SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 9 JALAN BOMBA
TANJONG KARANG, SELANGOR
DAERAH KUALA SELANGOR
bento sarapan pagi
PENGENALAN
BENTO dalam bahasa Jepun memberi makna satu saiz
hidangan yang dibawa dari rumah. Tradisinya saiz hidangan
itu mencukupi nutrisi lengkap seperti lauk dan sayur-sayuran,
juga pengambilan karbohidrat hingga pencuci mulut.
Budaya itu meluas di negara matahari terbit itu
apabila suri rumah menyediakan hidangan bagi memastikan
keluarga terutama anak-anak mendapat akses makanan sihat
menerusi hidangan dari rumah.
Menariknya, mengenai budaya ini ia bukan sahaja
mementingkan hidangan seimbang, malah 'persembahan' turut
menjadi seni dalam kalangan mereka yang menyediakan
hidangan terbabit.
Visual unik itu boleh menjadi tarikan kepada anak-
anak untuk menikmati hidangan terbabit.
Bagi penyediaan makanan di Malaysia, boleh
sesuaikan selera anak mengikut saranan Kementerian Kesihatan
Malaysia iaitu 'suku-suku separuh' bagi memastikan khasiat
anak-anak mencukupi untuk kekal cergas sepanjang hari.
Pilihan protein seperti ikan tuna yang bukan sahaja
kaya dengan kalsium, malah ia juga mengandungi Omega-3 dan
DHA memberikan khasiat penting kepada perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak.
Jumlah Kalori = 463.2 kal