The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrirfanlee, 2021-08-06 09:39:41

Atur Cara Sambutan Hari Guru 2021

Atur Cara Sambutan Hari Guru 2021

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

ATURCARA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH
KUNAK TAHUN 2021

7.30 pagi : Persembahan Pameran Digital
8.00 pagi : Nyanyian Lagu ‘Negaraku & Sabah Tanah Airku’

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-Aluan
Tuan Ab Malek bin Haji Abdul Rahim
Pegawai Pendidikan Daerah Kunak

: Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Daerah Kunak
Ybhg. Datuk Dr. Mistirine Binti Radin
Pengarah Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

; Montaj Sambutan Hari Guru Tahun 2021

: Ikrar Hari Guru
: Lagu “Kami Guru Malaysia”

: Pengumuman Hadiah Pertandingan aktiviti Hari Guru

: Pengumuman Anugerah Hari Guru Daerah Kunak Tahun

2020 dan 2021

: Pengumuman Anugerah Tokoh Guru 2020 dan 2021

12.00 ptg. : Majlis dijangka selesai

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

UCAPAN ALU – ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUNAK
ENCIK AB MALEK BIN HAJI ABDUL RAHIM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Kunak bagi Tahun 2021. Kita sangat bersyukur kerana setiap kali
munculnya 16 Mei semua warga pendidik di seluruh negara akan meraikan hari yang amat
istimewa ini. Kita juga pada tarikh tersebut telah bersama-sama meraikan hari guru sebagai
tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar dan
khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru di seluruh pelosok tanah air, meskipun
sambutannya tetap sama seperti tahun lalu, iaitu sambutan melalui maya. Ini tidak bermakna
hari istimewa ini tidak diraikan atau dilupakan. Sinonimnya, sumbangan, jasa, bakti dan
pengorbanan para guru selama ini tidak akan dilupakan, bahkan akan terus dihargai,
disanjung tinggi dalam hati sanubari dan minda kita semua.
Hadirin dan Hadirat,

Walaupun tarikh 16 Mei telah berlalu, namun pada hari ini, saya ingin mengucapkan
sekali lagi “Selamat Hari Guru” dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala
jasa, pengorbanan dan perjuangan para guru di mana jua berada khususnya di Daerah
Kunak dalam mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan seterusnya membina generasi
baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada anak-anak kita. Harapan
saya semua warga pendidik khususnya di PPD Kunak akan meneruskan dan akan
menambahkan tahap komitmen , memikul amanah dan tanggung jawab yang diberikan
sebagai seorang pendidik.

Di kesempatan ini, saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah atas beberapa
pencapaian guru-guru kita yang telah mengangkat dan mengharumkan nama PPD Kunak di
pentas dunia pendidikan samada diperingkat negeri, kebangsaan malah sehingga ke
peringkat antarabangsa.

Tahniah atas pencapaian:
1. 100% lulus STPM di SMK Kunak Jaya dan SMK Madai.
2. Peningkatan GPS SPM untuk SMK Madai dari 5.12 kepada 5.10. Seterusnya:

3. Cikgu Chin Kui Kyun dari SMK Kunak Jaya dalam pencapaian Peringkat Antarabangsa
Tahun 2020 dalam SEAMEO Japan ESD Award dengan Anugerah Naib Johan, serta
Anugerah Emas dan Tempat Pertama dalam Kolokium Kajian Tindakan Peringkat
Kebangsaan Tahun 2021.

4 Cikgu Zahir Bin Mohd Mali dari SK Kunak 1 dengan Pencapaian Anugerah Emas dalam
Karnival Mai Tah Bainovasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

UCAPAN ALU – ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUNAK
ENCIK AB MALEK BIN HAJI ABDUL RAHIM

Beberapa anugerah yang cukup membanggakan juga telah diterima dalam
Penyampaian Anugerah Khas Sempena Pencapaian Keputusan SPM Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah baru-baru ini, iaitu:
I. Anugerah Khas Layak Menerima Sijil melepasi KPI 2020
II. Anugerah GPMP Terbaik dan Peratus Tertinggi Subjek Geografi SPM 2020
III. Anugerah Khas PPD Terbaik Unit Sains Sosial 2020 dengan mendapat Johan di

peringkat negeri.

Kita juga menerima beberapa anugerah yang sangat membanggakan dalam
Pengurusan Pembangunan Murid di sekolah yang telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah
Anugerah-anugerah tersebut adalah:
I. Anugerah Pengurusan SSDMV 2.0 Cemerlang Kategori Sekolah Rendah dengan

mendapat Johan Peringkat Negeri Sabah.
II. Anugerah Laluan PPDA Sekolah Rendah Dengan Mendapat Johan Peringkat Negeri

Sabah
III. Anugarah Pengurusan Minda Sihat Proaktif Kategori Sekolah Rendah dengan

mendapat Naib Johan Peringkat Negeri Sabah

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah, dengan harapan semoga lebih banyak
lagi kejayaan yang dicipta oleh guru-guru di Daerah Kunak untuk menghasilkan kemenjadian
murid kita yang mampu bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kita harus
bersatu, ikhlas dan berfikir secara terbuka untuk melaksanakan transformasi dengan
memberi agar perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
Warga guru Daerah Kunak,

Sebagai guru kita perlu sangat komited dalam usaha untuk melahirkan generasi
berilmu yang mampu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini. Ini sangat relevan bagi memenuhi enam aspirasi
murid yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025,
iaitu melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional, guru perlu
memainkan peranan penting dalam menjayakannya.

Untuk memastikan gerak kerja di semua peringkat selaras dan bersepadu, SKPMg2
hendaklah dijadikan sebagai rujukan utama dalam menyediakan perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan penambahbaikan kerana matlamat utama kita sama iaitu untuk
memastikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Semua pemimpin sekolah dan guru
hendaklah meningkatkan kompetensi dengan memantapkan kefahaman dan penghayatan
terhadap SKPMg2 di mana ianya akan menjadi satu kelebihan dan kekuatan kepada kita
dalam usaha memartabatkan pendidikan di daerah kita.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

UCAPAN ALU – ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUNAK
ENCIK AB MALEK BIN HAJI ABDUL RAHIM

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,

R.Smith pernah berkata, berilah peluang kepadaku untuk mengelola pelajaran
nescaya aku akan berjanji mengubah alam. Guru mempunyai potensi besar untuk
mempengaruhi dan merubah pemikiran anak didiknya. Menurut Imam Al Ghazali, guru mesti
ada tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan mampu memperlakukan mereka sebagai
anak sendiri. Seterusnya Imam Al Ghazali pernah berkata, hak seorang guru adalah lebih
besar daripada hak seorang bapa.

Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat VISI dan MISI yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, kesungguhan dan komitmen yang mantap amat dituntut
dalam usaha untuk mengembalikan kecemerlangan di sekolah . Ini merupakan misi utama
jabatan dan diharap dapat menjadi aspirasi kepada semua pihak. Saya berpendapat
matlamat untuk menjadikan Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik akan
tercapai jika semua pihak sanggup menerima cabaran dan berani membuat “self-assessment”
terhadap keberkesanan kita mengurus dan melaksanakan sesuatu program terutama yang
berkaitan dengan pencapaian Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah murid dan warga guru
seluruh.

Sebelum mengakhiri mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membaca beberapa bait kata
daripada sajak nukilan Sasterawan Negara, Usman Awang:

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu
Guru ku budi Yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan Keramat “Cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

“Teachers that Love To Teach..Create kids that love to learn..
“Guru yang suka mengajar, akan melahirkan murid yang suka belajar”

Akhir kata daripada saya, Selamat Maju Jaya,
Bersama Menjana Kegemilangan dan
”Terima kasih Cikgu”
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUNAK
DISEMPURNAKAN OLEH DATUK DR. MISTERINE BINTI RADIN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dapat kita berada
dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraihkan Sambutan Hari Guru
Pejabat Pendidikan Daerah Kunak untuk tahun 2021. Saya ingin merakamkan ucapan
setulus penghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh negeri khasnya di daerah
Kunak atas segala jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa dan
menyumbang kepada kemajuan Negara. Sedar tidak sedar kita pada tahun ini meraihkan
Hari Guru kali ke 50 iaitu sambutan yang paling bermakna kerana genap 50 tahun kita
meraihkan hari guru iaitu setengah abad lamanya.

Tema hari guru pada tahun ini ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”.
Tema ini memberi penekanan terhadap peranan penting guru dalam memperkasa ilmu
pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru menjadi pendukung dan pemacu kepada transformasi Pendidikan
negara dan melahirkan modal insan cemerlang.

Namun, pada tahun ini sekali lagi suasana sambutan Hari Guru berbeza. Ini kerana kita
masih lagi menangani penularan wabak COVID-19. Tamparan pandemik Covid 19 sangat
ketara sehingga sambutan Hari Guru Pejabat Pendidikan Kunak adalah sambutan untuk
dua tahun iaitu tahun 2020 dan 2021. Kita tetap meraihkan hari istimewa untuk guru, kita
tidak tunduk namun kita buat satu alternatif sambutan yang baharu. Sumbangan, jasa, bakti
dan pengorbanan para guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus
dihargai dan diraihkan dalam norma baharu.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUNAK
DISEMPURNAKAN OLEH DATUK DR. MISTERINE BINTI RADIN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Tidak dapat disangkal bahawa penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah
amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka.
Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan pelajar.
Proses pembelajaran dan pengajaran konvensional telah banyak bergantung kepada
pembelajaran secara dalam talian yang kini menjadi norma baharu dalam sistem
pendidikan kita. Perubahan atau norma baharu memang memberi impak yang ketara
kepada pembelajaran murid- murid kita terutamanya dalam pencapaian SPM dan STPM
tahun 2020 di daerah Kunak. Namun saya yakin, guru-guru di daerah Kunak akan bangkit
gagah dan akan lebih cemerlang pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga menjayakan agenda
nasional dalam konteks pendidikan ke arah membina negara bangsa melalui pendidikan
berkualiti. Kita perlu sedari dan yakini bahawa kita guru adalah pewaris negara untuk
membina generasi baharu.

menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu

Sekian. Terima kasih.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TEMA HARI GURU
“BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU”

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati
dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta

membentuk anak bangsa. Tema yang sama telah digunakan pada tahun ini
iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini menyentuh peranan
guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina

generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan

ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran

sepanjang hayat (lifelong learning).

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

(ULANG RANGKAP 3 )

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Penaung : Datuk Dr. Mistirine Binti Radin

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Penasihat : Encik Abidin Bin Marjan

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

Pengerusi : Tuan Ab. Malek Bin Hj Abd Rahim

Pegawai Pendidikan Daerah Kunak

Timbalan Pengerusi I : Puan Hajah Saniya Binti Haji Abdul Salam

Timb PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Timb. Pengerusi II : Encik Sapri Bin Lakim

Timbalan PPD Sektor Perancangan

Timb. Pengerusi III : Puan Clarice Joannes

Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Timb. Pengerusi IV : Puan Norsima Binti Simon

Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Naib Pengerusi I : Encik Malik Mohamad Safdar Bin Ghulam Hasan

Pengerusi PPSM Daerah Kunak

Naib Pengerusi II : Encik Abd Mohmin bin Kadir

YDP MGB Daerah Kunak

Setiausaha I : Encik Ramlee Bin Haji Abdul Salam

Penolong Pegawai PPD Kunak

Setiausaha II : Encik Lasani Bin Lajamani

Penolong Pegawai PPD Kunak

Bendahari : Puan Suzzana Binti Yusof

AKP PPD Kunak

Urusetia Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Kunak

Ahli Jawatankuasa : Pengetua Sekolah Menengah

Guru Besar Sekolah Kebangsaan

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK 2021.

Protokol : Puan Norsiah Binti Abdullah Ong
Pengurus Lapangan : Encik Zahari Bin Lorong
Publisiti / Siaraya : Encik Mustari Bin Mohamed Said
Encik Abdul Salam Bin Ujang
Dana dan Sumbangan : Encik Malik Mohd Shafdar bin Gulam Hassan
Encik Abd Mohmin bin Kadir
Aktiviti Sambutan HG : Puan Maslina Bt Abdul Wahab
Jemputan & Buku Aturcara : Encik Kamalsyam Bin Lahmuddin
Puan Norsima binti Simon
Teks Ucapan : Puan Sharifah Junaidah Bt Sh Malik
: Puan Teresa Bestan
Pembaca Ikrar Puan Siti Arifah Bt Yusuf
Pertandingan Grafik Hari Guru : : Puan Hosmah Binti Abdu Raji
: Puan Norsiah binti Abdullah Ong
LO & Kenderaan Tokoh Guru : : Pegawai Pendidikan Daerah
: Puan Haslinda binti Gafar
Banner dan Back Drop : Encik Muhidin Ado bin Ali Senen
: Encik Sapri Bin Lakim
Liputan, juru gambar : Puan Hosmah binti Abdu Raji
: Encik Mohd Khazali bin Mohd Din
Dokumentasi : Encik Nawir bin Tompong
Encik Sufrimadi bin Haji Sanordio
Aktiviti Keagamaan Encik Roslie Bin Haji Junaidi
Hiasan Pentas Encik Rahim bin Goran
Persediaan Tempat Puan Lani Marlina bt Antarawi
Puan Norsalwati Binti Abd Rahman
Pengurus Tokoh Guru Sektor Pengurusan Sekolah
Puan Ainol Mardziah binti Enrico
Pendaftaran Puan Ernah binti Mark
Pameran Digital Encik Roslie Bin Junaidi
Encik Sufrimadi Bin Sanordio
Urusetia
Semua Sektor dan Unit di PPD

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK 2021

Penyambut Tetamu : Timbalan,SIP+ & SISC+

PA Sistem : Encik Rachman@Bintura bin Berangka

Kamalsyam bin Lahmuddin

Persediaan Siaran Online, : Puan Haslinda bt Abd Ghaffar

Suntingan Akhir & LCD & Encik Muhiddin Ado B Senin

Video Klip HG SMK Kunak

Juru Acara : Encik Rahim BIn Goran

Puan Hosmah Binti Abd Raji

Bacaan Doa : Ustaz Abu Samah Bin A. Bakar

Bendera Hari Guru : Sektor Pembangunan Murid

Koir Lagu Guru Malaysia : Sektor Pengurusan Sekolah

Montaj Hari Guru : Sektor Perancangan

Pembaca Biodata Tokoh Guru : Sektor Pembangunan Murid

Jamuan : Puan Norsalwati binti Ab Rahman

Puan Kalmiah @ Zaiton binti Mahmud

Puan Norshatillah binti Jackney

Hadiah / Cenderahati : Puan Maslina binti Abd Wahab

Pelatih Industri

Penyediaan Sijil Encik Jamri bin Lamree

Hajah Nurhudah binti Haji Tahir

Puan Mazdrhaimah binti Mahiladdin

Puan Rosdiana binti Kandare

Semua Sektor

Penyediaan Slaid Penerima Anugerah : Puan Lani Marlina & Personel MyStep

Kebersihan & Penyusunan Kerusi Meja : Encik Ismail bin Hudisa

Encik Supian bin Sulaiman

Encik Mohammad Said bin Saidal

Encik Mohd Faiz bin Abdul Rahman (Pelatih )

Encik Mohd Bukhari AK Micheal (Pelatih)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan HaArKi GTIuVrITuI SPEeMriPnEgNkAatHDARaIeGraUhRUKunak Tahun 2021

AKTIVITI SEMPENA HARI GURU

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

ANUGERAH RAKAN ELIT TS25 TERBAIK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
MUSTARI BIN MOHAMED SAID NORSIAH BINTI ABDULLAH

SISC+ (PPD KUNAK SISC+ (PPD KUNAK)

ANUGERAH PENYELARAS TERBAIK TS25 PPD KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
NOOR SHAFIAINA BINTI SALLEH NOOR SURAYA BINTI GALIP

(SMK KUNAK) (SK KUNAK 2)

ANUGERAH PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TERBAIK SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
RASNAH RAJID (SMK KUNAK) SELAMAT BIN YUSUF (SMK MADAI)

ANUGERAH PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
TERBAIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
AIDA BINTI DAKMAN SITI FATIMAH BINTI MOHD ALIM

(SK KUNAK JAYA) (SK KG. SELAMAT)

ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS
TERBAIK SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
FATIMAH BINTI MUKSAN (SMK MADAI) GRACE GUTIERREZ (SMK KUNAK)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS
TERBAIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
MOHD ANUAR IBNU RAJA SUFRIADI MAPPIASI (SK MOSTYN)

(SK KG SELAMAT)

ANUGERAH GURU PEMULIHAN KHAS
TERBAIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
NURUL HAMIZAH BT MOHAMAD LATIP (SK AZRUL HANIFF BIN HAMZAH (SK LADANG

LADANG BINUANG) GIRAM)

ANUGERAH PENGURUSAN DATA EOPERASI SEKOLAH
TERBAIK KATEGORI PENOLONG KANAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
MAIMUNAH BINTI HJ PILEH LIEW FUI HA (SJKC PAI SHENG)

(SK LADANG GIRAM)

ANUGERAH PENGURUSAN DATA EOPERASI SEKOLAH
TERBAIK KATEGORI PENOLONG KANAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
HARIFUDDIN BIN PARAKASI LANA MOLE
(SMK MADAI)
(SMK KUNAK JAYA)

ANUGERAH KELAS PEMULIHAN KHAS
TERBAIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
DG MAZNAH BINTI ZAINUDIN SARIDEWIE BINTI NASULIE

(SK TUN FUAD) (SK MOSTYN)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

ANUGERAH GURU PRASEKOLAH
TERBAIK SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
SITI ZAHRAH BINTI KHALID
JUMAIMAH BINTI SEHARING
(SK GADING –GADING) (SK MOSTYN)

ANUGERAH YOUTUBER KUNAK 2020

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH
SANUDDIN BIN WARISI (SMK MADAI) MOHD ZAHIR BIN MOHD MALI

(SK KUNAK 1)

ANUGERAH SULDP SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2020

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH
SANIMAN BINTI SABUR LO SIN ZIN

(SMK KUNAK JAYA) (SJK C PAI SHENG)

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN SWASTA

TAHUN 2020 TAHUN 2021
MARDAWATI BINTI AMBO SAKA HABIBAH BINTI LAHAJA

ANUGERAH KHAS PENGURUSAN PENDIDIKAN SWASTA KATEGORI PUSAT

TAHUN 2020 TAHUN 2021
NURAHYU BINTI SPEDY KAMISA BT SANUDDING
PBH XXA131 LADANG SUNGANG PBH XXA7208 LADANG TINGKAYU

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK PUSAT BIMBINGAN HUMANA

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ARIYANI BT HANNASE – PBH XXA7212 NORAINI BT JUNUS – PBH XXA7210

LADANG BINUANG LADANG JELETA BUMI

ANUGERAH GURU DATA MAKLUMAT (PENGURUSAN DATA EMIS ONLINE)
KATEGORI SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
WALANG BINTI LEWA HUSNI BINTI SINABU

ANUGERAH GURU DATA MAKLUMAT (PENGURUSAN DATA EMIS ONLINE)
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
MALHUDAH LAMJANI KAMISAH BT. BASRI

ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK PUSAT PEMBELAJARAN KOMUNITI

TAHUN 2020 TAHUN 2021
KHOERUL ANAM – CLC XYS7202
MOCHAMAD HENDRO BIN ABDUL GHONI
LADANG MOSTYN – CLC XYS7204 LADANG JELETA BUMI

ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2

ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

TAHUN 2020 TAHUN 2021
SMK MADAI SMK KUNAK

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN & SSDM
(CEMERLANG) TERBAIK
ANUGERAH SEKOLAH TS25 TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN BILIK OPERASI
ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN & SSDM SPBT SEKOLAH TERBAIK
TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN PROGRAM
ANUGERAH PPDA TERBAIK PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN BIMBINGAN & ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK
KAUNSELING
ANUGERAH PENGURUSAN ASRAMA
TERBAIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK JAYA

TAHUN 2020 TAHUN 2021

ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PENGURUSAN DATA BANTUAN
ANUGERAH PENGURUSAN APDM HAL MURID TERBAIK
EHWAL MURID TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN SURAU TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN DATA BANTUAN ANUGERAH PENGURUSAN PBD TERBAIK
MURID TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN SEGAK TERBAIK
ANUGERAH PERATUS PAJSK TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN DATA EOPERASI
SEKOLAH TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN SURAU TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN PBD TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN SEGAK TERBAIK

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MADAI

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH KEHADIRAN MURID TERBAIK
ANUGERAH EKSA CEMERLANG SEKOLAH ANUGERAH PENGURUSAN APDM HAL EHWAL
RINTIS MURID TERBAIK
ANUGERAH KEHADIRAN MURID TERBAIK ANUGERAH PPDA TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN & KEBERSIHAN ANUGERAH PENGURUSAN BIMBINGAN &
KANTIN TERBAIK KAUNSELING TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK OPERASI ANUGERAH PENGURUSAN & KEBERSIHAN
SPBT SEKOLAH TERBAIK TANDAS TERBAIK
ANUGERAH PENARAFAN KEBERSIHAN ANUGERAH PENGURUSAN BANTUAN MURID
TANDAS TERBAIK TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN BANTUAN ANUGERAH PERATUS PAJSK TERBAIK
MURID TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN ASRAMA TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN PROGRAM ANUGERAH PENGURUSAN DATA EOPERASI
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI TERBAIK SEKOLAH TERBAIK
ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN & KEBERSIHAN
KATEGORI KANTIN TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 1

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN ANUGERAH KHAS SEKOLAH TS25 SK KUNAK
(CEMERLANG) 1
ANUGERAH PENGURUSAN APDM HAL ANUGERAH PENGURUSAN BIMBINGAN &
EHWAL MURID TERBAIK KAUNSELING TERBAIK
ANUGERAH PERATUS PAJSK TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN PBD TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN SEGAK TERBAIK

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAMAT

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN & SSDM
(CEMERLANG) TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN & ANUGERAH PPDA TERBAIK
SSDM TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN BANTUAN MURID
ANUGERAH PENGURUSAN BANTUAN TERBAIK
MURID TERBAIK ANUGERAH PENYERTAAN MURID TERTINGGI
UJIAN UKM1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH PENGURUSAN BIMBINGAN & ANUGERAH SEKOLAH TS25 TERBAIK 2020
KAUNSELING TERBAIK ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN PROGRAM ANUGERAH KHAS PROGRAM KEDAP
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK JAYA

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PUSAT SUMBER TERBAIK
ANUGERAH EKSA CEMERLANG SEKOLAH ANUGERAH PENARAFAN KEBERSIHAN
RINTIS TANDAS TERBAIK
ANUGERAH PPDA TERBAIK ANUGERAH PENGURUSAN DATA BANTUAN
ANUGERAH PENARAFAN KEBERSIHAN MURID TERBAIK
TANDAS TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN DATA BANTUAN
MURID TERBAIK

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN ANUGERAH KEHADIRAN MURID TERBAIK
(CEMERLANG)
ANUGERAH SARANA PIBG TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGI

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN ANUGERAH PENGURUSAN PROGRAM
(CEMERLANG) PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG GIRAM

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH PENGURUSAN DATA EOPERASI ANUGERAH SARANA PIBG TERBAIK
SEKOLAH TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN PRASEKOLAH
TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN MOSTYN

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PENGURUSAN & KEBERSIHAN
ANUGERAH PENGURUSAN & KEBERSIHAN KANTIN
KANTIN TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN SEGAK TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN FUAD

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PENGURUSAN APDM HAL EHWAL
MURID TERBAIK

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN LORMALONG

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PENGURUSAN SURAU
ANUGERAH PENGURUSAN SURAU TERBAIK TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN GADING-GADING

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH MUSOLLA TERBAIK
ANUGERAH MUSOLLA TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT

TAHUN 2020 -
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK)

SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PERATUS PAJSK TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK OPERASI
SPBT SEKOLAH TERBAIK
ANUGERAH PUSAT PBD TERBAIK

SEKOLAH KEBANGSAAN MADAI

TAHUN 2020 -
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PAI SHENG

TAHUN 2020 TAHUN 2021
ANUGERAH AUDIT TANPA TEGURAN (BAIK) ANUGERAH PENGURUSAN DATA
ANUGERAH PENGURUSAN BILIK OPERASI EOPERASI SEKOLAH TERBAIK
SPBT SEKOLAH TERBAIK
ANUGERAH KEHADIRAN MURID

ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK TADIKA SWASTA

TAHUN 2020 TAHUN 2021
TADIKA UMMAH TADIKA PAI SHENG

ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK PUSAT PEMBELAJARAN KOMUNITI

TAHUN 2020 TAHUN 2021

COMMUNITY LEARNING CENTERS COMMUNITY LEARNING CENTERS
LADANG MOSTYN (XYS7202)
LADANG JELETA BUMI (XYS7204)

ANUGERAH KHAS PENGURUSAN SWASTA KATEGORI PUSAT

TAHUN 2020 TAHUN 2021

PUSAT BIMBINGAN HUMANA PUSAT BIMBINGAN HUMANA

LADANG MOSTYN (XXA7209) LADANG TINGKAYU ( XXA7208)

ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK PUSAT BIMBINGAN HUMANA

TAHUN 2020 TAHUN 2021

PUSAT BIMBINGAN HUMANA PUSAT BIMBINGAN HUMANA
LADANG BINUANG (XXA7212) LADANG JELETA BUMI (XXA7210)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH KHAS
2020 / 2021

ANUGERAH NAMA

Guru Inovatif SM Chin Kui Kyun

Guru Inovatif SR Zahir Bin Mohd Mali

Ikon Guru Senior UNGGUL Aminah Binti Lorong

Ikon Guru Junior UNGGUL Siti Aminah Binti Amir

Sarana Pibg Terbaik 2020 Sk Ladang Binuang
Semua Penolong Kanan Mengikut
Bidang Sitti Fatimah Binti Mohd

Headmistress Of The Year 2020 Kalsom Jan Noor
Muhammad

Headmaster Of The year 2021 Lahsah Aling
Principal Of The Year 2020
Principal Of The Year 2021 Malek Mohd Safdar Gulam
Tokoh Guru 2020 Hassan
Tokoh Guru 2021
Abdul Hussin Madjakinal

Hj. Raduan Bin Haji Abd
Rahman
Sapiah Wong @ Abdul Ong

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
2020 / 2021

SENARAI GURU BERSARA ( ANUGERAH JASAMU DIKENANG )

Bil Nama Nama Sekolah Jawatan

1 ABDUL ZAH BIN HJ. SUAK SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 2 GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG

2 ABDULLAH BIN MILAHAM SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG GIRAM PENOLONG KANAN HEM

3 AHMADIDIN BIN ROSIDIN SEKOLAH KEBANGSAAN MOSTYN PENGETUA/GURU BESAR

4 BALNAMA BIN KAULUH SEKOLAH KEBANGSAAN MADAI PENGETUA/GURU BESAR

5 BECHE BTE. SALEHA SEKOLAH KEBANGSAAN TUN FUAD PENOLONG KANAN

6 FONG YUN OI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PAI SHENG PENGETUA/GURU BESAR

7 HARTINIH BTE SALAM SEKOLAH KEBANGSAAN GADING-GADING PENOLONG KANAN HEM

8 MOHAMAD LATIP HJ. KATIK SEKOLAH KEBANGSAAN TUN FUAD PENGETUA/GURU BESAR

9 MOHD ZAIN BIN HASHIM SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK JAYA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

10 NOR HAYATI BINTI DAWOOD SEKOLAH KEBANGSAAN SKIM KOKOS PENGETUA/GURU BESAR

12 RONIE BINTI THERASAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK I GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG

13 ROSLAN BIN MOHD. ISA SEKOLAH KEBANGSAAN LORMALONG PENOLONG KANAN

14 TANGKAPAN@AZMI BIN HJ SUAH SEKOLAH KEBANGSAAN MOSTYN GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG

Bil Nama Nama Sekolah Jawatan
1 AZIZAH BTE MAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG
2 ENGKU BIN KANGON SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK
3 FAUZIAH BINTI RAMLI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUNAK PENOLONG KANAN

4 LAI KET CHING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MADAI GURU AKADEMIK BIASA/GURU PENOLONG

GURU TINGKATAN 6/PRA UNIVERSITI
(AKADEMIK)

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang,

Insan hebat ini dilahirkan pada 19 Ogos 1959 di sebuah pekan bernama Kg Indani Semporna,
Sabah sebuah daerah yang kaya dengan hasil tani dan hasil laut yang terkenal hingga ke saat
ini. Anak ke 4 dari 9 orang adik beradik dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mahabbah
dan berdisiplin tinggi. Ayah beliau yang bekerja sebagai petani dan nelayan sentiasa
memastikan mereka adik beradik mendapat pendidikan yang terbaik dengan didikan kasih
seorang ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa bagi memastikan pendidikan anak-anak
dalam prestasi yang terbaik.

Anak jati daerah Semporna ini mendapat mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Bugaya Semporna pada tahun 1965 sehingga tahun 1970 di sekolah rendah. Beliau
kemudiannya menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima
Abdullah, Semporna pada tahun 1971 sehingga 1975 untuk mendapatkan sijil Lower
Certificate Education (LCE) & Malaysian Certificate Education (MCE) sebelum beliau
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sejarah Pendidikan Tinggi dan Perkhidmatan
Profesion pendidikan beliau bermula pada tahun 1977 sehingga 1978 selepas beliau
melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dalam opsyen Sains.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian di maktab perguruan, beliau mula bertugas di SMK
Elopura pada tahun 1979 sehingga 1987 sebagai guru biasa dan menjawat jawatan sebagai
kaunselor Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) sebagai destinasi mengembangkan ilmu
pendidikan yang dipelajari.

Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati sebagai suri hidup beliau
yang bernama Puan Hajah Rahmah Bt Mohd Said dan hasil perkongsian hidup mereka telah
dikurniakan seramai 7 orang cahaya mata yang terdiri dari 6 orang putera dan seorang puteri.
Pada tahun 1988 beliau dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Libaran,
Sandakan sebelum beliau berpindah dan juga menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan
Pulau Sanghai Sandakan pada tahun 1988 sehingga tahun 1998.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

SSaammbbuuttaann HHaarrii GGuurruu PPeerriinnggkkaatt DDaaeerraahh KKuunnaakk TTaahhuunn 22002211

TOKOH GURU

Dalam tempoh masa tersebut insan yang sentiasa berkerja keras dengan misi dan visi yang
tidak pernah mengenal erti lelah akhirnya telah berjaya menyudahkan kuliah di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau
Pinang dalam jurusan Major Kesusasteraan & Minor Sains Politik.

Beliau kemudiannya berpeluang menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan HEM di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Fajar, Sandakan pada tahun 1999.. Kesungguhan beliau
serta iltizam yang padu akhirnya telah memberi kesempatan kepada pemimpin yang
berwawasan ini akhirnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan sebagai Penyelia Unit
Pengurusan Sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan pada tahun 2008 sehingga
2012. Prestasi cemerlang dan komitmen tinggi yang ditunjukkan akhirnya telah membuka
kesempatan kepada beliau untuk menjawat jawatan lebih tinggi sebagai Pegawai Pendidikan
Daerah Semporna bermula Jun 2012 sehinggalah April 2015. Sesungguhnya segala jasa
bakti serta komitmen bertugas di daerah kelahiran sendiri telah mematangkan beliau dalam
menyempurnakan amanah dan tugas yang penuh liku dan cabaran yang tak terhitung
layaknya.

Akhirnya pada pertengahan bulan April 2015 beliau telah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan
Daerah Kunak dengan rasminya. Disinilah sejarah telah tercipta, legasi kecemerlangan telah
dilakar sebaiknya dengan segala kesungguhan dan kudrat yang dimiliki beliau insan yang
telah memperkenalkan Program UNGGUL ini akhirnya telah berjaya membawa PPD Kunak
ke mercu puncak kejayaan yang tidak dapat disangkal lagi bahkan diakui oleh pelbagai pihak
dengan pencapaian yang sangat cemerlang sehinggalah beliau menamatkan sejarah
perkhidmatan di daerah Kunak tercinta ini dengan meninggalkan suatu legasi yang sangat
berbekas sehingga sehingga ke saat ini.

Sumbangan Semasa Dalam Perkhidmatan
Terlalu banyak Sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan ini bak sungai

yang mengalir deras, dimana sepanjang perkhidmatan beliau selama 40 tahun sejarah telah
membuktikan tentang kewibawaan & ketokohan kepemimpinannya yang penuh dengan
momentum pecutan yang tiada surutnya. Antara sumbangan besar beliau adalah memastikan
kecemerlangan di dalam bidang kurikulum dengan memperkasa amalan PDCA untuk semua
program Kurikulum daerah dari tahun 2016 sehinggan 2019. Beliau juga sentiasa membuat
Pemantauan PDP guru-guru, Pra-U dan UPSR pada tahun 2016 sehingga 2019.

Akhirnya segala penat lelah telah memberikan prestasi yang kekal menunjukkan peningkatan
khususnya di dalam pencapaian peperiksaan awam seperti UPSR, SPM & STPM yang
sekaligus membawa nama PPD Kunak turut berada dalam ranking terbaik di negeri Sabah

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

bahkan mampu menyaingi kehebatan pencapaian prestasi di peringkat kebangsaan
terutama dalam pencapaian STPM. Berikut adalah kronologi kejayaan di bidang
akademik yang telah dicipta, Unggul STPM sebanyak 4 tahun berturut-turut bermula
tahun 2016 sehingga 2019. Seterusnya meningkatkan sasaran kedudukan
pencapaian prestasi UPSR sehingga mampu berada di ranking 7/24 terbaik pada
tahun 2018 manakala ranking 10/24 terbaik pada tahun 2017. Di peringkat SPM pula
PPD Kunak berjaya mencapai kedudukan lima terbaik SPM Peringkat negeri
sebanyak 5 tahun berturut-turut.

Beliau tidak hanya berfokuskan kepada aspek kurikulum semata-mata sebaliknya
lebih bersifat holistik kerana mampu membawa nama gah PPD Kunak dalam
memastikan sumbangan di bidang kokurikulum juga. Antara pencapaian terbesar di
bidang Ko kurikulum ini ialah membantu kontingen Sabah memenangi acara Bola
Tampar peringkat Kebangsaan bawah 12. Seterusnya Johon Kawad Kaki Unit Beruniform
Peringkat Kebangsaan dan Negeri pada tahun 2016 dan 2017 melalui unit Beruniform Kadet
Bomba, mencapai kedudukan terbaik ke 12 daripada 24 PPD yang menyertai dalam Majlis
Sukan Sekolah Sabah MSSS di Kudat pada tahun 2018 dengan mengambil kira daerah kecil
Kunak yang mampu memberikan saingan hebat kepada PPD-PPD yang jauh lebih besar dan
sempurna prasarana dalam pembangunan sukan di daerah masing-masing.

Pemimpin hebat ini juga turut memperkenalkan Program Kembara Peperiksaan Awam bagi
memastikan sebagai satu wadah menyampaikan hasrat Pejabat Pendidikan Daerah
khususnya kepada bapa-bapa murid di masjid-masjid seluruh daerah Kunak sebelum
menunaikan solat Jumaat. Beliau juga sentiasa mengambil langkah dalam memperkasa
Program Transformasi Daerah PTD dengan menggunakan sumber kuasa motivasi bagi
memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada semua murid dan pelajar di daerah
Kunak.

Selain itu sumbangan beliau dalam Projek Khas Sekolah pada tahun 2019 iaitu Cemerlang
EKSA di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Madai dan Sekolah Kebangsaan Kunak
Jaya. Dalam bidang Profesion perguruan juga, beliau juga turut memberi sumbangan melalui
pembentangan hala tuju Pendidikan Semporna pada tahun 2013 dan Pembentangan Amalan
Terbaik PPD Kunak pada tahun 2017 seterusnya Pemantauan Integriti PGB melalui Aku Janji
SPRM pada tahun 2017 bagi memastikan keakuran dalam bidang pentadbiran sekolah.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Semasa pentadbiran beliau juga beliau turut memperkenalkan Majlis
Apresiasi Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi memberi pengiktirafan terhadap
sumbangan dan kerja keras mereka di bidang masing-masing. seperti penganjuran
Majlis Apresiasi AKP pada tahun 2017 dan 2018 yang dilaksanakan dengan begitu
meriah dan sangat berprestij.

Tidak dilupa juga penganjuran Majlis Apresiasi bagi warga kerja Pejabat Pendidikan
Daerah Kunak yang saban tahun diadakan bagi menghargai segala penat lelah
warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Kunak dengan berfokuskan pengisian
perancangan strategik bagi memastikan sasaran KPI daerah dirancang sebaiknya.

Beliau juga sentiasa memastikan pendidikan swasta seperti tadika swasta, Pusat
Bimbingan Humana dan Pusat Pembelajaran Komuniti turut diberi perhatian dalam
menyahut seruan kerajaan Education For All.
Selain itu juga tokoh Unggul yang sinonim dengan Progarm Unggul ini juga turut
memperkasa slogan keramat yang sentiasa meniti di bibir warga pendidikan di
daerah Kunak iaitu SALAM 1 PPD KUNAK TERUS UNGGUL DI NEGERI SABAH.
Di bawah pentadbiran beliau juga lagu PPD Kunak Unggul ciptaan saudara Encik
Abdul Ghani Abdul Rahman selaku penggubah dan lirik oleh saudara Sufrimadi bin
Hj Sanordio telah berkumandang buat pertama kalinya di Pejabat Pendidikan Daerah
Kunak pada awal Januari 2017 sehingga mampu menjadi pembakar semangat
kepada seluruh warga pendidikan di daerah ini. Legasi kecemerlangan ini juga telah
membawa kepada pencapaian PKPPD Kunak berprestasi Cemerlang dengan
memperolehi 5 bintang pada tahun 2019. Selain itu, PPD Kunak mendapat EKSA
cermerlang pada tahun 2018.
Akhir sekali, sumbangan beliau ialah beliau juga berjaya membawa nama baik Audit
kewangan dan Akaun PPD Kunak dari prestasi memuaskan kepada prestasi baik
dengan mencapai markah penilaian sebanyak 84.04% .

Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab, beliau juga tidak ketinggalan dalam
kegiatan sukarelawan atau kebajikan. Antaranya ialah Jawatankuasa Anti Dadah
PPB Sandakan dan daerah Sandakan sebagai AJK pada 1986 sehingga 1988.
Selain itu, beliau juga menjadi penasihat dalam Majlis Permuafakatan PIBG Daerah
Semporna dan Daerah Kunak pada tahun 2013 sehingga 2019.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Pada tahun 1986 sehingga 2011, beliau merupakan Presiden, Bendahari
Agung & Pengerusi Cawangan Sandakan dalam persatuan KGKS iaitu Kesatuan Guru
Kategori Sabah. Beliau juga menyertai KOGBS iaitu Koperasi Guru Bumiputera Sabah
sebagai ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2004 sehingga 2008. Sehingga kini daripada
tahun 1990 beliau masih menjadi ahli SIT Yayasan Guru Malaysia, dan menjadi ahli seumur
hidup dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGSB) pemegang “Golden Card” pada tahun
1990 sehingga kini. Beliau juga pernah menjadi wakil KGKS kepersidafan mesyuarat
CUECAPS iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Perkhidmatan Awam pada tahun 2009
sehinggan 2011.
Anugerah yang Diterima
Bertepatan dengan kegigihan dan kewibawaan yang dimiliki, beliau menerima pelbagai
anugerah sepanjang perkhidmatan. Antaranya ialah Anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK),
Negeri Sabah pada tahun 2010. Selain itu, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Jabatan
Negeri Sabah pada tahun 1996, 2002, 2011 dan 2018. Sejarah terakhir yang tercipta dalam
diri beliau ialah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat
daerah Kunak pada tahun 2009.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
TOKOH GURU YANG DIMAKSUDKAN IALAH

TUAN HJ RADUAN BIN HJ ABDUL RAHMAN B.S.K

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU 2021

Merpati putih harum
mewangi, Cantik tersusun
sulaman puteri,

Akal dicanai berjati diri,
Bakti ditabur dikenang kini.

Dilahirkan pada
07 Disember 1960
di sebuah Kampung
yang sangat sinonim dengan daerah Kunak iaitu Kg Pangkalan Kunak
Sabah. Merupakan anak jati berdarah campuran Cino Bajau yang
diwarisi dari darah ayah & ibunya. Dibesarkan dalam keluarga yang
sangat rukun dengan dan merupakan anak ke 4 daripada 12 orang
adik beradik.

Sejarah Pendidikan Awal

Menyingkap sejarah pendidikan awal beliau, di peringkat sekolah
rendah beliau bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai
Sheng pada tahun 1967 sehingga 1968 sebelum berpindah ke
Goverment Primary School GPS Mostyn pada tahun 1969 sehingga
tahun 1974.

Sebaik sahaja tamat persekolahan dibangku sekolah rendah, beliau
kemudiannya menyambung persekolahan di SMK Kunak dari tingkatan 1
sehingga tingkatan 3 bagi peringkat sijil (LCE) pada tahun 1975 sehingga
tahun 1977 sebelum melanjutkan persekolahan tingkatan 4 sehingga
tingkatan 6 bagi mendapatkan sijil di peringkat (MCE & HCE) beliau di SMK
Kuhara pada tahun 1978 sehingga 1981

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Pendidikan Selepas Zaman Persekolahan

Beliau yang memiliki jiwa seorang pendidik yang kental ini
kemudiannya sempat berkhidmat berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih di
Sekolah Kebangsaan Mostyn pada tahun 1982 sebelum melanjutkan pengajian di
peringkat Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1983 sehingga 1985 dalam opsyen
English dan Sejarah
Selepas menamatkan kuliah di Maktab Perguruan Gaya Beliau telah ditempatkan
berkhidmat sebagai guru sandaran terlatih di SMK Kunak. Sepanjang perkhidmatan
beliau di situ beliau telah diberikan jawatan yang penting sesuai dengan opsyen
beliau. Antara jawatan beliau ialah Ketua Panitia Bahasa Inggeris di SMK Kunak
pada tahun 1986 sehingga 1999. Beliau bergerak aktif dalam membangun program
ko akademik di sekolah tersebut dalam mencungkil dan potensi bakat murid-murid
terutamanya dalam mengembangkan kemenjadian anak-anak didiknya.

Di SMK Kunak
Tidak dapat dinafikan sumbangan beliau dalam pelbagai aspek. Antaranya

ialah, sumbangan beliau dalam bidang kurikulum ialah pada tahun 1986 sehingga
1987 beliau merupakan Kakitangan Sumber Bahasa Inggeris. Selain itu, beliau juga
merupakan Jurulatih Utama Bahasa Inggeris KBSM dan Jurulatih Utama Sastera
Kontemporari Bahasa Inggeris Sekolah Menengah pada tahun 1987 sehingga tahun
1991.

Dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai pendidik, beliau juga mengikuti
beberapa kursus antaranya Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1994
dalam Teaching English For Specific Per Person selama setahun di Maktab
Perguruan Ilmu Khas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
lagi di Morey House Institute Of Education – Heriot –Walt University Edinburgh
United Kingdom (TESOL) dalam bidang Teaching English For Speaker Of Other
Languages selama 2 tahun iaitu pada tahun 1996 sehingga 1998.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Setelah menamatkan pengajian di sana beliau telah kembali berkhidmat seketika di SMK
Kunak pada tahun 1999 sebelum bertukar ke SM Teknik Tawau pada tahun 2000 sehingga
2004. Sepanjang perkhidmatan di SM Teknik beliau telah memegang jawatan penting dalam
memacu pembelajaran Bahasa Inggeris di sana seperti Jurulatih Utama Etems Bahasa
Inggeris dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Beliau juga sangat bergiat aktif selaku English
Language Advisor @ Guru Penasihat Kelab Bahasa Inggeris Sekolah dan membantu sekolah
dalam penyertaan murid-murid dalam membangun ko akademik sekolah.

Sepanjang berkhidmat selama 35 tahun, Pada tahun 2002 sehingga 2004,
beliau merupakan Jurulatih Utama Etems dan beliau sangat-sangat aktif dalam
menyemarakkan aktiviti-aktiviti KO Akademik. Beliau juga merupakan Guru
Penasihat pesatuan Bahasa Inggeris (English Language Advisor) pada tahun
1990an.

Pada tahun 2004, beliau telah dinaikkan pangkat dan mula berkhidmat di
Pejabat Pendidikan Daerah Gabungan Lahad Datu dalam di Unit Bahasa sehingga
tahun 2010. Di sini segala kepakaran yang telah dipelajari semasa berada di sekolah
telah dikongsikan dalam menyumbang pembangunan pendidikan daerah.

Bagai sirih pulang ke gagang pada tahun 2010 beliau kemudiannya
ditaqdirkan kembali bertugas di kampung halaman di Pejabat Pendidikan Daerah
Kunak di bawah Unit Pembangunan Akademik sehingga tahun 2013. Sepanjang
tempoh itu beliau telah menyumbang dalam melaksanakan beberapa projek khas
seperti Kelas Intensif UPSR dibawah program ‘Pintar Saya” pada tahun 2010
sehigga tahun 2012, Beliau juga bergerak aktif dalam membangun program Ko
Akedemik sehingga tahun 2013.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat dengan memegang jawatan sebagai
School Improvement Partner Plus (SIP+) setelah menamatkan Komensmen NPQEL
pada tahun 2014 dan menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 2019.

Beliau banyak menyumbang dalam memperkasa melaksanakan PLC pada
tahun 2006 sehingga 2012, dan pada tahun 2006 sehingga 2018 beliau juga sangat
aktif dalam memastikan bimbingan kepada SLT berupaya melaksanakan KBAT,
PAK21, TS25 dan SKPMg2.

Kemuncak dalam perkhidmatan beliau sebelum bersara ialah pada tahun
2019 beliau dilantik dan bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kunak yang
sehingga beliau bersara pada tahun 2020.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

TOKOH GURU

Butiran Kegiatan
Disamping menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau juga bergiat aktif
dalam kegiatan dalam pelbagai bidang. Antaranya, terlibat dalam PEWANIS dan
merupakan ahli PEWANIS seumur hidup. Sepanjang perkhidmatan juga beliau
banyak terlibat dengan aktiviti sukarela dan kebajikan seperti beliau terlibat dalam
pembinaan Surau di Ladang seperti Masjid Nurul Qadri di Ladang Palama Sabah
serta turut serta dalam menyampaikan sumbangan Madrasah dan Pusat Pengajian
Agama di Madrasah Salim Bacho dan akhirnya telah memberi kesempatan kepada
beliau untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun 2003 bersama keluarga tercinta.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021
“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kunak Tahun 2021

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih Bank
Islam yang telah memberi
sumbangan, semua AJK dan
semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung
kerana telah menjayakan Majlis
Sambutan Hari Guru
peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Kunak Tahun 2021

BERSAMA MENJANA KEGEMILANGAN

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu”


Click to View FlipBook Version