Puan HaslianaBinti Mohd Hassan EncikAzmi Bin Md Said EncikMohd Rifqi BinIsmail DrAbdul Ghani BinJalil EncikAbdul WahabBinAbuSamah Encik ZainurinBinKarim Puan Ismahafizawati Binti Ismail PuanAsiahBinti Abdul Kadir Puan Zaiton Binti Mat Taher PuanRahimahBinti Mat PuanNurul NadiaBinti Mohd Rashid PuanSabrinaBinti Md. Ismail Puan MarizahBinti Taib Puan Noor Aryati Bt Ramli Puan Zurina Binti Hashim EncikMuhd HattaBin Othman EncikAbdul Ghani BinAwang PuanSiti FarhanaBinti Abdul Muttalib Puan MazuraBinti Marzukhi PuanHaslizaBinti Hassan PuanNor Hayati Binti AbuHasan SektorPembelajaran, JPNKedah SMK Sultan Ahmad Tajuddin SMKPokokSena SMKBukit Payong SMKAlorMerah SMSainsPokokSena SMKSungai Tiang SMKPadangSeraiKedah SMKChio Min SMK Sungai Kob SMK Ayer Hangat SMKTamanKenari SMK Dato Lela Pahlawan SMKTunkuPanglimaBesar SMKPedu SMKLangkawi SMKLunas SMK Tanah Merah SMKJalanPayaBesar SMKNaka SMKLubokMerbau i.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH ii. ISI KANDUNGAN Senarai Nama Penggubal dan Pemurnian i Isi Kandungan ii Anda Bersih, Anda Sihat 1 Sukan dan Rekreasi 3 Kerjaya Meniti Jaya 5 Bersatu Kita Teguh 7 Pendidikan Untuk Semua 9 Sains Inovasi dan Teknologi 11 Pertanian, Penternakan dan Perikanan 13 Melancong Mencari Makna 15 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 17 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 19 Dunia Selamat Milik Kita 21 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 23 Jati Diri, Warganegara Patriotik 25 Citra Bahasa dan Sastera Kita 27 Industri Cemerlang, Negara Gemilang 29 Skema Pemarkahan 31 - 48
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 1. Tajuk 1: Anda Bersih, Anda Sihat Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Ulam merupakan sayuran segar tradisional yang biasa dimakan dengan sambal, cencaluk, budu, herba aromatik atau rempah ratus terutamanya dalam kalangan masyarakat sebagai hidangan sampingan bersama- sama nasi. Namun begitu, masyarakat masih kurang mengamalkan makan ulam – ulaman kerana mereka masih terbelenggu dengan kebanjiran makanan segera yang berada di pasaran. Antara manfaat ulam adalah untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit kronik kerana ulam mengandungi zat yang tinggi, terutamanya polifenol dan antioksidan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Sebagai contoh, pegaga boleh dibuat jus atau ditumbuk pucuk dan akarnya untuk dijadikan ubat tekanan darah tinggi. Selain itu, daun dan batang ulam raja pula boleh dijadikan mentah sebagai sayuran untuk merawat tekanan darah tinggi dan menurunkan gula dalam darah. Bagi sesetengah masyarakat, punca mereka kurang mengamalkan ulam – ulaman kerana melupai bahawa ulam – ulaman memiliki keistimewaan alam semula jadi yang boleh dijadikan hidangan seharian. Rakyat Malaysia masih dianggap kurang dalam pengambilan ulam- ulaman dalam diet harian mereka. Ulam juga bertindak sebagai agen anti penuaan. Hal ini dikatakan demikian kerana ulam mempunyai potensi sebagai makanan terapeutik. Kecenderung memilih ayam, daging dan makanan laut tanpa meletakkan ulam sebagai menu utama turut menjadi punca kurang pengambilan ulam-ulaman. Malah ada sesetengah masyarakat yang menolak terus ulam dalam sistem pemakanan mereka dan kurangnya kepelbagaian resepi berasaskan ulam Oleh itu, masyarakat seharusnya menjadikan ulam- ulaman sebahagian daripada makanan yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Dengan adanya pemakanan ulam- ulaman ini dapat menggalakkan masyarakat ke arah gaya hidup sihat, memiliki status pemakanan yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis penyakit. (Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat ulam kepada warga emas” oleh You Yee Xing, Dewan Kosmik Disember 2021)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 2. Bahan 2 Bahan 3 Pantun Nasib Si Ulam Cerah tersirna senja dilaman, Linggi terkiat pengganti dahan, Si ulam dianggap ketinggalan zaman, Kepada remaja bukan pilihan. Membeli bunga janganlah boros, Bawa ke rumah waktu kelam, Berbau wangi Si bunga Ros, Orkid pula penyeri alam. Jentayu merimbun patah dahan, Ditebang buang setiap zaman, Tanaman bunga sebagai pilihan, Lebih cantik hiasi laman.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 3. Tajuk 2: Sukan dan Rekreasi Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Generasi muda kini kurang terdedah dengan kebudayaan permainan tradisional. Mereka lebih terdedah dengan permainan yang berasaskan komputer dan digital. Kegilaan remaja terhadap permainan elektronik ini telah menyebabkan permainan tradisional yang pernah popular semakin dipinggirkan walhal permainan tradisional banyak kebaikannya. Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kejayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Permainan tradisional dapat membina sikap sabar dan kerjasama dalam kalangan pemainnya. Dalam menuju kemenangan, pemain bersabar untuk menyudahkan permainan, seperti permainan dam aji dan dam ular sehingga diiktiraf sebagai pemenang. Warisan permainan tradisional perlu dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja. Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengambil langkah yang proaktif bagi menyuburkan kembali permainan tradisional. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan syarat-syarat permainan. Sesungguhnya Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan satu alternatif yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran . Selain itu, penggiat seni juga wajar melazimi permainan tradisional dalam segala bentuk seni yang mereka ketengahkan. Misalnya, produk animasi tempatan yang semakin mendapat perhatian masyarakat kita boleh menggunakan elemen permainan tradisional dalam jalan cerita mereka. Ibu bapa juga perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain pertukaran budaya dengan negara luar, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan usaha yang praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Sumber: Internet
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 4. Bahan 2 Bahan 3 Cantiknya! Apa namanya? Titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, 23 Disember 2018 “Permainan yang menjadi identiti negara semakin dipinggir masyarakat terutama generasi muda berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya yang membuatkan mereka lebih menjiwai permainan berasaskan komputer dan digital.”
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 5. Tajuk 3: KERJAYA MENITI JAYA Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam meniti arus kemodenan ini, sektor pekerjaan dilihat semakin mencabar ditambah pula dengan situasi pandemik Covid-19 yang membataskan rezeki seseorang pekerja. Selain itu, banyak orang yang dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatannya. Lantaran itu, seseorang pelajar haruslah lebih bijak dalam mengatur perjalanan kerjaya mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum memasuki alam kerjaya. Dalam soal ini, ternyata bahawa minat dan kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang menjadi panduan pemilihan kerjaya seseorang remaja. Sebagai contoh, jika remaja meminati sains komputer, maka remaja tersebut mempunyai kecenderungan bekerja dalam bidang komputer dan teknologi. Secara tidak langsung mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan kerjaya mereka. Pelajar yang bijak akan menanam minat tentang sesuatu kerjaya. Sikap sebegini akan memudahkan pelajar memilih bidang pengajian apabila ingin meneruskan pengajian di universiti dan seterusnya bekerja dalam bidang yang diminatinya. Tidak dinafikan bahawa pemilihan kerjaya juga berdasarkan pengaruh daripada idola atau tokoh dalam sesuatu bidang. Seorang adik memasang citacita untuk menjadi doktor kerana terpengaruh oleh kerjaya abang atau kakak yang menjadi doktor. Selain itu, sokongan dan galakan ibu bapa terhadap minat anak-anak akan menjadikan anak-anak berazam untuk menggapai kerjaya impian. Bukan itu sahaja, pelajar harus melengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, para pelajar sepatutnya melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum agar dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa persiapan mental dan fizikal yang seimbang amat penting sebelum melangkah ke alam kerjaya agar pelajar lebih berani menghadapi cabaran. Pelajar juga hendaklah sentiasa peka terhadap isu-isu semasa kerana tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung dan penting ketika menghadiri temu duga. Oleh itu, para pelajar seharusnya sudah menetapkan matlamat kerjaya mereka agar tidak tercari-cari atau terikutikut dengan matlamat orang lain. (Sumber: Internet)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 6. Bahan 2 Bahan 3 Pantun Alam Kerjaya Kalau berjaja sirih dan kapur, Tentulah ada gambir dan pinang; Latih sikap bersih dan jujur, Tentulah namanya dipuji orang. Keris sakti ditempa molek, Taming sari tajam bercahaya; Rezeki tidak datang bergolek, Rajin belajar rahsia berjaya. Gunung Angsi sudah didaki, Pulang berdua memasang pukat, Petua lama menambah rezeki, Ikhlas bekerja tambah berkat. (Sumber: Internet) Setiap orang inginkan kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah. Latar belakang akademik akan menentukan bidang kerjaya yang dipilih. Majikan lebih berminat dengan pekerja yang memiliki kelulusan akademik yang sama dengan kerja yang ditawarkan. ALAM KERJAYA
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 7. Tajuk 4: Bersatu Kita Teguh Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Sejarah telah membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan membawa kepada isu perkauman. Sehubungan dengan itu, seyogianya perpaduan disemai dalam sanubari setiap warganegara. Dengan perpaduan, identiti dan jati diri setiap warganegara akan terus mekar di negara kita. Usaha memastikan perpaduan terus utuh mesti bermula dari peringkat asas. Anggota masyarakat, khususnya dalam sesebuah kejiranan sewajarnya mengadakan aktiviti gotong-royong di taman perumahan masing-masing. Melalui aktiviti sebegini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan interaksi kerana tak kenal maka tak cinta. Usaha ini boleh diteguhkan dengan mengamalkan amalan kunjungmengunjung ke rumah rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan. Sesungguhnya, aktiviti di peringkat komuniti memberi kesan yang besar dalam membentuk perpaduan negara. Jadi, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi seperti Kawasan Rukun Tetangga dan persatuan penduduk wajar diteruskan demi mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka tidak dapat tidak, sentimen perpaduan perlu dibangkitkan di sekolah dengan para pendidik menekankan nilai – nilai kerohanian dan kebudayaan bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama. Sumber : Internet
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 8. Bahan 2 Bahan 3 PERPADUAN Bangsa kita bangsa merdeka, Gagah dan kuat kerna kepelbagaian, Dari yang banyak menjadi satu, Membawa negara ke persada dunia, Kemakmuran kita kongsikan bersama, Ma ju terus bergerak ke hadapan, Walaupun terdapat perbezaan, Kita satukan jadi kekuatan, Kerna kita tetap setia, Tembok pemisah kita dirobohkan, Bersatu padu tanpa kira warna kulit dan kepercayaan, Kerana kita adalah... Anak Bangsa Malaysia! Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan Perdana menteri Malaysia
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 9. Tajuk 5: Pendidikan Untuk Semua Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, masyarakat hendaklah berusaha untuk mencari sebanyak mungkin pengetahuan demi kesejahteraan hidup. Oleh itu, langkah kerajaan melancarkan kempen Malaysia Negara Membaca 2030 merupakan satu kaedah terbaik membentuk budaya ilmu. Seperti yang telah diperkatakan oleh orang-orang tua, ilmu akan memastikan masa hadapan yang lebih cerah kepada seseorang. Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi dan mampu membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Selain itu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini melalui ilmu. Dengan aktiviti perkongsian ilmu secara berkumpulan, seseorang itu boleh menghasilkan ciptaan baru yang lebih berkualiti seiring dengan kemajuan Sains dan Teknologi terkini. Inovasi yang tercota ini akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Dalam erti kata lain sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti masyarakat yang proaktif akan dapat dibentuk. Hal ini demikian kerana masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis serta mudah pula berputus asa. Oleh itu, budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan amalan dalam kehidupan agar kita tidak ketandusan ilmu. Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan https://anjungdidik.wordpress.com
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 10. Bahan 2 Sumber: Internet Bahan 3 PERMATA ILMU Jika gedung ilmu berkunci Dalam bahtera di lautan Bukalah dengan kunci baca Misteri alam bersama dibongkar Agar kehidupan lebih bermakna Untuk diri, keluarga dan sejagat Ilmu itu Ibarat permata dalam lumpur hitam Ia harus digali dengan kesungguhan Dicari dengan kesabaran Kerana mereka yang menghargai ilmu Akan mendapat keredaan tuhan. Dipetik dan diubah suai daripada http://mysahira.blogspot.com
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 11. Tajuk 6: Sains Inovasi dan Teknologi Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam meniti arus globalisasi ini, jenayah siber kelihatannya semakin menjadi-jadi di negara kita. Secara umumnya, jenayah siber merujuk kepada jenayah yang melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian yang boleh menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Antara faktor berlakunya jenayah siber termasuklah semua orang boleh mengakses Internet dan penggunaannya meluas di seluruh dunia. Jenayah siber bukan hanya melibatkan rakyat Malaysia malah turut melibatkan rakyat dari negara lain. Pengguna Internet secara tidak bermoral ini akan meningkatkan kadar jenayah siber di negara kita. Selanjutnya, keinginan sesetengah pihak untuk menjadi kaya melalui jalan pintas juga merupakan faktor berlakunya jenayah siber. Sikap tidak beretika dan jahat golongan pelaku jenayah siber sewajarnya dibendung sebelum meruntuhkan institusi teknologi yang menjadi kegunaan harian yang wajib oleh segenap manusia. Langkah untuk menangani jenayah siber ialah memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Pelbagai taktik yang licik yang digunakan untuk memerangkap mangsa. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsi agar menjadi rujukan kepada golongan yang pakar. Di samping itu, pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku. Pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan untuk mencegah jenayah siber. Pihak terlibat juga sepatutnya memperkenalkan etika dalam penggunaan teknologi kepada setiap institusi pendidikan. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai peranti atau telefon pintar untuk kegunaan harian, tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Seterusnya, syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah keselamatan dengan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan jenayah siber. Bagi mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada pornografi, golongan kanak-kanak dan remaja perlu diawasi dalam penggunaan Internet. Maka, sebelum kudis menjadi tokak, isu penipuan Internet ini mestilah ditangani sebaik-baiknya oleh masyarakat dan pihak berkuasa.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 12. Bahan 2 BAHAN 3 “Bagi mengendali risiko pelanggaran etika Internet mahupun di alam siber, pengguna harus menetapkan garis panduan umum terhadap pematuhan kod etika Internet, menyediakan peraturan, panduan dan tip keselamatan Internet yang spesifik serta membuat audit pemantauan dan pelaporan secara berterusan tentang pematuhan peraturan,” Petikan ucapan Syahrul Nizam Junaini, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sumber: Utusan Borneo Online
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 13. Tajuk 7: Pertanian, Penternakan dan Perikanan Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Penggunaan ubatan herba daripada tumbuhan semula jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia bukanlah suatu perkara baharu. Penggunaan yang kerap kali didengari adalah bertujuan mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser. Antara kebaikan perubatan herba ialah kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. Bahan-bahan perubatan juga mudah diperoleh dan biasanya terdapat di kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi dan daun bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam. Selain itu, perubatan herba merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden. Kadang-kadang terdapat penyakit yang tidak berkesan diubati dengan perubatan moden seperti kayap. Oleh hal yang demikian, pengamal rawatan tradisional yang dikenali sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit. Namun begitu, perubatan berasaskan herba juga mampu memberi mudarat kepada penggunanya jika diambil tanpa nasihat mereka yang pakar. Penyelidikan saintifik yang terhad tentang bentuk ubatan herba belum terbukti secara saintifik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang sedang dijalankan, memeriksa keberkesanan dan keselamatan herba tertentu. Ubatan herba juga tidak mempunyai sukatan atau dos yang tepat untuk merawat sesuatu penyakit. Akibatnya, kemungkinan berlaku pengambilan dos yang berlebihan oleh pesakit. Seterusnya, rawatan herba tidak sesuai sebagai rawatan jangka panjang. Rawatan ubatan herba mempunyai kesan yang agak serta-merta, namun hanyalah sementara. Ubatan herba memerlukan masa yang lebih lama untuk menyembuhkan masalah. Kini, pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Industri ini diharanp akan terus berkembang demi kesihatan sejagat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Teroka Manfaat Herba” oleh Mohamad Hussin, Harian Metro 25 Oktober 2018
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 14. Bahan 2 Bahan 3 SYAIR BAHANA HERBA Dengarkanlah syair dariku ini, Syair nasihat ikhlas dihati, Cerita herba di bumi ini, Banyak dugaan harus dihadapi. Ubatan herba pelbagai dugaan, Tidak mendapat kelulusan kerajaan, Kesian diri kurang pengetahuan, Badan tersiksa tanggung sendirian. Penutup tirai syairku ini, Ubatan herba harus dipinggiri. Kes kecemasan harus dijauhi, Harap semua dapat memahami.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 15. Tajuk 8: Melancong Mencari Makna Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. . Bahan 1 Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Perkara ini boleh dibuktikan dengan jumlah pelancong asing yang masuk ke dalam negara dari tahun 2018 hingga 2019 mencecah sehingga lebih 10 juta pelancong. Pihak kerajaan dan pihak swasta mengambil langkah dengan memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia ke mata dunia dan ke peringkat lebih global. Terdapat beberapa promosi pelancongan yang boleh dijalankan seperti memperkenalkan destinasi pelancongan yang menarik untuk dituju, karnival jualan atau kebudayaan pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. Penggunaan teknologi maklumat seperti Internet juga boleh menjadi antara salah satu usaha untuk mempromosikan negara kita ke mata dunia dengan penyebaran meluas mengenai informasi dan butiran lanjut pelancongan di Malaysia. Selain itu, pihak kerajaan juga telah membuka lebih banyak pusat percutian yang bertaraf dunia dan memberi keselesaan yang optimum kepada pengunjung. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan pembinaan hotel lima bintang yang akan menyediakan servis perkhidmatan yang terbaik diiringi dengan bilik dan suasana yang selesa untuk menarik minat pelancong. Di samping itu, rebat serta diskaun ditawarkan oleh kerajaan untuk memacu industri pelancongan dilihat sebagai satu permulaan baik. Kita dapat belajar daripada usaha Indonesia yang memberikan baucar perjalanan domestik kepada pelancong untuk berbelanja di kawasan tumpuan seluruh negara itu. Kempen 'Jom Nginap' oleh Persatuan Hotel Bajet Malaysia dianjurkan tepat pada masanya bagi meyakinkan pelancong yang sebelum ini mungkin tidak mempertimbangkan pilihan itu. Hal Ini demikian kerana apabila kita melancong di dalam negara, banyak kelebihan akan diperoleh termasuklah wang yang dibelanjakan untuk pelancongan akan diperoleh semula oleh kerajaan melalui sistem cukai yang dikenakan selain ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diperluaskan. Dalam memastikan sektor pelancongan terus maju kerajaaan turut menyediakan prasarana dan infrastruktur awam yang lengkap. Sehubungan dengan itu, gandingan kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memaju dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia. (Dipetik dan diubahsuai daripada petikan pelancongan dalam https://mypt3.com/contoh-karangan-pelancongan)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 16. Bahan 2 Bahan 3 Menjana pertumbuhan ekonomi negara. Keunikan budaya dan alam semula jadi negara wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 17. Tajuk 9: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Usahawan ialah individu yang menggabungkan tiga faktor utama dalam ekonomi iaitu tanah, buruh dan modal dalam mengeluarkan sesuatu proses pengeluaran. Ganjaran kepada usahawan adalah untung kerana berani menanggung risiko kerugian. Golongan usahawan memainkan peranan penting untuk perkembangan ekonomi negara kita. Seseorang usahawan perlu mempunyai modal yang mencukupi bagi mengembangkan perniagaan. Modal sangat diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk termasuklah kos penggunaan mesin, pembinaan bangunan kilang, dan pembelian bahan mentah. Pada masa yang sama, seseorang usahawan yang berjaya memerlukan usaha yang gigih secara berterusan. Sebagai contoh, seseorang usahawan mestilah memajukan perniagaannya hingga ke peringkat antarabangsa tanpa mengenal erti putus asa. Namun begitu, seseorang yang ingin bergelar usahawan perlu menempuhi pelbagai onak dan duri. Keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada masa ini membuatkan ramai usahawan menghadapi masalah untuk mengembangkan perniagaan. Harga bahan mentah yang meningkat dan kadar upah tenaga buruh yang tinggi sering menjadi isu untuk mereka terus berkembang. Zaman sekarang, persaingan strategi pemasaran yang sengit. Ramai yang sanggup melakukan apa-apa sahaja agar kelihatan menonjol. Pelanggan pula suka akan tawaran yang terbaik untuk mereka. Walaupun tawaran anda menarik, jika orang tidak nampak sudah pasti apa yang anda lakukan adalah sia-sia. Untuk menjadi seorang usahawa yang berjaya, mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa penguasaan ilmu, kita mudah ditipu dan ditindas oleh golongan lintah darat. Selain itu, mereka sukar mendapatkan pekerja yang sanggup susah dan senang bersama. Malah, jika pekerja atau team tersebut mempunyai kepakaran yang tinggi, mereka mudah mendapat tawaran lebih baik sekali gus meninggalkan syarikat mereka. Kejayaan seseorang usahawan pada hari ini bermula dengan keperitan yang pernah dilalui. Orang bijak pandai pernah berkata kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jika kita pandai merancang tetapi malas berusaha, seakan-akan Mat Jenin dengan mimpinya. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 18. Bahan 2 Bahan 3 KUALA LUMPUR: Seramai 160 usahawan muda di Johor menyertai Program Bijak Usahawan Muda anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Kota Tinggi. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan asas keusahawanan dalam perniagaan yang diceburi melalui modul perniagaan yang diterapkan. Program ini dapat melatih usahawan merancang strategi pemasaran yang lebih baik. Program dengan kerjasama Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru selama dua hari telah memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan perniagaan yang betul. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Bijak Usahawan Muda YBR Dorong Usahawan Berjaya’ Oleh Zanariah Abd. Mutalib https://www.bharian.com.my/berita/nasional rata-rata anak muda mempunyai idea dan produk tersendiri menetapkan visi dan misi perniagaan yang jelas memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat serta negara mewujudkan rangkaian perniagaan
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 19. Tajuk 10: Alam Sekitar dan teknologi Hijau Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga. Pelbagai sumber alam sekitar yang penting dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat masa ini tidak sedar bahawa bumi yang kita diami sekarang ini telah banyak mengalami kemusnahan susulan daripada beberapa kes pencemaran yang berlaku seperti masalah jerebu, pencemaran air dan sebagainya. Perkara yang paling utama dalam menjaga alam sekitar ialah akan dapat menjaga kesihatan diri kita sendiri. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan kita terjaga. Persekitaran yang bersih dan segar, membolehkan kita melakukan aktiviti luar seperti beriadah dengan selesa. Kita boleh menyedut udara yang segar apabila alam sekitar terpelihara. Udara yang bersih dan segar amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih sentiasa dipenuhi dengan tumbuhan menghijau yang membebaskan oksigen ke udara. Pemeliharaan alam sekitar boleh menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara akan menjamin kita memperoleh sumber air yang bersih. Sebenarnya, pemeliharaan alam sekitar juga boleh memajukan industri pelancongan negara. Keindahan alam sekitar dan persekitaran bersih dapat menarik kunjungan pelancong dari luar negara ke negara kita dan menambah pendapatan negara. Tanpa kita sedar, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. Untuk memastikan sungai terpelihara daripada sebarang aktiviti pencemaran, semua anggota masyarakat perlulah melibatkan diri secara aktif dan kolektif dalam menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita yang dianjurkan oleh pihak berautoriti. Masyarakat juga perlulah mengelakkan tabiat membuang sampah ke dalam sungai kerana perbuatan terkutuk itu akan mendatangkan kemudaratan kepada semua makhluk Tuhan. Perkara yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah dengan menggalakkan tanaman hijau. Tanaman pokok seperti pokok bunga dan sayur-sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Anda dan Alam Sekitar” oleh Haliza Abdul Rahman, Penerbitan UPM 2019)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 20. Bahan 2 Bahan 3 PANTUN ALAM SEKITAR Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga dibeli cantik sekali, Alam sekitar perlu dijaga, Agar hidup sentiasa harmoni. Pergi ke kolam memancing udang, Terkejut hati mendengar gema, Kerajaan perlu kuatkuasa undang-undang, Denda dan penjara solusi utama. Pergi menyelam di dalam laut, Pergi menyelam di laut China, Kita perlu menjaga laut, Agar khazanahnya terpelihara. Sumber: Internet
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 21. Tajuk 11: Dunia Selamat Milik Kita Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sikap terburu-buru pemandu kenderaan berat ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya di Malaysia. Menurut kajian, purata 20 orang maut dalam kemalangan jalan raya setiap hari di negara ini. Selain itu, jumlah peningkatan kenderaan di atas jalan raya turut menyumbang kepada bencana ini. Disebabkan itu, kerajaan telah mencadangkan agar masyarakat mengutamakan penggunaan kenderaan awam bagi mengatasi lambakan kenderaan di atas jalan raya. Di samping itu, keghairahan memasang peranti berteknologi tinggi di dalam kenderaan juga telah menyebabkan pemandu mudah kehilangan fokus semasa memandu. juga tidak boleh dikesampingkan. Hal ini diburukkan lagi apabila terdapat pemandu yang tidak membuat pemeriksaan brek dan tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya adalah faktor kemanusiaan. Mendepani isu ini, pelbagai kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya ketika musim perayaan adalah untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya. Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Profesor Datuk Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Infrastruktur dan Geomatik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencadangkan agar pihak berkuasa meletakkan papan tanda amaran yang secukupnya di kawasan-kawasan ‘panas’. Selain usaha tersebut, penggunaan ''transverse bar'' yang mampu mengurangkan kelajuan kenderaan juga akan dapat membantu mengurangkan keberangkalian berlakunya kemalangan di lokasi tersebut. Justeru, pengguna jalan raya sentiasa diingatkan bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan. - BERNAMA (Sumber: Berita Harian 2019)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 22. Bahan 2 Bahan 3 Gurindam Keselamatan Jalan raya Lampu isyarat selalu diabai, Kemalangan jiwa datang berantai. Hujan lebat membawa bahaya, Di atas jalan perjudikan nyawa. Pada tersayang ingat selalu, Pasti sampai destinasi dituju.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 23. Tajuk 12: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang. Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu seremban. Namun demikian, permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda kerana aplikasi permainan moden kini lebih mudah dimuat turun. Dalam hal ini, bu bapa perlu memberi sokongan kepada anak-anak dengan membelikan peralatan permainan tradisional kepada mereka di rumah. Selain itu, muzium dan galeri seni perlulah dijadikan tempat kunjungan bersama anak-anak untuk melihat peralatan permainan tradisional ini dengan lebih dekat supaya mereka memahami cara-cara permainan tersebut dimainkan. Hal yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan generasi muda kerana permainan tradisional ini memberikan banyak kebaikan kepada mereka dan golongan masyarakat yang lain. Sesuatu yang perlu kita sedar ialah permainan tradisional permainan tradisional dapat menjadi identiti budaya bangsa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Remaja perlu sedar bahawa permainan tradisional ini tidak sama dengan permainan elektronik atau permainan siber. Permainan tradisional mampu melambangkan kebijaksanaan tempatan. Sebagai contoh, wau bulan telah dihias dengan kertas ukiran berwarnawarni yang dilukis dan digunting dengan sangat cantik. Maka, secara tidak langsung, permainan wau bulan ini dapat memberikan ketenangan dalam jiwa penggiatnya khususnya penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang. Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam memajukan industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati budaya kita yang penuh kepelbagaian. Dipetik dan diubah suai daripada Permainan Tradisional https://www.heritage.gov.my
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 24. Bahan 2 Bahan 3 Wau dan gasing, Sekadar simpan dipandang sepi, Hilang sudah riuh si muda, Di kala petang duduk bersama, Melawan angin di tanah lapang, Memangkah lawan di tengah gelanggang. Bangkitkan kembali roh yang hilang, Kenalkan permainan ke pentas dunia, Agar kita lebih berbangga, Identiti kita dikenal orang, Barunlah hidup tradisi berzaman.
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 25. Tajuk 13: Jati Diri, Warganegara Patriotik Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, akan lahirlah generasi muda yang akan bertindak sebagai warganegara yang matang lagi bertanggungjawab. Kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi perhatian yang serius demi mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Hal ini boleh diwujudkan dengan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali juga boleh dijadikan platform untuk membentuk perpaduan agar dapat mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat di samping memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian yang diwujudkan semasa perayaan sebegini akan meneguhkan lagi perpaduan antara kaum yang akan meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM). Perpaduan juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Pelancaran dasar ekonomi yang seimbang tanpa prejudis haruslah direalisasikan oleh pihak kerajaan demi memastikan tiada kaum yang ditinggalkan dalam pembangunan ekonomi. Secara keseluruhannya, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Dipetik dan diubah suai Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia https://www.jobstore.com
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 26. Bahan 2 Bahan 3 Gurindam Perpaduan Jalan seiringan berpimpin tangan, Berbicara bahagia indah dimuka, Bersatu padu jadikan pegangan, Keluarga bahagia negara merdeka. Teguh ikatan erat persaudaraan, Rukun perpaduan mesti bersatu, Kuatkan hubungan elak sengketa, Harmoni negara berkat berpadu. Dipetik dan diubsah suai daripada http://masshah-sajak.blogspot.com/
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 27. Tajuk 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Sumber pembacaan dalam arus digital tanpa sekatan menjadi gelanggang penyebaran berita palsu yang akan merosakkan masyarakat. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa, program pembudayaan amalan membaca perlu disusun secara sistematik. Usaha ini juga haruslah diperluas kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan di seluruh negara yang merupakan salah satu usaha menbudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri berkata bahawa walaupun wujud pengaruh digital, tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca kerana aspek yang berubah hanyalah sumber pembacaan. Sebenarnya, pewujudan buku secara digital merupakan satu daya penarik kepada generasi muda untuk membaca bahan secara maya. Kerajaan sangat berharap agar amaln mulia ini mampu menjadi asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia. Malahan, pembacaan juga dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan intelektual diri seseorang. Untuk mencapai tujuan ini juga, industri buku di negara perlulah lbeih berdaya saing agar dapat memenuhi kehendak pembaca khususnya sebagai persediaan kita mengharungi Revolusi Industri 4.0. Golongan penulis, editor dan penerbit buku juga mestilah menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti. Di akhir ucapan beliau, Tun Dr. Mahathir menyeru semua rakyat Malaysia menjadikan amalan membaca sebagai suatu budaya walaupun berada di mana-mana sahaja bagi mendukung aspirasi Rakyat Membaca Malaysia berjaya. (Dipetik dan diubah suai daripada HMetro Online; Februari 13, 2020 @ 11:22am)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 28. Bahan 2 Bahan 3 Pantun Mari Membaca Cerana Kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Mari membaca sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Dikutip melur sebagai bekal Dikarang disusun tersemat di dada Merangsang saraf membina akal Jika membaca tidak berpada. (Sumber: Internet)
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 29. Tajuk 15: Industri Cemerlang, Negara Gemilang Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Sektor perindustrian negara sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha memajukan negara. Sebenarnya, sektor perindustrian banyak menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Pihak kerajaan dan masyarakat merupakan penggerak utama yang memangkin aspirasi murni kerajaan ini. Kegagalan keduadua pihak utama ini semestinya akan menyebabkan ekonomi negara semakin menguncup. Pihak kerajaan telah berusaha menambahkan kemudahan pengangkutan yang terdapat dalam negara bagi melancarkan urusan eksport dan import barangan. Walaupun pembinaan infrastruktur ini akan memusnahkan kawasan hutan di negara kita, namun tindakan ini tetap perlu dilaksanakan demi menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu, kerajaan juga perlu mengenakan bayaran yang minima untuk penggunaan kemudahan pengangkutan awam. Malah, kerajaan juga perlu memudahkan proses mengeksport barangan agar syarikat yang terlibat tidak menghadapi masalah. Penyediaan tenaga pekerja yang mencukupi juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Pusat pendidikan yang dapat mengeluarkan tenaga pekerja mahir dan separuh mahir perlu dimantapkan dari masa ke masa. Pada masa yang sama, para pegawai kerajaan perlu mengamalkan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan agar bebas daripada gejala rasuah yang akan memberi gambaran buruk terhadap sektor ekonomi di Malaysia. Dari aspek yang berbeza perkembangan perindustrian alan menyebabkan sektor pertanian semakin dipinggirkan di negara kita. Lebih banyak tanah-tanah terbiar di kawasan kampung kesan penghijrahan anak-anak muda ke kawasan bandar. Fungsi kawasan kampung sebagai pengeluar produk pertanian akan berkurang akibat perkembangan pesat sektor perindustrian di bandar. Sebelum ini, kawasan kampung lebih banyak berfungsi sebagai pembekal bahan mentah dan barangan siap kepada kawasan bandar. Namun akibat daripada pembangunan sektor perindustrian ini, kawan kampung akan semakin hilang fungsinya. Dipetik dan diubahsuai daripada Dasar Utama Ekonomi Sektor Perindustrian https://www.pmo.gov.my
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 30. Bahan 2 Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 KSSM, DBP, Kuala Lumpur 2020. Bahan 3
DTP: MODUL RUMUSAN BAHASA MELAYU NEGERI KEDAH 31. SKEMA PEMARKAHAN
32. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 1 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/ kelebihan –kelebihan/ khasiat khasiat ulam – ulaman [F1] dan punca/sebab masyarakat kurang mengamalkan ulam- ulaman. [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/ kelebihan –kelebihan/ khasiat khasiat ulam – ulaman [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan punca/sebab masyarakat kurang mengamalkan ulam- ulaman. [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: MANFAAT A1 untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit kronik. 2M A2 merawat tekanan darah tinggi dan menurunkan gula dalam darah. 2M A3 Ulam juga bertindak sebagai agen anti penuaan. 2M Fokus 2: PUNCA B1 Mereka masih terbelenggu dengan kebanjiran makanan segera yang berada di pasaran. 2M B2 Melupai bahawa ulam – ulaman memiliki keistimewaan alam semula jadi yang boleh dijadikan hidangan seharian. 2M B3 Rakyat Malaysia masih dianggap kurang dalam pengambilan ulamulaman dalam diet harian mereka. 2M B4 Kecenderung memilih ayam, daging dan makanan laut tanpa meletakkan ulam sebagai menu utama. 2M B5 Ada sesetengah masyarakat yang menolak terus ulam dalam sistem pemakanan mereka. 2M Bahan 2: Fokus 1: MANFAAT A4 pembersih darah. 2M A5 merangsang selera makan. 2M Bahan 3: Fokus 2: PUNCA B6 Si ulam dianggap ketinggalan zaman. 2M B7 Tanaman bunga sebagai pilihan berbanding ulaman. 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, amalan makan ulam-ulaman hendaklah dijadikan rutin harian agar dapat meningkatkan kesihatan badan. 2M KS2 Kesimpulannya, amalan makan ulam-ulaman hendaklah dijadikan rutin harian. 1M
33. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 2 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan permainan tradisional dan langkah-langkah menyuburkan kembali permainan tradisional. 2M Bahan 1 Fokus 1: KEBAIKAN A1 Permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kejayaan duniawi. 2M A2 Permainan tradisional dapat membina sikap sabar dan kerjasama dalam kalangan pemainnya 2M Fokus 2: LANGKAH B1 Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. 2M B2 Kempen Cintai Permainan Tradisional perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran. 2M B3 Penggiat seni wajar melazimi permainan tradisional dalam segala bentuk seni yang mereka ketengahkan B4 Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil B5 Pertukaran budaya dengan negara luar B6 Penganjuran pelbagai bentuk pertandingan Bahan 2: Fokus 1: KEBAIKAN B4 Sebagai hiburan 2M B5 Mengisi masa lapang 2M B6 Warisan budaya Bahan 3: Fokus 3: FAKTOR A5 Perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, permainan tradisional perlu disuburkan kembali agar dapat diwarisi generasi akan datang 2M
34. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 3 Pendahuluan P1 membincangkan persediaan/persiapa pelajar memasuki alam kerjaya dan faktor/sebab/ punca pemilihan kerjaya. 2M P2 membincangkan persediaan/persiapa pelajar memasuki alam kerjaya 1M P3 membincangkan faktor/sebab/ punca pemilihan kerjaya. 1M Bahan 1 Fokus 1: Persediaan/persiapan A1 pelajar perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan 2M A2 Pelajar yang bijak akan menanam minat tentang sesuatu kerjaya 2M A3 pelajar harus melengkapkan diri dengan kemahiran sosial 2M A4 persiapan mental dan fizikal yang seimbang 2M A5 Pelajar juga hendaklah sentiasa peka terhadap isu-isu semasa 2M Fokus 2: faktor/sebab/ punca B1 minat dan kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang 2M B2 pengaruh daripada idola atau tokoh dalam sesuatu bidang 2M B3 sokongan dan galakan ibu bapa terhadap minat anak-anak 2M Bahan 2: Fokus 1: Persediaan/persiapan C1 latih sikap bersih dan jujur 2M C2 rajin belajar rahsia berjaya 2M Bahan 3: Fokus 2: faktor/sebab/ punca D1 latar belakang akademik 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, pemilihan kerjaya perlu dibuat dengan teliti agar berjaya pada masa masa hadapan 2M KS2 Kesimpulannya, pemilihan kerjaya perlu dibuat dengan teliti 1M
35. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 4 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan kepentingan / manfaat perpaduan [F1] dan langkah-langkah / cara-cara mewujudkannya. [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan kepentingan / manfaat-manfaat perpaduan [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah / cara-cara untuk memperkukuh perpaduan. [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: KEPENTINGAN A1 identiti dan jati diri setiap warganegara akan terus mekar di negara kita 2M A2 dapat lebih mengenali antara satu sama lain 2M A3 mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. 2M Fokus 2 : LANGKAH B1 mengadakan aktiviti gotong-royong di taman perumahan 2M B2 amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan yang berlainan bangsa 2M B3 para pendidik menekankan nilai – nilai kerohanian dan kebudayaan bersamasama dengan pelbagai kaum 2M B4 penubuhan sekolah wawasan 2M B5 memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah Bahan 2: Fokus 2: KEPENTINGAN C1 Menjamin keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk 2M C2 Mewujudkan masyarakat yang menghormati, bertolak ansur, dan bekerjasama. 2M C3 Mengelakkan isu perkauman 2M C4 Mengukuhkan ekonomi rakyat Bahan 3: Fokus 1 : LANGKAH D1 Bersatu tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, perpaduan dalam kalangan rakyat perlulah diperteguh agar negara terus kukuh. 2M KS2 Kesimpulannya, perpaduan dalam kalangan rakyat perlulah diperteguh. 1M
36. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 5 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/ kelebihan –kelebihan ilmu [F1] dan langkah-langkah memperolehnya. [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/ kelebihan –kelebihan ilmu [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah memperoleh ilmu. [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: MANFAAT A1 akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. 2M A2 memastikan masa hadapan yang lebih cerah kepada seseorang 2M A3 akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri 2M A4 akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri 2M A5 boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia 2M A6 masyarakat yang proaktif akan dapat dibentuk 2M Fokus 2: LANGKAH B1 kerajaan melancarkan kempen Malaysia Negara Membaca 2030 2M B2 budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan amalan dalam kehidupan 2M Bahan 2: Fokus 2: LANGKAH B3 Dapatlan maklumat daripada pelbagai sumber. 2M B4 Mengunjungi perpustakaan dengan kerap. 2M Bahan 3: Fokus 1: MANFAAT A7 Agar kehidupan lebih bermakna 2M A8 Akan mendapat keredaan tuhan. 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, ilmu perlulah dimantapkan di dalam diri seseorang individu agar mendapat pelbagai manfaat. 2M KS2 Kesimpulannya, ilmu perlulah dimantapkan di dalam diri seseorang individu. 1M
37. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 6 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan faktor berlakunya jenayah siber dan langkah mengatasi jenayah siber. 2M P2 Rumusan membincangkan faktor berlakunya jenayah siber 1M P3 Rumusan membincangkan langkah mengatasi jenayah siber. 1M Bahan 1 Fokus 1: FAKTOR A1 Semua orang boleh mengakses Internet dan penggunaannya meluas di seluruh dunia 2M A2 Keinginan sesetengah pihak untuk menjadi kaya melalui jalan pintas juga merupakan faktor berlakunya jenayah siber. 2M Fokus 2 : LANGKAH B1 Memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. 2M B2 Pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undangundang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku 2M B3 Memperkenalkan etika dalam penggunaan teknologi kepada setiap institusi pendidikan. 2M B4 Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkahlangkah keselamatan dengan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan jenayah siber. 2M B5 Golongan kanak-kanak dan remaja juga perlu diawasi dalam penggunaan Internet. 2M Bahan 2: Fokus 1: FAKTOR C1 dilakukan untuk mengaburi mata pihak yang tertentu 2M C2 Proses perbankan atas talian secara tidak langsung boleh mendedahkan kata laluan kepada penjenayah siber. 2M C3 Desakan hidup yang serba kekurangan 2M Bahan 3: Fokus 1 : LANGKAH D1 menetapkan garis panduan umum terhadap pematuhan kod etika Internet, menyediakan peraturan, panduan dan tip keselamatan Internet yang spesifik 2M D2 serta membuat audit pemantauan dan pelaporan secara berterusan tentang pematuhan peraturan 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, jenayah siber perlu dibanteras dengan segera agar 2M
38. masyarakat terhindar daripada perkara negatif. KS2 Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembleng tenaga membanteras jenayah siber agar keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan 1M
39. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 7 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan manfaat [F1] dan mudarat perubatan herba kepada seseorang pesakit.[F2] 2M P2 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat/ kelebihan –kelebihan/ perubatan herba kepada seseorang pesakit [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan mudarat perubatan herba kepada seseorang pesakit. [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: MANFAAT A1 Kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. 2M A2 Perubatan herba merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden. 2M Fokus 2: MUDARAT B1 Penyelidikan saintifik yang terhad tentang bentuk ubatan herba belum terbukti secara saintifik. 2M B2 Ubatan herba juga tidak mempunyai sukatan atau dos yang tepat untuk merawat sesuatu penyakit. 2M B3 Rawatan herba tidak sesuai sebagai rawatan jangka panjang. 2M B4 Ubatan herba memerlukan masa yang lebih lama untuk menyembuhkan masalah. 2M Bahan 2: Fokus 1: MANFAAT A3 Anti penuaan. 2M A4 Boleh menghilangkan luka di kulit dan menyembuhkan luka bakar. 2M A5 Mengatasi masalah jerawat. 2M A6 Melembapkan kulit. 2M Bahan 3: Fokus 2: MUDARAT B5 Ubatan herba tidak mendapat kelulusan kerajaan. 2M B6 Ubatan herba juga tidak sesuai untuk kes kecemasan. 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, pengambilan ubatan herba perlu berhati-hati agar kesihatan diri terus terkawal. 2M KS2 Kesimpulannya, masyarakat perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubatan herba. 1M
40. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 8 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/usaha/tindakan memajukan industri pelancongan di Malaysia dan kepentingan/kelebihan/kebaikan/manfaat/faedah industri pelancongan. 2M P2 Rumusan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/usaha/tindakan memajukan industri pelancongan di Malaysia 1M Bahan 1 Fokus 1: langkah/cara A1 L1 Pihak kerajaan dan pihak swasta mengambil langkah dengan memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia ke mata dunia dan ke peringkat lebih global 2M A2 L2 Penggunaan teknologi maklumat dengan penyebaran meluas mengenai informasi dan butiran lanjut pelancongan di Malaysia 2M A3 L3 Pihak kerajaan juga telah membuka lebih banyak pusat percutian yang bertaraf dunia dan memberi keselesaan yang optimum kepada pengunjung. 2M A4 L4 Rebat serta diskaun ditawarkan oleh kerajaan 2M A5 L5 Persatuan Hotel Bajet Malaysia menganjurkan Kempen 'Jom Nginap' 2M A6 L6 Kerajaaan turut menyediakan prasarana dan infrastruktur awam yang lengkap. 2M Fokus 2: kepentingan B1 K1 Wang yang dibelanjakan untuk pelancongan akan diperoleh semula oleh kerajaan melalui sistem cukai yang dikenakan 2M B2 K2 Ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat diperluaskan 2M Bahan 2: Fokus 2: kepentingan C1 K3 Keunikan budaya dan alam semula jadi negara 2M C2 K4 Wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan 2M C3 K5 Menjana pertumbuhan ekonomi negara. 2M C4 K6 Menarik pelabur asing 2M
41. Bahan 3: Fokus 2: kepentingan D1 Hasil cukai kepada kerajaan 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya industri pelancongan perlu dimajukan agar/supaya Malaysia terus terkenal di seluruh dunia. 2M KS2 Kesimpulannya pihak kerajaan perlu memajukan industri pelancongan 1M
42. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 9 Pendahuluan P1 membincangkan langkah/ cara menjadi usahawan berjaya dan cabaran/kekangan/ halangan untuk menjadi seorang usahawan 2M P2 membincangkan langkah/ cara menjadi usahawan berjaya 1M P3 membincangkan cabaran/kekangan/ halangan untuk menjadi seorang usahawan 1M Bahan 1 Fokus 1: langkah/cara A1 mempunyai modal yang mencukupi 2M A2 usaha yang gigih secara berterusan 2M A3 menguasai ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan 2M Fokus 2: cabaran/halangan/kekangan B1 Keadaan ekonomi yang semakin mencabar 2M B2 Harga bahan mentah yang meningkat 2M B3 kadar upah tenaga buruh yang tinggi 2M B4 persaingan strategi pemasaran yang sengit 2M B5 sukar mendapatkan pekerja yang sanggup susah dan senang bersama 2M Bahan 2: Fokus 1: Langkah/cara C1 mewujudkan rangkaian perniagaan 2M C2 menetapkan visi dan misi perniagaan yang jelas 2M Bahan 3: Fokus 2: langkah/cara D1 merancang strategi pemasaran yang lebih baik 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, setiap usahawan perlulah berani menghadapi cabaran agar perniagaan mereka terus maju 2M KS2 Kesimpulannya, setiap usahawan perlulah berani menghadapi cabaran 1M
43. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 10 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan kepentingan menjaga alam sekitar [F1] dan langkah memelihara alam sekitar.[F2] 2M P2 Rumusan membincangkan kepentingan menjaga alam sekitar [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan langkah memelihara alam sekitar [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: KEPENTINGAN A1 dapat menjaga kesihatan diri kita sendiri. 2M A2 boleh menyedut udara yang segar apabila alam sekitar terpelihara. 2M A3 boleh menjamin keseimbangan ekosistem. 2M A4 boleh memajukan industri pelancongan negara. 2M Fokus 2: LANGKAH B1 Masyarakat perlu sedar penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. 2M B2 Masyarakat perlu sedar penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. 2M B3 Masyarakat perlu mengelakkan tabiat membuang sampah ke dalam sungai. 2M B4 Menggalakkan orang ramai mengamalkan tanaman hijau di kediaman masing-masing. 2M Bahan 2: Fokus 1: KEPENTINGAN A5 Alam sekitar perlu dijaga supaya kehidupan semakin harmoni. 2M A6 Lautan perlu dijaga supaya khazanah di dalamnya terpelihara. 2M Bahan 3 Fokus 2: LANGKAH B5 Menanam pokok. 2M B6 Mengamalkan kitar semula. 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar perlu berterusaan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni. 2M KS2 Kesimpulannya, , semua pihak perlu berusaha menjaga alam sekitar. 1M
44. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 11 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor/sebab-sebab kemalangan [F1] dan langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha mengelakkannya [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor/sebab-sebab kemalangan [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha mengelakkannya. [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: PUNCA A1 Sikap terburu-buru pemandu kenderaan berat ketika di jalan raya. 2M A2 Jumlah peningkatan kenderaan di atas jalan raya 2M A3 Memasang peranti berteknologi tinggi di dalam kenderaan 2M A4 pemandu yang tidak membuat pemeriksaan brek dan tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan 2M Fokus 2: LANGKAH B1 masyarakat mengutamakan penggunaan kenderaan awam 2M B2 kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya ketika musim perayaan 2M B3 penggunaan ''transverse bar'' yang mampu mengurangkan kelajuan kenderaan 2M Bahan 2: Fokus 2: LANGKAH B4 Bertolak ansur di atas jalan raya. 2M B5 Mematuhi peraturan had kelajuan 2M Bahan 3: Fokus 1: Punca A5 Lampu isyarat selalu diabai 2M A6 Hujan lebat membawa bahaya, 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, kemalangan jalan raya perlu dielakkan supaya tiada nyawa terkorban. 2M KS2 Kesimpulannya, kemalangan jalan raya perlu dielakkan 1M
45. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 12 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan / manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan permainan tradisional [F1], langkah-langkah / usahausaha/ cara-cara mempopularkannya dan punca-punca/faktor-faktor permainan siber menjadi pilihan [F2] 2m P2 Kepentingan-kepentingan / manfaat-manfaat / kelebihan-kelebihan permainan tradisional [F1] 1m P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha/ cara-cara mempopularkan permainan tradisional [F2] 1m P3 Rumusan membincangkan punca-punca/faktor-faktor permainan siber menjadi pilihan [F3] 1m Bahan 1 Fokus 1: KEPENTINGAN A1 Permainan tradisional dapat menjadi identiti budaya bangsa malaysia 2m A2 Permainan tradisional mampu melambangkan kebijaksanaan tempatan. 2m A3 Dapat memberikan ketenangan dalam jiwa penggiatnya 2m A4 Permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam memajukan industri pelancongan. 2m A5 Permainan tradisional dapat menjadi identiti budaya bangsa malaysia 2m Fokus 2: LANGKAH B1 Membelikan peralatan permainan tradisional kepada mereka 2m B2 Muzium dan galeri seni perlulah dijadikan tempat kunjungan bersama anak-anak 2m Bahan 2: Fokus 3: PUNCA C1 Visual yang menarik 2m C2 Latar permainan yang lebih terkini 2m C3 Kesan bunyi yang mengujakan 2m Bahan 3: Fokus 2: LANGKAH B3 Kenalkan permainan ke pentas dunia 2m Kesimpulan (2 markah) Ks1 Kesimpulannya, permainan tradisonal perlulah dipelihara agar dapat menjadi identity bangsa. 2m Ks2 Kesimpulannya, permainan tradisional perlu dipelihara. 1m
46. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 13 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat / kebaikan-kebaikan perpaduan [F1] dan langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha membentuknya. [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan manfaat-manfaat / kebaikan-kebaikan perpaduan [F1] 1M P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha membentuknya [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: MANFAAT A1 lahirlah generasi muda yang akan bertindak sebagai warganegara yang matang lagi bertanggungjawab.. 2M A2 mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat 2M A3 memperbaharui ikatan persahabatan 2M A4 akan meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM). 2M Fokus 2: LANGKAH B1 menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. 2M B2 Sambutan pelbagai hari perayaan 2M B3 Pelancaran dasar ekonomi yang seimbang tanpa prejudis 2M Bahan 2: Fokus 2: LANGKAH B4 Pihak sekolah perlu meningkatkan perpaduan kaum melalui aktiviti kokurikulum 2M B5 Sikap yang baik perlu bermula sejak kecil 2M Bahan 3: Fokus 1: MANFAAT A5 Keluarga bahagia negara merdeka 2M A6 Harmoni negara berkat berpadu. 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, perpaduan kaum perlu diperkukuh agar negara menjadi lebih aman. 2M KS2 Kesimpulannya, perpaduan kaum perlu diperkukuh. 1M
47. PERATURAN PEMARKAHAN TAJUK 14 Pendahuluan P1 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara menggalakkan masyarakat membaca [F1] dan kepentingan-kepentingan/ manfaat-manfaat/kelebihan-kelebihannya [F2] 2M P2 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara menggalakkan masyarakat membaca.[F1] 1M P3 Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan/ manfaatmanfaat/kelebihan-kelebihan membaca [F2] 1M Bahan 1 Fokus 1: LANGKAH A1 program pembudayaan amalan membaca perlu disusun secara sistematik 2M A2 Usaha ini juga haruslah diperluas kepada segenap lapisan masyarakat 2M A3 melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan di seluruh negara 2M A4 industri buku di negara perlulah lbeih berdaya saing 2M A5 penulis, editor dan penerbit buku juga mestilah menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti 2M Fokus 2: KEPENTINGAN B1 menjadi asas kepada pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia. 2M B2 pembacaan juga dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan intelektual diri seseorang. 2M Bahan 2: Fokus 1: LANGKAH B4 Amalan membaca perlu bermula daripada rumah. 2M B5 Sekolah boleh memantapkan lagi pelaksanaan NILAM. 2M Bahan 3: Fokus 2: KEPENTINGAN A5 Kekuatan umat minda bestari. 2M A6 Merangsang saraf membina akal 2M Kesimpulan (2 markah) KS1 Kesimpulannya, membaca merupakan amalan mulia yang perlu diterapkan dalam diri masyarakat agar mampu membangunkan minda 2M KS2 Kesimpulannya, membaca merupakan amalan mulia yang perlu diterapkan dalam diri masyarakat 1M