The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92141263, 2021-04-08 22:55:34

Buku Program Mesy PIBG 2021

Buku Program Mesy PIBG 2021

SK KAMPONG LADANG

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-47
2021

Dirasmikan :
PUAN NORSURYANI BINTI JAMIAN
YDP PIBG SK KAMPONG LADANG

Tarikh : 10 April 2021
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Balairaya Kampung Ladang

Aturcara Program

8.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran para jemputan,
8.30 pagi ibu bapa dan penjaga murid

8.45 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
8.50 pagi Majlis Bermula
Nyanyian Lagu Negaraku
9.10 pagi Ucapan Alu-aluan

9.30 pagi : Bacaan doa
9.45 pagi : Ucapan Penasihat PIBG SKKL
10.00 pagi
Pn. Zarinah binti Yahya
Guru Besar SK Kampong Ladang

: Ucapan Perasmian Majlis
Pn. Norsuryani binti Jamian
YDP PIBG SKKL

: Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK
PIBG sesi 2020/2021

: Rehat

: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 bermula

12.30 tengah hari : Bersurai

Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2021

1. Ucapan YDP (Pn. Norsuryani binti Jamian)
2. Ucapan Penasihat (Pn. Zarinah binti Yahya)
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas
4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti

Tahunan 2020 / 2021
5. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan 2020

/ 2021
6. Perbahasan Usul / cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG 2020 / 2021
8. Pelantikan Pengerusi sementara
9. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2021 / 2022
10. Hal-hal lain

AJK PIBG
SESI 2020 / 2021

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 / 2021

PENASIHAT : PN. ZARINAH BINTI YAHYA

YANG DIPERTUA : PN. NORSURYANI BINTI JAMIAN

NAIB YANG DIPERTUA : EN. AZRIN SYAM BIN KHUZAIRI

SETIAUSAHA : PN. ROSIDA BINTI IDRIS

NAIB SETIAUSAHA : PN. LATIFAH BINTI SABTU

BENDAHARI : PN. NORHANISAH BINTI SALLEH

AJK IBU BAPA : EN. NORAZAM BIN AHANAB

PN. HELINA BINTI SHARIF

PN. UMI NAFISAH BINTI KHAMIS

PN. ZAWIYAH BINTI SHAMSUDIN

PN. SITI ROKIAH BINTI DAHLAN

PN. NORAZLIZA BINTI ARIFFIN

EN. SAIFUL ANUAR BIN RAMLI

AJK GURU : PN. NORAZIAH BINTI ABDUL AZIZ

PN. NURUL HIDAYAH BINTI RAHIM

CIK NUR HIDAYAH BINTI MOHD MOHAYADI

EN. AFIZAL BIN ISMAIL

EN. MUHAMMAD ZAKI BIN MAZLAN

EN. AHMAD SHAHIDE BIN RUSLAN

JURUAUDIT : PN. NOR AZLIN BINTI8 IDRIS (GURU)

PN. UMI NAZIRAH BINTI HJ. MOHD. ALI (IBU

BAPA)

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 47 SESI 2020 / 2021

Buku Program
Pn. Rosida bt. Idris
Pn. Nor Zuraida Ariffin bt.

Mohd Amin

Persiapan Tempat
En. Ismail b. Ahmad
En. Ahmad Badrul Hisyam b.

Bahari
En. Norazam b. Ahanab
En. Saiful Anuar b. Ramli

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KAMPONG LADANG 2020/2021

1.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Rusnani binti Saring; Penyelaras DUN Gemas,
Timbalan Pegawai PPD; Encik Zulkifli bin Zainudin dan Puan Norsuryani binti Jamian; YDP PIBG
SKKL yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 Sesi 2020/2021.
Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga. Ucapan tahniah dan syabas sebagai tanda
kecemerlangan ibu bapa yang hadir.

1.2 Ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana pencapaian terbaik dalam semua aspek.
Tahniah di atas kedudukan kedua terbaik pencapaian UPSR daerah Tampin. Pencapaian
peratus lulus meningkat dari 80% ke 90%. Tahniah kepada Tuan Muhammad Aqil bin Tuan
Badrul Hisyam atas pencapaian 6A UPSR serta terbaik 8A UPKK.

1.3 Pencapaian terbaik juga atas 95% kehadiran bagi bulan Januari – Oktober dan telah mencapai
KPI yang ditetapkan oleh PPD.

1.4 Unit Ko-kurikulum juga mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu pencapaian GPS 1.17
PAJSK yang juga merupakan kedudukan terbaik dalam daerah Tampin. Kekangan kewangan
merupakan isu utama dalam bidang ko-kurikulum namun dapat diatasi dengan kerjasama ibu
bapa dan penjaga.

1.5 Mengingatkan bahawa tanggungjawab kecemerlangan anak-anak bermula dari rumah yang
terletak di bahu ibu bapa penjaga.

1.6 Makluman mengenai calon UPSR 2020 adalah seramai 40 orang.
1.7 Hargailah jasa guru-guru dan rancang sebaik-baiknya untuk anak-anak.
1.8 Banyak usaha dan program yang telah diadakan oleh KPM bagi membantu murid yang lemah.
1.9 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 telah dijalankan. Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dijalankan dalam pembelajaran dan pemudahcara (pdpc).
Perkembangan pembelajaran murid direkodkan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
1.10 Ucapan terima kasih kepada Penyelaras DUN Gemas di atas sumbangan sebanyak RM 1,000
kepada pihak sekolah.
1.11 Semoga SKKL akan terus melahirkan murid-murid yang baik lagi cerdik.

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KAMPONG LADANG 2020/2021

1.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Rusnani binti Saring; Penyelaras DUN
Gemas, Timbalan Pegawai PPD; Encik Zulkifli bin Zainudin, Pn. Zarinah binti Yahya;
Guru Besar SKKL serta ibu bapa dan penjaga diatas kesudian hadir ke Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 Sesi 2020/2021.

1.2 Mengingatkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk
anak-anak. Guru-guru merupakan pelengkap dalam membimbing anak-anak.

1.3 Pada tahun 2019, Pentaksiran Kompetensi Literasi (PKL) telah dijalankan bagi
membentuk murid-murid yang lebih terkehadapan terutamnya dalam bidang Sains,
Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

1.4 Meminta ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawal penggunaan gajet selain
daripada menyiapkan kerja sekolah.

1.5 Mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa berbincang dengan pihak sekolah
sekiranya berlaku sebarang isu. Mohon agar tidak memberi gambaran yang buruk
terhadap sekolah.

1.6 Ucapan tahniah kepada penjaga calon UPSR 2019 kerana telah memberi banyak
bantuan dan keselesaan sepanjang murid menjalani UPSR.

1.7 Bagi calon UPSR 2020, 7 orang murid tahun 6 yang masih lemah dalam bidang
pelajaran perlu ditangani dengan segera.

1.8 Harapan agar kecemerlangan pada tahun 2019 berterusan sehingga ke tahun 2020.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SK KAMPONG LADANG, GEMAS

KALI KE-46 TAHUN 2020

TARIKH : 30 JANUARI 2020
HARI : KHAMIS
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SKKL

AGENDA :

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1.1 Pengerusi memberi kata alu-aluan dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua ibu bapa/penjaga ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
tahun 2020.
1.1.2 Pengerusi memaklumkan mengenai AJK PIBG yang akan dipilih setiap
tahun. Bagi tahun 2020, akan diadakan pembubaran dan pelantikan AJK
PIBG.
1.1.3 Pengerusi juga mengucapkan syabas kepada AJK PIBG yang baru sekiranya
terpilih dan berharap dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi
meningkatkan prestasi sekolah.
1.1.4 Makluman mengenai aktiviti gotong-royong menyimen luar surau bahagian
perempuan yang telah diadakan pada 27 Januari 2020 semasa Cuti Tahun
Baru Cina oleh AJK PIBG dan beberapa orang penjaga.
1.1.5 Ingin menekankan bahawa kerja-kerja tersebut memerlukan tenaga yang
ramai untuk menjayakannya. Sekiranya hanya sedikit sahaja bilangan AJK
atau penjaga yang hadir, aktiviti tersebut tidak akan dapat dijayakan.
1.1.6 Mengambil contoh senario di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di mana
aktiviti keceriaan kelas dan dormitory bukan lagi menjadi tanggungjawab guru
sebaliknya ibu bapa dan penjaga yang memainkan peranan.
1.1.7 Mengingatkan agar jangan hanya melepaskan tanggungjawab kepada pihak
sekolah semata-mata. Ini kerana sekolah tidak mampu menguruskan
kesemuanya.
1.1.8 Untuk makluman, setakat ini, tiada peruntukan yang diturunkan kepada pihak
sekolah.
1.1.9 Jadi, ibu bapa dan penjaga disyorkan agar berbincang dengan guru kelas
bagaimana untuk menceriakan kelas anak masing-masing.
1.1.10 Untuk makluman, sekolah menengah mengenakan bayaran untuk keceriaan.
Jadi, mengapa ibu bapa dan penjaga tidak melaburkan sedikit untuk sekolah
rendah.
1.1.11 Ini kerana, keceriaan kelas merupakan salah satu konsep untuk memastikan
proses pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) berjalan dengan lancar dan
menarik minat pelajar.
1.1.12 Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti-aktiviti sekolah adalah
sebagai tanda sokongan kepada sekolah adan anak-anak.
1.1.13 Sebagai contoh, aktiviti kelas tambahan Tahun 5 dan 6 pada tahun 2019. Ibu
bapa banyak membantu dalam menyediakan makanan semasa kelas
berlangsung. Sedikit sebanyak perkara ini turut membantu kecemerlangan
keputusan UPKK dan UPSR 2019.

1.2 Ucapan Guru Besar
1.2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua penjaga yang hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46.
1.2.2 Makluman mengenai Mesyuarat Agung PIBG tahunan yang perlu dilakukan
sebelum 31 Mac 2020.
1.2.3 Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dengan PIBG, menyatakan
bahawa tujuan PIBG ditubuhkan adalah untuk permuafakatan ibu bapa dan
guru serta komuniti.
1.2.4 Manakala peranan PIBG adalah saling melengkapi untuk mewujudkan
prasarana yang kondusif.
1.2.5 Jadi, sekolah amat memerlukan komitmen ibu bapa dalam menjayakan
program-program sekolah.
1.2.6 Di dalam subperaturan (5) dan (6) menyatakan batasan-batasan kepada
persatuan. Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang
kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan lain
dalam sekolah. Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera
bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan
antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan
sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Dearah atau
Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau
Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
1.2.7 Majlis pada hari ini amat bermakna demi kepentingan anak-anak.
1.2.8 Mesyuarat pada hari ini juga akan memutuskan permohonan untuk kutipan
sumbangan PIBG ke atas setiap penjaga.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Rosida Binti Idris selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat

Agung PIBG seperti di dalam buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46.

Diterima dan disahkan oleh : Puan Zainab Binti Arshad

Disokong oleh : Puan Mariati Binti Omar

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PENGURUSAN PIBG 2020
4.1 Pembentangan Penyata Kewangan
4.1.1 Pn. Norhanisah Bt Salleh, bendahari PIBG membentangkan kewangan
bermula 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 yang telah disahkan oleh
kedua-dua juru audit. (Rujuk lampiran muka surat 13)
Jumlah baki yang dibawa kehadapan adalah sebanyak RM 6 015.25.
4.2 Membentang dan membahaskan usul
4.2.1 Puan Azni mengusulkan agar gotong-royong untuk menceriakan tandas-
tandas.
GPK HEM memaklumkan bahawa lebih elok sekiranya usul ini diterima dan
dijalankan di bawah PIBK. Penglibatan ibu bapa boleh dijalankan melalui
kumpulan aplikasi what’s App kelas anak masing-masing untuk
perbincangan.
4.2.2 Encik Alfi Syah mengusulkan tentang keadaan buku teks dalam keadaan
yang teruk. Beliau meminta agar guru memantau keadaan buku-buku teks
tersebut.
GPK HEM memaklumkan bahawa penjagaan buku teks adalah bergantung
kepada murid itu sendiri. Pemeriksaan buku teks kali pertama telah
dijalankan. Stok buku teks amatlah terhad dan kadangkala terdapat murid
yang tidak dapat buku teks untuk satu tempoh. Jadi, murid akan diberi
dengan buku teks yang lama dahulu sebelum diganti dengan buku baharu.
Kekangan peminjaman buku teks adalah dari segi stok yang terhad.
Meminta agar penjaga dan murid bersama-sama menjaga buku-buku teks
agar sentiasa berada dalam keadaan yang elok.
YDP mencadangkan agar murid tidak meletakkan buku tulis ke dalam buku
teks. Sekiranya terdapat muka surat yang tercabut, tampal dengan pita
pelekat atau beli sahaja buku yang baharu. Tambahan pula, kualiti buku teks
masa kini agak kurang kerana mudah tercabut.
4.2.3 Puan Siti Aishah mengusulkan isu motosikal yang diparkir di hadapan pintu
pagar sekolah.
GPK HEM bersetuju kerana berlaku kesesakan terutamanya ketika waktu
datang dan pulang sekolah sesi pagi dan KAP. Mohon agar penjaga
menjarakkan motosikal dari pintu pagar. Mengharapkan sikap tolak ansur
penjaga agar tidak menyebabkan kesesakan.

4.2.4 Puan Umi Nazirah mengusulkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM100

bagi seorang penjaga diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Semua ahli sebulat suara bersetuju.

4.3 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019 / 2020. Pengerusi sementara adalah En. Hairul

Kamel B. Md Suhaimi.

Cadangan oleh : Pn. Helina Bt. Shariff

Sokongan oleh : Pn. Norazliza Bt. Ariffin

4.4 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2020 / 2021

4.4.1 Yang Dipertua PIBG : Pn. Norsuryani Binti Jamian

Naib Yang Dipertua : En. Azrin Syah Bin Khuzairi

Setiausaha : Pn. Rosida Binti Idris

Penolong setiausaha : Pn .Latifah Binti Sabtu

Bendahari : Pn .Norhanisah Binti Salleh

AJK Guru : Cik Nur HidayahBinti Mohd Mohayadi

: Pn. Nurul Hidayah Binti Rahim

: Pn. Norazaiah Binti Abdul Aziz

: En. Afizal Bin Ismail

: En. Muhammad Zaki Bin Mazlan

: En. Ahmad Shahide Bin Ruslan

AJK Ibu Bapa : Pn. Umi Nafisah Binti Khamis

: Pn. Siti RokiahBinti Dahlan

: Pn. Zawiyah Binti Samsudin

: Pn. Helina Binti Shariff

: Pn. Nor Azliza Binti Mohd Ariffin

: En. Saifol Anuar Bin Ramli

: En. Norazam Bin Ahanab

4.4.4 Pemeriksa Kira-kira : Pn. Nor Azlin Binti Idris

: Pn. Umi Nazirah Binti Hj. Mohd Ali

4.5 Semua sebulat suara bersetuju.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar mengingatkan mengenai kehadiran ke Kelas Agama Petang (KAP). Ini
kerana terdapat murid yang membayar yuran KAP tetapi tidak hadir ke kelas.
Terdapat peraturan yang menyatakan bahawa murid yang tidak hadir selama dua
tahun berturut-turut tidak dibenarkan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAP (UPKK).
5.2 Guru Besar mengingatkan mengenai kehadiran murid-murid ke sekolah sebelum
jam 7.20 pagi. Pada hari Jumaat, murid perlu datang lebih awal kerana Program
Bacaan Yaasin. Ibu bapa turut dijemput untuk program bacaan Yaasin.
5.3 Meminta agar sumbangan PIBG dilakukan secara beransur-ansur dan berperingkat.
5.4 Peringatan agar tidak menjemput anak dari sekolah terlalu lewat. Sekiranya terlalu
lewat, pihak sekolah akan berhubung terus dengan pihak polis.
5.5 Makluman mengenai waktu berurusan di pejabat. Mohon berurusan dengan
mematuhi waktu pejabat. Elakkan berurusan pada jam 1.00 hingga 2.00 petang
kerana waktu tersebut merupakan waktu rehat staf pejabat. Mohon agar jangan
menggegar pintu pejabat.
5.6 Mohon agar penjaga sekiranya mengisi apa-apa borang bantuan, pastikan
maklumat diisi terlebih dahulu sebelum mendapatkan tanda tangan Guru Besar.
5.7 Akhir kata, mengharapkan agar ibu bapa sentiasa membantu pihak sekolah. Bantu
anak-anak untuk berjaya selaras dengan slogan JPN iaitu ABC (Anak Baik lagi
Cerdik)

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mantan YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberi
kepercayaan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai YDP sesi
2019 / 2020.
6.2 Tahniah juga kepada AJK PIBG yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Rosida Binti Idris) (Norsuryani Binti Jamian)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Kampong Ladang SK Kampong Ladang
73400 Gemas. 73400 Gemas.



USUL / CADANGAN

1. Pn. Siti Rokiah mengusulkan supaya pihak sekolah memohon peruntukan untuk
membina longkang atau membaiki sistem perparitan bagi mengelakkan aliran air kolam
takungan dari sekolah masuk ke kawasan tanah persendirian.

2. En. Mohd. Zaizulhafiz mengusulkan supaya menyediakan tong sampah di dalam tandas
perempuan untuk tujuan pembuangan bahan sanitasi dan pembaikan sinki di dalam
tandas.

3. Pn. Nor Faizah bt. Amar Husin mengusulkan untuk mengecat dan mencantikkan
kawasan sekolah dan memohon sumbangan kepada pihak penyelaras DUN dan ADUN
kawasan Gemas.

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
PUAN NORSURYANI BINTI JAMIAN
YDP PIBG SK KAMPONG LADANG

PUAN ZARINAH BINTI YAHYA
GURU BESAR SK KAMPONG LADANG
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020 / 2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKKL

WARGA SK KAMPONG LADANG
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN
SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK

KAMPONG LADANG KALI KE-47

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSDI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Model Karangan Bahasa Melayu Buku 1
Next Book
AROK DEDES Pramoedya Ananta Toer