MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BILANGAN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI AKADEMIK 2024/2025 ______________________________________________________________________________ Tarikh : 21 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 1.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sungai Setar Kehadiran : 6 orang Bil Nama Jawatan 1 Noorsyamsul Hissyam bin Abu Hashim Penolong Kanan KoKurikulum 2 Sunil Ram Naipal a/l Jaya Ram Naipal Ketua Panitia BI 3 Mohamad Azhari bin Mohamad Zaki Guru BI 4 Noor Idzahril bin Ahmad Guru BI 5 Yasmin binti Yusof Guru BI 6 Norakmawati binti Yahya Guru Prasekolah (BI) 1.0 ALUAN PENGERUSI MESYUARAT - KETUA PANITIA PJK 1.1 En. Sunil Ram Naipal (KP) mengucapkan salam dan terima kasih kepada pentadbir dan guru yang hadir. 1.2 Semoga pihak sekolah memberikan sokongan penuh dalam membantu Panitia Bahasa Inggeris dalam usaha meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk sesi akademik 2024/2025. 2.0 UCAPAN PENASIHAT/ PENTADBIR 2.1 En. Noorsyamsul Hissyam (PK Koko) mengucapkan salam dan terima kasih atas jemputan. 2.2 Harapan beliau supaya semua guru Bahasa Inggeris dapat menggembleng tenaga dan bekerjasama dalam memastikan panitia Bahasa Inggeris dapat berjalan dengan baik dan berjaya menarik minat murid-murid yang lain untuk belajar Bahasa Inggeris. 2.3 Beliau memaklumkan bahawa Pn. Hapizah (PKP) meminta supaya melengkapkan fail panitia 2024/2025 sebelum cuti hari raya Aidilfitri. 2.3.1 Beliau memaklumkan bahawa fail tersebut perlu dilengkapkan mengikut templat yang telah disediakan. 2.3.2 En. Noorsyamsul memaklumkan bahawa bagi DSKP dan RPT, panitia hanya menyediakan QR kod bagi memudahkan penyusunan fail. 2.4 En. Noorsyamsul meminta untuk panitia menyiapkan projek HIP “English Hut of SKSS” selepas cuti hari raya 2.4.1 En. Noorsyamsul meminta persatuan Bahasa Inggeris untuk mengadakan satu aktiviti yang membolehkan murid-murid menyertai program ko-akademik yang boleh dijadikan satu produk dari persatuan Bahasa Inggeris. 3.0 ANALISIS PBD DAN UASA 2023/2024 3.1 Rujuk lampiran analisis PBD dan UASA yang diedarkan. Sumber rujukan daripada Penyelaras PBD Sekolah (Pn. Yasmin)
3.2 Bilangan murid menguasai Bahasa Inggeris bagi pentaksiran berterusan PBD menurun. 3.3 Guru perlu kenalpasti murid yang mendapat TP1 dan TP2 itu pada sesi 2024/2025. 3.4 Guru perlu menyediakan program pemulihan untuk murid yang belum menguasai (TP1- TP2) dan juga program peningkatan bagi murid menguasai (TP3-TP6) (rujuk program panitia) 3.5 Bagi murid tegar pemulihan bagi tahap 1,modul menulis dan penmanship akan disediakan. 3.6 Gunakan minggu pendekatan bertema secara maksimum bersama panitia lain dalam merancang aktiviti untuk membantu murid yang belum menguasai ini. 3.7 Proses kerja pentaksiran PBD : (i) Guru ada senarai nama murid (ii) Simpan dalam fail PBD ikut kelas (iii) Bawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan (iv) Tentukan topik dan kemahiran yang hendak ditaksir dengan jelas 3.10 Perekodan PBD murid perlu diisi dua kali setahun apabila sistem IDMe dibuka. 4.0 DSKP, RPT & e-PREMA 4.1 Semua guru telah menerima jadual waktu dan selesai mendaftar dalam sistem ePREMA. 4.2 Tarikh akhir hantar eRPH dalam e-PREMA pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 4.3 Guru dibenarkan hantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PdP. 4.4 GB mengarahkan semua guru menghantar satu salinan eRPH untuk satu kelas PdP pada minggu kedua sebagai eviden kepada beliau. 4.5 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 4.6 DSKP dan RPT PJK telah selesai dimuat naik dalam sistem e-PREMA. 5.0 KONTRAK LATIHAN 5.1 Murid menyediakan buku Latihan mengikut guru mata Pelajaran Bahasa Inggeris masing-masing. 5.2 Murid perlu menggunakan modul Bahasa Inggeris yang disediakan oleh pihak sekolah. 6.0 PROGRAM / AKTIVITI PENINGKATAN PANITIA 6.1 Program yang dirancang perlu sesuai untuk semua murid. 6.2 Rujuk program panitia. 7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA (PCG) 7.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruhan. Rujuk buku manual pengurusan m/s 89 dan 90. 7.2 Panitia akan membuat pesanan dari segi alatan BBM guru serta yang bersesuaian untuk program ENGLISH WEEK. 9.0 HAL-HAL LAIN Tiada 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 Ketua Panitia berharap agar semua guru-guru BI dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam PdP dan mengikut arahan serta makluman dari masa ke semasa. 11.2 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir dalam mesyuarat pertama kali ini.
Mesyuarat ditangguh pada jam 2.45 petang. Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, …………………………… …………………………………. (YASMIN BT YUSOF) (SUNIL RAM NAIPAL A/L JAYA RAM) Setiausaha Panitia BI Ketua Panitia BI Sesi Akademik 2024/2025 Sesi Akademik 2024/2025 SK Sungai Setar, Nibong Tebal SK Sungai Setar, Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal