Dhia Zulaikha Allya Darwisya Syamimi
Aisyah
Nurul Syakila Hanis
Umairah
Gangguan afektif bermusim adalah sejenis
kemurungan yang berkaitan dengan perubahan
bermusim yang berlaku dan berakhir pada tempoh
yang sama setiap tahun. Kebiasaannya simptom ini
bermula pada musim luruh dan berterusan hingga
musim sejuk, cahaya matahari semakin kurang, waktu
siang semakin pendek, seperti mena sejumlah tenaga
anda dan membuatkan emosi anda terganggu. Ia
jarang berlaku, namun, terdapat juga kes ini terjadi
pada musim bunga atau awal musim panas.
BAGI DEWASA: BAGI REMAJA DAN
KANAK-KANAK:
Kemurungan
Mudah putus asa Rasa letih dan mudah
kegelisahan marah
Sukar untuk menikmati kehidupan Cepat tantrum
seharian Alami kesukaran
Kehilangan tenaga, kelesuan menumpukan perhatian
Keinginan untuk tidur yang berlebihan Keletihan secara fizikal
dan sukar untuk bangun pagi Berkeinginan untuk makan
Kesukaran melakukan tugasan harian makanan ringan
Peningkatan selera makan, kenaikan
berat badan
Keinginan makanan berkarbohidrat
Lebih gemar bersendirian, hindari aktiviti
sosial
Mudah marah, emosi mudah terganggu
dan menangis
Tiada keinginan seksual atau
Jam biologi. Tahap penurunan cahaya matahari boleh
mengganggu sistem biologi dalaman tubuh anda yang
menyebabkan masalah kemurungan.
Tahap serotonin. Penurunan serotonin, kimia otak
(neurotransmiter) yang menjejaskan emosi dan
mencetuskan kemurungan.
Tahap melatonin. Perubahan musim boleh mengganggu
keseimbangan tahap melatonin tubuh, yang memainkan
peranan penting dalam pola tidur dan emosi.
Gangguan kemurungan ini 4 kali lebih berisiko untuk dihidapi
oleh individu wanita berbanding lelaki, dan kerap berlaku
kepada individu dewasa berbanding individu dewasa yang
lebih berusia.
Sejarah keluarga. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga atau peribadi yang pernah alami
masalah kemurungan adalah lebih cenderung untuk mendapat gangguan afektif (bermusim)
Gangguan bipolar. Mempunyai masalah kemurungan utama boleh menyebabkan gangguan
afektif (bermusim) semakin teruk.
Kedudukan jauh dari khatulistiwa. Individu yang berisiko untuk berdepan masalah gangguan
afektif (bermusim) ini adalah mereka yang jauh dari khatulistiwa, iaitu mereka yang tinggal
jauh di utara atau selatan khatulistiwa. Ini mungkin disebabkan oleh penurunan cahaya
matahari semasa musim sejuk dan hari yang lebih lama semasa musim panas.
Ujian fizikal. Doktor akan melakukan ujian fizikal dan bertanya
soalan mendalam mengenai kesihatan anda. Dalam sesetengah
kes, kemurungan boleh berlaku berkaitan dengan masalah
kesihatan fizikal yang dihadapi.
Ujian makmal. Antara ujian yang boleh dilakukan adalah seperti
ujian darah yang dikenali sebagai jumlah darah lengkap (complete
blood count, CBC) atau menguji tiroid untuk memastikan ia
berfungsi dengan baik.
Penilaian psikologi. Doktor atau profesional kesihatan mental boleh
bertanyakan mengenai simptom, perasaan, fikiran, dan corak
tingkah laku individu untuk memeriksa tanda-tanda kemurungan.
Terapi cahaya
Menggunakan lampu khas yang berfungsi membantu menggantikan matahari yang ‘hilang’ ketika musim sejuk. Ia
memberikan hampir 20 kali ganda cahaya berbanding cahaya lampu biasa dan cahaya dari skrin yang boleh
merosakkan kulit.
Ubatan
Sesetengah masalah kemurungan dapat dirawat dengan ubatan antidepresen, terutama jika simptom yang
dihadapi adalah teruk. Doktor akan mengesyorkan rawatan dengan antidepresen sebelum simptom bermula pada
setiap tahun.
Psikoterapi
Turut dirujuk sebagai terapi bicara, berbual. Ia adalah untuk membantu mengenal pasti corak pemikiran negatif yang
membuatkan timbulnya rasa rendah diri atau hilang semangat. Salah satu pendekatan adalah dengan terapi tingkah
laku kognitif, yang akan membantu menukar pemikiran dan tingkah laku negatif yang membuatkan seseorang
individu merasa teruk. Ia membantu mengalihkan perhatian dan fokus serta membantu mengatasi tekanan.