MEMPERSEMBAHKAN...
REZALEN SHAMIMI BINTI RUSMAN
PPISMP BM SK 4
KEMAHIRAN
BELAJAR
Kemahiran membaca
Tugasan 2 ( GKEB1072 )
REZALEN SHAMIMI BINTI RUSMAN
PPISMP BM SK 4
ISI KANDUNGAN
--------------------------------------------------
Muka surat
Penghargaan
1. Pengenalan kepada 1
kemahiran membaca.
2. Kepentingan kemahiran 8
membaca.
3. Justifikasi pemilihan 10
kemahiran membaca.
Rujukan 11
Penghargaan
Syukur diatas keberkataan Allah Swt saya dapat
menyiapkan tugasan dua GKEB1072 ini dengan
jayanya walaupun banyak halangan yang
mendatang. Saya juga ingin berterima kasih
kepada pensyarah bagi subjek ini Iaitu Puan
Jaslinah Makantal kerana sudi memberikan tunjuk
ajar serta membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa serta rakan-rakan
yang sudi membantu saya ketika saya
menginginkan bantuan ataupun tunjuk ajar.
Sekian, terima kasih.
1. Pengenalan Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca adalah proses berfikir
yang melibatkan pemikiran perkara tersurat dan
tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan
memberi tindak balas.
Proses membaca mempunyai tiga peringkat
utama iaitu sebelum membaca, semasa membaca
dan selepas membaca. Tetapi menurut Saniah Sayuti
et. al.( 2000 ), kemahiran membaca ini terbahagi
kepada dua bahagian yang utama iaitu bacaan
secara cepat dan bacaan secara perlahan.
Bacaan secara cepat juga terbahagi kepada
dua iaitu skimming dan scanning. Manakala bacaan
secara perlahan mempunyai KWLH dan SQ3R.
1
Bacaan secara cepat
----------------------------
1. Skimming ( luncuran )
Skimming merupakan kemahiran membaca
untuk mendapatkan maklumat ringkas mengenai
sesuatu perkara dengan pantas. Tujuannya
adalah untuk membolehkan pelajar
mendapatkan maklumat ringkas serta membuat
pandangan umum mengenai sesuatu bahan.
Teknik ini boleh dilakukan dengan
memberi perhatian kepada bahagian tertentu
dalam bahan tersebut sahaja, misalnya tajuk
utama atau rumusan bagi bahan tersebut. Ini
membolehkan kita mendapat maklumat ringkas
tetapi menyeluruh mengenai bahan tersebut.
2
2. Scanning ( imbasan )
Scanning merupakan kemahiran
membaca secara menyeluruh atau secara
mendalam untuk mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci dalam sesuatu
bahan tersebut.
Teknik bacaan ini bertujuan untuk
mendapatkan lebih banyak maklumat
dalam sesuatu bahan tertentu dengan
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
bahan yang dibaca. Kita juga boleh
membaca sambil mencari isi penting
ataupun kata kunci bagi setiap bahan
bacaan.
3
Bacaan secara perlahan
--------------------------------
Pembacaan secara perlahan ini
bertujuan untuk menganalisis maklumat
dalam sesuatu bahan supaya lebih faham.
Kita juga dapat memahami arahan yang
diberikan dalam soalan dengan mudah
melalui teknik ini. Di samping itu, kita
juga dapat mengingati maklumat yang
terdapat dalam bahan bacaan dengan
lebih mudah dan berkesan.
Pembacaan ini juga mempunyai dua
teknik iaitu teknik SQ3R dan teknik
KWLH.
4
Teknik SQ3R
Teknik pembacaan SQ3R ini telah
diperkenalkan oleh Robinson pada tahun
1961.
Teknik ini memerlukan kita untuk
mempersoalkan kesesuaikan maklumat
yang terdapat dalam bahan bacaan.
Maksud bagi setiap huruf ini adalah S
iaitu survey ( mengkaji ), Q iaitu question
( menyoal ), 3R iaitu read
( membaca ), recite ( menyebut ), dan
review ( mengulas ).
Mengkaji atau survey bertujuan untuk
mendapatkan isi kandungan melalui
kajian. Menyoal pula bertujuan untuk
menyoal perkara yang berkaitan topik.
Manakala bagi membaca adalah untuk
memberi perhatian kepada petikan yang
penting. Menyebut pula untuk memahami
dan mengimbas kembali dengan
menyebut semula dan mengulas bertujuan
untuk mengulas semula maklumat .
5
Teknik KWLH
KWLH merupakan singkata bagi
Know iaitu apa yang telah diketahui
sebelum membaca. Seterusnya Want
iaitu apa yang hendak diketahui dalam
bahan bacaan itu. Learned iaitu apa
yang telah diketahui atau dipelajari.
Akhir sekali, How iaitu bagaimana
untuk menambah maklumat yang
berkaitan.
Teknik ini membolehkan pelajar untuk
mengaitkan pengetahuan sedia ada
mereka dengan bahan bacaan yang
dibaca. Teknik ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk jadual.
6
7
2 . Kepentingan kemahiran
membaca
Kemahiran membaca ini penting
terutama sekali kepada pelajar kerana
dapat memudahkan mereka dalam
proses mencari maklumat. Selain itu,
pelajar juga dapat menambah ilmu
melalui pembacaan.
Seterusnya, membaca dapat
memudahkan urusan seharian kita. Di
sampin itu, kemahiran membaca juga
dapat memudahkan pelajar dalam
membuat penulisan. Akhir sekali, guru
lebih mudah memantau perkembangan
murid melalui kemahiran mambacan.
8
3. Justifikasi pemilihan
kemahiran membaca.
Kemahiran membaca ini dapat
memudahkan pelajar dalam mencari
maklumat dengan penguasaan
terhadap teknik - teknik bacaan yang
terdapat dalam kemahiran ini.
Selain itu kemahiran membaca ini
dipilih kerana dapat memudahkan
urusan seharian kita kerana setiap
urusan yang kita lalui pastinya akan
melalui beberapa halangan yang
memerlukan kita untuk membaca.
Di samping itu, kemahiran
membaca juga dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kepada pembacanya
secara tidak langsung dengan melalui
pelbagai fasa tertentu yang terdapat di
dalam kemahiran membaca.
9
Di samping itu, kemahiran
membaca ini dapat memudahkan
pelajar untuk menuturkan sesuatu
perkara yang bermakna hasil
daripada pembacaan yang dilakukan.
Guru juga dapat mengikuti
perkembangan murid dengan mudah
melalui penguasaan murid dalam
kemahiran membaca ini.
Akhir sekali, pelajar dapat
mengaplikasikan teks yang dibacanya
secara sistematik kedalam
penulisannya.
10
Rujukan
Gilliegibson Dieniecarudy Balawan ( 2019 )
Teknik membaca.
gilliegibsondieniecarudybalawan.blogspot.com.
https://gilliegibsondieniecarudybalawan.blogs
pot.com/2019/?m=1
Kong Xiao Jun ( 2018 ) Kemahiran Belajar
( teknik membaca)
hinhongkong.blogspot.com.http://hinhokong.bl
ogspot.com/?m=1
11