The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Al Baghdadi, 2025-03-03 03:40:02

2-BULETIN BULANAN FEBRUARI 2025

2-BULETIN BULANAN FEBRUARI 2025

FEBRUARI Disediakan oleh, infaqyayasan.com [email protected] 019 278 5747


Yayasan Al-Baghdadi menyampaikan naskah al-Quran melalui Masjid As-Salam Puchong Perdana kepada warga asnaf yang terpilih pada Majlis Forum Dhuha Perdana Sempena Ambang Ramadan bertajuk "Kemana Perlu Dituju? yang diadakan di perkarangan masjid. Forum dhuha ini mengetengahkan isu-isu dan nasihat berkaitan pembinaan keluarga bahagia, khususnya dalam menghadapi cabaran masa kini yang pelbagai. Panelpanel yang terdiri daripada ahli komuniti dan tokoh agama telah berkongsi pandangan serta tips untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan kualiti ibadah, dan menyemai nilai-nilai murni dalam keluarga. Serahan Al-Quran kepada Warga Asnaf Masjid As-Salam Puchong Perdana 14 Februari 2025 I 15 Syaaban 1446h I Jumaat Disamping itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun. Selain itu, pihak Zakat Selangor turut menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur dan bantuan kewangan kepada keluarga asnaf. Sumbangan ini bertujuan meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Ramadan.


Yayasan Al-Baghdadi menganjurkan Majlis Hi-Tea Amal bertempat di Dewan Seroja, Hotel Tenera Bandar Baru Bangi. Seramai 70 orang tetamu hadir yang terdiri daripada para dermawan serta rakan-rakan strategik Yayasan AlBaghdadi seperti MBSB Bank, OCBC Bank, Hayrat Relief Malaysia, Klinik Dr. Al-Baghdadi, Faqih Synergiz Training & Consultancy, IQuest Learning Centre, Singapura. Objektif utama majlis ini diadakan adalah bagi meraikan para dermawan yang telah menyokong pergerakan Yayasan Al-Baghdadi serta menyalurkan bantuan kewangan dan tenaga untuk kelangsungan programprogram Yayasan Al-Baghdadi. Seramai 10 orang ahli jawatankuasa yang terlibat yang terdiri daripada wargakerja daripada Yayasan Al-Baghdadi, AlBaghdadi Group Sdn Bhd dan AlBaghdadi Educare Sdn Bhd. Majlis Hi-Tea Amal Yayasan Al-Baghdadi ini telah dirasmikan oleh Dr. Muhammad Nazir bin Haji Alias yang merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan AlBaghdadi. Majlis Hi-Team Amal Yayasan Al-Baghdadi Meraikan Para Dermawan 23 Februari 2025 I 24 Syaaban 1446h I Ahad


Yayasan Al-Baghdadi menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada para dermawan dan barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Bagdhdadi yang berkesempatan untuk hadir ke Majlis Hi-Tea Amal Yayasan AlBaghdadi yang diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Yayasan Al-Baghdadi turut menghadiahkan emas goldbar bernilai RM2,067 yang berupa 0.25 gram dan juga 4.25 gram kepada para dermawan yang bertuah. Penyampaian Anugerah dan Penghargaan kepada Para Dermawan 23 Februari 2025 I 24 Syaaban 1446h I Ahad Anugerah dan penghargaan khas yang akan diberikan ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak Yayasan Al-Baghdadi kepada mereka yang telah memberikan sumbangan serta infaq bagi memacu pergerakan Yayasan AlBaghdadi menabur khidmat kepada ummah. Disamping itu juga, penghargaan ini disampaikan bertujuan untuk memberi suntikan semangat dan motivasi kepada semua yang telah bersama Yayasan Al-Baghdadi dari awal hingga kini serta menzahirkan rasa tulus ikhlas Yayasan Al-Baghdadi di atas segala bentuk bantuan dan dukungan yang telah diberikan kepada Yayasan Al-Baghdadi.


Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Sahabat Hospital Sesi Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak Yayasan AlBaghdadi dan Sahabat Hospital Tanjong Karang diadakan di Majlis Hi-Tea Amal Yayasan Al-Baghdadi bertempat di Dewan Seroja, Hotel Tenera Bandar Baru Bangi, Selangor. Sesi penandatangan ini diwakili oleh Tuan Haji Mohd Nazree bin Haji Mohd Yunus, selaku pengarah Yayasan Al-Baghdadi dan Cik Nur Hafifa binti Suip selaku Ketua Pengurus Yayasan Al-Baghdadi. Manakala wakil daripada Sahabat 23 Februari 2025 I 24 Syaaban 1446h I Ahad Hospital Cawangan Tanjong Karang iaitu Tuan Mohamed Hasan Bin Mohamed Sahli dan Rupidah Binti Kinon. Antara program bersama yang akan dijalankankan adalah Kempen Kongsi Kasih Infaq Katil Pesakit khusus pada bulan Ramadan tahun ini. Sasaran kutipan adalah sebanyak 100 buah katil diperlukan untuk golongan asnaf yang memerlukan katil.


Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan servis yang ditawarkan, boleh hubungi hotline Klinik Dr. AlBagdhadi di talian 011-62286295 untuk pertanyaan lanjut dan penetapan temujanji atau boleh hadir secara walk-in di alamat L1- 5A Jalan Bandar Belia 1/1, Bandar Wawasan Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Klinik Dr. Al-Baghdadi yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan menawarkan pelbagai pakej yang menarik antaranya pakej suntikan vaksin dan juga suntikan gel lutut serta pakej mengatasi masalah kencing yang tidak lawas khusus untuk bakal jemaah umrah dan haji pada tahun ini. Wakil daripada Klinik Dr. AlBaghdadi yang diketuai oleh Dr. Ayu turut hadir ke Majlis Hi-Tea Amal Yayasan Al-Baghdadi dan membuka reruai dan menawarkan konsultansi kulit secara percuma kepada para tetamu yang hadir. Klinik Dr. Al-Baghdadi Menawarkan Pakej Suntikan Khusus untuk Bakal Jemaah Umrah dan Haji 2025 23 Februari 2025 I 24 Syaaban 1446h I Ahad


Majlis Menandatangani (MOU) antara UiTM Shah Alam dan Al Baghdadi Learning Centre Yayasan Al-Baghdadi menghadiri Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan juga Al-Baghdadi Learning Centre di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM, Shah Alam, Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Farhan Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif AlBaghdadi Group Sdn Bhd, Ustaz Muhamad Khairul Arifin Bin Ilias, Ketua Pegawai Eksekutif AlBaghdadi EduQuran Sdn Bhd serta Puan Hasziah binti Baharom, Pengusaha Pusat Pengajian AlQuran Al-Baghdadi cawangan Puchong Utama. 24 Februari 2025 I 25 Syaaban 1446h I Isnin Majlis menandatangai MoU ini menandakan satu langkah strategik dalam menerapkan Pendidikan Al-Quran khususnya dalam kalangan pelajar dan kakitangan UiTM. Al-Baghdadi Learning Centre bersedia menyumbang khidmat dan bakti bagi melaksanakan programprogram pendidikan al-Quran kearah menyebarluaskan lagi dakwah pendidikan al-Quran .


Taklimat Khas bersama Pengusaha Hikmah Centre bagi Program Ramadan 2025 Yayasan Al-Baghdadi mengadakan sesi taklimat khas secara online bersama para pengusaha Hikmah Centre yang mewakili 30 buah centre di seluruh Malaysia. 24 Februari 2025 I 25 Syaaban 1446h I Isnin Yayasan Al-Baghdadi turut mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama daripada semua Hikmah Centre untuk mewarwarkan pelaksanaan kempen kepada para pelajar Al-Quran di centre masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua Hikmah Centre yang menghadiri sesi taklimat ini. Mogamoga usaha ini menjadi ladang pahala dan saham akhirat buat kita semua. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah bagi menyampaikan info-info bagi pelaksanaan kempen-kempen yang akan diadakan oleh Yayasan Al-Baghdadi khusus pada bulan Ramadan tahun 2025. Yayasan Al Baghdadi 5624 0560 3346 Maybank I Ref: InInfafaqq RRaammaaddaann


adalah satu inisiatif untuk memberikan Al-Quran Infaq kepada Pusat Pengajian Al-Quran, masjid dan surau, Sekolah Agama, Institusi awam dan swasta serta mereka yang memerlukan. Pilihan Sumbangan: RM10 RM90 1 4 4 6 H / 2 0 2 5 M KONGSIKASIH INFAQAL-QURAN KONGSIKASIH JOM LULUS AL-FATIHAH BERSANAD merupakan program tajaan bagi mengajak masyarakat untuk memperdengarkan bacaan surah AlFatihah kepada guru yang memiliki sanad bacaan Al-Quran yang sah. Pilihan Sumbangan: RM10 RM50 KONGSIKASIH INFAQ MODUL PEMBELAJARAN TEKNIK AL-BAGHDADI merupakan kempen pengedaran modul tamhid (asas), tajwid dan hafazan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dan golongan yang memerlukan. Pilihan Sumbangan: RM10 RM50 infaqyayasan.com (1 nama) (1 naskah) (umum) (1 orang) (umum) (1 set modul)


1 4 4 6 H / 2 0 2 5 M KONGSIKASIH INFAQKATIL PESAKIT adalah salah satu inisiatif dengan kerjasama Sahabat Hospital Selangor bagi membantu pesakit yang terdiri daripada golongan asnaf yang memerlukan katil. Pilihan Sumbangan: RM10 RM1500 KONGSIKASIH KHIDMAT AMBULANS ASNAF adalah salah satu inisiatif bagi membantu golongan asnaf yang kurang berkemampuan dan tiada pengangkutan untuk ulang-alik ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan. Pilihan Sumbangan: RM10 RM50 INFAQ SEKARANG MAYBANK YAYASAN AL BAGHDADI **Setiap sumbangan layak mendapat resit pelepasan cukai di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 I 5624 0560 3346 QR MAYBANK (umum) (1 buah katil) 013 323 3191 I 0192785747 I 010332 3151


FEBRUARI infaqyayasan.com [email protected] 019 278 5747 28 Februari 2025 Tarikh Keluaran:


Click to View FlipBook Version