MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BILANGAN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI AKADEMIK 2024/2025 ______________________________________________________________________________ Tarikh : 19 Mac 2024 Hari : Selasa Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sungai Setar Kehadiran : 9 orang Bil Nama Jawatan 1 Mohd Aidil bin Jamaaris PK Hal Ehwal Murid 2 Nor Azzah binti Mohd Salleh Ketua Panitia 3 Mohd Roslee bin Che Rose Setiausaha 4 Rosidah binti Tahrim Penyelaras Pusat Sumber 5 Siti Fauziah binti Osman Guru Pemulihan 6 Noor Asyikin binti Ahmad Guru Prasekolah 7 Nor Hafinas binti Md. Nasir AJK 8 Suhaili bin Mat Saad AJK 9 Norazrie bin Nordin AJK 1.0 ALUAN PENGERUSI MESYUARAT - KETUA PANITIA BAHASA MELAYU 1.1 Pn. Hajah Nor Azzah mengucapkan salam dan berterima kasih kepada pentadbir dan guru yang hadir dalam mesyuarat panitia kali pertama sesi 2024/2025. 1.2 Beliau berharap semoga pihak sekolah memberikan sokongan penuh dalam membantu usaha dan perancangan Panitia Bahasa Melayu untuk sesi akademik 2024/2025. 2.0 UCAPAN PENASIHAT/ PENTADBIR 2.2 En. Mohd Aidil (PK HEM) mengucapkan salam dan mengucapkan terima kasih atas jemputan serta memaklumkan bahawa beliau juga merupakan AJK Panitia Bahasa Melayu pada tahun ini. 2.3 Beliau juga menyatakan harapan Penolong Kanan Pentadbiran agar penitia Bahasa Melayu dapat diperkemaskan dari segi pengurusan, perancangan dan pelaksanaan. 2.4 Selain itu, panitia juga dapat merancang program yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan kemenjadian murid dan mengukuhkan kemahiran membaca dan menulis. 2.5 Panitia juga diharapkan agar dapat membincangkan pembelian keperluan panitia berdasarkan peruntukan panitia yang ditetapkan. 3.0 ANALISIS PBD DAN UASA 2023/2024 3.1 Rujuk lampiran analisis PBD dan UASA yang diedarkan. Sumber rujukan daripada Penyelaras PBD Sekolah (Pn. Yasmin) 3.2 Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 5 2023, masih terdapat murid TP1 dan TP2 (belum menguasai).
3.3 Tahun 4 dan Tahun 6 2023 pencapaian PBD mata pelajaran Bahasa Melayu menguasai 100%. Tahniah diucapkan. 3.4 Guru Bahasa Melayu perlu fokus untuk merancang aktiviti PdP yang mampu melonjakkan prestasi murid yang telah menguasai untuk mencapai TP yang lebih tinggi. 3.5 Guru Bahasa Melayu juga perlu mengenal pasti dan mengkaji punca murid tahun 1, 2,4 dan 6 2024 yang belum menguasai dan merancang program yang memberi impak tinggi untuk mereka melepasi TP3. 3.6 Pendekatan bertema yang ditetapkan mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan boleh dimanfaatkan secara maksimum bersama panitia lain dalam merancang aktiviti yang berkesan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. 3.7 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 3.8 Guru perlu ada senarai nama murid dan rekod transit mengikut kelas yang diajar. 3.9 Guru perlu menyimpan fail PBD dan rekod transit mengikut kelas masing-masing. 3.10 Guru perlu membawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan. 3.11 Guru perlu menentukan topik dan kemahiran yang hendak ditaksir dengan jelas. 3.12 Rekod PBD murid perlu diisi segera dua kali setahun apabila sistem IDMe dibuka. 3.13 Analisis pencapaian PBD (TOV) Bahasa Melayu telah selesai diserah kepada Pn Yasmin. 4.0 DSKP, RPT & e-PREMA 4.1 Semua guru telah menerima jadual waktu dan selesai mendaftar dalam sistem ePREMA. Syabas diucapkan. 4.2 Tarikh akhir hantar eRPH dalam e-PREMA pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 4.3 Guru dibenarkan hantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PdP. 4.4 GB mengarahkan semua guru menghantar satu ‘hardcopy’ eRPH untuk satu kelas PdP pada minggu kedua sebagai ‘evidens’ kepada beliau. 4.5 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 4.6 DSKP dan RPT Bahasa Melayu telah selesai dimuat naik dalam sistem e-PREMA. 4.7 RPT perlu ditambah baik dengan menyediakan lampiran tambahan Pendekatan Bertema sekiranya perlu dan takwim sekolah yang belum dimasukkan dalam RPT. 5.0 PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) 5.1 Guru-guru perlu menyedia dan mematuhi rancangan pengajaran harian yang dirancang untuk aktiviti PdPc. 5.2 Rancangan pengajaran harian perlu diselitkan dengan unsur didik hibur untuk menarik minat murid untuk belajar. 5.3 Selain itu, pendekatan KBAT perlu diserap dalam setiap kemahiran yang diajar dan diterjemahkan dalam rancangan pengajaran harian. 5.4 Guru-guru juga perlu merancang dan melaksanakan pengajaran pendekatan bertema bersama-sama dengan subjek lain sekurang-kurangnya sekali dalam sesi akademik 2024/2025. 6.0 KONTRAK LATIHAN 6.1 Guru-guru telah diedarkan cadangan latihan minimum subjek Bahasa Melayu mengikut tahun. Guru-guru boleh membuat penambahbaikan sama ada mengurangkan atau menambah jumlah latihan mengikut kesesuaian tahap pencapaian murid. Jumlah latihan perlulah berpatutan dan tidak membebankan murid.
(Rujuk lampiran 2) 6.2 Untuk Tahun 1, latihan karangan akan mula dilaksanakan pada bulan Ogos berikutan murid sedang mengikuti aktiviti transisi. 6.3 Murid-murid perlu disiapkan untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik pada penghujung sesi akademik 2024/2025 nanti selain Pentaksiran Bilik Darjah sepanjang tahun. 6.4 Penggunaan buku latihan Bahasa Melayu telah ditetapkan dalam mesyuarat pada kali ini iaitu : Tahap 1 – 3 buah buku (Buku panjang, Buku garis 1, Buku garis 3) Tahap 2 – 3 buah buku ( 2 buku garis 1, 1 buku panjang) 7.0 PROGRAM / AKTIVITI PENINGKATAN PANITIA 7.1 Beberapa program dan aktiviti telah dirancang oleh panitia Bahasa Melayu. Selain itu, penyertaan untuk pertandingan peringkat luar akan diputuskan mengikut jumlah bakat murid yang akan dicungkil. 7.2 Aktiviti murid tahap 1 yang dirancang – Ejaan dengan Betul, Baca dan Faham (NILAM), Tulisan Cantik, Bina-bina Ayat, Teka Silang Kata, Melengkapkan Ayat, Mari Mengarang dan Tulisan Berangkai. 7.3 Aktiviti murid tahap 2 yang dirancang – Penulisan (Menyalin Karangan), Bijak Bahasa (Kosa Kata), Latihan Intensif Tatanahasa, Mari Mengarang dan Membuat Ulasan, Sasteraku (NILAM), Bengkel Penulisan dan Tatabahasa, dan Program Motivasi. 8.0 PERANCANGAN PLC PANITIA 8.1 PLC atau Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan suatu perkongsian pengetahuan dan kemahiran guru melalui proses kolaborasi bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan proses pengajaran. 8.2 Guru-guru bagi setiap tahun perlu membuat kolaborasi dan berbincang untuk meningkatkan proses pengajaran masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 8.3 Guru-guru perlu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam membuat perancangan seterusnya menterjemahkan dalam proses pengajaran. 9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA (PCG) 9.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruhan. Rujuk buku manual pengurusan m/s 89 dan 90. 9.2 Peruntukan PCG terkumpul untuk Bahasa Melayu setakat ini berjumlah RM 1007.63. 9.3 Pn. Rosidah mencadangkan panitia membeli mesin laminate A3 dan dipersetujui semua. 9.4 Pn. Nor Hafinas mencadangkan membeli kertas A4, gam UHU dan pen marker permanent untuk kegunaan aktiviti murid. 9.5 Kertas kerja untuk aktiviti minggu panitia dan aktiviti lain akan disediakan pada masa yang bersesuaian. 10.0 STOK/INVENTORI/ASET PANITIA BAHASA MELAYU 10.1 Kebanyakan pembelian pembekalan yang dipesan oleh panitia merupakan peralatan guna habis dan barangan guna sama. 10.2 Semua barangan yang dibeli direkodkan dalam senarai daftar stok. 10.3 Kamus dewan yang merupakan barangan guna sama dipinjamkan kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk rujukan.
11.0 HAL-HAL LAIN 11.1 PEMULIHAN 11.1.1 Pertandingan peringkat daerah untuk murid-murid pemulihan mungkin diadakan mulai sesi akademik 2024/2025. 11.1.2 Antara pertandingan yang dicadangkan ialah bercerita, jigsaw puzzle dan nyanyian solo patriotik. 11.1.3 Bilangan murid pemulihan setakat ini adalah seramai 35 orang. Bilangan ini mungkin meningkat berikutan ada murid baru yang masuk. Guru-guru diminta untuk mengenal pasti murid-murid baru tersebut. 11.1.4 Aktiviti pemulihan yang sedang dijalankan ialah “Kembali Bersinar”, “Bimbingan Kasih”, “Siapa Saya” dan “Projek Si Manjaku Sayang” 11.2 NILAM 11.2.1 Murid-murid perlu membaca buku sekurang-kurangnya 50 bacaan dan merekodkan dalam buku rekod membaca NILAM di dalam kelas. Justeru, guruguru Bahasa Melayu perlu memastikan murid mencatatkan rekod bacaan murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan buku teks. 11.2.2 Guru-guru juga digalakkan membaca buku sama ada buku fizikal atau buku digital dan melengkapkan rekod dalam e-NILAM. 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN 12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir, Encik Mohd Aidil dan semua guru atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. 12.2 Beliau juga berharap guru-guru dapat menerus dan meningkatkan usaha untuk kecemerlangan murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seterusnya mengurangkan murid TP1 dan TP2. Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, ………………………………………. …………………………………..……… (MOHD ROSLEE BIN CHE ROSE) (NOR AZZAH BINTI MOHD SALLEH) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Sesi Akademik 2024/2025 Sesi Akademik 2024/2025 SK Sungai Setar, Nibong Tebal SK Sungai Setar, Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal