SJK(T) KANGKAR PULAI
KIRTAAN SURENDREN
RUKUN NEGARA
PRINSIP – PRINSIP RUKUN NEGARA
KERPERCAYAN KEPADA TUHAN.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG – UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Rukun negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
KERPERCAYAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepadaTuhan yang
maha berkuasa yang telah menciptakan seluruh alam semesta. Melalui kepercayaan
didalam beragama kepada yang betul akan berupaya atau mampu menjadikan sesebuah
bangsa manusia yang berjaya dan juga yang maju bagi meneruskan usaha bagi memajukan
negara ini sebagai sebuah negara mempunyai satu bangsa yang benar-benar maju serta
berpegang teguh kepada prinsip kepercayaan kepada kekuasaan-nya tuhan yang maha
menguasai alamnya dan juga sebuah tanah negara yang berdaulat dari segi peruntukan
undang-undangnya yang mengamalkan sistem undang-undang yang berpelembagaan
persekutuan bagi menuruti langkah serta mengikuti sistem yang berpandukan sebuah
takrifan yang sudah ditakrifkan sebagai yang mengikuti leraian peruntukan peraturan dasar
yang sudah digubal bersama-sama rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan dari
dasar sesebuah negara yang mempunyai pelbagai jabatan kerajaan serta lembaga institusi
Diraja yang mempunyai institusi Dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai raja pelembagaan dari
yang berperlembagaan yang dinaunggi dipayunggi payung yang maha perlindung bagi
memayunggi kedaulatan institusi Diraja sebuah kemahkotaannya Ke-bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Baginda yang di-pertuan Agong Sebagai Raja Tertinggi dan juga ketua utama
negara dan juga turut sebagai Raja berpelembagaan elektif Malaysia.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong.
KELUHURAN PELEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber
perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau
mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan
sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-
ekonomi rakyat.
KEDAULATAN UNDANG - UNDANG
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.
Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan
Negara.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.
SEJARAH RUKUN NEGARA
Pada 13 Mei 1969, tiga hari selepas pilihan raya umum ke-3, di mana parti-parti pembangkang
memperoleh keuntungan dengan mengorbankan pakatan pemerintah, rusuhan kaum berlaku di
negara ini, terutama di Kuala Lumpur. Menurut laporan pemerintah, 196 orang terbunuh semasa
rusuhan itu, sementara sumber diplomatik Barat mencadangkan jumlah korban hampir 600 orang.
Rusuhan tersebut menyebabkan pemerintah mengisytiharkan keadaan darurat nasional di negara ini
dan memberlakukan jam malam di seluruh negara. Berikutan pengisytiharan darurat, Majlis Operasi
Nasional (NOC) atau Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) dalam bahasa Melayu dibentuk dan
bertindak sebagai badan pentadbiran negara ini selama 18 bulan berikutnya. Dengan tujuan
memulihkan ketenteraman dan ketertiban di negara ini, NOC melaksanakan pelbagai langkah
keselamatan di seluruh negara, ini termasuk penangguhan penerbitan surat khabar, penangkapan
beberapa individu dan penggantungan bahagian-bahagian tertentu dalam perlembagaan.
TILAWAH RUKUN NEGARA
Sudah menjadi kebiasaan sekolah rendah dan menengah di Malaysia membaca
ikrar setiap minggu semasa perhimpunan wajib. Bacaan ikrar mengikuti
sejurus selepas nyanyian lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Yang menarik,
Rukun Negara biasanya terdapat di belakang kulit buku latihan yang biasanya
digunakan oleh pelajar sekolah rendah dan menengah Malaysia. Ini terutama
merupakan langkah yang diakui telah dirumuskan untuk meniru taktik serupa
yang diperkenalkan oleh pemerintah Singapura segera setelah pengusirannya
dari persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Pada 8 Disember 2005, kerajaan
Malaysia telah mewajibkan pembacaan janji tersebut pada majlis rasmi.
Pengumuman itu dibuat beberapa bulan setelah pemerintah menjadikan
nyanyian lagu kebangsaan sebagai wajib di setiap majlis rasmi.
Terima kasih