The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Atieq Atirah, 2020-04-10 03:22:04

DIORAMA

TAHUN 6

Tajuk : Diorama

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

APA ITU DIORAMA?

Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai
objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya
dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah
atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi
seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap
ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama
base. (Kamu pernah belajar ketika tahun 4)

Diorama bertemakan alam semula jadi

Diorama ini mengunakan tema
Dasar laut. Kamu boleh lihat imej
Digantung secara bertindan-tindan
(menghasilkan suasana yang harmoni)
,Lukisan haiwan laut diwarna dengan
tona warna yang menarik.

Tema halaman rumah

Lihat gambar disebelah. Diorama
Halaman rumah. Jika kamu perhati-
Kan betul-betul, latar belakang itu
Dicetak dan ditampal. Di dalam karya
ini banyak mengunakan teknik
Origami (lipatan kertas) serta gun-
tingan kertas.

Tema alam purba

Tema dan teknik penghasilan diorama di-
Sebelah menarik perhatian cikgu. Peng-
Karya mengunakan teknik catan (menguna-
Kan bahan pewarna). Sangat kemas dan me-
narik!.... Latar belakang yang harmoni, seim-
Bang. Siapa yang mengunakan teknik ini,
Extra mark untuk kamu!!! hehee

Arahan Penghasilan karya (Tempoh penghasilan 2 minggu)

Bahan & Alatan ; Gam, gunting, kotak (atau apa sahaja yang kamu rasa
bersesuaian), benang dan aksesori yang dirasakan sesuai.

Arahan ; Hasilkan karya diorama dengan tema semula jadi (terpulang pada
kamu,bebas). Dengan mengunakan bahan-bahan yang ada hasilkan diorama yang
menarik, kreatif, dan mempunyai ‘Wow Faktor!’ (cikgu tengok ternganga
mulut).

Cikgu percaya kamu boleh menghasilkan karya yang menarik. Dimana ada kesungguhan disitu pasti ada

jalan…. Tak perlu menghabiskan masa kamu dengan bertik tok, kerana jam di dinding terus bertik tok
tik tok tidak menunggu kamu. Jangan sia-siakan cuti PKP ini, dan yang paling penting buat dengan
tenang jadikan kerja kursus ini sebagai terapi kebosanan kamu menghadap kerja sekolah online yang
lain. Cikgu percaya anak murid cikgu bagus-bagus semuanya. #staysafe #stayhome #rindunakbebel
#buat jangan tak buat ...rindu kamu ;(

Cikgu saya tiada kotak dirumah...

Cikgu percaya anak murid cikgu kreatif dan kritis dalam menghasilkan karya. Jangan ikat fikiran
kamu. Lihat contoh-contoh dibawah….

Mengunakan gulungan kertas untuk meng-
Gantikan kotak.

Mengunakan gulungan kertas untuk meng- Botol kuih raya Cik Kiah juga boleh diguna-
Gantikan kotak. Kan….yang penting minta kebenaran dulu.


Click to View FlipBook Version