The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ASMAH BINTI AHMAD KPM-Guru, 2024-03-16 02:25:35

Laporan Unit Kurikulum_

Laporan Unit Kurikulum

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN LAPORAN MESYUARAT KURIKULUM SESI 2024/2025


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL No. Tel : 04-5981731 SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG. e-mail: [email protected] __________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SKSS 100-6/1/1 Bil.(01 ) Tarikh : 1 MAC 2024 Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Semua Guru SK Sungai Setar 14310 Nibong Tebal Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Tuan, NOTIS MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN SATU SESI 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum bagi persediaan buka sekolah sesi 2024/2025 yang akan diadakan seperti ketentuan berikut: Tarikh : 7 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SK Sungai Setar 3. Agenda mesyuarat ; 3.1 Ucapan pengerusi 3.2 Ucapan penasihat (Guru Besar) 3.3 Jadual waktu 3.4 Penyediaan DSKP, RPT dan e-RPH 3.4 Aktiviti PdP - Minggu Orientasi, Pemulihan, Pencerapan 3.5 Pentaksiran - PBD dan UASA 3.6 Pengurusan fail panitia mata pelajaran 3.7 Peruntukan kewangan panitia (PCG) 3.8 Pendekatan bertema dalam PdP 3.9 Perancangan panitia mata pelajaran 3.10 Hal-hal lain 3.11 Ucapan penangguhan. 4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan, amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


“MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ----------------------------------------------------- (MOHAMED RODHZI BIN MOHD NOH) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Setar Sk 1. Fail


MINIT MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI AKADEMIK 2024/2025 ______________________________________________________________________________ Tarikh : 7 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 10.15 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SK Sungai Setar Kehadiran : 30 orang Bil Nama Jawatan 1 Mohamed Rodhzi bin Mohd Noh - Guru Besar 2 Hapizah binti Tahir - PK Pentadbiran 3 Mohd Aidil bin Jamaaris - PK Hal Ehwal Murid 4 Noorsyamsul Hissyam bin Abu Hashim - PK Kokurikulum & KP Sejarah 5 Che Kahar bin Bahari - Bimbingan & Kaunseling 6 Nor Azzah binti Mohd Salleh - KP Bahasa Melayu 7 Sunil Ram Naipal a/l Jaya Ram Naipal - KP Bahasa Inggeris 8 Sulaiman bin Adam - KP Matematik 9 Esma Kamal bin Mohd Arshad - KP Sains & LDP 10 Norzaharilwati binti Abd Hamid - KP Pendidikan Islam 11 Ahmad Sayuti bin Abd Ghani - KP Bahasa Arab 12 Nor Hafinas binti Mohd Nasir - KP Pendidikan Seni 13 Munitha a/p Thulukannam - KP Pendidikan Muzik 14 Norazrie bin Noordin - KP Rekabentuk & Teknologi 15 Suhaili bin Mat Saad - KP PJPK & SEGAK 16 Mohd Roslee bin Che Rose - Guru Data 17 Rosidah binti Tahrim - GP Media 18 Suriyati binti Saidin - NILAM 19 Zurida binti Sharudin - TS25 20 Mumtazatul Mahmudah binti Haron - KBAT 21 Yasmin binti Yusof - PBD 22 Rozaniah binti Imran - Penilaian & Pentaksiran 23 Noor Asyikin binti Ahmad - Penyelaras Pra sekolah 24 Siti Fauziah binti Osman - Pemulihan 25 Noor Idzahril bin Ahmad - Guru Bahasa Inggeris 26 Mohamad Azhari bin Mohamad Zaki - Guru Bahasa Inggeris 27 Muhammad Annuar bin Sahani - Guru Pendidikan Islam 28 Nor Akmawati binti Yahya - Guru Pra Sekolah 29 Noridawati binti Md Nor - Guru Pra Sekolah 30 Asmah binti Ahmad - GP Bestari / SU Kurikulum 1.0 Aluan Pengerusi Mesyuarat – Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) 1.1 Pn. Hapizah binti Tahir (PKP) mengucapkan salam dan terima kasih kepada Guru Besar, barisan Penolong Kanan dan semua guru yang hadir. 1.2 Beliau memanjatkan rasa kesyukuran dan ucapan selamat kembali bertugas untuk sesi akademik 2024/2025.


2.0 Pengurusan Kurikulum 2.1 Agihan buku manual pengurusan sekolah kepada semua guru. Pihak pengurusan sekolah telah membuat pembetulan. Berjaya meminimumkan bilangan ralat. Isi kandungan buku tersebut perlu dipatuhi oleh semua guru. 2.2 Penyerahan surat perlantikan jawatankuasa kurikulum sesi akademik 2024/2025 secara rasmi oleh Tuan Guru Besar, Mohamed Rodhzi bin Mohd Noh kepada guru berkenaan; Setiausaha Kurikulum : Hjh Asmah binti Ahmad TS25 : Hjh Zurida binti Sharudin KBAT : Pn. Mumtazatul Mahmuddah binti Haron Data : En. Mohd Roslee bin Che Rose PBD : Pn. Yasmin binti Yusof LDP : En. Esma Kamal bin Mohd Arshad NILAM : Pn. Suriyati binti Saidin PSS dan Media : Pn. Rosidah binti Tahrim Pra-sekolah : Pn. Norasyikin binti Ahmad Penilaian & Pentaksiran : Pn. Rozaniah binti Imran KP Bahasa Melayu : Hjh Nor Azzah binti Mohd Salleh KP Bahasa Inggeris : En. Sunil Ram Naipal a/l Jaya Ram Naipal KP Matematik : En. Sulaiman bin Adam KP Sains : En. Esma Kamal bin Mohd Arshad KP Pendidikan Islam : Pn. Norzaharilwati binti Abd Hamid KP Bahasa Arab : Haji Ahmad Sayuti bin Abd Ghani KP Pendidikan Seni : Pn. Hafinas binti Mohd Nasir KP Sejarah : En. Noorsyamsul Hissyam bin Abu Hashim KP Pendidikan Muzik : Pn. Munitha a/p Thulukannam KP PJPK & SEGAK : En. Suhaili bin Mat Saad KP RBT : En. Norazrie bin Noordin 3.0 Jadual Waktu Guru & e-PREMA 3.1 Edaran jadual waktu guru. PKP maklum perubahan jadual berlaku jika ada kemasukan guru baharu. 3.2 Tarikh akhir hantar eRPH dalam e-PREMA pada 11.59 malam hari Ahad setiap minggu. 3.3 Guru dibenarkan hantar eRPH setiap hari selepas tamat kelas PdP. 3.4 GB mengarahkan semua guru menghantar satu ‘hardcopy’ eRPH untuk satu kelas PdP pada minggu kedua sebagai ‘evidens’ kepada beliau. 3.5 Minggu pertama persekolahan tiada PdP akademik. 3.6 Patuhi takwim Minggu Orientasi yang telah ditetapkan pihak sekolah. 3.7 Penulisan eRPH slot sebelum rehat mengikut takwim Minggu Orientasi. Selepas rehat mengikut jadual waktu persendirian guru. 3.8 Slot pagi, Pn. Hjh Asmah diamanahkan untuk urus pergerakan murid di dewan ke lokasi yang ditetapkan. 3.9 Selepas rehat guru masuk kelas mengikut jadual. 3.10 Guru kelas maklum kepada waris, buku teks tidak perlu dibawa. Hanya bawa buku dan alat tulis sahaja. 3.11 KP Pendidikan Islam, Pn. Norzaharilwati mohon kebenaran untuk program Panitia Pendidikan Islam. Respons PKP : Program Celik Iqra’ boleh mula dilaksanakan pada minggu pertama . Program Tasmik Al-Quran mula minggu kedua. 3.12 Penyelaras PBD, Pn. Yasmin menyenaraikan lokasi untuk slot ‘Movie Time’.


3.13 Pn. Hjh Asmah membuat ketetapan lokasi dan kelas seperti berikut; Pusat Sumber : Tahun 1 (49) Surau : Tahun 4 (57) Bilik Pemulihan : Tahun 2 (38) Bilik Mesyuarat : Tahun 5 (42) Bilik SPBT : Tahun 3 (51) Makmal Komputer : Tahun 6 (52) 3.14 Pn. Hjh Nor Azzah perlu sedia dokumen Program Transisi Tahun 1 untuk rujukan pegawai pemantau yang hadir. 3.15 Kehadiran pihak waris amat dialu-alukan semasa aktiviti gotong-royong kelas. 3.16 Bayaran sumbangan PIBG dan modul tahun satu mulai 9 Mac 2024 (Sabtu). 3.17 Buku resit disediakan oleh bendahari PIBG. 4.0 DSKP, RPT & e-RPH 4.1 Semua guru wajib ada DSKP secara ‘soft copy’ atau ‘hard copy’. Penting sebagai ‘evidens’ rujukan bila diminta oleh pihak yang berkenaan. 4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) perlu disediakan sendiri. Bukannya yang dibeli di kedai. 4.3 RPT bersaiz A4, mempunyai tarikh mingguan dan logo SK Sungai Setar. Tarikh hantar RPT kepada GB untuk pengesahan sebelum atau pada 31 Mac 2024. 4.4 Setiap panitia boleh menetapkan warna untuk muka depan RPT sebagai identiti panitia.. 5.0 Pengajaran, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 5.1 Guru pemulihan perlu merancang program yang berkesan. PKP mencadangkan Program Anak Angkat. Murid pemulihan diagih kepada guru-guru lain. 5.2 Semua guru turut ambil peduli dalam usaha mengurangkan bilangan murid pemulihan sekarang. Jumlah murid pemulihan yang ramai akan menganggu keberkesanan proses PdP. Pencapaian prestasi pemulihan termasuk dalam KPI Guru Besar. Tindakan : Guru Pemulihan dan semua guru. 5.3 Mengadakan perjumpaan waris pemulihan untuk berbincang kaedah melonjakkan prestasi anak mereka. Tindakan : Guru pemulihan dan waris 5.4 Guru perlu merujuk buku manual pengurusan muka surat 64 untuk mengetahui pegawai pencerap masing-masing. 5.5 Pencerapan buku tulis sebanyak 10 buah mengikut jadual dalam takwim sekolah. Tindakan : Semua guru mata pelajaran 6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 6.1 Guru ada senarai nama murid kelas yang hendak ditaksir dan disimpan dalam fail. 6.2 Bawa fail tersebut semasa pentaksiran dijalankan untuk elak keciciran nama murid. 6.3 Pastikan topik dan kemahiran yang hendak ditaksir dinyatakan dengan jelas. 6.4 Rekod PBD murid perlu diisi dua kali setahun dalam sistem IDMe. 6.5 Pengisian rekod PBD dalam sistem IDMe mesti dilakukan segera apabila sistem dibuka. 6.6 Kelewatan pengisian laporan PBD akan menyebabkan nama sekolah disenarai hitam dan mendapat memo peringatan. Tindakan : Penyelaras PBD, guru kelas dan guru mata pelajaran. 6.7 Merujuk data PBD yang diberi oleh Pn. Yasmin, setiap panitia perlu membuat analisis pencapaian PBD dan hantar pada 11 Mac 2023. 6.8 Pn. Yasmin akan sedia tapak “offline” PBD sebagai tapak rekod transit. Pengisian rekod “offline” perlu tunggu arahan PPDS terlebih dahulu. Tindakan : Semua ketua panitia


7.0 Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran 7.1 Menggunakan satu fail putih AM435 -pin1/80 untuk surat menyurat dan transaksi, perlu diminitkan. Lokasi fail di bilik PKP. 7.2 Bahagian 2.0 dimasukkan dalam fail kulit tebal dan agihan tajuk menggunakan pembahagi yang disediakan supaya seragam semua panitia. Lokasi fail panitia juga di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). 7.3 Isi kandungan fail perlu dikemaskini setiap masa. 7.4 Bilangan mesyuarat panitia minima 3 kali setahun. Minit mesyuarat perlu siap dalam tempoh 3 hari. 7.5 Tarikh mesyuarat panitia boleh rujuk buku manual pengurusan muka surat 73. (Mac, Mei, Ogos dan November) 7.6 Mesyuarat panitia dimulakan dengan panitia MP teras dahulu. 8.0 Peruntukan Kewangan Panitia (PCG) 8.1 Peruntukan sudah terima 70% daripada jumlah keseluruhan. Rujuk m/s 89 dan 90. 8.2 PKP menyampaikan pesanan Pn. Jamilah kepada semua guru supaya tandatangan dahulu nota minta sebelum diserah untuk tindakan beliau. 9.0 Pendekatan Bertema dalam PdP 9.1 Semasa membina RPT, sila ‘remark’ atau ‘highlight’ kedudukan pendekatan bertema (minima sekali setahun). 9.2 Terdapat lapan tema utama iaitu ; (i) Alam sekitar (ii) Kesihatan (iii) Keselamatan (iv) Masyarakat (v) Sains dan Teknologi (vi) Sukan dan Permainan (vii) Ekonomi dan Kewangan (viii) Kesenian dan Kebudayaan 9.3 Terdapat tiga strategi sub-tema (i) Berbeza (ii) Sama (iii) Projek 9.4 Dalam PdP perlu diletakkan kemahiran TMK sebagai penerapan murid celik digital. 9.5 Modul TMK boleh dirujuk dan dimuat turun dari laman web BPK. 10.0 Perancangan Tahunan dan Perancangan Strategik Panitia 10.1 Tarikh akhir hantar sebelum atau pada Subjek teras : 11 Mac 2024 (Isnin) Subjek bukan teras : 21 Mac 2024 (Khamis) Sila rujuk PKP untuk huraian lengkap dalam slaid. 10.2 Perancangan tahunan subjek teras perlu hantar lebih awal atas keperluan pihak sekolah hendak menetapkan KPI. 10.3 Pembentangan sasaran KPI sesi 2024/2025 Kehadiran = 93% LDP = 100% Penguasaan Al-Quran = 98% Sifir = 95% Literasi dan Pemulihan = 39%


10.4 Semua perancangan aktiviti panitia mesti dilaksanakan mengikut takwim. 10.5 Unit PSS dan NILAM perlu menyediakan perancangan tahunan dan takwim perlaksanaan aktiviti. Hantar pada PKP. 10.6 Pencapaian NILAM turut menjadi fokus utama PPDS. 11.0 Hal-hal lain 11.1 Minit curai perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel dan apa sahaja program di luar. Guru perlu menyatakan apa yang perolehi dan tindakan yang perlu diambil. 11.2 One Page Report (OPR) ditulis satu helai dalam MS Word. Semua program yang dijalankan tidak kira kecil atau besar. 11.3 One Page Project Manager (OPPM) yang lengkap mengandungi rumusan keseluruhan program yang dijalankan sepanjang tahun. PKP memaparkan contoh dan menerangkan cara pengisian. 11.4 Borang Standard 4 : Penilaian Kendiri yang diterima pada bulan April perlu dimuat turun dan diisi dengan lengkap. Kemudian hantar semula kepada PKP. 11.5 Selepas pengisian penilaian kendiri barulah pentadbir membuat pencerapan dan pemantauan guru. 12.0 Ucapan Penangguhan 12.1 Ketua Panitia diberi peringatan supaya sentiasa kemaskini dan melengkapkan fail dengan lengkap dan sistematik. Mesyuarat ditangguh pada jam 11.15 pagi. Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, …………………………… …………………………… (ASMAH BINTI AHMAD) (HAPIZAH BINTI TAHIR) Setiausaha Kurikulum 2024/2025 Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Setar, Nibong Tebal SK Sungai Setar, Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal 14310 Nibong Tebal


OPR One Page Report


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN,PULAU PINANG LAPORAN PROGRAM ITEM MAKLUMAT PROGRAM Mesyuarat Kurikulum Bilangan 1 Sesi 2024/2025 TARIKH 7 Mac 2024 (Khamis) MASA 10.00 pagi - 11.30 pagi TEMPAT Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SK Sungai Setar PENGLIBATAN Semua guru SASARAN Pentadbir dan guru yang mengajar di SK Sungai Setar BIL. PESERTA 30 orang OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid tentang komputer dan teknologi maklumat. 2. Menyalurkan keyakinan murid serta keupayaan menggunakan komputer dengan lebih efektif dan efisien. 3. Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah. 4. Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT. AKTIVITI 1. Edaran Buku Manual Pengurusan Sesi 2024/2025 2. Agihan jadual waktu mengajar 3. Serahan surat perlantikan ajk unit kurikulum oleh GB. 4. Mesyuarat perancangan kurikulum. 5. Sesi dialog dan bersurai. HASIL/IMPAK Mesyuarat berjalan lancar, mencapai objektif dan menepati masa. KOMEN / TINDAKAN SUSULAN Guru fokus dan pro-aktif sepanjang mesyuarat. Syabas kepada semua guru. LAPORAN BERGAMBAR Disediakan oleh ; …………………………… Pn. Hjh Asmah binti Ahmad Setiausaha Kurikulum, SK Sungai Setar


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN,PULAU PINANG LAPORAN PROGRAM ITEM MAKLUMAT PROGRAM Program Fasih Digital TARIKH 4 - 6 Mac 2024 (Isnin-Rabu) MASA 9 pagi - 1.30 petang TEMPAT Makmal Komputer SK Sungai Setar PENGLIBATAN 8 murid tahun 6 dan 12 murid tahun 5 SASARAN Murid tahun 5 dan 6 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) Murid Sekolah Kebangsaan dalam kadun Sungai Acheh 20 orang murid setiap sekolah dan pemilihan murid dikelolakan oleh pihak sekolah masing-masing. BIL. PESERTA 20 orang OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid tentang komputer dan teknologi maklumat. 2. Menyalurkan keyakinan murid serta keupayaan menggunakan komputer dengan lebih efektif dan efisien. 3. Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah. 4. Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT. AKTIVITI 1. Mengenal perkakasan komputer (hardware). 2. MS Word 3. MS Powerpoint 4. Edit image dan video (Canva) HASIL/IMPAK Semua murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan. KOMEN / TINDAKAN SUSULAN Murid melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi kelas dijalankan. Syabas kepada semua yang terlibat. LAPORAN BERGAMBAR Disediakan oleh ; Pn. Hjh Asmah binti Ahmad


TAMAT Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version