MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BILANGAN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI AKADEMIK 2024/2025 Tarikh : 21 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sungai Setar Kehadiran : 4 orang Bil Nama Jawatan 1 Hapizah binti Tahir PK Pentadbiran 2 Norazrie bin Nordin Ketua Panitia 3 Mohd Roslee bin Che Rose Setiausaha 4 Asmah binti Ahmad Guru Penyelaras Bestari 1.0 ALUAN PENGERUSI MESYUARAT - KETUA PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1.1 En. Norazrie bin Nordin mengucapkan salam dan berterima kasih kepada pentadbir dan guru yang hadir dalam mesyuarat panitia kali pertama sesi 2024/2025. 1.2 Beliau berharap semoga semua pihak memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam membantu usaha dan perancangan Panitia RBT untuk sesi akademik 2024/2025. 2.0 UCAPAN PENASIHAT/ PENTADBIR 2.2 Pn. Hapizah binti Tahir (PKP) mengucapkan salam dan mengucapkan terima kasih atas jemputan ke mesyuarat panitia kali ini. 2.3 Beliau berharap panitia RBT dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dan boleh bergabung dengan panitia lain untuk melancarkan aktiviti yang dirancang. 2.4 Beliau juga berharap agar panitia dapat menyediakan KPI untuk setiap aktiviti yang dirancang dan dimasukkan ke dalam fail panitia. 2.5 Selain itu, beliau berharap setiap guru telah menyiapkan Rancangan pelajaran Tahunan berdasarkan DSKP yang ditetapkan. 3.0 ANALISIS PBD DAN UASA 2023/2024 3.1 Rujuk lampiran analisis PBD dan UASA yang diedarkan. Sumber rujukan daripada Penyelaras PBD Sekolah (Pn. Yasmin) 3.2 Berdasarkan analisis PBD yang disiapkan oleh guru-guru pada tahun lepas, semua murid telah melepasi TP1 dan TP2. Keputusan ini berdasarkan aktiviti PdPc yang dijalankan serta digabungkan dengan projek secara kumpulan dan individu. Murid mempunyai kemahiran serta menunjukkan minat dalam menyiapkan projek yang dirancang. 3.3 Justeru, diharapkan prestasi yang lebih baik dapat ditingkatkan pada tahun ini. 3.4 Pendekatan bertema yang dirancang mengikut RPT boleh dimanfaatkan secara maksimum bersama panitia lain dalam merancang aktiviti yang berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
3.5 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 3.6 Guru perlu ada senarai nama murid dan rekod transit mengikut kelas yang diajar. 3.7 Guru perlu menyimpan fail PBD dan rekod transit mengikut kelas masing-masing. 3.8 Guru perlu membawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan. 3.9 Guru perlu menentukan topik dan kemahiran yang hendak ditaksir dengan jelas. 3.10 Rekod PBD murid perlu diisi segera dua kali setahun apabila sistem IDMe dibuka. 4.0 DSKP, RPT & e-PREMA 4.1 Semua guru telah menerima jadual waktu dan selesai mendaftar dalam sistem ePREMA. Syabas diucapkan. 4.2 Tarikh akhir hantar eRPH dalam e-PREMA pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 4.3 Guru dibenarkan hantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PdP. 4.4 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 4.5 DSKP dan RPT Reka Bentuk dan Teknologi telah selesai dimuat naik dalam sistem e-PREMA. 5.0 PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) 5.1 Guru-guru perlu menyedia dan mematuhi rancangan pengajaran harian yang dirancang untuk aktiviti PdPc. 5.2 Selain itu, pendekatan KBAT perlu diserap dalam setiap kemahiran yang diajar dan diterjemahkan dalam rancangan pengajaran harian. 5.3 Guru-guru juga perlu merancang dan melaksanakan pengajaran pendekatan bertema bersamasama dengan subjek lain sekurang-kurangnya sekali dalam sesi akademik 2024/2025. 6.0 KONTRAK LATIHAN 6.1 Buku tulis RBT ditetapkan sebanyak 1 buah buku. Penetapan jenis buku sama ada buku garis 1 atau buku panjang diberi pilihan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran RBT. 6.2 Murid-murid perlu disiapkan untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik pada penghujung sesi akademik 2024/2025 nanti selain Pentaksiran Bilik Darjah sepanjang tahun. 7.0 PROGRAM / AKTIVITI PENINGKATAN PANITIA 7.1 Beberapa program dan aktiviti telah dirancang oleh panitia Reka Bentuk dan Teknologi. Rujuk lampiran perancangan panitia yang disediakan. 7.2 Guru-guru diharapkan dapat memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan pencapaian murid. 7.3 Panitia RBT juga merancang untuk bekerjasama dengan panitia lain dalam menjayakan aktiviti yang dirancang. 8.0 PERANCANGAN PLC PANITIA 8.1 PLC atau Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan suatu perkongsian pengetahuan dan kemahiran guru melalui proses kolaborasi bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan proses pengajaran. 8.2 Guru-guru bagi setiap tahun perlu membuat kolaborasi dan berbincang untuk meningkatkan proses pengajaran masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 8.3 Guru-guru perlu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam membuat perancangan seterusnya menterjemahkan dalam proses pengajaran. 9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA (PCG) 9.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruhan. Rujuk buku manual pengurusan m/s 89 dan 90.
9.2 Peruntukan PCG terkumpul untuk panitia RBT setakat ini berjumlah RM 1630.65. 9.3 Pembelian barang akan dibuat berdasarkan perancangan aktiviti dan projek yang sesuai mengikut tahun serta peruntukan yang ada. 9.4 Kertas kerja untuk aktiviti minggu panitia dan aktiviti lain akan disediakan pada masa yang bersesuaian. 10.0 STOK/INVENTORI/ASET PANITIA BAHASA MELAYU 10.1 Kebanyakan pembelian pembekalan yang dipesan oleh panitia merupakan peralatan guna habis dan barangan guna sama. 10.2 Semua barangan yang dibeli direkodkan dalam senarai daftar stok. 11.0 HAL-HAL LAIN 11.1 Berdasarkan DSKP dan RPT yang disediakan, penggunaan TMK merupakan satu kemestian untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Kemahiran TMK dimasukkan ke dalam mata pelajaran RBT setelah mata pelajaran TMK ditamatkan. 11.2 Justeru, diharapkan Guru Penyelaras Bestari dapat menyediakan jadual penggunaan ICT mengikut jadual kelas RBT. 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN 12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir, Puan Hapizah dan semua guru atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. 12.2 Beliau juga berharap guru-guru dapat menerus dan meningkatkan usaha untuk kecemerlangan murid-murid dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, ………………………………………………. ……………………………………. (MOHD ROSLEE BIN CHE ROSE) (NORAZRIE BIN NORDIN) Setiausaha Panitia RBT Ketua Panitia RBT Sesi Akademik 2024/2025 Sesi Akademik 2024/2025 SK Sungai Setar, Nibong Tebal SK Sungai Setar, Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal