The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ASMAH BINTI AHMAD KPM-Guru, 2024-04-16 10:44:06

Panitia Matematik_Minit Mesyuarat Bil 1

Panitia Matematik_Minit Mesyuarat Bil 1

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BILANGAN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI AKADEMIK 2024/2025 ______________________________________________________________________________ Tarikh : 20 Mac 2024 Hari : Rabu Masa : 1.00 petang Tempat : Bilik PEMULIHAN, SK Sungai Setar Kehadiran : 4 orang Bil Nama Jawatan 1 Hapizah binti Tahir - PK Pentadbiran 2 Sulaiman bin Adam - Ketua Panitia 3 Siti Fauziah binti Othman - Setiausaha 4 Rozaniah binti Imran - AJK 5 Munitha a/p Thurukannam -AJK (tidak hadir-CS) 1.0 ALUAN PENGERUSI MESYUARAT - KETUA PANITIA MATEMATIK 1.1 En. Sulaiman Adam (KP) mengucapkan salam dan terima kasih kepada pentadbir dan guru yang hadir. 1.2 Semoga pihak sekolah memberikan sokongan penuh dalam membantu Panitia Matematik dalam usaha meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik sekolah untuk sesi akademik 2024/2025. Tindakan : makluman 2.0 UCAPAN PENASIHAT/ PENTADBIR 2.1 Pn. Hapizah binti Tahir (PKP) mengucapkan salam dan terima kasih atas jemputan. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah atas kehadiran semua. 2.3 Harapan beliau supaya semua guru Matematik saling bekerjasama dalam meningkatkan prestasi sains memenuhi aspirasi pendidikan Negara. 2.4 Beliau mengingatkan semua untuk melengkapkan keperluan panitia (pengurusan fail dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun) 2.5 Beliau memaklumkan hasrat pihak PPD yang amat berfokuskan pelaksanaan PdPc dan kemenjadian/pencapaian murid Tindakan : Semua AJK 3.0 ANALISIS PBD DAN UASA 2023/2024 3.1 Rujuk lampiran analisis PBD dan UASA yang diedarkan. Sumber rujukan daripada Penyelaras PBD Sekolah (Pn. Yasmin) 3.2 Tahun 1 , 2 , 3 dan 4 masih terdapat murid TP1 dan TP2 (belum menguasai). Tahun 5 dan 6 pencapaian PBD mata pelajaran Matematik menguasai 100%. 3.3 Guru Matematik perlu fokus untuk aktiviti PdP yang mampu melonjakkan prestasi murid


yang telah menguasai untuk mencapai TP yang lebih tinggi. 3.4 Mengenal pasti dan mengkaji punca murid tahun 1 dan 2 yang belum menguasai dan merancang program yang memberi impak tinggi untuk mereka melepasi TP3. 3.5 Gunakan minggu pendekatan bertema secara maksimum bersama panitia lain dalam merancang aktiviti untuk membantu murid yang belum menguasai ini. 3.6 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 3.7 Proses kerja pentaksiran PBD (i) Guru ada senarai nama murid (ii) Simpan dalam fail PBD ikut kelas (iii) Bawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan (iv) Tentukan topik dan kemahiran yang hendak ditaksir dengan jelas 3.8 Rekod PBD murid perlu diisi segera dua kali setahun apabila sistem IDMe dibuka. 3.9 Analisis pencapaian PBD (TOV) Sains selesai diserah kepada Pn Yasmin. (Sila rujuk lampiran) Tindakan: Semua AJK 4.0 DSKP, RPT & e-PREMA 4.1 Semua guru telah menerima jadual waktu dan selesai mendaftar dalam sistem ePREMA. Syabas diucapkan. 4.2 Tarikh akhir hantar eRPH dalam e-PREMA pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 4.3 Guru dibenarkan hantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PdP. 4.4 GB mengarahkan semua guru menghantar satu ‘hardcopy’ eRPH untuk satu kelas PdP pada minggu kedua sebagai ‘evidens’ kepada beliau. 4.5 Minggu pertama persekolahan telah selesai dan tiada PdP akademik dijalankan. 4.6 DSKP dan RPT Metematik telah selesai dimuat naik dalam sistem e-PREMA. 4.7 RPT perlu ditambah baik dengan menyediakan lampiran tambahan Pendekatan Bertema dan takwim sekolah yang belum dimasukkan dalam RPT. Tindakan : Makluman 5.0 PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) 5.1 Mendiagnostik keupayaan murid (tahap capaian murid). 5.2 Memilih objektif PdP dan memberi pengalaman pembelajaran yang sesuai dan membuat penilaian terhadap pencapaian murid(PBD). 5.3 Menyediakan PdP yang menarik dan yang boleh memberi kesan kepada murid. 5.4 Melaksanakan laporan secara sistematik. 5.5 Memberi galakan dan pengiktirafan kepada murid. 5.6 Pembelajaran bertema (Sila rujuk Lampiran) Tindakan : Semua AJK 6.0 KONTRAK LATIHAN 6.1 Memaksimunkan pengunaan buku tulis, buku kerja dan buku Latihan Aktiviti (tahap 1). 6.2 Memberi sekurang-kurangnya 5 latihan sehari (tahap 1) dan 10 latihan (tahap 2) 6.3 Buku kerja boleh dijadikan sebagai Latihan pengukuhan dan pengayaan di rumah. 6.4 Untuk kelas Pemulihan Khas latihan mesti melebihi 30 kali setahun. (ditetapkan oleh PPD) Tindakan : Semua AJK


7.0 PROGRAM / AKTIVITI PENINGKATAN PANITIA 7.1 Program Utama a. Program bijak Sifir b. Pengukuhan Operasi Asas c. Kemahiran Asas Matematik 7.2 Program Sokongan a. Minggu Matematik (bergabung dengan Panitia Sains) 7.3 Program Sampingan a. Sudut Matematik (Sila rujuk lampiran) Tindakan :Semua AJK 8.0 PERANCANGAN PLC PANITIA 8.1 Pembentangan kaedah/ teknik baharu dikongsikan bersama dengan ajk/rakan guru bagi membantu kecemelangan murid. 8.2 PLC juga boleh membantu rakan guru melaksanakan PdP dengan lebih baik. 8.3 Bahan kursus boleh di kongsi dalam group telegram panitia sebagai rujukan. Tindakan : Semua AJK 9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA (PCG) 9.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruhan. Rujuk buku manual pengurusan m/s 89 dan 90. Baki PCG Panitia Matematik ialah RM 2203.63 9.2 Peralatan keperluan a. Set Pecahan b. Set geometri (Besar) c. Set geometri (biasa) d. Kertas A4 e. Gam UHU f. Alat tulis (hadiah program yang telah dirancang) g. Laminate film A3 Tindakan: Ketua Panitia/SU 10.0 STOK/INVENTORI/ASET PANITIA MATEMATIK 10.1 Peralatan panitia Matematik berada di bilik pemulihan. 10.2 Kad petak bagi setiap peralatan ada di pejabat Tindakan : Makluman 11.0 HAL-HAL LAIN 11.1 Wujudkan bilik khas panitia Matematik yang mudah diakses. 11.2 Bahan Inovasi Matematik akan di persembahkan semula di Karnival Pemulihan pada Jun 2024 11.3 Panitia akan mengadakan jualan bagi menampung keperluan kewangan panitia.


Tindakan : Semua AJK 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN 12.1 Pn Hapizah bt Tahir mengucapan ribuan terima kasih kepada semua atas perkongsian idea bagi menjayakan program panitia Matematik. 12.2 Beliau berharap semua ajk bekerjasama untuk mencapai target KPI sekolah. Tindakan : Semua AJK Mesyuarat ditangguh pada jam 2.15 petang Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, …………………………… …………………………………..……… (SITI FAUZIAH BINTI OTHMAN) ( SULAIMAN BIN ADAM ) Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik Sesi Akademik 2024/2025 Sesi Akademik 2024/2025 SK Sungai Setar, Nibong Tebal SK Sungai Setar, Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal


Click to View FlipBook Version