The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRIZAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-11-04 21:51:56

MODUL K@MPOI 2022

MODUL K@MPOI 2022

Tinta Harapan dan Penghargaan ~Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah~ Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam ‘Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah’. Setinggi-tinggi kesyukuran dizahirkan kepada Allah Yang Maha Agung atas limpahan kasih sayang-Nya, Modul K@MPoI atau Kedah Academic Master Plan of Intervention yang melibatkan tujuh belas mata pelajaran utama di negeri Kedah dapat direalisasikan. Pujangga ada menyatakan ‘bukan mudah, hendak mudah’, namun hasrat saya terhadap warga pendidikan di negeri Kedah adalah ‘Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah’ merupakan langkah awal melakar sesebuah kejayaan. Penghasilan Modul K@MPoI adalah melibatkan kerjasama semua sektor utama JPN Kedah dan diterajui oleh Sektor Pembelajaran, JPN Kedah. Gabungan idea yang padu pegawai meja mata pelajaran, pegawai-pegawai di PPD dan guru-guru pakar yang merupakan jurulatih negeri membantu menggarap idea dalam merealisasikan penghasilan bahan yang bermutu ini. Selain itu, Modul K@MPoI juga merupakan sebahagian wadah pendidikan dalam memastikan kemenjadian murid-murid secara holistik dapat diterjemahkan dalam pendidikan sebenar. Oleh itu, besarlah harapan saya Modul K@MPoI ini menjadi bahan pilihan yang diguna pakai oleh guru-guru. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih saya kalamkan kepada semua pihak terutamanya Sektor Pembelajaran, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, PPD serta pihak yang terlibat secara langsung. Semoga usaha murni ini dapat menjadi satu inspirasi kepada semua guru dan murid di negeri Kedah dalam memastikan kemenjadian dalam kurikulum. Akhir kata dari saya, bersama-samalah kita memohon keberkatan dan kekuatan daripada Allah SWT semoga kejayaan menjadi milik kita kerana persiapan terbaik untuk esok adalah melakukan yang terbaik untuk hari ini. Sekian, terima kasih. Haji Rozaini bin Ahmad Pengarah Pendidikan Negeri Kedah


Tinta Harapan dan Penghargaan ~Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah~ Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya Sektor Pembelajaran, JPN Kedah berjaya mengemudikan penghasilan Modul K@MPoI untuk memastikan kecemerlangan murid SPM. Penghasilan Modul K@MPoI ini adalah selari dengan KSSM pada masa ini dan menepati item Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Modul K@MPoI merupakan buah tangan kepada guru-guru dan murid-murid di negeri Kedah dalam usaha memastikan lakaran kejayaan SPM yang cemerlang dapat dicapai. Modul ini merupakan sebahagian usaha yang dilaksanakan dalam memastikan kemenjadian murid. Format Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu merupakan satu penanda aras yang dihasratkan dapat membentuk kualiti dan membuka horizon pemikiran dalam pendidikan anak-anak generasi kini. Guru-guru serta anak-anak sekalian, letakkan harapan setinggi gunung, andai jatuh kita masih berada antara ribuan bintang. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih saya kalamkan kepada semua pihak terutamanya guru-guru jurulatih utama mata pelajaran yang terlibat dalam penghasilan Modul K@MPoI. Usaha yang berterusan ini diharapkan menjadi garapan terbaik buat bekalan anak-anak didik kita dalam peperiksaan SPM nanti. Usaha dan tawakal pastinya langkah awal menyelusuri kejayaan. Akhir kata dari saya, bersama-samalah kita memohon hidayah daripada Allah SWT semoga lakaran kejayaan dalam bidang kurikulum terutamanya SPM menjadi milik kita. Sekian, terima kasih. Haji Ahmad Shukri bin Shafie Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Negeri Kedah


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 1 PANEL PENGGUBAL MODUL K@MPoI SPM Bahasa Melayu GURU MENGAJAR, MURID BELAJAR HASLIANA BINTI MOHD HASSAN UNIT BAHASA, SPb, JPN KEDAH SITI FATIMAH BINTI HAMAT SMK PEDU, KUALA NERANG ZAMZILA BINTI DAHLAN SMK SIN MIN, KMY ASIAH BINTI AHMAT SMK BUKIT SELAMBAU, KMY


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 2 ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK / FOKUS MUKA SURAT 1 Kaedah / Formula K@MPoI – Soalan Karangan, Pemahaman dan Lisan Bertutur 4 Kertas 1 (Bahagian A) Karangan Respon Terhad) 2 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 6 3 Asas Penulisan Karangan SPM 7 4 Contoh 1: Set Soalan Bahagian A 8 5 Soalan 1 - Pelancongan 17 6 Soalan 2 – Alam Sekitar 20 7 Soalan 3 – Perancangan Kewangan 23 8 Soalan 4 – Kemerdekaan Negara 26 9 Soalan 5 - Kekeluargaan 29 Kertas 1 (Bahagian B) Karangan Respon Terbuka) 10 Soalan 1 – Permainan Tradisonal 33 11 Soalan 2 – Warga Emas 37 12 Soalan 3 – Pertanian 41 13 Soalan 4 – Pekerja Cemerlang 45 14 Soalan 5 - Keselamatan 49 Kertas 2 (Bahagian B) Soalan 6, 7 dan 8 15 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 54 16 Panduan Menjawab Soalan Pemahaman 55 17 Soalan 6 (S6-1) 57 18 Soalan 6 (S6-2) 59 19 Soalan 6 (S6-3) 61 20 Soalan 6 (S6-4) 63 21 Soalan 6 (S6-5) 65 Prakata – Amanat dan Penghargaan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Prakata – Amanat dan Penghargaan Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Panel Penggubal Modul K@MPoI


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 3 BIL. TAJUK / FOKUS MUKA SURAT Kertas 2 (Bahagian B) Soalan 6, 7 dan 8 22 Soalan 7 (S7-1) 67 23 Soalan 7 (S7-2) 70 24 Soalan 7 (S7-3) 72 25 Soalan 7 (S7-4) 75 26 Soalan 7 (S7-5) 77 27 Soalan 8 (S8-1) 79 28 Soalan 8 (S8-2) 80 29 Soalan 8 (S8-3) 81 30 Soalan 8 (S8-4) 82 31 Soalan 8 (S8-5) 83 Kertas 3 (Lisan Individu) 32 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 85 33 Petikan 1 87 34 Petikan 2 88 35 Petikan 3 89 36 Petikan 4 90 37 Petikan 5 91 Kertas 4 (Mendengar) 38 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 93 39 Soalan 1 94 40 Soalan 2 95 41 Soalan 3 97 42 Soalan 4 98 43 Soalan 5 100 Lampiran 44 Skema Jawapan 102-142


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 4 BAHASA MELAYU 1103 KAEDAH MENJAWAB SOALAN KARANGAN, PEMAHAMAN 6 (iii dan iv) , 7 (iii dan iv), DAN UJIAN BERTUTUR (iii dan iv) maklumat kesedaran iklan rancangan (dokumentari, drama, filem) menyokong kempen membuat aduan atau memberikan maklumat mendidik membimbing suri teladan beri didikan awal pelibatan Idea atau cadangan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 5 Kertas 1 (1103/1) Bahagian A Bahagian B


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 6 Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) Kemahiran Menulis SK SP TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang. 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 7 Asas Penulisan Karangan SPM 1. Jumlah perkataan akur dengan arahan soalan. 2. Karangan yang menepati tajuk dan kehendak / fokus soalan serta format-format tertentu. 3. Idea yang relevan dan bernas. 4. Karangan yang mempunyai huraian jelas dan matang. 5. Kesalahan bahasa yang minimum. 6. Kosa kata dan perbendaharaan kata yang luas dan tepat. 7. Penggunaan penanda wacana yang bersesuaian. 8. Pemerengganan yang sesuai. 9. Gaya bahasa yang bersesuaian dengan jenis karangan. Analisis Soalan Buat analisis untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut : 1. Tema - isu-isu yang ditanya dalam soalan 2. Kehendak / fokus soalan - arahan / tugasan soalan (kata kunci) 3. Sasaran - pihak yang terlibat / berkenaan 4. Format - jenis karangan Karangan Respons Terhad Membuat analisis soalan (Bahagian A) Murid perlu membaca soalan dan meneliti setiap bahan yang diberikan. Kemudian, murid perlu mengenal pasti tema soalan tersebut. Murid boleh menilai soalan tersebut bersifat umum (soalan tidak berfokus) tetapi bahannya khusus. Murid boleh menilai soalan tersebut bersifat khusus (soalan berfokus) tetapi bahannya umum. Murid perlu mengenal pasti fokus atau kehendak soalan. Murid juga perlu mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam bahan dan perlu menyentuh semua bahan yang diberikan. Akhir sekali, murid juga perlu meneliti sama ada karangan tersebut berformat atau tidak berformat.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 8 Contoh 1: Soalan Bahagian A Karangan Respons Terhad Maklumat di bawah berkaitan dengan bencana banjir. Huraikan pendapat anda tentang bencana banjir yang melanda Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Analisis Soalan Tema Bencana banjir Kehendak Soalan Punca dan Kesan Sasaran Rakyat, Masyarakat Format Tiada PUNCA KESAN TEMA AKUR PUNCA


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 9 PENDAHULUAN Dalam karangan, pendahuluan amat penting untuk menggambarkan isi karangan yang akan anda tulis. Pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat memberikan gambaran secara keseluruhan karangan yang hendak ditulis. Hal ini bermakna, pendahuluan yang ditulis akan memberikan tanggapan awal kepada pemeriksa tentang kualiti keseluruhan karangan tersebut. Perkara yang perlu ada/ ditulis dalam perenggan pendahuluan ialah: Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian/ Sokongan Ayat Fokus/ Kehendak Ayat Tema Ayat tema mestilah ditulis secara khusus, iaitu berfokus kepada tema atau isu yang ditanya dalam soalan. Oleh itu, ayat pertama perenggan pendahuluan mestilah ditulis dengan menyebut atau menyentuh tema soalan (tajuk atau perkara yang dinyatakan dalam soalan). Contoh tema/ tajuk 1 Contoh ayat tema 1 Contoh ayat tema 2 TEMA/ ISU BENCANA BANJIR Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada penghubung tahun 2021 telah menimbulkan pelbagai kegusaran kepada masyarakat.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 10 Ayat Huraian Ayat huraian ialah ayat yang ditulis untuk menyokong atau menghuraikan perkara yang disentuh dalam ayat tema tadi dengan lebih lanjut. Ayat ini boleh ditulis satu atau dua ayat supaya lebih berkesan. Dalam bahagian ini juga, anda sudah boleh cuba untuk memasukkan ungkapan menarik seperti peribahasa, kosa kata berdarjat tinggi, kata-kata tokoh dan sebagainya untuk menarik perhatian pemeriksa bagi mendapatkan “tanggapan awal” tentang karangan tersebut. Anda mungkin boleh menggunakan kaedah 5W1H untuk menulis ayat huraian berkenaan. Anda juga boleh menggunakan maklumat dalam semua bahan untuk menulis ayat huraian. Contoh ayat huraian Ayat Fokus Ayat fokus atau ayat kehendak ialah ayat yang menjawab kata kunci atau tugasan soalan karangan. Ayat ini akan menarik perhatian pembaca tentang isi atau aspek yang akan dibincangkan dalam perenggan-perenggan isi seperti kehendak tugasan soalan. Lazimnya, ayat ini ditulissebagai ayat terakhir dalam sesuatu perenggan pendahuluan. Anda juga boleh menulis ayat fokus ini dalam bentuk ayat tanya. Contoh ayat fokus: Menurut laporan akhbar, banjir disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga paras bumbung. Perkara ini sudah pasti membawa kesengsaraan kepada mangsa kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan bencana banjir kepada masyarakat?


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 11 Contoh Lengkap Perenggan Pendahuluan ISI - ISI Selepas perenggan pendahuluan, anda perlu menulis perenggan isi pulak. Biasanya, perenggan isi pertama terletak pada perenggan yang kedua, manakala isi kedua terletak pada perenggan yang ketiga. Anda digalakkan menulis setiap satu isi untuk satu perenggan sahaja, namun tidak menjadi kesalahan sekiranya anda menggabungkan dua isi dalam satu perenggan bagi karangan bahagian A ini. Anda boleh menggunakan teknik deduktif untuk menulis perenggan isi. Teknik deduktif bermaksud ayat pertama perenggan isi terus dinyatakan isi utama karangan. Selepas itu barulah dinyatakan huraian, contoh-contoh dan penegasan isi. Perkara yang mesti ada dalam perenggan isi ialah: Ayat Isi/ Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegasan Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda negerinegeri di Semenanjung Malaysia. Menurut laporan akhbar, banjir disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga paras bumbung. Perkara ini sudah pasti membawa kesengsaraan kepada mangsa kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan bencana banjir kepada masyarakat? (46 patah perkataan)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 12 Ayat Isi/ Topik Ayat isi ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. Ayat isi mestilah ditulis dengan lengkap, tepat dan jelas. Oleh itu, setiap ayat isi hendaklah mengandungi penanda wacana, frasa kehendak soalan dan isi utama yang lengkap. Isi yang ditulis mestilah berdasarkan semua bahan yang diberikan dalam soalan sekurangkurangnya dua isi. Contoh ayat isi pertama: Contoh ayat isi kedua: Ayat Huraian Ayat huraian ialah huraian lanjut terhadap isi utama yang dikemukakan untuk memberikan penjelasan atau menyokong isi utama. Setiap isi hendaklah dihuraikan atau dikembangkan dengan sewajarnya. Huraian isi perlu logik atau munasabah, relevan, bernas, jelas dan matang. Contoh ayat huraian isi pertama Contoh ayat huraian isi kedua Lontaran idea yang pertama, banjir berpunca daripada sampah yang dibuang oleh masyarakat bukan pada tempatnya. Lontaran idea yang seterusnya, banjir meninggalkan impak yang besar kepada individu yang terkesan dengan isu ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap masyarakat sendiri yang suka membuat sampah di merata-rata tempat sehingga menyekat beberapa saliran air utama. Ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti mengakibatkan banjir kilat berlaku. Banjir telah menyebabkan rumah ditenggelami air dan harta benda juga rosak. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan hati tidak tenteram dan jiwa tidak merasakan bahagia.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 13 Ayat Contoh Ayat contoh ialah ayat-ayat yang mengandungi bukti yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan untuk tujuan memperkuat hujah. Bukti-bukti yang dikemukakan mestilah bukti-bukti yang sahih atau nyata bukannya yang sengaja diada-adakan. Ayat contoh biasanya dimulakan dengan perkataan atau frasa “sebagai contoh”, “sebagai misalan”, “sebagai bukti”, “misalnya”, “tamsilnya”, “amsalnya” dan sebagainya. Ayat contoh untuk isi pertama Ayat contoh untuk isi kedua Ayat Penegasan Ayat penegasan ialah ayat yang meneguhkan isi utama yang telah dikemukakan dan tidak perlu diragui isi tersebut. Ayat ini ditulis untuk membuat penekanan tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam perenggan isi. Ayat penegasan untuk isi pertama Ayat penegasan untuk isi kedua Sebagai contoh, Jabatan Saliran dan Perparitan (JPS) Wilayah Kuala Lumpur melaporkan bahawa banjir pada 18 Disember 2021 menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPSKL. Misalannya, keadaan rumah penduduk di Kampung Batu Tujuh di Baling telah dimasuki air susulan banjir kilat selepas hujan berterusan selama dua jam. Jelaslah, pembuangan sampah boleh menyebabkan berlakunya banjir. Izharlah, banjir membawa impak yang besar kepada mangsanya.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 14 Contoh lengkap perenggan isi pertama Contoh lengkap perenggan isi kedua Lontaran idea yang pertama, banjir berpunca daripada sampah yang dibuang oleh masyarakat bukan pada tempatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap masyarakat sendiri yang suka membuat sampah di merata-rata tempat sehingga menyekat beberapa saliran air utama. Ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti mengakibatkan banjir kilat berlaku. Sebagai contoh, Jabatan Saliran dan Perparitan (JPS) Wilayah Kuala Lumpur melaporkan bahawa banjir pada 18 Disember 2021 menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPSKL. Jelaslah, pembuangan sampah boleh menyebabkan berlakunya banjir. (64 patah perkataan) Lontaran idea yang seterusnya, banjir meninggalkan impak yang besar kepada individu yang terkesan dengan isu ini. Banjir telah menyebabkan rumah ditenggelami air dan harta benda juga rosak. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan hati tidak tenteram dan jiwa tidak merasakan bahagia. Misalannya, keadaan rumah penduduk di Kampung Batu Tujuh, Baling telah dimasuki air susulan banjir kilat selepas hujan berterusan selama dua jam. Izharlah, banjir membawa impak yang besar kepada mangsanya. (64 patah perkataan)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 15 PENUTUP Perenggan penutup berfungsi untuk membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Perenggan ini tidak seharusnya mengulangi apa-apa yang sudah dituliskan dalam perenggan pendahuluan dan perenggan isi. Perenggan ini boleh ditulis sama ada membuat jangkaan atau memberikan cadangan berkaitan dengan tema soalan tersebut. Perkara yang mesti ada dalam perenggan penutup ialah: Ayat Rumusan Ayat Cadangan/ Ramalan Ayat Harapan/ Kesan Ayat Rumusan Ayat rumusan ialah ayat yang membuat kesimpulan secara keseluruhan tentang tema soalan. Ayat rumusan perlulah dinyatakan secara ringkas, tepat dan padat. Contoh ayat rumusan: Ayat cadangan Ayat cadangan ialah ayat yang memberikan syor-syor atau cadangan-cadangan yang difikirkan munasabah Beberapa cadangan ringkas boleh diberikan, namun tidak perlulah dihuraikan secara panjang lebar tentang cadangan tersebut. Contoh ayat cadangan: Ayat Harapan Ayat harapan ialah ayat kesan atau hasil yang diharapkan apabila sesuatu cadangan itu dilaksanakan. Contoh ayat harapan: Sebagai menutup tirai perbincangan, banjir yang melanda Malaysia sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang besar. Kerjasama daripada semua pihak perlu bagi mengelakkan bencana sekali gus menjamin kualiti hidup kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya, perkara ini menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar di Malaysia.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 16 Contoh lengkap perenggan penutup Contoh karangan yang lengkap Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Menurut laporan akhbar, banjir disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga paras bumbung. Perkara ini sudah pasti membawa kesengsaraan kepada mangsa kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan bencana banjir kepada masyarakat? Lontaran idea yang pertama, banjir berpunca daripada sampah yang dibuang oleh masyarakat bukan pada tempatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap masyarakat sendiri yang suka membuat sampah di merata-rata tempat sehingga menyekat beberapa saliran air utama. Ditambah pula dengan hujan yang tidak berhenti-henti mengakibatkan banjir kilat berlaku. Sebagai contoh, Jabatan Saliran dan Perparitan (JPS) Wilayah Kuala Lumpur melaporkan bahawa banjir pada 18 Disember 2021 menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPSKL. Jelaslah, pembuangan sampah boleh menyebabkan berlakunya banjir. Lontaran idea yang seterusnya, banjir meninggalkan impak yang besar kepada individu yang terkesan dengan isu ini. Banjir telah menyebabkan rumah ditenggelami air dan harta benda juga rosak. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan hati tidak tenteram dan jiwa tidak merasakan bahagia. Misalannya, keadaan rumah penduduk di Kampung Batu Tujuh, Baling telah dimasuki air susulan banjir kilat selepas hujan berterusan selama dua jam. Izharlah, banjir membawa impak yang besar kepada mangsanya. Sebagai menutup tirai perbincangan, banjir yang melanda Malaysia sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang besar. Kerjasama daripada semua pihak perlu bagi mengelakkan bencana sekali gus menjamin kualiti hidup kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya, perkara ini menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar di Malaysia. [210 patah perkataan] Sebagai menutup tirai perbincangan, banjir yang melanda Malaysia sememangnya membawa kemusnahan dan kerugian yang besar. Kerjasama daripada semua pihak perlu bagi mengelakkan bencana sekali gus menjamin kualiti hidup kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya, perkara ini menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar di Malaysia. (39 patah perkataan)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 17 Soalan Karangan Respons Terhad Bahagian A [30 markah] Soalan 1 Maklumat di bawah berkaitan dengan sektor pelancongan.Huraikan pendapat anda tentang sektor pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 18 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 19 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 20 Bahagian A [30 markah] Soalan 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar.Huraikan pendapat anda tentang alam sekitar. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantun Alam Sekitar Daun pegaga, buah bidara, Ulam-ulaman enak dimakan; Bumi hijau terus dipelihara, Aungerah terindah ciptaan Tuhan. Hembus pawana bayu terasa, Alam yang indah dipandang mata; Janganlah kita membuang sisa, Kelak binasa alam semesta. Sumber : Internet Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 21 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 22 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 23 Bahagian A [30 markah] Soalan 3 Maklumat di bawah berkaitan dengan perancangan kewangan yang bijak.Sebagai rakan yang baik, anda diminta menulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk berkongsi cara-cara menguruskan kewangan dengan bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 24 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 25 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 26 Bahagian A [30 markah] Soalan 4 Maklumat di bawah berkaitan dengan kemerdekaan negara.Huraikan pendapat anda tentang kemerdekaan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format Pantun Kemerdekaan Terbang tinggi si burung helang, Hinggap sebentar di pohon cemara; Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, Tanda cinta pada negara. Sumber: Internet


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 27 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 28 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 29 Bahagian A [30 markah] Soalan 5 Maklumat di bawah berkaitan dengan kasih sayang terhadap keluarga.Huraikan pendapat anda tentang kasih sayang terhadap keluarga. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantun Kasih Sayang Tepak sirih dulang tembaga, Hantaran indah cincin suasa; Kasih ibu membaca ke syurga, Kasih bapa sepanjang masa. Sumber: P Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 30 Pendahuluan Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 31 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi Ayat Huraian (Contoh) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 32 Karangan Respons Terbuka Membuat analisis soalan (Bahagian B) Murid perlu membaca stimulus dan tugasan soalan dengan teliti. Kemudian, murid perlu mengenal pasti tema soalan berkenaan. Selepas itu, murid perlu mengenal pasti fokus soalan atau kehendak soalan tersebut. Murid boleh menggarisi kata kunci yang terdapat pada arahan soalan untuk mengenal pasti fokus atau kehendak soalan tersebut. Penting juga untuk murid mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam stimulus kerana isi-isi tersebut perlu digunakan dalam penulisan karangan. Murid boleh menggunakan ikon K@MPOI untuk menulis isi-isi penting yang berkaitan dengan langkah/ usaha/ cara/ kaedah/ peranan. Akhir sekali, murid juga perlu meneliti sama ada karangan tersebut berformat atau tidak berformat.


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 33 Bahagian B [70 markah] Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Soalan 1 Permainan tradisional yang kian dilupakan seperti dam aji mampu menyemai semangat cintakan warisan budaya di samping dapat memberikan pendedahan tentang kehebatan permainan rakyat. Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, Malaysia mempunyai pelbagai permainan rakyat dan tradisional yang dimainkan pada waktu lapang walaupun permainan tersebut tidak berteknologi namun mampu memberi kenangan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 23 Disember 2018. Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan kebaikan-kebaikan permainan tradisional di Malaysia. Bincangkan kebaikan-kebaikan tersebut. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 34 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 35 Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Perenggan Isi Ketiga Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 36 Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 37 Bahagian B [70 markah] Soalan 2 Menjelang tahun 2030, negara Malaysia bakal menghadapi status sebagai negara tua menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah individu warga emas atau mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat secara drastik kepada 5.3 juta orang berbanding 3.7 juta orang di negara ini. Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang diabaikan kebajikan dan kehidupan mereka disebabkan faktor-faktor tertentu. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ipendidikan.my Berdasarkan petikan di atas, terdapat segelintir golongan warga emas yang diabaikan kebajikan dan kehidupan mereka disebabkan faktor-faktor tertentu. Bincangkan. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 38 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 39 Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 40 Perenggan Isi Ketiga Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 41 Bahagian B [70 markah] Soalan 3 Sesetengah masyarakat berpandangan tempoh pulangan yang lambat dan pelaburan awalan yang agak tinggi membantutkan hasrat untuk berkecimpung dalam bidang pertanian. Kalau masyarakat ingin memulihkan keseimbangan ekonomi dan masyarakat, bidang pertanian adalah pelantar terbaik. Dengan penguasaan pertanian dan barangan makanan, mereka mampu merencana perusahaan, pembuatan dan kepelbagaian barangan dan perkhidmatan pengguna. Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada laman sesawang IKIM. Petikan di atas menyatakan bahawa bidang pertanian mempunyai kepentingan dalam kehidupan masyarakat. Bincangkan. Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 42 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 43 Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 44 Perenggan Isi Ketiga Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Penutup Ayat Rumusan Ayat Cadangan Ayat Harapan


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 45 Bahagian B [70 markah] Soalan 4 Pekerja yang cemerlang merupakan aset kepada sesebuah organisasi. Setiap bakal pekerja harus menerima hakikat bahawa era globalisasi pastinya membawa perubahan dalam aliran pemikiran. Majikan lebih cenderung untuk memilih dan memerlukan calon pekerja yang memiliki kepakaran dalam pelbagai aspek. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian. Pada pandangan anda, selain ciri-ciri yang dinyatakan dalam petikan di atas, apakah ciri-ciri lain yang perlu ada pada setiap bakal pekerja yang cemerlang? Analisis Soalan Tema Kehendak Soalan Sasaran Format


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 46 Pendahuluan Ayat Tema/ Isu Ayat Huraian Ayat Fokus/ Kehendak Perenggan Isi Pertama Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh)


Modul K@MPoI SPM Bahasa Melayu Sektor Pembelajaran, JPN Kedah 47 Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan Perenggan Isi Kedua Ayat Topik Ayat Huraian Isi (Mengapa) Ayat Huraian (Contoh) Ayat Huraian (Kesan) Ayat Penegasan


Click to View FlipBook Version