The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-44299788, 2022-03-20 21:05:14

BAHASA MELAYU T6 SJK (SEMAKAN 2017)

BAHASA MELAYU T6 SJK (SEMAKAN 2017)

3

Keselamatan

Jaga Diri Selalu

Keselamatan Tanggungjawab Kita

Cakna di Mana-mana

NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar dan penyataan.
Minta murid bercerita tentang aspek keselamatan berdasarkan gambar.

43

7 Jaga Diri Selalu

Ceritakan.

Kem Jaya Diri

• secara berkumpulan

• latihan murid membaca peta

1 • menggunakan kompas
• cara untuk menyelamatkan
diri jika tersesat

• secara individu menunjukkan
arah
• bergayut pada kabel

dari pelantar 2
• meluncur turun
melintasi tasik

• aspek keselamatan

luncur diutamakan
keluang
• secara berpasangan 3
bantuan • pada waktu malam
pernafasan • menggunakan isyarat bunyi
• panduan keselamatan diberikan

• latihan intensif 4
• demonstrasi
aktiviti
menyelamatkan burung hantu
mangsa lemas
• cara untuk melakukan
bantuan pernafasan

Azli: Salam sejahtera, kawan-kawan. Pada pagi ini, saya ingin bercerita tentang
Kem Jaya Diri yang saya hadiri pada minggu lepas. Pada hari pertama,

Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya NOTA GURU

dan ekspresi yang sesuai.

Minta murid mempersembahkan cerita. 1.3.1

44 KBAT: Mencipta – Mengimaginasikan Strategi PdP: KP – Interpersonal
EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Baca dan persembahkan.

Bahaya Dawai Kokot

Pada suatu hari, Azli dan ibunya singgah di sebuah warung untuk membeli kuih.
Banyak kuih yang sedap dijual di situ.

Selepas membeli beberapa jenis kuih, mereka pun pulang ke rumah. Kuih-muih
itu diletakkan di atas meja. Azli mahu menikmati pulut panggang yang diminatinya.

“Emak, bolehkah saya makan pulut panggang ini?” tanya Azli kepada ibunya.
“Boleh, Azli,” jawab ibunya. Azli terus mengambil pulut panggang itu. Dia tidak sabar
lalu mengoyakkan pembungkus pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang.
“Aduh, sakitnya jari saya!” jerit Azli.
Jari Azli berdarah. Rupa-rupanya, jarinya terkena dawai kokot yang terdapat
pada pembungkus pulut panggang itu. Dawai kokot ini tidak sesuai digunakan
untuk menyemat pembungkus makanan. Sebaik-baiknya, pembungkus pulut
panggang itu disemat dengan menggunakan bilah atau lidi.
Selepas itu, ibu dan ayah Azli membawanya ke klinik. Doktor menasihati Azli
supaya menggunakan gunting untuk membuka pembungkus pulut panggang
itu. Setelah tiba di rumah, Azli terus berehat.
“Azli, apakah ilmu dan nilai yang kamu peroleh daripada kejadian ini?” tanya
ibu Azli.
“ ,” jawab Azli.
“Baiklah, Azli. Apakah tindakan kamu jika kamu membeli makanan yang
berbungkus?” tanya ayah Azli pula.
“ ,” jawab Azli.
Selepas itu, Azli membuat poster
tentang bahaya dawai kokot.

1 DbKeaenwbdeaarisskiihonakgnomtMdeainkkagatikneuagtnoPr2iek0raa0nt9us.reabna-pgeariaturan
2 Dmfizaeiwknaayliepkbaoadkbaoktambnaeprkbaeannhcaaenym. aadraann
3 Dawai kokot menjejaskan
kkeesbeelrasmihaatnanmdaakannan.

(Sumber: Unit Promosi Kesihatan PKD Kulim)

NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami teks cerita dengan sebutan 45
yang betul dan intonasi yang sesuai.
2.3.2 Minta murid menyatakan ilmu dan nilai yang terdapat dalam cerita.
Kemudian, minta murid mencipta poster tentang bahaya dawai kokot.

KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Tulis teks yang diimlakkan.

Awas, Anda sedang Diperhatikan!
Naresh dan keluarganya pulang ke kampung untuk menyambut Hari
Deepavali. Dalam perjalanan, mereka melihat pemandangan sambil
mendengar siaran radio.



Dengar pesanan ini. Pihak Polis Diraja Sebelum kita berhibur, dengarlah
Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan pantun nasihat ini.
undang-undang dan peraturan jalan raya.
Bunga ati-ati si bunga raya,
Tujuannya untuk menjamin keselamatan Bunga salju usah diganggu;
pengguna jalan raya dan mengelakkan Berhati-hati di jalan raya,
pemandu melakukan kesalahan, iaitu: Pandu laju maut menunggu.
• memandu kenderaan melebihi had laju
yang dibenarkan Naga jumat ditumbuk lumat,
• tidak berhenti semasa lampu isyarat merah Sapu sekata ubat tradisi;
• memotong kenderaan di garisan berkembar
• memandu kenderaan sambil menggunakan telefon Pandu cermat jiwa selamat,
• memotong kenderaan di lorong kecemasan Sampai kita ke destinasi.

Pemandu yang melakukan kesalahan Pokok kulan pokok rambutan,
akan dikenakan kompaun Dahan mati kerana dedalu;
yang maksimum. Perabot jalan halang pelihatan,
Sikap berhati-hati amalkan selalu.

Bimbing murid mengecam ayat dan frasa dalam teks dan pantun. NOTA GURU

Minta murid menulis teks yang diimlakkan.

46 KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: BCB – Menulis secara mekanis 3.2.4

EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Ceritakan dan ujarkan dialog.

Peka Sentiasa walaupun Gembira

Arisa ke rumah pak ciknya di Sabah. Di dalam kapal terbang, Arisa
berbual bagai murai tercabut ekor dengan keluarganya.

“Arisa, sediakan payung sebelum hujan. Pakai tali pinggang keledar.
Jika cuaca kurang baik, kita akan selamat,” kata ibu Arisa.

Setelah sampai di Kota Kinabalu, pak cik Arisa
menyambut mereka.

“Arisa, marilah berehat dan tidur di rumah pak cik,”
kata pak cik Arisa. Pada masa itu, Arisa penat dan
mengantuk. Apabila mendengar pelawaan pak ciknya,
dia seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Pada keesokan harinya, Arisa dibawa ke Pulau
Kapalai untuk menyelam.

“Berapakah harga sewaan peralatan untuk menyelam
ini, pak cik?” tanya Arisa.

Pak cik Arisa yang berpengalaman sebagai penyelia
penyelam selama 20 tahun itu memberitahunya bahawa
beliau hendak membelanjai anak buahnya yang
otak cair itu. Arisa sangat gembira kerana memperoleh
durian runtuh pada hari itu.

“Dengar pesanan ini. Pertama, kamu mesti sentiasa
mematuhi arahan daripada penyelia penyelam kerana
malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku pada
bila-bila masa. Kedua, periksa hos dan gas pernafasan
untuk memastikan peralatan itu selamat digunakan. Ketiga,
pakai peralatan untuk menyelam yang lengkap dengan
sempurnanya. Pak cik akan melatih kamu menyelam
di kawasan cetek dahulu kerana inilah pengalaman
pertama kamu,” kata pak cik Arisa.

“Baiklah, pak cik. Saya pasang telinga dan
faham akan semua penerangan pak cik,” kata Arisa.

Cemerlang Sangat Baik Baik Audio
bercerita

NOTA GURU Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi 47
peribahasa.
4.1.1 Minta murid membuat penilaian terhadap kawan yang bercerita.

KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan Strategi PdP: Kontekstual
EMK: Nilai Murni – Berwaspada

Bina ayat.

Kata Tugas
Kit Kecemasan Kenderaan

Li Chen apa harap
wah telah
Li Chen sungguh
Apa khabar, Dayang?

Dayang
Khabar baik, Li Chen. Kamu tahu
tentang Kit Kecemasan Kenderaan?

Li Chen
Tidak tahu, Dayang. Harap dapat kamu
jelaskan kegunaannya kepada saya.

Dayang
Inilah maklumat tentang kit
tersebut. Sila baca dan fahami.

Li Chen
Terima kasih, Dayang. Saya telah
membaca maklumat itu. Saya sangat
menghargainya. Wah, kamu sungguh
hebat! Sekarang, barulah saya faham
tentang kegunaan kit tersebut.

Dayang
Sama-sama, Li Chen.

Kata tugas termasuklah kata tanya, kata perintah, kata pemeri, kata bantu, kata penguat,
kata nafi, kata hubung, kata sendi nama dan kata seru.
Contoh: • Pegawai lebuh raya itu ialah abang saya. • Dia sedang membaiki kereta yang rosak.
• Harap semua penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya.

NOTA GURU

Bimbing murid memahami penggunaan kata tugas yang terdapat dalam teks.

Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata tugas.

48 KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme 5.1.4

EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

8 Keselamatan
Tanggungjawab Kita

Sampaikan cerita. Pastikan bunga tayar
dalam keadaan baik
Penyenggaraan Tayar Basikal • tayar yang botak

Salam sejahtera, para penonton. menyukarkan kawalan
Panduan keselamatan kita pada • basikal mudah terbabas
pagi ini ialah cara menyenggarakan
tayar basikal. Demi keselamatan, Periksa pad brek
tayar basikal mestilah berada dalam • tidak haus
keadaan sempurna. • penunggang sukar

Periksa tayar membrek
• pastikan tayar tidak

bocor
• akan mendatangkan

kerosakan

Periksa tekanan
angin
• sesuai dan

mencukupi
• stabil

“Adik tonton rancangan apa?” tanya abang.
“Abang, tadi saya telah menonton

rancangan panduan keselamatan tentang
cara menyenggarakan tayar basikal.
Menurut pengacara itu,

Cemerlang Sangat Baik Baik

NOTA GURU Bimbing murid menceritakan bahan grafik. 49
Minta murid lain membuat penilaian tentang penceritaan kawannya dengan
1.3.2 menunjukkan isyarat jari.

KBAT: Mengaplikasikan – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Baca dan persembahkan.

Berhati-hati Menggunakan Eskalator
Nisha dan ibunya ke pasar raya. Dia melihat banyak pengunjung
menggunakan eskalator. Beberapa orang pengunjung tidak cakna
akan peraturan.

Di pasar raya itu, terdapat sebuah skrin yang memaparkan poster
peraturan tentang penggunaan eskalator. Nisha dan ibunya pergi
ke arah skrin untuk membaca poster. Dia memperoleh maklumat
daripada poster tersebut.

Tuan puan, kita hendaklah
sentiasa berhati-hati
semasa menggunakan
eskalator.

• Apakah kelakuan tidak selamat kanak-kanak semasa menggunakan eskalator?
• Nyatakan kesannya jika kamu asyik menggunakan telefon bimbit semasa
di eskalator.
• Saya akan memastikan keluarga saya mengamalkan ilmu yang saya peroleh

semasa seperti
• Jelaskan nilai yang perlu kita amalkan semasa menggunakan eskalator.
• Sebagai pengawal keselamatan, kamu diminta menjelaskan penggunaan

eskalator dengan selamatnya.

Bimbing murid membaca dan memahami poster. NOTA GURU

Minta murid menyatakan ilmu dan nilai yang terdapat dalam poster tersebut.

Kemudian, lakonkan persembahan sebagai pengawal keselamatan. 2.3.2

50 KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif

EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Tulis karangan.

Memancing Ikan di Tasik Beris, Sik, Kedah

7:30 pagi 8:30 pagi

• membuat persiapan • pandu kereta
• memasukkan barang dengan cermatnya
• membawa kit
• jalan sempit
keselamatan • kawasan berbukit
• memeriksa kenderaan
• menyediakan senarai dan berselekoh
• berbual-bual
semak

10:30 pagi

• tiba di Tasik Beris, Sik, Kedah
• mendaftarkan diri di inap desa
• menuju ke jeti untuk menaiki bot
• memakai jaket keselamatan

11:30 pagi

• banyak tunggul kayu
• tiba di tengah-tengah tasik
• mengeluarkan alatan memancing
• duduk dengan seimbangnya

12:30 tengah hari 3:00 petang

• belajar memancing • pulang ke inap desa
• mencangkuk umpan • menyalakan api
• menanggalkan mata kail • berhati-hati
• berhati-hati kerana tajam • membakar
• berwaspada • bermalam

NOTA GURU Sabtu, 26 Mac 20 51
7:30 pagi
3.3.1 Aku dan keluarga ke Tasik Beris, Sik, Kedah
untuk memancing ikan.

Sebelum bertolak

Bimbing murid memahami maklumat.
Minta murid menulis karangan jenis catatan harian.
KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Berwaspada

Lagukan seloka.

Murid-murid, Seloka Beringat Sentiasa
mari kita
berseloka. Ingatlah wahai semua
Bawa anak ke mana-mana
Jangan tinggal sendirian
Kelak dia diculik orang.

Baik, cikgu. Pesan kepada anak tersayang
Hati-hati apabila berjalan
Usah diikut orang lain
Nanti susah mahu pulang.

Korus:
Kalau berjalan pegang tangannya
Peganglah erat jangan lepaskan
Bahaya diculik di mana-mana
Oleh itu beringatlah sentiasa.

Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail

Audio Murid-murid,
seloka apakah pengajaran
yang terdapat
dalam seloka ini?

NOTA GURU

Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.

Minta murid menyatakan pengajaran daripada seloka. 4.2.1

52 KBAT: Menilai – Menghubungkaitkan Strategi PdP: KP – Muzik

EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Bina ayat.

Kata Tugas

Selidik sebelum Percaya
Telefon yang terletak di penjuru ruang tamu itu berdering.
Puan Harlina yang sedang memasak makanan di dapur
bergegas ke ruang tamu lalu mengangkat telefon.

? : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Puan Harlina?

: Sayalah Puan Harlina. Ada apa, encik?

? : Begini, puan. Nama saya ialah Haris. Saya membuat panggilan daripada

Syarikat Laba Berganda. Untuk makluman puan, puan terpilih untuk menerima
hadiah cabutan bertuah yang bernilai suku juta ringgit. Pihak kami memerlukan
maklumat semua penerima hadiah. Maklumat tersebut termasuklah maklumat
peribadi puan, iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor akaun
bank. Sebelum mendapat hadiah, puan perlu memasukkan wang proses
sebanyak RM1000.00 kepada pihak kami di bank. Panggilan ini benar, puan.

apakah yang perlu sedang mengisi kepada pengurus

tidak mempercayai ialah pengurus tentang penipuan daripada pengurus

NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata tugas dalam teks. 53
Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata tugas yang
5.1.4 berwarna merah.

KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: KP – Logik-matematik
EMK: Nilai Murni – Berwaspada

9 Cakna
di Mana-mana

Dengar dan ujarkan semula.

Situasi 1 Terima Kasih atas Bantuan

Salam sejahtera, Saya Encik Tan. Salam sejahtera, Encik Tan.
Kereta saya rosak di tepi lebuh raya. Terima kasih saya ucapkan
kerana menghubungi pihak
Saya berada tidak jauh dari stesen kami. Encik, tolong beritahu
minyak di Rawang. Saya dari arah kami lokasinya.
Kuala Lumpur ke Tanjong Malim.

Pertama, Terima kasih, encik. Dengar arahan dan pesanan saya ini. Pertama,
jangan jangan berada di dalam kereta. Situasi ini sangat berbahaya kerana kereta
Kedua, encik boleh dilanggar dari belakang. Kedua, buka lampu kecemasan
Ketiga, agar pemandu lain mudah melihat kereta encik. Ketiga, letakkan segi tiga
Keempat, kecemasan di belakang kenderaan supaya pemandu lain menyedari
bahawa terdapat kereta sedang berhenti di bahu jalan. Keempat, encik
Situasi 2 perlu menunggu kami di belakang penghadang jalan raya agar encik
tidak ditimpa kecelakaan. Pihak kami akan sampai dalam masa 30 minit
Audio untuk membantu encik. Encik, tolong ulangi pesanan saya.
pendengaran
Li Chen, jika kenderaan kita
rosak di lebuh raya, janganlah
panik. Pertama, nyalakan lampu
kecemasan kenderaan. Kedua,
kenal pasti lokasi kita. Ketiga,
telefon nombor bantuan syarikat
konsesi lebuh raya. Contohnya
ialah PLUSRONDA – 1800 88 0000.
Li Chen, nyatakan semula tindakan
yang perlu kamu lakukan.

Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan yang diujarkan berdasarkan NOTA GURU
situasi.

Minta murid menyebut ujaran yang didengar semula dengan sebutan yang betul 1.1.1

dan intonasi yang sesuai.
54 KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik

EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Baca dan tafsirkan.

Panduan Keselamatan di Luar Rumah

“Li Chen! Li Chen!” Beberapa KAENPSAAEKLNADKMUEAATITNKAAN
orang anggota kelab boling DI LUAR
sekolah memanggil aku. Pada RUMAH
petang itu, kami berjanji mahu
ke pusat latihan boling. Cikgu Lau Bawa wisel dan tiup dengan
sedang menunggu kami di sana. kuatnya atau menjerit dengan
sekuat-kuatnya sekiranya
Sebelum keluar dari rumah, ayah kamu diancam.
menasihati aku. Beliau meminta aku
mengikuti panduan keselamatan Jangan panik dan berasa takut.
ketika di luar rumah. Elakkan diri meminta bantuan
daripada orang yang tidak
Ayah berpesan supaya aku dikenali jika berada dalam
memakai pakaian berwarna kecemasan.
terang dan selesa. Seterusnya, aku
diingatkan agar tidak memakai Catat nombor telefon anggota Nombor telefon
pakaian yang mencolok mata keluarga untuk memudahkan Ibu: 012-6443XXX
dan membawa barang berharga. Ayah: 012-6455XXX
pihak berkuasa atau orang
Aku diminta mengingatkan ramai membantu mangsa.
pemandu van yang menghantar
kami ke sekolah agar sentiasa
mengunci pintu van. Sikap alpa
akan memudahkan penculik untuk
membuka pintu van dengan
pantasnya.

Selain itu, aku perlu mengikuti
panduan keselamatan ketika
di luar rumah juga.

Mengapakah murid-murid
perlu mengikuti panduan
keselamatan ketika di luar
rumah? Jelaskan.

NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami teks cerita dan poster.
Minta murid menyatakan sebab perlunya mengikuti panduan keselamatan.
2.1.1
KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif 55
EMK: Nilai Murni – Bertindak bijak

Tulis karangan.

Pengalaman Pertama Menggunakan Lif

• panggilan daripada ibu saudara
• undangan ke rumah baharu
• tingkat 12

• membaca maklumat
• had muatan 17 orang
• utamakan orang tua dan

orang kurang upaya

• mempunyai ciri-ciri keselamatan
• pintu keselamatan dan
penunjuk tingkat
• butang lif

• sistem penggera kecemasan
• telefon bantuan kecemasan
• bekalan kuasa
semasa kecemasan

• menekan butang tingkat 12
• lif bergerak lancar
• selamat, selesa dan
mesra pengguna

Aku bangga dan teruja pada
hari itu. Inilah pengalaman
pertama aku menaiki lif yang
tidak dapat aku lupakan.

Bimbing murid memahami maklumat. NOTA GURU

Minta murid menulis karangan jenis keperihalan berdasarkan bahan grafik.

56 KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme 3.3.1
EMK: Nilai Murni – Peka

Persembahkan.

Gurindam Penunggang Bijak

Kalau mula hendak menunggang,
Aspek keselamatan mesti dipegang.

Masa menunggang perlulah sedar,
Mesti memakai topi keledar.

JKaaklaetupmanetnuulannggcaenraghpkaandakewlaamkt.u malam,

Kalau hujan tidak terduga,
Baju hujan di dalam raga.

Tayar kempis tidak terduga,
Pam dibawa langkah berjaga.

BPeernhaetnmtierenhuantgrgaawnagtltaidhadkirtie. rperi,

Kalau menunggang secara kumpulan,
Jangan berlumba di tengah jalan.

JKaanlaguanmseenpuenrgtigpaenlugmdbi ajahlaanracmur.am,

APannddaulaahnpmeneunnugnggagnagngbisjaukdabhesdtiahrai.yati,
Peraturan ini di hati tersemat,
Barulah kita pulang selamat.

Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail

Borang Pemarkahan Jumlah

Sebutan

5 10 15 20 25 35

Intonasi

5 10 15 20 25 35

Audio Penghayatan
gurindam
5 10 12 14 16 30

Jumlah Keseluruhan

NOTA GURU Bimbing murid mempersembahkan gurindam dengan penuh penghayatan.
Minta murid menilai persembahan rakan.
4.2.2
KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: KP – Muzik 57
EMK: Nilai Murni – Berhati-hati

Bina ayat.

Kata Berimbuhan Awalan dan Kata Berimbuhan Akhiran

Dengar dan Patuhi Arahan

Encik, rumah Selamat petang semua penghuni. Siaran ceramah ini
jiran saya bolehlah dikongsi dengan kawan-kawan di seluruh
terbakar. negara. Saya hendak memberikan penerangan tentang
cara memasang jeriji tingkap dan tindakan yang betul
jika berlaku kecelakaan. Anda semua diminta memasang
jeriji mengikut piawaian yang betul. Pastikan kekunci
pembuka jeriji itu dipasang pada bahagian dalam rumah.
Selain itu, jeriji itu mestilah mudah menggelongsor
ke bawah atau ke tepi. Jika terjadi kebakaran, harap
bertenang. Ikuti cara bertindak yang betul. Sila dengar
arahan saya ini. Buka kekunci tingkap dan keluar
melaluinya. Hubungi pihak bomba dengan segeranya
melalui talian 999.

(Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

hubungi berbunyi diminta

pastikan arahan menghalang

Contoh kata berimbuhan awalan: • Harap bersabar.
• Penduduk rumah pangsa itu mendengar ceramah daripada pihak bomba.
Contoh kata berimbuhan akhiran:
• Selepas selesai ceramah, penduduk menikmati makanan dan minuman.
• Patuhi arahan daripada ketua kita.

Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan awalan dan kata NOTA GURU

berimbuhan akhiran.

Minta murid membina ayat berdasarkan gambar. 5.2.1
58 KBAT: Menganalisis – Menjanakan
Strategi PdP: Konstruktivisme

EMK: Nilai Murni – Patuh

Pemulihan

Ceritakan. Aku Segi Tiga Kecemasan Pemantul Cahaya

segi tiga kecemasan Aku segi tiga kecemasan
pemantul cahaya pemantul cahaya. Aku
dibuat daripada dibuat daripada plastik.
mempunyai ciri-ciri Aku mempunyai ciri-ciri
keselamatan keselamatan.

dijual di . Pada Jika kereta rosak, tuan aku
suatu hari, aku dibeli oleh . diletakkan di

. Selepas membayar belakang . Pengguna
harga, aku disimpan jalan raya akan nampak
di dalam pantulan cahaya daripada

NOTA GURU . Oleh itu, kemalangan
jalan raya dapat .
1.3.1
59

Pengayaan

Kenal pasti kata tugas dalam teka silang kata. Kemudian, bina
ayat berdasarkan gambar. Gunakan huruf pertama pada gambar
sebagai panduan untuk kamu mengenal pasti kata tugas.

a bc s i lak l d

bq r ez lmi c i

l t md j wa h u a

f i sah j t r c o

ddgn l i a l ah
u a u g s amb i l

ek c yw c j o x n

s am ta s e ng d

wh aa sl i la

60 NOTA GURU

5.1.4

Pengukuhan

Baca dan lengkapkan teks.

Buli Perbuatan Keji

Salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan ini. Hari ini,
saya ingin berkongsi tentang maklumat jenayah buli.

Apakah buli? Buli ialah perbuatan atau tingkah laku agresif yang berulang untuk
menyakiti seseorang dari segi fizikal, mental atau emosi.

Buli fizikal selalunya berlaku kerana perbezaan fizikal. Pembuli akan menggunakan
kelebihan fizikal dan kekuatannya untuk mencederakan mangsa. Pembuli akan
memukul dan menendang mangsa atau merosakkan harta benda mangsa.

Seterusnya, buli juga berlaku dari segi emosi. Pembuli akan menimbulkan
perasaan takut dalam diri mangsa. Mereka akan mengancam mangsa secara
lisan. Oleh itu, mangsa tidak tenang dan tidak tenteram.

Selain itu, buli sosial juga berlaku seperti perbuatan memboikot orang tertentu
dan melarang orang lain bercakap dengannya. Buli dilakukan dengan pelbagai
cara seperti secara terus, mesej, aplikasi perbualan dan e-mel. Oleh itu, jangan
biarkan perkara itu terus berlaku. Semua murid perlu bertindak jika menjadi mangsa
buli. Kalian perlulah

Murid-murid sekalian, sebelum saya mengakhiri ceramah ini, saya berharap
agar semua murid dapat menyatakan nilai yang diperoleh tentang jenayah buli
dalam bentuk peta grafik. Saya memberikan masa 10 minit kepada kamu untuk
menghasilkan peta grafik tersebut. Selain itu, peta grafik mestilah mempunyai
maklumat tentang langkah yang boleh diambil jika menjadi mangsa buli. Sila
serahkan hasil kerja kamu kepada guru kelas.

Harapan saya warga sekolah mendapat manfaat daripada ceramah ini.

Sekian, terima kasih.

NOTA GURU

1.3.1 61
2.3.2

Penilaian
Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah.

mahu memasak tidak panik
membuka suis dapur menutup suis dapur
berbau membuka pintu dan tingkap

memberitahu mengambil air sabun
memeriksa tong gas menuang air sabun pada salur gas
mendengar bunyi desiran udara menggelembung

menutup injap tong gas menukar salur gas baharu
menanggalkan injap tong gas menuang air sabun semula
memastikan tiada bau gas memastikan tiada kebocoran

Pada hari Sabtu yang lepas, NOTA GURU

62 3.3.1

4

Perpaduan

Kalau kita bersatu hati, Jika kita hidup sepakat,
Keamanan akan kita nikmati. Kita akan mendapat berkat.

Dayang Arisa
Tanggungjawab Bersama Hidup Sepakat Pantaiku Bersih

Darshita Li Chen Yi Mun
Pelbagai Kaum Kayuhan Muhibah Khidmat Masyarakat

Kalau kita seia sekata, Jika kita saling membantu,
Kita bebas daripada sengketa. Hidup kita bertambah mutu.

NOTA GURU Bimbing murid melagukan gurindam.
Minta murid berbincang tentang gambar dan gurindam.
63

BBeerrssaattuu HHaattii,
Hidup Harmoni

Dengar dan berikan respons. Audio
Eratnya Hubungan pendengaran

Pada suatu petang, kaki Naresh terseliuh. Setelah pulang dari klinik, Naresh
Dia telah dibawa oleh ayahnya ke klinik menghubungi rakan-rakannya.
untuk diperiksa oleh Doktor Halimah.
Saya tidak dapat bermain futsal dengan
Kecederaan kaki kamu tidak serius. Namun kamu kerana kaki saya terseliuh.
begitu, kamu perlu banyak berehat supaya
kaki kamu cepat sembuh.

Baiklah, doktor.
Saya akan mengikut
nasihat doktor.

Keesokan harinya, Li Chen Kaki kamu akan cepat Kami akan datang lagi
dan Azli menziarahi Naresh. sembuh jika kamu untuk menziarahi kamu.
kurang bergerak.
Buku lali saya sakit dan
bengkak. Doktor telah
memberikan ubat untuk
mengurangkan kesakitan.

Bimbing murid memberikan respons tentang maklumat yang diujarkan. NOTA GURU
Minta murid membuat simulasi.

KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Interpersonal 1.1.2

64 EMK: Nilai Murni – Prihatin

Baca dan cari makna perkataan.

Harmoni Bersama

Penonton mula memenuhi tempat duduk di dalam auditorium itu. Sebentar
lagi, Pertandingan Sketsa Rukun Negara akan berlangsung. Arisa, Yi Mun, Junidi
dan Nisha duduk bersebelahan. Mereka ingin menyaksikan persembahan
abang dan kakak mereka.

Tidak lama kemudian, persembahan sketsa pun dimulakan. Beberapa
orang pelakon muncul di atas pentas dengan memakai kostum yang
berwarna-warni. Para pelakon terdiri daripada pelbagai kaum yang mewakili
masyarakat majmuk di Malaysia.

Abang Arisa melakonkan watak sebagai Tok Penghulu. Abang Yi Mun
sebagai Tauke Wong. Kakak Nisha pula sebagai Puan Letchumi manakala
abang Junidi sebagai Encik Gurmit. Mereka melakonkan adegan di sebuah
kampung yang harmoni. Skrip cerita tersebut ialah nukilan mereka sendiri.

Suara latar: Penduduk Kampung Harmoni sedang bermesyuarat
di balai raya. Mereka berbincang tentang projek
pembinaan perpustakaan mini di kampung itu.

Tok Penghulu: Saya mengalu-alukan sumbangan daripada
penduduk bagi membiayai kos projek ini.

Tauke Wong: Tok, saya ingin menyumbangkan barang-barang
pembinaan seperti simen, bata dan pasir.

Puan Letchumi: Tok, saya pula mahu menyumbangkan koleksi
buku cerita kanak-kanak. Buku-buku itu boleh

dijadikan bahan bacaan tambahan.

Encik Gurmit: Saya hanya mampu menyumbangkan tenaga,
tok. Saya akan menggunakan tulang
empat kerat saya ini untuk membina perpustakaan
itu nanti.

Tok Penghulu: Terima kasih. Sumbangan kalian amat saya hargai.

Sketsa yang dipersembahkan amat menyeronokkan.
Para pelakon benar-benar menjiwai watak yang dilakonkan.
Ekspresi wajah dan lakonan mereka amat berkesan.
Penonton sungguh teruja.

NOTA GURU  Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik bagi perkataan yang 65
sukar difahami.
2.1.2  Minta murid mencari makna perkataan, meneliti ejaan dan sebutan yang
betul serta memastikan penggunaan perkataan yang tepat.

KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Edit dan murnikan teks.

Kami Prihatin

SJK (C) Taman Budi telah mengadakan karnival kebajikan “Kami Prihatin”. Karnival itu
bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah itu yang kurang berkemampuan.

Karnival itu bermula pada pukul 9:00 pagi. Yi Mun, Arisa dan Darshita turut
mengambil bahagian dalam karnival itu. Mereka dibantu oleh guru-guru mereka
semasa berniaga di reruai yang disediakan.

Yi Mun ditugasi oleh gurunya untuk menjual buku terpakai. Buku-buku itu
disumbangkan oleh murid dan guru sekolahnya. Semua buku itu masih elok dan
ada sesetengahnya kelihatan baharu.

Berapakah harga novel ini?
Harga novel
ini RM3.00,
encik.

Wah, murahnya!

Arisa dan Darshita pula menjual pakaian berpakai. Pakaian itu disumbangi
oleh warga sekolah mereka. Pakaian itu masih eluk dan cantik. Kebanyakkan
pakaian itu berjenama terkenal. Ada pakaian tradisionel pelbagai kaum juga.

“Wah cantiknya baju ini. Berapakah harganya,” tanya seorang gadis kepada Arisa.
“Harga baju ini Rm2.00, cik.” jawab Arisa. Gadis itu membelik-belik baju
berwarna unggu itu. Akhirnya beliau tertarik hati lalu membelinya.
Karnival kebajikan itu berakhir pada pukul 4:00 petang. Karnival itu mendapat
sambutan yang amat menggalakan. Pengunjung yang hadir terdiri daripada
pelbagai bangsa dan perinkat umur. Yi Mun dan rakan-rakannya amat gembira.
Hasil jualan amal itu akan dimanafaatkan untuk tujuan kebajikan.

Reruai ialah tempat untuk mempamerkan atau mempromosikan produk atau
perkhidmatan tertentu.

 Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks yang berwarna biru dari NOTA GURU
aspek ejaan, tanda baca dan imbuhan.

 Minta murid menulis teks dengan menggunakan ejaan, tanda baca dan 3.3.2

66 imbuhan yang betul. Strategi PdP: BCB – Merujuk
KBAT: Menganalisis – Mengesan

EMK: Keusahawanan – EK3

Lihat dan pamerkan.

Percutian Muhibah

Pada cuti sekolah yang lalu, keluarga Li Chen, Naresh dan Azli bercuti ke negeri
Perlis. Semasa dalam perjalanan, mereka ternampak pintu gerbang yang
mempunyai tulisan Selamat Datang. Percutian di Perlis amat menyeronokkan.
Mereka berpeluang mengunjungi banyak tempat yang menarik. Sebelum pulang,
mereka membeli cenderamata sebagai kenangan.

selamat = datang =

NOTA GURU Bimbing murid mengenal tulisan Jawi pada objek.
Minta murid mempamerkan tulisan Jawi.
4.4.1
4.4.2 KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: Kontekstual 67
EMK: Nilai Murni – Menghargai

Bina cerita.

Kata Berimbuhan Apitan
Selendang Perpaduan

Nisha dan rakan-rakannya telah Kumpulan Nisha menghasilkan rekaan
menyertai Pertandingan Rekaan Kreatif. selendang yang unik. Selendang itu
Pertandingan itu diadakan bersempena dihiasi slogan yang mencerminkan
dengan Minggu Perpaduan Taman Budi. perpaduan kaum di Malaysia.

menggayakan – pertunjukan dihadiri – memberikan

keputusan – diumumkan – dimenangi berpelukan – kegembiraan – menjuarai

Kata berimbuhan apitan
Contoh: menjayakan, menjalani, dilakukan, dihadapi, permainan, kejayaan, berpegangan

NOTA GURU

 Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan apitan.

 Minta murid membina cerita. 5.2.1

68 KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Masyarakat Sepakat

Dengar, tafsirkan dan berikan respons.

Tujuan Program Jiran Muda

• memupuk semangat
perpaduan kaum dalam
kalangan generasi muda

• menarik minat golongan
muda menyertai aktiviti
kemasyarakatan

Aktiviti

Riadah Santai Cakna Masyarakat Ekspedisi Pendakian Bukit

Program Jiran Muda Ya, saya setuju, Darshita. Program itu dapat Audio
amat berfaedah. memupuk semangat perpaduan kaum. pendengaran

Program Jiran Muda disertai Betul.
oleh golongan muda
daripada pelbagai kaum.

Semangat perpaduan kaum perlu
dipupuk dari peringkat awal.

Perpaduan amat penting jika kita
mahu mewujudkan negara yang
aman dan makmur.

NOTA GURU  Bimbing murid memberikan respons secara kritis dan kreatif.
 Minta murid berlakon berdasarkan dialog.
1.1.3
KBAT: Menilai – Mentafsirkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik 69

EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat

Baca, buat rumusan dan ramalan.

Riadah Komuniti

Persatuan Penduduk Taman Budi sering menganjurkan aktiviti riadah
komuniti. Aktiviti itu disertai oleh penduduk setempat tanpa mengira
kaum dan peringkat umur. Aktiviti itu bertujuan untuk mengeratkan
hubungan dan mengukuhkan perpaduan.
  Ketika merancang dan mengadakan aktiviti riadah, penduduk
Taman Budi sentiasa bermuafakat. Mereka mengambil kira setiap
pandangan dan kepentingan semua kaum. Selain mengadakan
mesyuarat, mereka membuka undian secara dalam talian bagi
mendapatkan kata sepakat.
  Pada tahun ini, penduduk Taman Budi diminta memilih satu
daripada empat aktiviti riadah yang dicadangkan. Aktiviti riadah
yang meraih undian tertinggi akan dipilih untuk dilaksanakan.

Telegram

Salam sejahtera saya ucapkan kepada
semua penduduk Taman Budi.
Sila pilih aktiviti riadah yang anda sukai. Aktiviti yang
meraih undian tertinggi akan dipilih untuk dijadikan
aktiviti riadah komuniti pada tahun ini.

a Pertandingan futsal dan bola jaring
b Perkhemahan di hutan lipur
c Percutian di pulau peranginan
d Pesta permainan tradisional

Keputusan akhir
a
b
c
d

70

SAHABAT TAMAN BUDI

Azli

Kawan-kawan, mari pilih aktiviti riadah yang

paling kita gemari melalui undian secara

dalam talian. 8:00

Li Chen

Baik, Azli. Saya akan memilih aktiviti yang paling

menyeronokkan, iaitu pesta permainan tradisional.

Dalam pesta ini, permainan tradisional pelbagai

kaum akan dipertandingkan. 8:01

Nisha

Saya pula akan memilih aktiviti percutian di pulau

peranginan. Wah, seronoknya jika kita dapat

bercuti di pulau itu bersama-sama! Pasti hubungan

kita akan bertambah erat. 8:02

Naresh

Saya sudah membuat pilihan. Saya memilih aktiviti
perkhemahan di hutan lipur. Bagi saya, aktiviti ini amat

bermanfaat. Kita akan dilatih untuk bekerjasama
menghadapi pelbagai cabaran melalui aktiviti ini. 8 : 0 4

Azli

Rumusan saya, semua aktiviti yang

disenaraikan 8:05

Arisa
Ramalan saya, aktiviti yang akan terpilih ialah

8:02
8:05

Li Chen
Saya menerima apa-apa keputusannya nanti.
Saya yakin bahawa aktiviti yang dilakukan akan

8:06

NOTA GURU

 Bimbing murid membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia.

2.2.1  Minta murid membuat rumusan dan ramalan.
KBAT: Menganalisis – Merumuskan dan meramalkan Strategi PdP: KP – Interpersonal
71
EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Edit dan murnikan teks.

Wira Masyarakat

Pada suatu petang, Li Chen dan Darshita berkunjung ke rumah Azli. Mereka
ke sana untuk menyiapkan projek multimedia Kelab Rukun Negara sekolah.
Ketika sedang mencari maklumat, mereka terbaca rencana yang menarik
tentang Uncle Kentang.

“Ringan tangan beramal, pintu rezeki terbuka
bagai air yang mengalir” – Uncle Kentang

Encik Kuan Chee Heng atau lebih terkenal dengan sebutan Uncle Kentang
merupakan wira masyarakat. Beliau banyak menubuhkan kerja amal bagi
membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Pelbagai inisiatif beliau lakukan dalam usaha membantu golongan yang
memerlukan bantuan. Sebagai contoh, beliau menyediakan perkhidmatan
hotel, ambulans dan perpustakaan dengan hanya mengenakan caj 10 sen.
Perkhidmatan itu terjadi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan
tanpa mengira kaum dan agama.

Selain itu, Community Policing (CP) turut beliau tubuhkan. Tujuan penubuhan
CP bukan sekadar untuk membantu golongan susah tetapi juga meliputi
lain-lain hal. Masalah seperti menyegerakan pembaikan lampu
isyarat dan jalan berlubang serta masalah
anjing liar turut perhatian diberikan.

Menurut Encik Kuan, beliau percaya bahawa
pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya
sekiranya seseorang itu bermurah hati.
Seseorang yang suka membuat kebajikan akan
mendapat kebaikan berpanjangan seperti tanpa
henti air yang mengalir.

(Sumber: Kuan Chee Heng)

Contoh Kesalahan Penggunaan Kata Contoh Kesalahan Struktur Ayat

Salah Betul Salah Betul

sebutan panggilan beliau lakukan dilakukan oleh beliau

NOTA GURU

 Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks yang berwarna biru dari aspek

penggunaan kata dan struktur ayat.

 Minta murid menulis perenggan dengan perkataan dan struktur ayat yang betul. 3.3.2
72 KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
Strategi PdP: BCB – Merujuk

EMK: Nilai Murni – Prihatin

Hasilkan pantun dan persembahkan.

berbuah Bersatu walaupun Berbeza salju

Kuntum melati cantik memikat,
Jadi bualan penghuni kota;

Bersatu hati saling muafakat,
Itulah amalan masyarakat kita.

kuini Pokok mengkudu di pinggir desa, telaga
Pokok lebat ;

Bersatu padu pelbagai bangsa,

Hidup harmoni di bumi bertuah.

Harimau mengaum anjing melolong,

Anak ungka meronta-ronta;

tolong-menolong Semua kaum , sengketa
Berbaik sangka elak .

Akar selirat di tepi ,
Bunga di taman seputih ;

Hubungan erat perpaduan dijaga,
Negara aman bertambah maju.

didaki Pisang kaki di dalam guni, dituruni
Sirih pinang dimakan panglima;

Bukit lurah
Susah senang

Audio
pantun

NOTA GURU  Bimbing murid menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah dan santun. 73
 Minta murid mempersembahkan pantun.
4.1.1
4.3.1 KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat

Bina ayat.

Kata Berimbuhan Sisipan

Malam Gemilang Perpaduan

Penduduk Taman Budi mengadakan Malam Gemilang Perpaduan. Pada malam
itu, pelbagai acara hiburan dipersembahkan oleh penduduk pelbagai kaum
di taman itu. Ada persembahan dikir barat, tarian kipas dan tarian kathakali.

Sebelum acara berlangsung, penduduk taman itu telah bekerjasama
membuat persiapan.

Encik Nantha mewarnakan Encik Fuad memotong papan Puan Chai menyusun
kelopak bunga raya. dengan menggunakan gergaji kerusi yang berselerak dan
yang tajam geriginya. menggulung wayar yang
berselirat.

Yi Mun, Nisha dan Dayang mengambil Mereka membuat persembahan
bahagian dalam persembahan dikir barat. yang amat menghiburkan. Mereka
Pada malam tu,

gemerlap gementar gemuruh kemilau
seruling
gemilang

Kata berimbuhan sisipan ialah kata yang menerima imbuhan yang disisipkan pada kata
dasar. Contoh: gelegar, kemelut, seruling

Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan sisipan. NOTA GURU
Minta murid membina ayat berdasarkan gambar dan perkataan.
5.2.1
74 KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

12 Seia Sekata
Sehati Sejiwa

Tuturkan, buat rumusan dan ramalan.

Perkhemahan Integrasi

Objektif:
memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan murid berbilang kaum

Hai, kawan-kawan. Aktiviti:
SJK (C) Taman Budi dan • pertandingan kawad kaki
SJK (T) Taman Makmur • pertandingan pandu arah
telah menganjurkan Syarat:
Perkhemahan Integrasi • dijalankan secara berkumpulan
secara bersama. • peserta daripada pelbagai kaum dan sekolah

Dalam pertandingan pandu Ya, kawan-kawan. Pelbagai
arah dan kawad kaki, para aktiviti yang menarik telah
peserta diadakan seperti .
Setiap aktiviti mestilah

Sebagai rumusannya,
perkhemahan itu .
Selepas perkhemahan itu
berakhir, hubungan para
peserta

NOTA GURU 75

 Bimbing murid bertutur berdasarkan bahan secara bertatasusila.
 Minta murid membuat rumusan dan ramalan.

1.2.1 KBAT: Menganalisis – Merumuskan dan meramalkan Strategi PdP: KP – Interpersonal
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Baca, analisis dan buat ramalan.

Berkonvoi ke Mersing

“Ayuh, kawan-kawan! Kita pergi sekarang,” teriak Azli mengajak rakan-rakannya.
Li Chen dan Nisha yang ketika itu baru hendak masuk ke kereta hanya tersengih.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka.

Tiga buah kereta mula bergerak. Azli menaiki kereta dengan keluarganya
manakala Li Chen dan Nisha menaiki kereta keluarga masing-masing.
Mereka berkonvoi menuju ke Mersing. Mereka ke sana kerana mahu bercuti
di pantai peranginan.

Perjalanan menuju ke Mersing mengambil masa kira-kira empat jam.
Sepanjang perjalanan, Azli teruja kerana dapat melihat panorama alam yang
indah. Di kiri dan di kanan jalan, dia dapat melihat pelbagai kegiatan ekonomi
dijalankan oleh masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti tersebut dijalankan dalam
suasana yang harmoni.

Li Chen pula mengisi masanya dengan
mendengar lagu dan menonton video.
Ada kalanya, dia melihat peta Mersing
menerusi telefon pintar. Dia melihat peta
itu kerana mahu mengetahui
tempat-tempat menarik di Mersing.

Banyak tempat yang menarik untuk
dikunjungi di Mersing. Tempat-tempat
ini terkenal kerana mempunyai
keindahan alam semula jadi yang
cukup mempesonakan.

Pantai Air Papan Pulau Rawa

Pantai Penyabong Pulau Tengah

Hutan Lipur Gunung Belumut

Pulau Dayang

76

Setelah dua jam perjalanan, keluarga Azli, keluarga Li Chen dan keluarga
Nisha berpakat untuk berhenti rehat. Mereka singgah di sebuah restoran untuk
menghilangkan keletihan sambil menjamu selera.

Setengah jam kemudian, mereka meneruskan perjalanan menuju ke Mersing.
Ketika itu, awan hitam kelihatan sedang berarak di langit.

Tidak lama kemudian, hujan mula membasahi bumi.
Malang tidak berbau, tayar kereta ayah Azli tiba-tiba pancit.
Ayah Azli terpaksa memberhentikan keretanya
di lorong kecemasan.

Apabila melihat kejadian itu, ayah Li Chen dan
ayah Nisha segera memberhentikan kereta mereka.
Mereka membantu ayah Azli menukar tayar kereta
tanpa menghiraukan kesusahan yang dihadapi.

Akhirnya, masalah itu berjaya diselesaikan. Keluarga Azli, keluarga Li Chen
dan keluarga Nisha gembira kerana dapat meneruskan perjalanan. Mereka
teruja untuk menikmati percutian bersama-sama.

Setelah tiba di Mersing, Azli, Li Chen dan Nisha mengimbas kembali peristiwa
yang dialami oleh keluarga mereka semasa dalam perjalanan tadi.

tujuan masa perjalanan masalah yang dihadapi cara mengatasi

Semenjak peristiwa itu,

NOTA GURU  Bimbing murid membaca dan menganalisis teks.
 Minta murid membuat ramalan.
2.3.1
KBAT: Menganalisis – Meramalkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif
77
EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat

Tulis dan deklamasikan sajak.

Kerana Kita Audio
sajak
Kerana kita bersatu hati
hidup sentiasa aman harmoni
tiada sengketa tiada dengki
hidup muafakat sehari-hari.

Kerana kita bersatu teguh
perpaduan dipupuk semakin utuh
hidup serumpun bagai buluh
walau dibadai tetap kukuh.

Kerana kita hidup bersama
tua muda miskin kaya
pelbagai etnik pelbagai bangsa
tetap sepakat walau berbeza.

Kerana kita sehati sejiwa
hubungan terjalin kian mesra
tolong-menolong bekerjasama
sudah menjadi amalan biasa.

Kerana kita anak Malaysia
mari bersama makmurkan negara
perpaduan kaum tunjang utama
negara maju rakyat sejahtera.

Nukilan: ARK2021

NOTA GURU

 Bimbing murid menulis sajak dalam bentuk tulisan berangkai.

 Minta murid mendeklamasikan sajak. 3.1.1

78 KBAT: Mengaplikasikan – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Kemahiran menulis

EMK: Nilai Murni – Patriotisme

Bina cerita dan persembahkan.

Hidup Muafakat

Hujan turun mencurah-curah. Air sungai mula Malang tidak berbau. Sang
melimpahi tebing. Penghuni rimba semakin cemas. Pelanduk telah terperangkap.
Mereka resah gelisah seperti cacing kepanasan. Kawasan di sekelilingnya
Jika banjir besar berlaku, nyawa mereka pasti ditenggelami air.
akan terancam.
Wahai sahabatku,
Setelah berbincang, mereka mengambil kata putus marilah kita bermuafakat
untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. membantu Sang Pelanduk!
Mereka tidak mahu berlengah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

ToTloolnogn!g!

Sang Pelanduk menjerit meminta tolong. Jeritan mencari akal – menyelamatkan
Sang Pelanduk yang sayup-sayup itu didengar Sang Pelanduk – kata sepakat –
oleh Sang Memerang. bagai aur dengan tebing

Tolong Terima kasih

Sang Gajah Sang Memerang, Sang Ikan Akhirnya,
dan Sang Kura-kura

NOTA GURU  Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun.
 Minta murid mempersembahkan cerita secara kreatif.
4.3.2
KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik 79
EMK: Nilai Murni – Kerjasama

Tulis catatan.

Kata Majmuk Bebas dan Kata Majmuk Mantap

Catatan Kenangan

Setahun yang lalu, Junidi telah berkunjung ke rumah bapa saudaranya di Ranau,
Sabah. Bapa saudara Junidi ketua kampung di sana. Penduduk di kampung bapa
saudara Junidi terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazandusun, Bajau dan
Murut. Mereka hidup dalam suasana aman harmoni.

Semasa tinggal di sana, Junidi telah menyaksikan permainan momolistik atau
melastik. Bagi menjayakan permainan itu, penduduk kampung telah bekerjasama
menyediakan peralatan melastik seperti kayu lastik dan biji getah. Penduduk
melakukan aktiviti tersebut secara sukarela. Selain permainan momolistik, sukan
olahraga turut diadakan.

Acara sukan dan permainan berlangsung dari pagi hingga tengah hari. Walaupun
terpaksa berpanas di bawah terik matahari, mereka tetap bersemangat waja.

Bapa saudara Junidi mengambil bahagian dalam sukan tersebut. Pasukan
beliau memakai baju sukan berwarna biru tua. Berkat kerjasama dan semangat
berpasukan yang padu, pasukan beliau berjaya menjadi naib juara. Junidi telah
mengabadikan kenangan itu dalam diarinya.

Catatan Junidi ku

Sabtu, 22 Oktober 20qq
7:30 pagi – Penduduk kampung terdiri daripada pelbagai kaum berkumpul di padang.

yang merupakan turut berada di sana.
8:00 pagi – Acara sukan momolistik dimulakan. Acara itu diadakan secara
10:30 pagi – Sukan turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
12:30 tengah hari – Para peserta masih bertanding di bawah terik

Kata majmuk bebas ialah bentuk kata yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membentuk makna
yang tertentu. Kata majmuk bebas dieja terpisah. Contoh: jam dinding, temu bual, biru tua
Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah mantap ejaan dan perkataannya ditulis secara bercantum.
Contoh: beritahu, jawatankuasa, setiausaha

 Bimbing murid memahami penggunaan kata majmuk. Kata majmuk bebas NOTA GURU

berwarna merah manakala kata majmuk mantap berwarna biru. 5.2.2

 Minta murid menulis catatan harian menggunakan kata majmuk bebas dan

kata majmuk mantap. Strategi PdP: Konstruktivisme

80 KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan

EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat

Pemulihan

Baca dan analisis kandungan teks. Kemudian, buat ramalan.

Program Bakul Rezeki

SJK (C) Taman Budi telah menganjurkan Program Bakul Rezeki. Program itu bertujuan
untuk membantu murid-murid miskin daripada pelbagai kaum. Menerusi program
itu, murid-murid tersebut diberi makanan secara percuma.

Guru-guru dan ibu bapa menyumbangkan bantuan. Sumbangan itu secara
sukarela.

Yi Mun dan Arisa membawa roti dan tepung. Li Chen dan Azli pula membawa
gula dan susu. Semua barang itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam bakul.
Kemudian, bakul itu diagihkan kepada murid yang layak.

penganjur tujuan

Program
Bakul
Rezeki

penerima penyumbang

NOTA GURU Adakah Program
Bakul Rezeki
2.3.1 akan berjaya?
Ramalkan.

81

Pengayaan

Permainan Uji Memori
Panduan Permainan:

1. Permainan ini dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan.
2. Pemain 1 akan diberi masa 30 saat untuk melihat petak permainan.
Pemain 1 perlu mengingat maklumat yang ditunjukkan.
3. Selepas itu, pemain 1 perlu menutup bukunya.
4. Pemain 2 akan menyoal pemain 1 bagi menguji daya ingatannya.

Contoh soalan dan jawapan:
• Apakah perkataan yang ditunjukkan dalam petak 2?
– Perkataan yang ditunjukkan dalam petak 2 ialah perpaduan. (5 markah)
• Bina ayat dengan menggunakan perkataan dalam petak 2.
– Kita perlu memelihara perpaduan kaum. (5 markah)
5. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir.

Petak 1 Petak 2 Petak 3

menziarahi Markah perpaduan Markah disertai Markah
Petak 4 5 Petak 5 5 Petak 6 10

pertolongan Markah meraikan Markah keharmonian Markah
Petak 7 10 Petak 8 5 Petak 9 10

bersalaman Markah mengeratkan Markah kemeriahan Markah
5 10 10

NOTA GURU

82 5.2.1

Pengukuhan

Edit dan murnikan teks.

Karnival Perpaduan di Hati

Yi Mun dan rakan-rakannya telah mendatangi Pertandingan e-sukan
program Karnival Perpaduan di Hati. Program Pertandingan memasak
itu diadakan di Dewan Komuniti Taman Budi.
Program itu terdapat sambutan hangat daripada
penduduk setempat. Pengunjong yang datang
terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Pertandingan apakah yang sedang dilansungkan
itu,” tanya Naresh.

“Oh, itu petandingan e-sukan. Peserta pertandingan
itu terbentuk daripada para remaja pelbagai
kaum,” jawab Yi Mun.

Pertandingan Memasak turut diadakan. Ibu
Naresh dan ibu Junidi mengambil bahagian dalam
pertandingan itu. Beranika makanan yang enak
mereka hasilkan.

Persembahan tarian Adik Yi Mun pula megambil bahagian dalam
tradisional Pertunjukkan Fesyen dan Persembahan Tarian
Tradisional. Acara itu dimasuki oleh kanak-kanak
pelbagai kaum daripada taman didikan kanak-kanak
atau tadika.

“Wah comelnya adik kamu Yi Mun!” puji Junidi. Dia
tertarik menonton aksi adik Yi Mun ketika mengayakan
fesyen pakaian tradisional.

Yi Mun dan rakan-rakannya amat gembira.
Pelbagai acara yang menarik mereka saksikan.
Suasana program itu cukup meriyah. Keadaan ini
membuktikan bahawa rakyat Malaysia hidup dalam
suasana aman harmoni.

Pertunjukan fesyen Aspek Kesalahan
Ejaan
NOTA GURU Tanda baca

Imbuhan
Penggunaan kata
Struktur ayat

3.3.2 83

Bacaan Luas

Festival Bahasa dan Sastera
Festival Bahasa dan Sastera merupakan program yang dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Program ini melibatkan penyertaan
murid bukan Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Persendirian Cina.

Program ini diadakan untuk menanamkan semangat cinta akan bahasa
kebangsaan dalam kalangan murid bukan Melayu. Selain itu, program ini
diharap akan dapat mewujudkan suasana penggunaan bahasa Melayu
yang indah dan santai dalam kalangan murid bukan Melayu.

Dalam setiap acara yang dipertandingkan, para peserta disyaratkan
agar menjaga sensitiviti kaum di negara kita. Peserta yang menyentuh isu
sensitif tentang politik, ras dan agama akan dibatalkan penyertaannya.
Hal ini amat penting bagi mengelakkan timbulnya isu yang menjejaskan
perpaduan kaum di negara kita.

Semasa Festival Bahasa dan Sastera 2021, pelbagai acara yang menarik
telah dipertandingkan. Acara tersebut termasuklah pertandingan suara
harmoni maya, deklamasi puisi, pidato dan bercerita.

Murid-murid bukan Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta murid dari Sekolah Menengah
Persendirian Cina amat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Selain dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu, mereka berpeluang
memenangi hadiah wang tunai dan sijil penyertaan.

(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

84

5

Integriti

• berani • kesederhanaan
• amanah • rasional
• hebat • patriotik

• rajin Integriti
• adil
• reda • berhemah
• jujur
• baik hati • berdikari
• sayang-menyayangi • kebersihan mental dan fizikal
• hormat-menghormati • kerjasama
• bermasyarakat

NOTA GURU Minta murid bercerita berdasarkan poster dan penyataan.

85

Aku Berintegriti

Berikan hujah.
Laksanakan Amanah Guru

Loceng telah berbunyi. Sebelum pulang, Naresh dan kawan-kawannya
menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh guru kelas mereka.

Papan pintar
tidak terbakar.

Tindakan
sebelum
pulang

Naresh: Kita mestilah mengamalkan integriti sebelum pulang dari sekolah. Kita
hendaklah menutup suis papan pintar supaya papan pintar tidak terbakar.
Nisha: Ya, saya setuju dengan hujah kamu kerana
Davina: Saya tidak setuju dengan hujah kamu. Pada pendapat saya, papan pintar
akan

Afifi: Jika kita tidak menutup suis kipas,

Nisha:

Cikgu Dharma: Syabas,

 Bimbing murid bertutur untuk memberikan hujah secara kritis dan kreatif. NOTA GURU

 Minta murid membuat simulasi.

KBAT: Menilai – Menghujahkan Strategi PdP: KP – Interpersonal 1.2.2
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
86

Baca dan tafsirkan. Membaca Jambatan Ilmu
Hargai Buku, Hargai Ilmu
Jujur dan Bertanggungjawab

Naresh belajar di SJK (T) Taman Makmur. Dia sangat
jujur dan bertanggungjawab. Oleh sebab itu, Naresh
telah dilantik sebagai pengawas perpustakaan oleh
Cikgu Dharma.

Naresh bertugas di perpustakaan pada setiap
hari. Dia menerima buku yang dipulangkan
oleh peminjam untuk direkodkan dalam sistem
komputer. Murid yang lewat memulangkan buku
akan didenda. Naresh tidak pilih bulu semasa
menjalankan tugas walaupun kawannya sendiri.

Pada waktu senggang, Naresh akan mengurus
buku-buku yang rosak. Dia membalut buku-buku
itu dengan kemasnya dan memastikan semua
buku di situ berada dalam keadaan baik.

Naresh telah mencipta poster untuk ditampal
pada sudut bacaan di perpustakaan. Poster itu
mengandungi nasihat kepada peminjam buku.

1. Nyatakan sebab Naresh dilantik sebagai
pengawas perpustakaan.

2. Adakah poster yang dihasilkan oleh Naresh
itu bermanfaat? Jelaskan.

3. Jelaskan maksud “Hargai Buku,
Hargai Ilmu”.

4. Pada pendapat kamu, perlukah kita memulangkan
buku tepat pada waktunya? Mengapa?

NOTA GURU  Bimbing murid memahami dan mentafsirkan bahan. 87
 Minta murid menjawab soalan dan penyataan.
2.1.1
KBAT: Menilai − Mentafsirkan Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab

Tulis pendapat dalam perenggan.

Sayang, Berani dan Bersyukur

Cikgu Fatah telah memberikan tugasan kepada Davina dan Naresh.
Mereka dikehendaki menghasilkan buku skrap tentang tingkah laku
positif dan menulis pendapat berdasarkan bahan itu.

Sang Nuri yang Baik Hati nyawa demi menyelamatkan
semut-semut itu.
Pada suatu hari, ketika hujan lebat,
kelihatan sekumpulan semut sedang Dengan sepenuh tenaga,
berada di atas sebuah pongsu. Sang Nuri menerbangkan sebatang
ranting kayu. Dia meletakkan
Ibu semut mengumpulkan anaknya. ranting kayu itu dari pongsu
Semua anak semut cuba naik ke badan ke tebing. Semua semut itu naik
ibunya kerana sangat takut. ke ranting dan berjaya
menyelamatkan diri.
“Tolong! Tolong!” jerit ibu semut.
“Terima kasih, Sang Nuri,” kata ibu
Sang Nuri terlihat akan peristiwa itu. semut. Dia bersyukur kerana dia dan
Walaupun hujan dan ribut melanda, anak-anaknya telah selamat.
Sang Nuri memberanikan diri
terbang ke arah sekumpulan semut
itu. Sang Nuri sanggup bergadai

Berdasarkan cerita Sang Nuri yang Baik Hati,
kami berpendapat

Bimbing murid membina dan menulis perenggan. NOTA GURU
Minta murid menyatakan pendapat.
3.2.1
88 KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: KP – Intrapersonal

EMK: Kelestarian Global

Hasilkan lagu dan persembahkan.

Boria Integriti

Salam sejahtera wahai kawan-kawan

Boria 9 14 20 5 7 18 9 20 9 kami dendangkan

Banyak maklumat bukan mainan 1 2 34567
untuk kita jadikan amalan ab cde fg

(korus)

Baiklah hati rakan dan taulan

Bersikap 10 21 10 21 18 sesama rakan

Inilah caranya adat berkawan 8 9 10 11 12 13 14
i j k l mn
Tunjukkanlah sikap kesederhanaan h

2 5 18 4 9 11 1 18 9 lah kita sentiasa

Mestilah hormat sesama kita

Tua atau muda tidaklah kira 15 16 17 18 19 20 21
2 5 2 1 19 lah hidup aman bahagia o p q r s t u

(ulang korus)

Semangat masyarakat 2 5 11 5 18 10 1 19 1 13 1

Tak kira Melayu, India dan Cina

Tolong- 13 5 14 15 12 15 14 7 sesama kita 22 23 24 25 26

Bersatu teguh bercerai tiada vwxy z

(ulang korus)

Patriotik perlu ada dalam diri Borang Rubrik
Amalkan berhemah juga 2 5 18 1 14 9
1 4 9 12 , rasional, sayang-menyayangi Gaya 40

Inilah amalan berintegriti Intonasi 30

Suara 20

Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Sebutan 10

Audio Jumlah 100
lagu

NOTA GURU  Bimbing murid menghasilkan seni kata boria berpandukan angka dan 89
mempersembahkannya.
4.3.3  Minta murid lain menilai persembahan rakan.

KBAT: Menilai – Memilih Strategi PdP: KP – Muzik
EMK: Nilai Murni – Berintegriti

Baca dan bina ayat.

Kata Majmuk Kiasan
Akur akan Arahan Guru

Naresh, Nisha dan Afifi bertemu dengan Cikgu
Harlina. Naresh dan Afifi langkah kanan
kerana telah terpilih dalam kumpulan pertama
untuk mengikuti Seminar Teknik Berpidato.

Nisha tidak terpilih untuk menyertai
kumpulan pertama ini. Dia dipilih dalam
kumpulan kedua. Walaupun begitu, Nisha
berlapang dada.

“Naresh dan Afifi, kamu mesti mengambil
peluang ini sepenuhnya. Tambahlah ilmu
daripada pengalaman ini,” pesan Nisha.

“Kamu memang hati emas, Nisha. Kamu
tidak terasa hati,” ujar Naresh.

Nisha akur akan arahan Cikgu Harlina.
Dia masih berbesar hati kerana dapat menyertainya dalam kumpulan kedua.

Naresh dan Afifi dipilih terlebih dahulu oleh Cikgu Harlina kerana mereka
kurang mahir berpidato.

Naresh sangat gembira. Dia cepat kaki pulang ke rumah untuk memberitahu
ibunya.

Bina ayat.

simpulan bahasa seperti langkah kanan seperti seperti
seperti

ayat Saya cepat Nisha

kaki pulang menerima

ke rumah keputusan

kerana itu dengan

ada berita lapang dada.

gembira.

Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang mendukung maksud
kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contoh: kaki ayam, buah hati, duit kopi,
makan angin dan pilih kasih

 Bimbing murid memahami penggunaan kata majmuk kiasan. NOTA GURU
 Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata majmuk kiasan.

KBAT: Mengaplikasikan − Mengguna pakai Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik 5.2.2
90 EMK: Nilai Murni − Rasional

Sekolah Berintegriti
Murid Cemerlang

Berikan rumusan dan keputusan.
Amalan Terbaik

berkemahiran memimpin beretika
berkemahiran berfikir
berpengetahuan

Li Chen: Junidi, perlukah amalan terbaik ini beridentiti nasional
diterapkan kepada semua murid?
Mengapa?

Junidi: Perlu, Li Chen. Amalan ini dapat berkemahiran dwibahasa

Li Chen: Junidi, apakah ciri murid yang TTeamrikpha:t1: 2D.e5w.2a0nqSqJKM(Ca)sTaa:m8:a3n0Bpuadgii
berkualiti?
Junidi: .
Li Chen: Rumusannya, amalan terbaik
Pada pandangan saya,
Junidi: Oleh itu,

Li Chen:

NOTA GURU Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan maklumat. 91
Minta murid membuat rumusan dan keputusan.
1.2.3
KBAT: Menilai – Membuat keputusan Strategi PdP: BCB − Mendengar dengan berkesan
EMK: Nilai Murni − Berintegriti

Baca dan cari makna perkataan.

Seia Sekata Pasti Berjaya

Cikgu Chin telah dilantik sebagai guru penyelaras Bilik Wakaf Bahasa
Melayu di SJK (C) Taman Budi. Beliau telah diberi sebuah kelas untuk dijadikan
bilik tersebut.

Cikgu Chin meminta Yi Mun, Arisa, Dayang dan kawan-kawannya berkumpul
di bilik itu. Mereka berbincang untuk menghias bilik tersebut. Aktiviti perbincangan
yang dilakukan beberapa kali ini berjaya mengeratkan hubungan mereka juga.

Selepas tugasan diagihkan dengan adilnya, murid lelaki membuat rak
dengan merujuk Internet. Mereka menggunakan komputer Cikgu Chin dengan
berhati-hatinya. Li Chen menyediakan paip poli yang berwarna perang dan
keras. Azli mengerat paip poli itu untuk membuat para. Kawan Azli pula
menggunakan pemutar skru untuk mengetatkan skru pada selak di pintu rak
itu. Azli yang diamanahkan sebagai ketua amat arif akan selok-belok cara
membuat rak itu.

Yi Mun dan murid-murid perempuan membuat kad petunjuk yang
bercorak pokok rendang untuk ditampal pada rak yang dibuat oleh murid
lelaki. Mereka menggunakan kad lut sinar kerana mudah dibersihkan.

Mereka menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.
Tugasan mereka disemak oleh Cikgu Chin. Selepas siap, alatan disusun
kemas supaya bilik itu tidak semak. Beliau memuji
anak muridnya yang berjaya mengamalkan integriti
seperti seia sekata, bertanggungjawab, amanah dan
menghargai masa semasa menyiapkan tugasan itu.
Sebelum pulang, Cikgu Chin menjamukan ketupat dan
rendang ayam kepada mereka.

Perkataan Maksud Sebutan Contoh dalam Ayat

mengeratkan merapatkan mengeratkan Program Peduli Rakan
dapat mengeratkan
hubungan baik
sesama rakan.

mengerat memotong mengerat Pemuda itu mengerat
tali yang tersangkut
pada leher anak Audio
kucing itu. pendengaran

Bimbing murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan, sebutan NOTA GURU
yang betul dan penggunaan perkataan yang tepat.
Minta murid mencari makna dan membina ayat berdasarkan perkataan 2.1.2

92 yang berwarna merah.

KBAT: Menganalisis − Mengenal pasti Strategi PdP: Konstruktivisme
EMK: Nilai Murni – Kerjasama


Click to View FlipBook Version