Anjuran Berjasama
Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Cerita
Program
2022
Dengan Kerjasama
MELTA (Malaysian English Language Teaching Association)
Malaysian English Language Teaching Association (MELTA) merupakan sebuah pertubuhan
profesional sukarela tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan secara rasmi pada 1982 dan
sejak itu MELTA telah melalui pelbagai perubahan seiring dengan aspirasi negara dalam
memperkukuhkan Bahasa Inggeris. MELTA turut mempunyai cawangan di setiap negeri.
Penubuhan MELTA Pahang Chapter (MPC) pula merupakan langkah MELTA untuk mendekati dan
menyokong ahli MELTA di peringkat negeri Pahang yang terdiri daripada guru dan pensyarah Bahasa
Inggeris.
MPC merupakan cawangan MELTA di negeri Pahang yang terdiri daripada ahli yang sentiasa
bersemangat dan komited di peringkat negeri, daerah mahupun di peringkat institusi yang berperanan
dalam membangunkan visi dan misi MELTA khususnya pembangunan pendidikan yang melibatkan
Bahasa Inggeris.
MPC diterajui oleh Chapter Leader dengan beberapa orang ahli jawatankuasa di mana keanggotaan
terdiri daripada ahli MELTA dan dilantik oleh persatuan. Chapter merancang aktiviti dan program
berbentuk sokongan profesional di peringkat akar umbi bagi negeri Pahang.
MELT-A-HEART’
'MELT-A-HEART' telah menjadi sebahagian daripada tradisi MELTA
dalam memperluaskan perkhidmatan altruistiknya khususnya yang
bermanfaat kepada komuniti.
MELT-A-HEART' adalah seruan kepada semua anggota masyarakat
untuk menyumbang buku cerita, permainan bercirikan pendidikan
atau apa jua barangan yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah
dan murid di bilik darjah.
Menerusi inisiatif 2022,
MELTA Pahang Chapter telah berjaya mengumpul lebih kurang 4000
buku cerita (baharu dan terpakai) daripada pelbagai agensi dan
individu dari seluruh Pahang dan juga Kuala Lumpur.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada khidmat MPC kepada
masyarakat berikutan daripada kejadian banjir di Pahang baru-
baru ini yang telah mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan
banyak perpustakaan dan sudut bacaan.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada projek
MELT-A-HEART 2022.
ATURCARA
2.45 petang Ketibaan Jemputan/ Wakil Penerima
3.00 petang Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan YBrs. Prof Ts Dr Mohd Ilham Adenan
Rektor UiTM Cawangan Pahang/ Pewani
Ucapan Puan Noorjahan Sultan
MELTA Pahang Chapter Leader
Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang
Persembahan Multimedia
Penyerahan Sumbangan Buku
Penyampaian Sijil Penghargaan
Sesi Fotografi
Sesi Media
Cicipan
Usai majlis
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
RAKAN KOLABORASI
RAKAN STRATEGIK
SK Assunta Convent, Kuantan
Sri Kuala Lumpur International School
PEWANI Pahang
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan
SK Indera Mahkota Utama, Kuantan
SK Tanjung Batu, Temerloh
Inner Wheel Club, Kuantan
SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan
Klinik Kesihatan Beserah, Kuantan
SWCorp Pahang
SMARTN Enterprise
Matahari, Universiti Malaysia Pahang
Pusat Tusyen Genius Cemerlang, Kota SAS