SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR ___________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA 2024 TARIKH : 21 MAC 2024 HARI : KHAMIS MASA : 1.15 Tengah hari TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKSS KEHADIRAN: BIL. NAMA JAWATAN 1. PN. HAPIZAH BT TAHIR PK PENTADBIRAN 2. EN. MOHD AIDIL BIN JAMAARIS PK HEM 3. PN. NOR HAFINAS BT MD NASIR KETUA PANITIA 4. EN. SUHAILI B. MAT SAAD SETIAUSAHA 5. PN. T. MUNITHA AJK 6. EN. ESMA KAMAL B. MOHD ARSHAD AJK 7. EN. MOHD ROSLEE BIN CHE ROSE AJK 8. PN. ROSIDAH BT TAHRIM AJK 9. EN. NOOR IDZAHRIL BIN AHMAD AJK AGENDA MESYUARAT: 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Seni Visual kerana dapat meluangkan masa dan hadir pada mesyuarat panitia PSV kali yang pertama untuk tahun 2024. 1.2 Beliau berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam membantu usaha perancangan Panitia PSV untuk sesi akademik 2024/2025. 2.0 UCAPAN PENTADBIR 2.1 Puan Hapizah binti Tahir (PKP) mengucapkan terima kasih atas jemputan ke mesyuarat panitia kali pertama. 2.2 Beliau berharap Panitia PSV dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dan boleh bergabung dengan panitia lain untuk melancarkan aktiviti yang dirancang.
2.3 Beliau juga berharap agar panitia dapat menyediakan KPI untuk setiap aktiviti yang dirancang dan dimasukkan ke dalam fail panitia. 2.4 Selain itu, beliau berharap agar setiap guru telah menyiaokan Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan DSKP yang ditetapkan. 3.0 ANALISIS PBD DAN UASA 2023/2024 3.1 Rujuk lampiran analisis PBD dan UASA yang diedarkan. Sumber rujukan daripada Penyelaras PBD Sekolah (Pn.Yasmin) 3.2 Berdasarkan analisis PBD yang disiapkan semua murid melpasi TP1 dan TP2. Keputusan ini berdasarkan aktiviti pdpc yang dijalankan serta digabungkan dengan projek penggal yang dijalankan secara kumpulan. 3.3 Pendekatan bertema yang dirancang mengikut RPT boleh dimanfaatkan secara maksimum bersama panitia lain dalam merancang aktiviti yang berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran tertentu. 3.4 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada pdp akademik dijalankan. 3.5 Guru perlu ada senarai nama murid dan rekod transit mengikut kelas yang diajar. 3.6 Guru perlu menyimpan fail PBD dan rekod transit mengikut kelas masing-masing. 3.7 Guru perlu membawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan. 3.8 Rekod PBD murid perlu diisi segera dua kali setahun apbila system IDMe dibuka. 4.0 PENYEDIAAN DSKP, RPT DAN PENULISAN RPH 2023 4.1 Semua guru telah menerima ajdual waktu dan selesai mendaftar dalam system ePrema. 4.2 Tarikh akhir hantar RPH dalam e-Prema pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 4.3 Guru dibenarkan menghantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PDPc 4.4 DSKP dan RPT Pendidikan Seni Visual telah selesai dimuat naik dalam sistem ePrema. 5.0 PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) 5.1 Guru-guru perlu menyedia dan mematuhi rancangan pengajaran harian yang dirancang untuk pdpc. 5.2 Selain itu, pendekatan KBAT perlu diserap dalam setiap kemahiran yang diajar dan diterjemahkan dalam rancangan pengajaran harian. 6.0 PERANCANGAN AKTIVITI PENINGKATAN PANITIA 6.1 Aktiviti tahunan PSV yang dirancang lebih kepada pertandingan seni lukis dan pembinaan model binaan. Aktiviti tahunan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 6.2 Guru-guru diharapkan dapat memberi Kerjasama dalam setiap aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan pencapaian murid. 7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA
7.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruha. Rujuk buku manual pengurusan m/s89 dan 90. 7.2 Peruntukan PCG terkumpul untuk panitia PSV setakat ini berjumlah RM 7.3 Pembelian barang dibuat berdasarkan perancangan aktiviti dan projek yang sesuai mengikut tahun serta peruntukan yang ada. 7.4 Kertas kerja untuk aktiviti minggu panitia dan aktiviti lain akan disediakan pada masa yang bersesuaian. 8.0 STOK/INVENTORI/ASSET PANITIA PSV 8.1 Kebanyakkan pembelian pembekalan yang dipesan oleh panitia merupakan peralatan guna habis dan barangan guna sama. 8.2 Semua barangan yang dibeli direkodkan dalam senarai daftar stok. 8.3 Guru-guru dikehendaki menyenaraikan pembelian bahan-bahan PSV dalam link Telegram Panitia PSV. Bahan-bahan tersebut hendaklah dirujuk kepada PT sekolah dan mengisi Nota Minta yang disediakan. Semua pembelian akan diluluskan dengan kebenaran Guru Besar. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Penyediaan fail seperti pada tahun - tahun sebelum ini mengikut senarai yang ditetapkan oleh PK1. 9.2 Semua DSKP bagi tahun 1 hingga tahun 6 hendaklah dimasukkan dalam fail Panitia PSV 9.3 Guru-guru PSV diminta memberikan satu salinan borang biodata diri dan jadual waktu persendirian terkini kepada setiausaha untuk dimasukkan ke dalam fail panitia. 9.4 Guru-guru diminta menggalakkan murid-murid membuat fail PSV sendiri untuk memudahkan simpanan hasil karya PdPc. 9.5 Hasil murid yang terbaik disimpan oleh guru dan boleh dijadikan bahan pameran pada masa akan datang. 9.6 Guru-guru yang mengambil bahan seni dari bilik seni memulangkan bahan tersebut ke bilik seni untuk kegunaan guru-guru PSV lain. Penggunaan bahan seperti cat minyak dlm PdPc boleh dilakukan di luar bilik darjah bagi memastikan bilik darjah tidak kotor dan mengganggu keselesaan murid mengikuti PdPc. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi ( Ketua Panitia ) Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………….. ………………………………………. (T.MUNITHA) (NOR HAFINAS BT MD NASIR)
Setiausaha Panitia PSV Ketua Panitia PSV Sesi Akademik 2024/2025 Sesi Akademik 2024/2025