agensi
Kerajaan Persekutuan digantikan dengan lambang Jata Negara.

Kementerian Belia dan Sukan dibolehkan untuk menggunakan lambang sedia ada dalam bahan percetakan berkaitan publisiti program-
program berkaitan belia dan sukan seperti risalah (pamphlet), kain rentang (banner), gegantung (bunting), latar pentas (backdrop)
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Jata Negara hendaklah digunakan bagi semua urusan rasmi kementerian.

Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016 telah menetapkan supaya

semua kementerian
dan agensi kerajaan kecuali agensi- menggunakan Jata Negara sebagai lambang rasmi
kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan
agensi Polis Diraja Malaysia.

8

9

PENGENALAN

Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara
mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang
sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

BENDERA PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU

Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948. Satu pertandingan mereka
cipta bendera peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa
Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak
373 corak reka bentuk bendera dan telah dikemukakan kepada Majlis Perundangan
Persekutuan pada 1 5 November 1949 untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari
jumlah tersebut, hanya tiga pilihan reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan
rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat
pilihan majoriti. Pihak Majlis Perundangan Persekutuan telah meminta untuk pindaan
dibuat terhadap bintang pecah lima kepada bintang pecah 1 1 bagi menunjukkan
perpaduan 1 1 negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Pereka Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Mohamed bin Hamzah (05.03.1918-19.02.1993)

Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat
beberapa pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke warna kuning bagi melambangkan warna diraja .
Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

10

Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat
pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950.

Reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1949

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 3 1 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini
diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali
diperdengarkan kepada umum.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu (1950-1963)

Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

11

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang dengan enam jalur berwarna merah dan lima jalur berwarna putih.
Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Warna merah, putih dan biru melambangkan negara ini adalah sebuah negara Komanwel.
Warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna diraja yang menandakan kedaulatan Sultan-sultan Negeri Tanah Melayu
yang juga sebagai Ketua Agama Islam.
Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Bintang pecah sebelas melambangkan perpaduan dan kerjasama antara negeri-negeri.

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia berasal daripada Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu telah menjadikan penambahan pada jalur dan bintang pecah dari 1 1 kepada 14 yang menunjukkan 14
buah negeri bermula 16 September 1963 dengan nama baharu negara iaitu Malaysia. Walaupun Singapura telah keluar daripada
Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan sehingga hari ini yang melambangkan
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Bendera Malaysia (1963-terkini)

Sumber: Jalur Gemilang. (2008). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

12


Click to View FlipBook Version