The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ployliong123, 2023-06-16 06:29:23

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBUANGAN PLASTIK DAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU UNTUK MENANGANI ISU TERSEBUT

Keywords: TEKNOLOGI HIJAU,PENCEMARAN PLASTIK

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NAMA PELAJAR PLOY LIONG POOR EER NAMA PENSYARAH PN JALIMAH BINTI YUNUS KELAS 3PPISMP AMBILAN JUN 2022 ANGKA GILIRAN 2022162310100 KOD/NAMA KURSUS PALS1012 ASAS KELESTARIAN TEKNOLOGI HIJAU ISU ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBUANGAN PLASTIK DAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU UNTUK MENANGANI ISU TERSEBUT


2 ISI KANDUNGAN Bil. Isi Kandungan Muka Surat 1. 1.0 Pengenalan 3-4 2. 2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBUANGAN PLASTIK 2.1 Pencemaran Laut 2.2 Pencemaran Udara 5 5-6 6-8 3. 3.0 TEKNOLOGI HIJAU UNTUK MENANGANI ISU PENCEMARAN PLASTIK 3.1 Kebaikan Produk 3.2 Pelaksanaan Produk Biodegraadasi Sebagai Pengganti Plastik Oleh Kerajaan 3.3 Kelemahan Produk 8-9 9-10 11-12 12 4. 4.0 ALTERNATIF ATAU KAEDAH LAIN UNTUK MENYELESAIKAN ISU PENCEMARAN PLASTIK 13-14 5. 5.0 Kesimpulan 14-15 6. 6.0 Rujukan 16 7. 7.0 Lampiran 17


3 1.0 PENGENALAN Dalam era globalisasi yang dilingkungi oleh sains dan teknologi ini, teknologi digital semakin sering digunakan dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, pembangunan, pengangkutan, pendidikan, pembuatan dan sebagainya. Dengan adanya teknologi yang canggih, dunia semakin melangkah ke arah yang maju dan bertamadun. Kecanggihan sains dan teknologi juga memudahkan penduduk sedunia dari pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini telah mendatangkan kebaikan dan keburukan pada masa yang sama juga dengaan tidak dapat dielakkan. Oleh hal demikian, terdapat satu isu global yang amat membimbangkan pelbagai pihak ialah pencemaran alam sekitar akibat pembuangan beg plastik dengan kuantiti yang semakin bertambah pada setiap tahun. Rajah 1.0 Sumber: Our World in Data https://ourworldindata.org/plastic-pollution Rajah 1.0 menunjukkan kajian tentang jumlah penghasilan bahan plastik dari tahun 1950 ke tahun 2019. Rajah tersebut menunjukkan bahawa kuantiti hasil bahan plastik semakin tahun semakin meningkat dengan jumlah peningkatan yang tinggi. Hal ini menunjukkan isu pencemaran plastik adalah wujud dari dahulu sehingga kini tanpa mendapat penyelesaian yang baik. Daripada rajah, penghasilan bahan plastik mula meningkat dengan kuantiti yang tinggi dari tahun 1990 ke tahun seterusnya.


4 Hal ini telah membuktikan penggunaan bahan plastik di dunia adalah tinggi dan secara meluas di pelbagai bidang. Kemunculan beg plastik telah merosakkan keseimbangan harmoni antara manusia dan alam sekitar walaupun ia juga menyelesaikan masalah manusia dalam kehidupan harian seperti pengangkutan makanan dengan hanya perlu menggunakan kos yang rendah. Isu ini haruslah kita pentingkan dan tidak haruskah dipandang enteng kerana kesan buruknya yang tidak boleh diabaikan. Bahan plastik atau juga dikenali sebagai bahan poli adalah sejenis bekas yang diperbuat daripada filem plastik nipis, fleksibel, fabrik tenunan atau tekstil plastik. Terdapat empat bahan asas utama dalam pembuatan plastik iaitu petroleum, phthalate, bisphenol A (BPA) dan dicampur dengan bahan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs) (SAHABAT ALAM SEKITAR, 2021). Antara bahan dalam pembuatan plastik, phthalte dan BPA digunakan untuk kefleksibelan plastik dan menjadikan plastik tahan lama daripada pudar manakala PBDEs berfungsi sebagai ciri kalis air plastik. Plastik mengambil masa yang lama untuk diurai sepenuhnya oleh mikroorganisma iaitu antara 400 tahun hingga 1000 tahun dan hal ini menjadi penyumbang kepada pencemaran alam sekitar dari segi laut dan udara. Rajah 1.1 Sumber: Greenpeace https://www.greenpeace.org/malaysia/story/3563/kesan-plastik-yang-tidak-berhenti/


5 2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBUANGAN PLASTIK 2.1 Pencemaran Laut Rajah 2.11 Sumber: Our World in Data https://ourworldindata.org/plastic-pollution Rajah 2.11 menunjukkan bahawa anggaran purata kauntiti bahan plastik yang dihasilkan pada setiap tahun iaitu sebanyak 270 juta bahan plastik dihasilkan pada setiap tahun. Terdapat 99.5 juta bahan plastik yang dibuang sebagai sampah di dari bandar terletak di persisiran laut pada setahun manakala 31.9 juta sampah plastik ini tidak dapat diuruskan dengan baik dan menyebabkan sampah plastik yang akan dibuang ke dalam laut sebanyak 8 juta per tahun. Data dari rajah 2.11 menunjukkan anggaran jumlah sampah plastik yang akan dihasilkan dan menyebabkan pencemaran laut. Kawasan pesisiran dan laut merupakan lingkungan perairan yang mudah terpengaruh dengan adanya buangan limbah dari darat. Bahan pencemar yang berasal dari berbagai kegiatan industri, pertanian, rumah tangga di daratan akhirnya menimbulkan dampak negatif bukan saja pada sungai, tetapi juga pesisir dan lautan. Antara bahan pencemar utama ialah bahan plastik. Plastik pertama kali diperkenalkan dalam 1950-an sebagai polistirena yang digunakan sebagai bekas berspan dan 'polypropylene' untuk penutup botol, antara jenis plastik digunakan seluruh dunia sekarang dan lazimnya dijumpai di lautan (Hamid, 2018).


6 Bahan plastik yang tidak dapat terurai seperti botol plastik dan beg plastik akan terapung di lautan dan hal ini telah mencemarkan kualiti air laut malah merosakkan pemandangan indah alam sekitar. Pembuangan bahan plastik yang tidak terkawal oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab kepada alam sekitar juga secara tidak langsung menjejaskan kehidupan akuatik seperti penyu, ikan dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan-haiwan akuatik seperti penyu akan menganggap beg plastik yang terapung sebagai makanan dalam rantai makanan mereka, misalnya obor-obor terutamanya pada waktu malam kerana tahap penglihatan yang lemah. Beg plastik ini boleh mengakibatkan penyu tercekik dan membawa maut. Cebisan plastik yang tajam juga boleh membocorkan organ dalaman haiwan tersebut selain daripada menyumbat usus mereka yang mengakibatkan kegagalan untuk menyerap makanan (Hatini,2017). Menurut World Wildlife Fund (WWF), kajian menunjukkan 52 peratus dari populasi penyu pernah termakan plastik. Dari jumlah itu pula, 22 peratus dari bilangan tersebut berhadapan dengan risiko kematian. Kekurangan bilangan penyu akibat termakan beg plastik juga akan secara tidak langsung menjejaskan ekosistem hidupan akuatik. Selain itu, plastik yang terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik. Mikroplastik adalah zarah plastik yang berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um) manakala nanoplastik pula bersaiz kecil daripada mikroplastik lagi (Citation METRO). Kedua-dua bahan ini akan terkumpul dalam badan hidupan laut iaitu ikan apabila memakan tumbuhan laut yang dicemari oleh mikroplastik dan nanoplastik dan seterusnya menyebabkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi kerana haiwan tidak dapat menghadam kedua bahan berkenaan. 2.2 Pencemaran udara Seperti yang dinyatakan di atas, bahan plastik merupakan salah satu bahan yang mengambil masa yang sangat panjang untuk terurai. Oleh hal demikian, terdapat sesetengah pihak yang melakukan pembakaran terbuka secara haram dengan menguruskan sampah plastik melalui pembakaran terbuka. Kes-kes pembakaran sisa plastik sering berlaku di Malaysia dan hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan pencemaran udara. Misalnya, dalam forum SAM – C4 Center, aktivis Lydia Ong menerangkan tentang pembakaran terbuka sisa plastik di Sungai Petani di negeri Kedah, selain kejadian pembuangan sampah haram yang turut menyebabkan kebakaran. Dalam forum itu, beliau memperincikan kadar pencemaran udara yang begitu tinggi sehingga kereta di kawasan itu ditutup dengan “lapisan


7 tebal jelaga” setiap hari. Begitu juga dengan aduan mengenai bau plastik yang terbakar oleh masyarakat di Tanjung Bungah dan Sungai Ara di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti kawasan pembakaran kerana ia sering berada di kawasan terpencil, atas bukit dengan liputan pokok ( SAHABAT ALAM SEKITAR, 2021). Rajah 2.21 : Sisa buangan yang terbakar di Sungai Petani, Kedah, 31 Januari 2020 Sumber: https://foe-malaysia.org/my/articles/pembakaran-bukan-jalan-keluar-dari- krisis-plastik/ Rajah 2.22: Kerangka konseptual tentang pendedahan bahaya daripada pembakaran terbuka sisa plastik (Velis & Cook, 2021) Sumber: https://doi.org/10.1021/acs.est.0c08536


8 Dalam proses pembakaran terbuka, sisa plastik menghasilkan asap tebal, abu, dan wasap toksik yang akan mencemarkan alam sekitar, menyumbang kepada perubahan iklim melalui pembebasan karbon fosil dan secara tidak langsung telah mengancam kesihatan penduduk. Kesan-kesan yang boleh diperlihat termasuklah, batuk, masalah pernafasan dan masalah kulit seperti kegatalan serta ruam. Bahan kimia yang dikeluarkan daripada plastik terbakar boleh membawa kepada kesan jangka panjang yang serius. Plastik mengandungi bahan tambahan dan bahan cemar yang berpotensi toksik iaitu pencemar organik tegar dan bahan kimia penganggu endokrin, seperti dioksin dan furan. Apabila plastik dibakar secara terbuka, dan proses ini sering tidak lengkap, ianya mengakibatkan bahan kimia yang terkandung tidak dimusnahkan sepenuhnya dan dilepaskan ke udara, tanah, dan air di sekelilingnya (SAHABAT ALAM SEKITAR, 2021). 3.0 TEKNOLOGI HIJAU UNTUK MENANGANI ISU PENCEMARAN PLASTIK Penggunaan plastik oleh masyarakat telah menimbulkan isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air dan pencemaran udara. Walau bagaimanapun, kebaikan plastik juga tidak dapat dinafikan iaitu telah memudahkan kehidupan harian manusia dan kerap digunakan dalam setiap lapisan masyarakat. Oleh hal demikian, sesuatu produk yang boleh menggantikan bahan plastik tanpa mencemarkan alam sekitar perlu diwujud untuk menyelesaikan kewujudan isu ini. Dengan ini, produk yang dikenali sebagai produk biodegradasi telah dipasar ke pasaran sebagai pengganti bahan plastik. Biodegradasi merupakan proses penguraian sebatian organik kompleks kepada sebatian tak organik mudah. Ia adalah hasil daripada aktiviti biologi. Ia berlaku terutamanya oleh tindakan organisma hidup, seperti bakteria dan kulat, tetapi juga oleh mikroorganisma lain serta di bawah pengaruh faktor abiotik juga seperti suhu, sinaran UV dan oksigen. Biodegradasi boleh berlaku dalam keadaan anaerobik atau aerobik. Daripada biodegradasi anaerobik kita memperoleh metana dan hidrokarbon ringkas lain. Sebaliknya, biodegradasi aerobik menghasilkan air dan karbon dioksida, dan kadangkala garam mineral juga ( PCC Group, 2022).


9 Rajah 3.0 Sumber: https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil- masa-singkat-untuk-terurai 3.1 Kebaikan Produk Terdapat dua jenis utama bahan plastik biodegradasi dipasar dalam pasaran iaitu plastik hidro-biodegradasi atau dikenali sebagai Hydro Biodegradable Plastic (HBP). Jenis kedua ialah plastikokso-biodegradasi atau dikenali sebagai Oxo Biodegradable Plastic (OBP). Kedua-dua jenis plastik biodegradasi ini mempunyai ciri-ciri yang belainan. Hal ini dikatakan demikian kerana HBP cenderung mendegradasi dan membiodegradasi dengan lebih pantas berbanding dengan OBP manakala OBP berharga lebih murah pula daripada HBP dan mempunyai sifat fizik yang lebih baik untuk diproses. Produk biodegradasi ini diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui untuk mencapai tujuan agar tidak menyebabkan pencemaran, misalnya HBP boleh dibuat daripada bahan seperti jagung, gandum, tebu. OBP pula dihasilkan dengan menggunakan sebaatian asid lemak logam peralihan tertentu seperti besi. Rajah 3.11 Sumber: PCC https://www.products.pcc.eu/ms/blog/produk-terbiodegradasi/ Kumpulan PCC ialah struktur modal antarabangsa yang terdiri daripada beberapa dozen syarikat yang beroperasi di tiga cabang penting ekonomi. Ia termasuk kimia, tenaga dan logistik. Organisasi dalam Kumpulan PCC adalah kedua- dua unit perniagaan, menjalankan aktiviti pengeluaran, dan syarikat perkhidmatan, beroperasi secara serentak untuk memenuhi keperluan pasaran luar. Kumpulan PCC telah membuat kajian dalam bidang biodegradasi dan menghasilkan produk biodegradasi iaitu "100% produk biodegradasi" dan "Produk biodegradasi". Produk pertama iaitu “100% produk biodegradasi” berkaitan dengan produk yang mengalami penguraian biologi lengkap di bawah keadaan aerobik dalam masa 28 hari manakala


10 produk jenis kedua ialah produk yang akan terurai lebih daripada 60 % dalam masa 28 hari di bawah keadaan yang sama. Kedua-dua tanda merujuk kepada kebolehbiodegradan surfaktan, yang diukur dengan kaedah khusus yang disahkan (PCC Group, 2022). Rajah 3.12 Kebaikan Produk Biodegradasi Sumber: https://biodegradasi.jwp.gov.my/pengenalan Kita boleh menemui ROKAcet HR40W (PEG-40 Hydrogenated Castor Oil ), yang merupakan bahan popular dalam formulasi kosmetik dalam produk yang bertanda "100%biodegradasi" ini. Ia berasaskan bahan mentah tumbuhan boleh diperbaharui yang sering digunakan dalam persediaan rambut, badan dan muka, kosmetik solekan, serta minyak wangi dan persediaan anti-jerawat. Selain itu, bahan lain yang digunakan dalam produk ini ialah ROKAmina K30B ( Coco Betaine ) (PCC Group, 2022). Ia tergolong dalam kumpulan surfaktan dan juga digunakan secara meluas dalam kosmetik. Ia bukan sahaja produk terbiodegradasi, tetapi juga produk semula jadi dan ekologi, dan sesuai untuk formulasi vegan. Hal ini bermakna produk biodegradasi yang dikaji oleh mereka adalah selamat digunakan sebagai bekas makanan dan lebih mesra alam. Kualiti cemerlangnya telah disahkan oleh banyak sijil, termasuk tanda kualiti ECOCERT antarabangsa. Produk biodegradasi juga boleh didapat dengan harga yang murah supaya setiap individu berupaya untuk berbelanja tanpa berasa beban.


11 3.2 PELAKSANAAN PRODUK BIODEGRADASI SEBAGAI PENGGANTI PLASTIK OLEH KERAJAAN Rajah 3.2 Sumber: Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/499778/sasar-produk- biodegradasi-100-peratus-menjelang-2020 Dalam usaha mencegah ancaman kepada kelestarian alam sekitar akibat penggunaan plastik konvensional dan polisterin, pemain industri di Wilayah Persekutuan diwajibkan guna produk biodegradasi tulen dalam urus niaga mereka. Perkara itu ditetapkan susulan keputusan Jemaah Menteri pada 16 Julai 2018 yang bersetuju penggunaan produk biodegradasi dan ‘compostable’ (boleh dokompos) diteruskan dan dikuatkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sejak ia diperkenalkan pada 1 Jun 2016. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata bahawa kementerian komited membendung penggunaan plastik dan polisterin menerusi Pelan Tindakan Teknologi Hijau Wilayah Persekutuan yang tertumpu kepada pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di seluruh Wilayah Persekutuan. Beliau berharap negara kita dapat menggunakan produk biodegradasi sepenuhnya untuk menggantikan penggunaan beg plastik dan straw plastik menjelang 2020 masyarakat di Wilayah Persekutuan.


12 Penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan telah dikuatkuasakan pada 1 September 2017. Pemegang lesen perniagaan kedai makanan, jualan barang harian sebagainya adalah dilarang menggunakan polisterina, beg plastik dengan digantikan menggunakan produk biodegradasi. Oleh hal demikian, pemegang lesen perniagaan adalah dibenarkan mengenakan caj 20 sen terhadap pembungkusan klasifikasi biodegradasi atau compostable kepada pengguna. Pemegang lesen perniagaan yang gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikenakan tindakan yang tegas mulai 1 Januari 2020 dengan dikenakan tindakan penguatkuasaaan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016; atau kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. 3.3 Kelemahan produk Walaupun plastik biodegradasi kelihatan sebagai pilihan yang lebih baik daripada plastik konvensional, tetapi ia hanya berkesan apabila ia dilupuskan dengan kaedah yang betul. Sebahagian besar bioplastik adalah berdasarkan kaedah pelupusan. Dalam erti kata lain, produk kompos atau terbiodegradasi boleh membahayakan alam sekitar sebagai plastik tradisional jika ia tidak dilupuskan dengan kaedah yang betul. Biasanya, terdapat dua jenis pelupusan iaitu dalam persekitaran yang diuruskan seperti kemudahan pengkomposan industri, pencernaan anaerobik dan pengkomposan rumah manakala jenis kedua ialah persekitaran yang tidak terurus iaitu, di mana sampah plastik berakhir seperti lautan dan tanah. Hal ini bermakna produk biodegradasi perlu diuruskan dengan kaedah yang betul supaya tidak menyebabkan pencemaran. Sebagai tambahan, produk biodegradasi tidak digunakan dengan sepenuhnya di seluruh negara maka sesetengah peniaga sukar untuk memperoleh produk biodegradasi sebagai sumber pembungkusan berbanding dengan plastik konvensional kerana industri biodegradasi tidak didapati di mana-mana tempat sahaja.


13 4.0 ALTERNATIF ATAU KAEDAH LAIN UNTUK MENYELESAIKAN ISU PENCEMARAN PLASTIK Selain daripada produk biodegradasi, terdapat juga alternatif lain untuk menyelesaikan isu yang dihadapi kini supaya dapat mengurangkan kesan pencemaran plastik kepada alam sekitar. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengamalkan amalan 5R iaitu “Reuse”, “Recycle”, “Reduce”, “Repair” dan “Rethink”. Produk kitar semula termasuklah bekas makanan, straw, beg, botol dan sebagainya untuk menggantikan bahan plastik. Dengan menggunakan produk kitar semula ini, penggunaan plastik dapat dikurangkan dengan berkesan jika setiap individu amalkan amalan ini dalam kehidupan harian. Contohnya, botol air isi semula digunakan untuk menggantikan bekas plastik. Jenama jualan minuman seperti “Tealive”, “Chagee”, “Chatime” mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan masyarakat. Hal ini menyebabkan bekas plastik dan straw plastik yang digunakan adalah dalam kuantiti yang besar pada setiap hari dan akan menyebabkan pencemaran plastik berlaku. Jika pembeli dapat menyediakan botol kitar semula sendiri semasa membeli minuman daripada perniagaan-perniagaan tersebut, isu pencemaran plastik dapat dikurangkan dengan lebih efektif fan efisien. Selain itu, semakin ramai individu dalam kalangan masyarakat menggunakan beg kitar semula semasa membeli barang kehidupan di pusat beli-belah seperti “Mydin, “Lotus” dan sebagainya. Pihak peniaga seperti “Lotus” juga membekalkan beg guna semula jenama sendiri untuk menyokong aktiviti kitar semula. Rajah 4.0 Sumber:New Straits Time https://www.nst.com.my/news/nation/2021/06/700843/no-single-use-plastic- bags-lotuss-malaysia-starting-july


14 Rajah 4.1 Sumber: Perstorp https://perstorp.my/infografik-kitar-semula/ Di samping itu, amalan “recycle” iaitu kitar semula harus diamalkan dan diterapkan dalam kalangan masyarakat malah pendidikan negara kita. Berdasarkan rajah 4.1, terdapat 4 jenis tong yang disediakan untuk mengasingkan jenis bahan yang boleh dikitar semula supaya memudahkan pelupusan sampah mudah dilakukan. Misalnya, tong biru adalah untuk pembuangan kertas seperti surat khabar, majalah dan lain-lain. Tong berwarna oren adalah untuk pembuangan plastik sepertibotol minuman dan straw. Tong Coklat pula adalah untuk pembuangan kaca seperti botol kicap dan botol jam yang dibuat daripada kaca manakala tong kuning adalah untuk pembuangan tin seperti tin aluminium. 5.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, terdapat banyak isu semasa alam sekitar yang berlaku dan wujud di negara kita malah di sedunia. Isu pencemaran plastik merupakan salah satu isu daripada isu alam sekitar. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menyokong dasar pelaksanaan kerajaan dan menjalankan tugas masing-masing sebagai seorang manusia iaitu memelihara dan memulihara alam sekitar kita dengan menganggap sebagai kewajiban kita. Kita menperoleh banyak sumber daripada alam dan haruslah menyayangi sumber alam ini dan tidak merosakkan alam sekitar kita. Isu pencemaran plastik adalah akibat kelakuan manusia yang ingin memudahkan kehidupan harian. Walau bagaimanapun, tindakan ini tidak semestinya salah tetapi boleh diperbaiki dengan kaedah atau alternatif lain


15 yang lagi baik untuk mengurangkan kesan buruknya dan mencapai objektif isu pencemaran semakin hari semakin berkurang pada suatu hari. Teknologi yang semakin maju dan canggih membawa banyak kebaikan kepada kita tetapi pada masa yang sama, alam sekeliling juga haruslah menjadi semakin baik berdasarkan kemajuan manusia dalam bidang teknologi tetapi bukan hanya mementingkan kepentingan sendiri dengan mengabaikan kepentingan alam sekitar kepada kita.


16 6.0 RUJUKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. (2020, Januari 9). Notis Syarat Tambahan Penggunaan Produk Biodegradasi. PORTAL RASMI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. https://www.dbkl.gov.my/notis-syarat-tambahan- penggunaan-produk-biodegradasi/ Nawi Hartini. (2017, September 16). Ambil masa singkat untuk terurai. My Metro. https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat- untuk-terurai PCC group. (2022, Februari 12). Produk terbiodegradasi. Blog. https://www.products.pcc.eu/ms/blog/produk-terbiodegradasi/. SAHABAT ALAM SEKITAR. (2021,Ogos 31). Pembakaran bukan jalan keluar dari krisis plastik. SAHABAT ALAM SEKITAR. https://foe- malaysia.org/my/articles/pembakaran-bukan-jalan-keluar-dari-krisis-plastik/ Siti Salmiah Hamid. (2018, November 19). Sasar produk biodegradasi 100 peratus menjelang 2020. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/499778/sasar-produk- biodegradasi-100-peratus-menjelang-2020 Velis, C., & Cook, E. (2021). Mismanagement of Plastic Waste through Open Burning with Emphasis on the Global South: A Systematic Review of Risks to Occupational and Public Health. Environmental Science and Technology, 55(11), 7186–7207. https://doi.org/10.1021/acs.est.0c08536.


17 7.0 Lampiran


Click to View FlipBook Version