The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azulazure11, 2018-12-31 07:48:29

PROSPEKTUS AM

PROSPEKTUS SKK7
AM























































































1 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM




ISI KANDUNGAN BAHAGIAN : AM



BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Kata-kata Aluan Guru Besar 3

2 Visi dan Misi Kementerian
4
3 Ikrar Integriti Perhidmatan Awam
4
4 Ikrar Guru Malaysia 5

5 Aspirasi Pendidikan Negara dan Aspirasi Murid 5-6

6 Visi , Misi dan Moto dan Etos SK LKTP Keratong 7 8

7 Piagam Pelanggan SKK7 7-8

8 Ikrar Warga Pendidik SK LKTP Keratong 7 8

9 Lagu Sekolah 8

10 Logo dan Bendera 8

11 Pelan Persekitaran sekolah 10

12 Senarai Nama Guru Besar 11

13 Senarai Nama Guru dan Staff 12

14 Watikah Perlantikan Guru 13

15 Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2019 14

16 Cuti Perayaan & Hari Kelepasan AM Negeri Pahang 15
















2 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam usaha menyiapkan garis
panduan pengurusan dan organisasi serta arah tuju sistem pendidikan sekolah ini. Dengan kata lain
kita telahpun berjaya memulakan asas agenda kerja kita melalui platform permuafakatan atau
“interdependence” untuk kita hayati dan laksanakan.

Tranformasi pendidikan yang telah dimulakan pada tahun 2013 melalui pelancaran PPPM 2013-2025
akan diperkukuhkan pada tahun ini berpandukan 6 aspirasi Murid dan 5 Apirasi Sistem yang telah
ditetapkan di bawah PPPM. Kurikulum abad ke 21 juga perlu dibentuk selari dengan aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta
menekankan penggunaan “Higher Order Thinking and Creative Skills” (HOTaCs) yang bersifat
futuristik,fleksibel dan dinamik. Seterusnya, pembudayaan kurikulum holistik dan berintegrasi harus
diterapkan menerusi penyampaian dan penilaian pembelajaran perkhidmatan dan inovasi di samping
penekanan terhadap ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran insaniah.

Justeru menyedari bahawa matlamat akhir organisasi ialah kesejahteraan dan
kecemerlangan warga pelanggan iaitu pelajar maka kita harus proaktif , keras semangat, tidak mudah
mengaku kalah, atau tersungkur dipertengahan jalan. Marilah kita sama-sama mendukung cita-cita
dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkasakan jasmani, emosi,rohani dan
intelek untuk anak-anak didik kita di SKK7.Warga SKK7 berikrar dan mendukung visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pendidikan berkualiti.

Saya Mengambil Kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan berbanyak terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam usaha
menuju kecemerlangan SK LKTP Keratong 7. Semoga buku ini dijadikan “garis pandu” untuk kita
merealisasikan pendidikan di sekolah ini.

Segala beban tugas yang ada di dalam buku ini adalah tertakluk kepada hasil muafakat dan
kerjasama antara kita semua.Sesungguhnya kerjasama dan sifat bertanggungjawab para guru akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kita semua, kerana dengan kekuatan dan sifat
kekeluargaan yang wujud dikalangan warga sekolah akan dapat menjamin serta dapat menghasilkan
mutu yang terbaik untuk anak didik kita. Dengan ini saya mengucapkan selamat bertugas dan berjaya
melaksanakan tanggunjawab agar ianya dapat menjadi satu kenyataan.
Sekian. Wassalam

AHMAD SHAKRI BIN HAMZAH
Guru Besar,
SK LKTP Keratong 7,Rompin Pahang.
Tarikh : 26 Disember 2018




3 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

b. MAKLUMAT KORPORAT

i. Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia



VISI KPM

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA



MISI KPM


MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA




ii. Ikrar Integriti Perhidmatan Awam

Kami Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahan dan
memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk
rasuah dan salahguna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama
Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dan membenci rasuah

Kedua
Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalam rasuah

Ketiga
Bertindak tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan

Keempat
Berkerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi tingkahlaku rasuah

Kelima
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam

Keenam
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai berteraskan ajaran agama
dalam melaksanakan tugas

iii . Ikrar Guru Malaysia

4 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan Menyatakan kayakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip rukun Negara
Pada setiap masa

iv. Aspirasi Pendidikan Negara dan Aspirasi Murid

5 Aspirasi Pendidikan Malaysia





































5 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

5 Aspirasi Murid

























 Pengetahuan
Setiapkanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras
seperti Matematik, dan Sains serta mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia
dan Dunia.

 Kemahiran berfikir
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan
mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk
melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat.

 Kemahiran Memimpin
Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi masing-masing
sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan.


 Kemahiran Dwibahasa
Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga
akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan.








6 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

 Etika & Kerohanian
Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani menghadapi cabaran
masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam
situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

 Identiti Nasional
Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan
semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan
bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam
kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid
memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi
aspirasi untuk masa depan Malaysia.

v. Visi , Misi , Moto DAN Etos SK LKTP Keratong 7


VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
SKK7 Band 1 2020

MISI
Melastarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO
“Gigih Terus Gemilang”


ETOS
“Everyone Can Succeed”

Vi Piagam Pelanggan SKK7
Kami warga Pendidik SKK7 dengan penuh Tekad dan iltizam Berikrar dan Berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 Memberi pendidikan yang sempurna dan berkualiti kepada setiap pelajar sekolah ini.
 Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap
pelanggan yang berurusan dengan kami.
 Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat, dan cekap.
 Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina demi
mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kami.





7 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

Vii IKRAR WARGA PENDIDIK SK (LKTP) KERATONG 7.

Saya akan berkhidmat untuk kebaikan pelajar saya, rakan sejawat, masyarakat dan manusia
lainnya dengan tujuan mendapat keredhaan dan mengelakkan daripada kemurkaan Allah swt. Oleh
itu pekerjaan saya bukan bersifat keduniaan dan kebendaan.


Saya akan berkhidmat sebagai hamba Allah swt dan khalifahnya dalam apa kapasiti sekali
pun.Nilai amanah kepada saya mencakupi amanah kepada Allah dan skop amanah merangkumi
keseluruhan diri saya, ilmu saya, harta saya dan keterampilan saya.

Saya akan menjalankan tugas di atas motivasi ibadah kepada Allah swt di samping
menunaikan ibadah-ibadah khusus yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, motivasi kerja saya bukan
terikat kepada ganjaran duniawi sahaja tetapi keredhaan Allah yang hakiki.


Akauntabiliti saya bukan sahaja kepada majikan saya, tetapi yang lebih penting kepada Allah
di dunia dan di akhirat. Di dalam diri saya wujud “Sanction” untuk mengawal dan mencegah daripada
tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan akhlak.


Saya mempunyai Kod Etika yang tinggi darjatnya , lebih menyeluruh dan lebih tahan uji
daripada kod etika dalam profession lain. Saya insaf bahawa musuh dalaman saya yang besar ialah
nafsu saya sendiri serta motivasi kesyaitanan yang sentiasa mencari kesempatannya. Saya sedar
bahawa Allah mengetahui segala perbuatan saya yang nyata mahupun tersembunyi.


Hubungan mahhabbah saya dengan orang lain tidak akan didasarkan semata-mata kepada
pangkat , darjat, keturunan, dan material tetapi nilai- nilai yang mengatasi perbezaan tahap
pendidikan , paras , warna kulit mahupun keturunan.


viii LAGU SEKOLAH

Tegak teguh berdiri Tegak teguh berdiri
Bersendikan kualiti Bersendikan kualiti
Guru murid sehati Guru murid sehati
Impian jadi realiti Impian jadi realiti

Gigih Terus Gemilang Gigih Terus Gemilang
Prinsip sekolah kami Prinsip sekolah kami
Menempuh alaf mendatang Menempuh alaf mendatang
Dengan yakin berani Dengan yakin berani

SK Keratong 7 Menempuh alam
Kepadamu kami berjanji mendatang
Akan belajar bersungguh- Dengan yakin berani
sungguh
Jadi murid bestari (2x)




8 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

ix Logo dan Bendera Sekolah



















KUNING



PUTIH


MERAH






 Bendera SKK7 dihasilkan dengan memaparkan kombinasi 3 warna utama iaitu merah,
kuning dan putih.

 Warna Kuning melambangkan ketaatan dan kepatuhan semua warga sekolah kepada
raja dan negara serta undang-undang.
 Warna putih pula melambangkan kesucian perjuangan warga sekolah untuk
menaikkan imej sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Warna Merah melambangkan sifat berani, yakin, gigih dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas terhadap diri , masyarakat , agama dan negara yang tercinta.



















9 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

x. Pelan Persekitaran Sekolah






















1 K 2 K






















BILIK PAK21 MAKMAL SAINS

BILIK DOKUMENTASI


6K 5K

























10 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

Xi Senarai Guru Besar

a. En Kamarulzaman bin Zainal Abidin ( 1999-2001)

b. Pn Romlah @ Ramlah bt Ismail (2002-2003)


C. En Mohd Zolkifli bin Zainal Abidin (2004-2005)

d. En Mohamad Norizan bin Musa (2005)

e. Pn Yusraini bt Abdul Muluk ( 2006-2008)

f. Pn Ani bt Kassim ( 2009- 1 Ogos 2016)

g. En Jamal @ Salleh bin Abdullah Thani (01 Sept 2016 – 2 Ogos 2017)

h. En Ahmad Shakri bin Hamzah ( 2 Ogos 2017 – Sekarang)




C. KEANGGOTAAN SKK7

i. Senarai Nama Guru ( Sehingga 01.01.2019)

BIL NAMA GURU JAWATAN GRED T/MASUK SKK7
1 EN AHMAD SHAKRI BIN HAMZAH PGB - PENGETUA/GURU DG44 KUP 02.08.2017
BESAR
2 EN JOHARI BIN AHMAD PK1 - PENOLONG DG42 16.08.2010
KANAN
3 PN ZUWARIAH BT MAHMUD PK2 - PENOLONG DG38 KUP 16.12.2003
KANAN HEM
4 PN SURIANI BT ABDULLAH @ PK3 - PENOLONG DG34 KUP 11.09.2000
MOHD KANAN KOKURIKULUM
5 EN MOHD SUHAIMI BIN YUSOFF GDM - GURU DG44 KUP 03.01.2005
PENGURUSAN
DATA/MAKLUMAT
6 PN FARIDAH BT MUDA GAB - GURU AKADEMIK DG44 KUP 16.02.2005
BIASA/GURU
PENOLONG
7 EN MOHD ADNAN BIN OMAR GAG - GURU DG44 KUP 01.07.2008
PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
8 PN NOR HANANI BT SULAIMAN GAB - GURU AKADEMIK DG44 KUP 16.04.2008
BIASA/GURU
PENOLONG
9 PN WAN ARDA BT SEMAIL GAG - GURU DG41 01.12.2010
PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
10 EN MOHD NIZAM BIN BAKAR GAB - GURU AKADEMIK DG42 01.08.1999
BIASA/GURU
PENOLONG
11 PN ZAIRANI BT CHE AB HAMID GAB - GURU AKADEMIK DG34 KUP 01.01.2000
BIASA/GURU
PENOLONG
12 EN RAHIM BIN MAHAMAD FADZIL GAB - GURU AKADEMIK DG42 18.06.2001
BIASA/GURU
PENOLONG


11 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

13 CIK NORAZURA BT OSMAN GPM - GURU DG44 KUP 01.08.2008
PEMULIHAN
14 CIK KHADIJAH BT ABDUL JALIL GAB - GURU AKADEMIK DG44 KUP 04.01.2010
BIASA/GURU
PENOLONG
15 CIK NUR AZWA BT SANUDIN GAB - GURU AKADEMIK DG41 29.01.2015
BIASA/GURU
PENOLONG
16 PN NUR ASILA BT ABU SUJAK GPRA - GURU DG41 29.01.2015
PRASEKOLAH
17 EN MOHD ISMAIL BIN MOHD GAG - GURU DG44 KUP 16.06.2016
YUSOF PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
18 CIK WAHIDA AMALIN BT YUSOFF GMA - GURU DG41 02.05.2017
PERPUSTAKAAN DAN
MEDIA
19 EN WASANTHAN A/L PERUMEL GURU PENOLONG DG41 16.11.2017
20 PN RASHIDATUL HUSNA BT GAG - GURU DG41 01.01.2018
ABDUL MAJED PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH


ii. Senarai Nama Staf ( Sehingga 01.01.2019)

BIL NAMA STAFF JAWATAN GRED T/MASUK SKK7
1 PN Norazilah bt Musa 0026 - PEMBANTU N19 06.03.2007
PENGURUSAN MURID
(PRASEKOLAH)
2 Pn Lizawati bt Abdul Razak 0002 - PEMBANTU N14 16.10.1999
OPERASI


iii. Senarai Guru & Staff yang bertukar Keluar

BIL NAMA GURU/STAFF JAWATAN GRED T/MASUK SKK7
1
2
3
4


iii. Senarai Guru & Staff yang bertukar Masuk

BIL NAMA GURU/STAFF JAWATAN GRED T/MASUK SKK7
1
2
3
4









12 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KERATONG 7
TEL: 09 4471593
267OO MUADZAM SHAH
FAX ; 09 4471343
PAHANG DARUL MAIKMUR EMAIL: [email protected]



Tarikh: 27 Disember 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Semua warga guru SK LKTP Keratong 7

Tuan/ Puan,
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SKK7 2019
Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah dengan ini dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk
memegang jawatan yang diamanahkan seperti dicatat dalam buku prospektus bagi tahun 2018.

3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam buku PROSPEKTUS SKK7 2019 ini juga boleh
diubah, dikurang atau ditambah oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.

4. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan / puan menerima pelantikan ini.

5. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang dan penuh
dedikasi.


Sekian, terima kasih.
“Saya yang Menjalankan Amanah”


..........................................
(AHMAD SHAKRI BIN HAMZAH)
GURU BESAR,
SK LKTP KERATONG 7











13 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2019


PENGGAL1 MULA AKHIR JUM HARI JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN MINGGU
02.01.2019 31.01.2019 23
01.02.2019 28.02.2019 20 12

01.03.2019 22.03.2019 16

JUMLAH HARI 59

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

23.03.2019 31.03.2019 9 1
1
01.04.20.19 3.04.2019 22

01.05.2019 24.05.2019 18 8
JUMLAH HARI 40

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
25.06.2019 09.06.2019 16 2

10.06.2019 30.06.2019 15

01.07.2019 31.07.2019 23 9

01.08.2019 09.08.2019 7

JUMLAH HARI 45

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

1
2
10.08.2019 18.08.2019 9

19.08.2019 31.08.2019 10

01.09.2019 30.09.2019 21 14
01.10.2019 31.10.2019 23
01.11.2019 22.11.2019 16

JUMLAH HARI 70
CUTI AKHIR TAHUN

23.11.2019 31.12.2019 39 5








14 | P a g e

PROSPEKTUS SKK7
AM

CUTI PERAYAAN

CUTI PERAYAAN YANG
CUTI PERAYAAN DIPERUNTUKKAN OLEH KPM

KUMPULAN B

TAHUN BARU CINA 04.02.2019 (Isnin)
05.02.2019 (Selasa) dan
06.02.2019 (Rabu) 07.02.2019 (Khamis)

08.02.2019 (Jumaat)

HARI RAYA AIDIL FITRI
05.06.2019 (Rabu) 10.06.2019 (Isnin)
06.06.2019(Khamis)

25.10.2019 (Jumaat)
HARI DEEPAVALI
27.10.2019 (Ahad) 29.10.2019 ( Selasa)




HARI KELEPASAN AM NEGERI PAHANG

BIL HARI KELEPASAN AM Tarikh Hari

1 Tahun Baru 2019 01 Januari Isnin
2 Tahun Baru China 05-06 Feb Selasa & Rabu
3 Hari Pekerja 01 Mei Rabu
4 Hari Hol 07 Mei Selasa
5 Hari Wesak 19 Mei Ahad
6 Hari Nuzul Quran 22 Mei Rabu
7 Hari Raya Puasa 05 & 06 Jun Rabu dan Khamis
8 Hari Merdeka 31 Ogos Sabtu
9 Hari Raya Aidil Adha 11&12 ogos Ahad & Isnin
10 Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong 09 Sept Isnin
11 Hari Malaysia 16 Sept Isnin
12 Awal Muharram 01 Sept Ahad
13 Hari Keputeraan Sultan Pahang 24 Okt Khamis
14 Hari Deepavali 27 Okt Ahad
15 Maulidur Rasul 09 Nov Sabtu
16 Hari Krismas 25 Dis Rabu




15 | P a g e


Click to View FlipBook Version