The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TUGASAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 549-1-nurhuda, 2022-04-04 06:31:12

BMA NURHUDA INSYIRAH BINTI ABDUL GHANI

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS PERLIS, 01000 KANGAR PERLIS

TUGASAN 1 BMMB1104
KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : NURHUDA INSYIRAH BINTI ABDUL GHANI
No. K/P : 030516080804

Angka Giliran : 2021232310023
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH

SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
Ambilan : JUN 2021
Unit : BM A

Nama Pensyarah : PN. NOORAINI BINTI AB LATIF
Tarikh Hantar : 4 APRIL 2022

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN

1. Soalan Tugasan

2. Penghargaan

Puisi Melayu Tradisional
- Definisi

3. - Contoh
- Pendapat tokoh
- Jenis-jenis

Pantun

- Definisi

4. - Jenis-JENIS
- Bentuk

- Ciri-CIRI

- Fungsi PANTUN SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN

Syair

- Definisi

5. - Jenis-JENIS
- Bentuk

- Ciri-CIRI

- Fungsi SYAIR SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN

Gurindam
- Definisi
- Jenis-JENIS
4. - Bentuk
- Ciri-CIRI
- Fungsi GURINDAM SEBAGAI WAHANA
PENDIDIKAN

Seloka
- Definisi
- Jenis-JENIS
5. - Bentuk
- Ciri-CIRI
- Fungsi SELOKA SEBAGAI WAHANA
PENDIDIKAN

6. Kesimpulan

7. Sumber rujukan

SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK
(INDIVIDU) ( 30 % )

Soalan:
Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair,
gurindam dan seloka merupakan ciptaan asli
orang-orang Melayu. Pada peringkat awalnya
puisi-puisi ini disampaikan secara lisan.
Namun perubahan masa menyebabkan puisi-
puisi ini semakin dipinggirkan.
1. Berdasarkan pernyataan di atas huraikan
pemahaman anda tentang definisi, jenis,
bentuk, ciri dan fungsi Puisi Melayu
Tradisional sebagai wahana pendidikan.
2. Anda dikehendaki menyediakan bahan
infografik dengan menggunakan aplikasi
anyflip.
3. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk
salinan lembut.

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya
menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu (BMMB 1104) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini, saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nooraini binti Ab
Latif, selaku pensyarah kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan
beliau kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya
Puan Nooraini binti Ab Latif atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya
turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada
kelas BM A kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Definisi :

Puisi ini merupakan warisan Bahasa

Melayu yang sangat unik dan lahir


sebelum munculnya bentuk tulisan.
susunan
Puisi ini mempunyai
perkataan dalam bentuk karangan

yang berangkap. Bukan itu sahaja,

puisi ini juga berbeza dengan puisi

baru dari segi bentuk, pemilihan
diksi, irama dan perasaan yang

terkandung di dalamnya. Puisi

Melayu Tradisional juga

melambangkan masyarakat Melayu lama

yang membolehkan kita mengenali

kebudayaan dan cara hidup mereka .

PENDAPAT
TOKOH-TOKOH

BERKAITAN

Puisi Melayu Tradisional

Menurut Harun Mat Piah (1989),
puisi ini bersifat lisan, diwarisi
dan disebarkan melalui lisan .
Puisi-puisi tradisional juga telah
diklasifikasikan mengikut jenis
dan bentuknya dan mengenali
puisi tersebut seakan mengenali

hati budi masyarakat yang
memilikinya.

Menurut Haji Ahmad (1993), puisi
Melayu Tradisional ialah puisi
Melayu Lama dan mempunyai
bentuk bukan naratif. Puisi ini

dapat memudahkan masyarakat
mengetahui keadaan masyarakat

Melayu lama dari aspek
pemikiran dan tingkah laku.

mereka.

JENIS-JENIS

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Pantun Syair

Gurindam Seloka

PANTUN

CONTOH-CONTOH:

Pantun dua kerat

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.

Pantun empat kerat

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.

Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

PANTUN

Definisi

Sejenis puisi Melayu lama dan kepunyaan
orang Melayu.Pantun dapat memberi
gambaran cara berfikir, perasaan dan nilai-
nilai masyarakat Melayu.Tujuan pantun
ialah menyatakan hajat, memberi nasihat
dan dapat memberi tunjuk ajar agama.

Jenis- Pantun kanak-kanak, pantun cinta dan
jenis kasih sayang, telatah dan cara hidup
masyarakat, pantun teka-teki, pantun
pujian atau sambutan, pantun nasihat,
agama dan ada dan pantun naratif atau
cerita.

1.Mengandungi dua bahagian iaitu pembayang dan Ciri-
maksud. ciri

2.Setiap baris mempunyai empat perkataan.
3.Jumlah suku kata ialah lapan hingga dua belas.
4.Mengandungi skima rima hujungan yang sejajar

iaitu a,a bagi pantun dua kerat, a,b,a,b untuk
pantun empat kerat dan a,b,c,a,b,c untuk pantun
enam kerat.

PANTUN

Bentuk

1.Berbentuk terikat.
2.Mempunyai bentuk pantun dua

kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat dan dua belas kerat.
3.Bentuk paling popular ialah pantun
dua kerat dan pantun empat kerat.

Fungsi pantun sebagai
wahana pendidikan

1.Memupuk pelajar untuk cinta akan kemahiran
berbahasa agar dapat digunakan sebagai wahana
komunikasi.

2.Dapat memberi tunjuk ajar dan nasihat.
3.Dapat menguji minda melalui pantun teka-teki.
4.Untuk mendidik masyarakat seperti ilmu agama.
5.Dapat menunjukkan sikap masyarakat yang

patuh akan nilai dan budaya tradisional mereka .

SYAIR

Syair Pohon Buluh

Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh

Menara tinggi banyak bertingkat,
Di sana tiada bilik bersekat,

Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.



Yang ada sedia panji-panji bendera,
Hingga sampai ke kemuncak menara,

Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.



Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,

Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.



Ikatnya licin di luar di dalam,
Gelapnya di dalam seperti malam,

Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak tampak alam.

SYAIR

DEFINISI

- Sejenis puisi berlagu.

- Puisi Melayu Lama yang

berangkap.

- Muncul sejak zaman pra- JENIS-
Islam lagi. JENIS

Syair roman, syair sejarah, syair

nasihat, syair agama, syair

semangat patriotik, syair alam

sekitar, syair kiasan, syair ilmu,

syair puji-pujian, syair teka-teki

CIRI-CIRI dan syair simbolik atau
perlambangan.

1. Syair tidak mempunyai

pembayang.

2. Setiap baris syair mempunyai

suatu hentian.

3. Syair merupakan pernyataan

yang berlarutan bagi menjelaskan

cerita, kisah, nasihat dan

sebagainya.

SYAIR

BENTUK

1.Puisi terikat
2.Mempunyai bentuk yang

sama dengan pantun
3.Terdiri daripada empat

baris dalam satu rangkap
4.Rima akhir ialah a,a,a,a

FUNGSI SYAIR SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN

1.Dapat membentuk pemikiran kritis
pelajar dengan menghayati makna karya
dan mengaitkannya dengan realiti
kehidupan.

2.Dapat membentuk sahsiah pelajar yang
baik dengan menanam nilai murni dan
budi pekerti.

3.Melahirkan generasi yang mempunyai
jati diri tinggi.

GURINDAM

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma'rifat.

GURINDAM AGAMA

Belajarlah di usia muda,
Janganlah kamu tunda-tunda,
Namun jika kamu menunda,
Maka hilanglah kesempatan yang

berharga.

GURINDAM NASIHAT

GURINDAM

DEFINISI

Merupakan satu bentuk puisi Melayu yang
terdiri daripada dua baris yang

berpasangan, bersajak atau berima.
Gurindam dibawa oleh orang Hindu atau
pengaruh sastera Hindu. Gurindam juga
mempunyai isi kandungan yang bernas

dan riang.

JENIS-JENIS

1. Gurindam serangkap
dua baris

2. Gurindam
serangkap empat
baris

3. Gurindam bebas

GURINDAM

CIRI-CIRI

1.Masih tergolong sebagai puisi
bebas kerana tidak terikat
dengan rangkap.

2.Mempunyai rima antara baris
yang sejajar.

3.Satu untai gurindam dimulakan,
diselangi atau diakhiri dengan
bentuk-bentuk yang lain.

4.Isi yang menunjukkan keadaan
yang benar dan serius.

5.Maksud atau isi gurindam
terdapat di baris kedua.

GURINDAM

Bentuk

- Mempunyai dua bentuk iaitu terikat dan tidak terikat
1.Bentuk terikat : Mempunyai dua baris berpasangan
dan berima dan baris pertama ialah syarat
manakala baris kedua ialah akibat.
2.Bentuk tidak terikat : Tidak berpasangan atau
tidak berangkap serta tidak mempunyai jumlah
perkataan, suku kata dan rima akhir yang tetap.

FUNGSI GURINDAM SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN

1.Memberi pengajaran kepada manusia agar

dapat melahirkan insan yang menghormati

ibu bapa dan berbudi dengan masyarakat lain.

2.Dapat mendidik pelajar untuk menghayati

kesusasteraan Melayu dan

mengaplikasikannya.

SELOKA

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.

SELOKA

DEFINISI

Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit
iaitu shloka. Seloka bermaksud puisi yang terdiri
daripada dua baris. Seloka juga merupakan puisi
Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu iaitu
dari segi rangkap, baris dan irama. Isi kandungannya
juga mengandungi pepatah yang merangkumi
sindiran, gurauan dan ejekan.

JENIS-JENIS

Seloka gurau senda
Seloka khayal
Seloka menempelak
Seloka mengejek
Seloka nasihat
Seloka pengajaran
Seloka sindiran

SELOKA

CIRI-CIRI

1.Terdiri daripada dua baris atau dua
kerat.

2.Setiap baris mempunyai 16 suku kata
dan disusun dalam empat unit.

3.Hampir sama dengan gurindam.
4.Unsur yang terdapat dalam seloka

ialah gurau senda, ejekan, rawan dan
pelbagai lagi.
5.Tidak mempunyai pembayang.
6.Tidak mempunyai bilangan baris, suku
kata, perkataan dan rima yang tetap.
7.Isi kandungan seloka iaitu pengajaran
akan disampaikan dengan nada yang
menyindir, mengejek dan jenaka.

SELOKA

BENTUK

Mempunyai dua bentuk iaitu terikat dan tidak
terikat

FUNGSI SELOKA SEBAGAI
WAHANA PENDIDIKAN

1.Untuk menyampaikan pengajaran dan panduan kepada
pelajar dan masyarakat apabila berhadapan dengan
masalah yang menggugat kesejahteraan diri.

2.Dapat membuat penambahbaikan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP).

3.Dapat menggalakkan untuk melakukan kebaikan dalam
menjalani kehidupan seharian.

4.Dapat dijadikan sebagai teguran.
5.Dapat mengkritik seseorang yang melakukan perkara

negatif tetapi dengan cara yang tidak menyinggungkan
perasaannya.

KESIMPULAN

Konklusinya, terdapat pelbagai jenis
puisi Melayu Tradisional yang setiap
satunya mempunyai keunikan yang
tersendiri. Puisi-puisi tersebut mempunyai
fungsi-fungsi yang sepatutnya diterapkan
kepada semua pelajar agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu. Justeru itu, semua
pihak mestilah berganding bahu
menerapkan puisi Melayu Tradisional dalam
diri setiap masyarakat terutamanya pelajar
agar puisi-puisi tersebut tidak lenyap
sebegitu sahaja. Karya-karya tersebut juga
memainkan peranan menyampaikan sesuatu
mesej, panduan atau pedoman agar
masyarakat dapat menjalani kehidupan
seharian dengan menggunakan ilmu dan
kebijaksanaan yang terdapat di dalam diri .

SUMBER RUJUKAN

Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban
Melayu, 8, 1-13.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212

Abd.Rahim Ismail, & Dr. Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan
Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Md. Nor, & Abd. Rahman Kaeh. (1985). Puisi Melayu
Tradisi. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Nilai Pendidikan dan
Kebijaksanaan Masyarakat Melayu dalam Pantun dan Peribahasa
Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation
(IMAN), 5(2), 73-86. http://journalarticle.ukm.my/12442/1/IMAN-2017-
0502-06.pdf

Muhd Norizam Jamian, & Shaiful Bahri Md. (2015). Kesusasteraan
Melayu Tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis.
Jurnal Komunikasi, 31(2), 183-194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf


Click to View FlipBook Version