1.0 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah sebuah pentaksiran yang berterusan dalamsesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Selalunya, PBD ini berlaku secaraformatif dan sumatif; sebagai pembelajaran untuk pembelajaran dan tentangpembelajaran. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalamkurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukan bertujuan untukperbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklahdigunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakansusulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalampembelajaran. Selain itu, PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentangkemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaranguru. Melalui PBD ini, guru dapat mengesan pengetahuan sedia ada murid mengesanperkembangan murid secara menyeluruh mengenal pasti kekuatan dan kelemahanmurid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa mengetahui keberkesanan PdP. 2.0 Instrumen PBD 1 - Senarai semak BORANG SENARAI SEMAK PENDIDIKAN SENI VISUAL NAMA: BIDANG: MENGGAMBAR TAHUN: TAJUK: MOZEKDANCATAN Tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. BIL SOALAN YA TIDAK ULASAN1. Adakah murid memahami bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar? 2. Adakah murid rnemaharni langkah-langkah pengajaran guru berkaitan dengan tajuk?
3. Adakah arahan yang diberi oleh guru jelas dan terang untuk murid fahami? 4. Adakah murid pernah menggunakan alatan yang ditunjukkan oleh guru? 5. Pernahkah murid mengenali warna-warna asas dan garisan sebelum ini? 6. Adakah contoh-contoh karya mozek dan catan yang disediakan oleh guru membantu murid? 7. Adakah murid rnenghadapi masalah dalam menyiapkan semasa mengaplikasikan teknik catan yang disediakan? 8. Adakah guru memberi anda bimbingan semasa anda menjalankan aktiviti mozek dan catan? 9. Adakah murid dapat menghuraikan hasil karya dengan menggunakan bahasa seni visual? 10. Adakah murid dapat mengimplimentasikan pelbagai media semasa penghasilan produk? 2.1 Kaedah - Pemerhatian Kaedah pemerhatian, kaedah lisan, dan kaedah bertulis merupakan tiga kaedahpenilaian yang digunakan dalam pelaksanaan PBD. Untuk menggunakan PBD, gurumenggunakan pelbagai kaedah penilaian, seperti kaedah pemerhatian. Kaedahini memungkinkan untuk menyiasat pertumbuhan pelajar secara holistik denganmemantau sikap terhadap pembelajaran, tahap kecekapan bahasa, dan teknikpengajaran yang cekap. Selain membantu pengajar mengekalkan rekod tersusun yangberguna untuk perancangan dan rujukan pembelajaran, kaedah pemerhatian
berstruktur memberi mereka gambaran tentang cara terbaik untuk merenungpengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian yang diperlukan untukmeningkatkan pencapaian pelajar 2.2 Aktiviti - Senarai semak Satu alat untuk penilaian bilik darjah dalam kaedah pemerhatian ialah senarai semak. Dalam kaedah pemerhatian, guru menggunakan senarai semak untukmenentukan secara kaedah sama ada seseorang murid itu telah menguasai sesuatukemahiran atau tingkah laku. Alat ini memudahkan proses penilaian denganmenyusun unsur-unsur yang dipautkan mengikut keperluan untuk penambahbaikan. Pemformatan dan tanda mudah seperti betul (✓) untuk pencapaian dan salah(X) untuk tidak pencapaian digunakan dalam reka bentuk senarai semak. Merekamembantu dengan pembangunan kurikulum dan objektif pembelajaran, menjadikanpenilaian lebih mudah, dan membiarkan guru menumpukan perhatian pada bidangtertentu. 2.3 Tajuk PdP Jadual 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 06 Februari 2024 Masa 10.30 - 11.30 pagi (60 minit) Kelas 5 Arif Bilangan Murid 28/32 Bidang Menggambar Tema Buah-buahan tempatan Unit 7 / Bunga Kekwa Mawar
Pada 6 Februari 2024, kelas Pendidikan Seni Visual 5 Arif menggunakan senarai semak sebagai instrumen PBD mereka. Guru membuat senarai semak yangmenggariskan matlamat dan kebolehan yang mesti dikuasai oleh murid semasa waktuPdP. Berdasarkan ciri-ciri senarai semak, guru menilai kemajuan setiap pelajar semasa berkarya. Setiap pencapaian pelajar dimasukkan ke dalam senarai semakdandiberi penilaian ya atau tidak. Matlamat pelajaran adalah untuk menyediakan pelajar keupayaan untuk mengekspresikan diri mereka secara visual dengan menghasilkankarya catan dan mozek, serta mengaplikasi dan mengikuti teknik mozek dengan betul. Jadi melalui tersebut guru boleh menganjurkan intervensi, memberi komen, danmenilai secara kerap kemajuan pelajar kerana integrasi ini. 2.4 Standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan Jadual 2 Standard Pembelajaran Tajuk Buah-buahan tempatan
Standard Pembelajaran 1.1.1 Menginterpretasi bahasa seni visual yangadapada karya dalam bidang menggambar: (iv)Mozek dan catan 2.1.3 Meneroka penghasilan karya gabungan mozekdan catan dalam bidang menggambar dari aspek: (i) Bahasa seni visual (ii) Pelbagai media (iii)Teknik dan proses 3.1.1 Menghasilkan karya gabungan dalambidangmenggambar melalui: (i) Penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea. (ii) Perkembangan idea gabungan karya. (iii)Penetapan jenis media dan teknik. (iv)Disiplin pengkaryaan dan nilai murni. (v) Kemasan akhir. 4.1.1 Memerihal secara kritis berpandukan bahasaseni visual, teknik dan proses bagi: (i)karya sendiri Guru boleh menilai hasil kerja murid mereka dalam seni visual denganmenggunakan senarai semak yang dibuat mengikut standard pembelajaran danstandard prestasi yang ditetapkan. Dengan senarai semak yang komprehensif termasuk bahasa seni visual, media, kaedah, proses pengeluaran dan elemen penilaiankritikal, guru dapat memantau prestasi pelajar dengan teliti pada setiap peringkat proses pembelajaran. Dengan penggunaan senarai semak, pendidik boleh menilai
secara sistematik dan bagaimanakh pelajar mengaplikasi konsep seni visual, kecekapan mereka dengan pelbagai media dan kaedah, dalam menghasilkan karyamozek dan catan. Semasa menjalankan penilaian, guru boleh menggunakan senarai semak ini untuk menyediakan intervensi yang diperlukan dan memberi komen yangberkaitan untuk meningkatkan kemajuan pelajar. Guru dibimbing dalammenilai penguasaan pelajar dalam pelbagai domain bahasa seni visual dengan menggunkaninstrumen senarai semak yang berkaitan dengan standard prestasi. Guru bolehmenyemak bahawa pelajar telah memperoleh semua kemahiran dan pengetahuan yangdiperlukan dengan membuat senarai semak yang menyenaraikan setiap standardprestasi. Dengan menggunakan senarai semak ini, guru boleh memantau sejauh manapelajar telah mencapai tahap penguasaan 2, iaitu kebolehan untuk menerangkanpenggunaan bahasa seni visual yang dilihat dalam karya mozek dan catan. Selanjutnya, guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar 5 sama ada mereka bolehmengenal pasti penggunaan bahasa seni visual, media, kaedah dan proses yang sesuai dalam aktiviti penerokaan mozek dan catan dengan menggunakan senarai semak. 2.5 Keupayaan instrumen mentafsir murid Guru boleh menilai kejayaan murid secara sistematik dengan menggunakaninstrumen senarai semak, yang merupakan alat yang penting untuk PdP. Denganpenggunaan instrumen ini, guru boleh memantau kemajuan pelajar, menilai kefahaman pelajar, dan aplikasi, bahasa seni visual, dan membangunkan strategi intervensi untuk menyokong pelajar dalam mencapai standard prestasi. Selain itu, iamenjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berpusatkanpelajar. 3.0 Instrumen PBD 2 - Soalan lisan (murid dengan guru) Jadual di bawah merujuk kepada pentaksiran secara lisan antara guru dan muridtentang aspek subtopik perhubungan dengan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakansebaya dan orang lain.
Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan (Tahun 1) Objektif Pembelajaran Kognitif: i. Menyenaraikan cara menjalin hubungan yang sihat dengan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya danorang lain. ii. Menjelaskan kepentingan menjalin hubungan yangsihat. Penerangan Aktiviti Perbincangan berlaku antara guru dan murid bagi mengetahui pendapat setelah mereka membuat aktiviti mengenai situasi keluarga yang bahagia. Contoh soalan Soal jawab mengenai intipati cerita keluarga bahagia. Soalan 1: Berikan satu contoh cara menjalin hubunganyang sihat denan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakansebaya dan orang lain. Jawapan: bercakap sopan, hormat-hormati Soalan 2: Bagaimana perasaan anda semasa oranglaintidak menjalin hubungan sihat dengan anda? Jawapan: sedih, tak suka 3.1 Kaedah - Lisan Instrumen kaedah lisan yang digunakan oleh guru adalah penting dalammenilai kemahiran lisan pelajar. Guru menggunakan penyoalan lisan untuk mendiagnosis kesukaran pelajar dalam memahami konsep, dengan fokus pada hubungan dua halaantara soalan lisan guru dan respons pelajar. Respons pelajar terhadap penyoalan gurujuga penting, mencipta interaksi yang berterusan. Dalam proses ini, teknikpemerhatian dengan rakaman audio dan video digunakan untuk memperoleh data
dialog antara guru dan pelajar, membolehkan pemahaman yang lebih mendalamtentang interaksi lisan di dalam bilik darjah. Seterusnya, penilaian lisan bolehdisesuaikan mengikut keperluan individu setiap pelajar. Dengan mengemukakansoalan terbuka dan menggalakkan pelajar menerangkan proses pemikiran mereka, guru boleh memperoleh pandangan berharga tentang cara setiap pelajar mendekati dan menyelesaikan masalah. 3.2 Aktiviti - Pentaksiran secara Lisan antara murid dengan guru (soalanlisan) Instrumen aktiviti pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru merupakanaspek penting dalam menilai kemahiran lisan pelajar. Guru menggunakan pelbagai kaedah seperti penyoalan lisan, pemerhatian, dan rekod kerja untuk menilai interaksi dan kemahiran lisan pelajar. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu, interaksi lisan antara guru dan murid di dalam bilik darjah memainkan peranan penting dalammemahami keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bijak memilihstrategi, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk merangsang pemikiran kritis dankreativiti pelajar, serta memastikan komunikasi dan interaksi yang efektif. Denganmenggunakan instrumen ini, guru dapat memperoleh data yang relevan untuk menilai kemahiran lisan pelajar dengan lebih mendalam. Objektif utama pentaksiran lisanantara murid dan guru adalah untuk menilai kemahiran lisan murid, seperti kebolehanberkomunikasi, penggunaan bahasa, kejelasan penyampaian dan kefahaman terhadaptopik. Pentaksiran ini juga membantu guru untuk memahami tahap pemahamandankemampuan berbicara murid dalam sesuatu topik atau subjek. 3.3 Tajuk PdP Jadual 1 Rancangan pengajaran harian (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tarikh 10 Februari 2024 Masa 11.00 - 11.45 pagi (30 minit)
Kelas 1 Cerdik Bilangan murid 28/30 Tema Perhubungan Unit 9 / Bersih dan selamat Teknik -Bercerita dan perbincangan -Teknik kebolehan guru dalammengajar -Suara yang jelas dan kuat -Intonasi suara yang pelbagai -Komunikasi 2 hala -Tarikan motivasi -Teknik memberi arahan Instrumen PBD yang digunakan di kelas Pendidikan kesihatan kelas 1 Cerdik, pada 10 Februari 2024, merupakan instrumen pentaksiran secara lisan antara muriddengan guru. Guru telah mengajukan soalan kepada murid berdasarkan topik yangguru mengajar pada sesi PdP. Murid telah memberikan jawapan secara lisan untukmenunjukkan pemahaman mereka terhadap topik tersebut. Guru juga telah memintamurid untuk memberikan reaksi mereka terhadap pengalaman atau situasi tertentudankemudian menilai kemahiran mereka dalam menyampaikan pendapat dan pemikiransecara lisan. Penggunaan instrumen ini semasa PDP membolehkan guru mengenal pasti kelemahan murid dan membantu membaikinya cara mengajar. 3.4 Standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan Jadual 2 Standard pembelajaran Murid boleh: 6.1.1 Mengetahui cara menjalin
hubungan yang sihat dengan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya danorang lain. 6.1.2 Memahami kepentingan menjalinhubungan yang sihat dengan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya danorang lain. Berdasarkan standard pembelajaran di atas, murid telah mengetahui caramenjalin hubungan yang sihat dengan ibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebayadan orang lain serta memahami kepentingan menjalin hubungan yang sihat denganibu bapa, penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain. Bagi menilai kemahiranini, guru telah satu menggunakan instrumen iaitu pentaksiran secara lisan antaramurid dengan guru (soalan lisan). Instrumen ini membolehkan guru untuk menilai kemahiran berbicara dan mendengar murid secara langsung. Dengan menggunakaninstrumen ini, guru dapat menilai tahap pemahaman dan memastikan bahawa muridmemenuhi standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Standard prestasi yanngdapat ditetapkan oleh guru ialah tahap 1 dan tahap 2 iaitu murid-murid dapat menyatakan cara menjalin hubungan yang sihat dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakandan orang lain dan juga mereka dapat menerangkan kepentingan menjalin hubunganyang sihat. Dengan itu, guru dapat menilai tahap prestasi muridnya dengan instrumentersebut sama ada murid dapat mencapai standard prestasi yang guru ditetapkanatautidak dengan menggunakan instrumen pentaksiran secara lisan antara murid denganguru. 3.5 Keupayaan instrumen mentafsir murid Dengan instrumen pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru, guru
dapat melihat bagaimana murid menyampaikan pendapat mereka , menjawab soalandan berinteraksi secara lisan. Melalui interaksi lisan dengan guru, murid dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Mereka juga belajar untukmenyatakan pendapat mereka dengan berani dan yakin, memberi jawapan danberbincang dengan jelas dan teratur dalam kelas. Selain itu, melalui pentaksiran lisan, murid aktif berkomunikasi dengan guru. Ini dapat membantu murid untuk lebih fokus semasa PDP berjalan. Selain kemahiran berbicara, instrumen ini juga dapat membantuguru menilai pemahaman dan pengetahuan murid tentang sesuatu topik. Guru dapat melihat sejauh mana murid memahami konsep-konsep yang diajarkan melalui respons lisan mereka sama ada mereka boleh menjawab dalam lembaran kerja atau tidakmelalui kefahaman mereka. 4.0 Instrumen PBD 3 - Lembaran kerja (soalan latihan)
4.1 Kaedah - Pentaksiran secara penulisan Kaedah pentaksiran secara penulisan adalah teknik penilaian pendidikan yangmengukur kefahaman dan kemampuan pelajar melalui jawapan bertulis. Ia melibatkantugasan seperti esei, laporan, atau jawapan kepada soalan yang memerlukan pelajar untuk mengungkapkan idea dan hujah dengan jelas dan teratur. Selain itu, pentaksiranini membolehkan guru menilai bukan sahaja pengetahuan faktual, tetapi jugakemampuan berfikir kritis, analisis, dan sintesis pelajar. Ini termasuk penggunaanlembaran kerja yang mengandungi soalan latihan atau bentuk jadual yangmembolehkan guru menilai sejauh mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuanyang dipelajari dalam bentuk bertulis. Pentaksiran ini juga boleh merangkumi penggunaan rubrik untuk menilai senarai semak untuk kualiti kerja murid untukmenentukan tahap keemerlangan kerja murid. Selain itu, ia juga membantu dalam
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam penulisan, yang seterusnyadapat dijadikan asas untuk pembangunan kemahiran berkomunikasi yang lebih baik. Dengan menggunakan rubrik penilaian, guru dapat memberikan maklumbalas yangobjektif dan bermakna, yang penting untuk pertumbuhan akademik pelajar. 4.2 Aktiviti - Lembaran kerja ( Soalan latihan ) Aktiviti lembaran kerja adalah alat yang penting dalam pendidikan untukmembantu pelajar mengukuhkan pemahaman mereka melalui latihan praktikal. Aktiviti lembaran kerja ini dibahagi kepada dua iaitu lembaran kerja yangberdasarkan soalan latihan dan lagi satu lembaran kerja yang berdasarkan bentukjadual. Lembaran kerja biasanya mengandungi soalan latihan yang dirancang untukmenguji kefahaman pelajar dalam topik tertentu. Aktiviti ini bukan sahajameningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, tetapi juga memperkukuh ingatandan memperdalam pemahaman konsep dalam subjek tersebut. Selain itu, lembarankerja juga memberi peluang kepada guru untuk menilai dan memberi maklumbalas secara individu, memungkinkan pendekatan pengajaran yang lebih personalisasi danberkesan. 4.3 Tajuk PdP Jadual 3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tarikh 10 Februari 2024 Masa 11.00 - 11.45 pagi (30 minit) Kelas 1 Bestari Bilangan murid 23/25 Tema Pertolongan cemas Unit 11 / Bantuan kecemasan Teknik Bercerita dan perbincangan
Instrumen PBD yang digunakan di kelas Pendidikan kesihatan kelas 1, pada 10Februari 2024, merupakan instrumen lembaran kerja. Guru membuat lembaran kerjayang memperincikan objektif dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid selepas waktu PdP. Selepas waktu PdP, guru memerhati pencapaian murid berdasarkan skor lembaran kerja iaitu dengan memberi soalan latihan. Objektif pembelajaran adalahuntuk membolehkan pelajar menyatakan contoh situasi kecemasan dan tindakan yangperlu diambil sewaktu berlaku kecemasan. Penyepaduan ini membolehkan gurumengenal pasti kelemahan murid dan membantu membaikinya cara mengajar padasesi PdP yang akan datang. 4.4 Standard pembelajaran dan standard prestasi yang ditetapkan Jadual 4 Standard pembelajaran Murid boleh : 10.1.1 Mengetahui situasi kecemasan10.1.2 Memahami tindakan yang perludiambil sewaktu berlakukecemasan Berdasarkan standard pembelajaran di atas, murid telah dapat mengetahui situasi kecemasan dan memahami tindakan yang perlu diambil dalam keadaan tersebut. Untuk menilai kemahiran ini, guru telah menggunakan instrumen lembaran kerja iaitusoalan latihan yang dirangka khusus. Lembaran kerja ini dapat merangkumi soalan-soalan yang menguji pengetahuan murid tentang situasi kecemasan, seperti mengenal pasti tanda-tanda kecemasan dan langkah-langkah yang perlu diambil. Dengan menggunakan soalan latihan yang sesuai, guru dapat menilai tahappemahaman dan kemahiran murid dalam menghadapi situasi kecemasan secara efektif, memastikan bahawa mereka memenuhi standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Standard prestasi yanng dapat ditetapkan oleh guru ialah tahap 1 dan tahap 2 iaitu
murid-murid dapat menyatakan contoh situasi kecemasan dan juga mereka dapat menerangkan tindakan yang perlu diambil sewaktu berlaku kecemasan. Guru dapat menilai tahap prestasi ini melalui lembaran kerja pada akhir sesi PdP. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa murid dapat mencapai standard pembelajaran dan standardprestasi yang guru ditetapkan. 4.5 Keupayaan instrumen mentafsir murid Instrumen lembaran kerja (soalan latihan) dapat membantu guru dalammenilai murid dengan cara yang terperinci dan berstruktur. Melalui soalan latihan yangdisusun khusus, guru dapat mengukur pemahaman dan kemahiran murid dalamtopiktertentu, seperti situasi kecemasan. Soalan-soalan ini membolehkan guru menilai sejauh mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, mengidentifikasi kekuatan dan kelemahan mereka, serta memberikan maklumbalas yang objektif. Dengan menggunakan lembaran kerja, guru dapat menilai kemampuanmurid dalam menyatakan contoh situasi kecemasan dan menjelaskan tindakan yangperlu diambil, sesuai dengan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Dengandemikian, instrumen ini memainkan peranan penting dalam proses penilaian yangteliti. 5.0 Cadangan penambahbaikan Antara cadangan yang perlu ditambahbaik bagi instrumen senarai semak ialahguru haruslah menulis senarai nama kelas dan bukannya nama pelajar individu. Ini akan mengurangkan ketegangan yang berkaitan dengan penilaian dan memudahkanpengajar menilai kejayaan pelajar secara holistik dan kolaboratif. Seterusnya, cadangan penambahbaikan bagi instrumen pentaksiran secara lisan antara muriddengan guru ialah guru boleh menggunakan teknologi seperti rakaman audio atauvideo untuk merekodkan sesi pentaksiran lisan, yang membolehkan guru untukmengkaji semula prestasi murid dan memberikan maklum balas yang lebih terperinci. Cadangan penambahbaikan instrumen lembaran kerja ( soalan latihan ) adalah guruboleh menggunakan alat digital dan platform pembelajaran interaktif untuk membuat
lemabaran kerja yang lebih menarik dan mudah untuk menilai tahap penguasaanmurid dalam topik itu dengan mengikut konteks pembelajaran abad ke-21 pada masakini. 6.0 Penutup Kesimpulannya, pentaksiran bilik darjah (PBD) dan penggunaan instrumenpentaksiran oleh guru adalah aspek yang sangat penting dalam proses pengajarandanpembelajaran. Melalui pentaksiran, guru dapat memahami tahap pemahamandanprestasi murid secara holistik. Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh gurumembantu dalam mengukur kemahiran lisan, membaca, dan menulis murid secarasistematik. Dengan merancang dan melaksanakan instrumen pentaksiran yang sesuai, guru dapat menyediakan maklum balas yang berkesan kepada murid, memperbaiki pengajaran, dan meningkatkan prestasi pelajar. Dengan demikian, pentaksiran bilikdarjah dan instrumen yang digunakan akan meningkatkan kualiti pengajarandanpembelajaran di dalam bilik darjah.
RUJUKAN anyflip.com. (2020, October 19). DSKP KSSR PSV Tahun 5 - Membalik bukuhalaman 1-50 | AnyFlip. https://anyflip.com/brax/nson/basic anyflip.com. (2022a, April 25). DSKP PJPK TAHUN 1 KSSR SEMAKAN2017 - FlipeBook Pages 1-50 | AnyFlip. https://anyflip.com/gcmje/mwbk/basic Mustaqim Roslan, M. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan KesannyaKepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam/ClassroomAssessment Method (PBD) And Its Impact On Level One Pupils: Analysis Of Islamic Education Subjects. UMRAN-Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. Gengatharan, K., & Rahmat, A. (2019). Keperluan modul pentaksiran pendidikankesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah: The needs of health education assessment module for Level 1 teachers intheclassroom assessment implementation. Jurnal Sains Sukan &PendidikanJasmani, 8(2), 19-27. Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Nor, S. M., & Haron, Z. (2023). Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah GuruSekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002261-e002261. PBD. (n.d.). https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pbdkpm
Kesediaan guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. (2023). Jurnal Dunia Pendidikan. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.10 Mannogaran, V., & Shaid, N. a. N. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan InstrumenMengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalamPelaksanaanPentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8(1), e001958. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.1958 Moe, L. S. W. (n.d.). 3 KAEDAH PENTAKSIRAN DAN CONTOHINSTRUMEN. Scribd. https://www.scribd.com/document/508765645/3-KAEDAH-PENTAKSIRAN- DAN-CONTOH-INSTRUMEN