TEMA 1: ANDA BERSIH ANDA SIHAT Cadangan jawapan karangan bahagian A (cara – cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat) Pendahuluan - Isu kesihatan sering menjadi topik perbincangan dalam media massa - kebanyakan masyarakat menghidap penyakit yang menjejaskan kesihatan sehingga meragut nyawa - perlu diubah dengan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat Isi – isi penting 1 . pemakanan yang seimbang dan sihat - memastikan kesihatan berada dalam tahap yang baik - digalakkan untuk memakan makanan yang sihat dan berkhasiat seperti makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat, buah- buahan dan sayur – sayuran – mengurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan - pengambilan zat dan nutrien yang mencukupi , tubuh badan menjadi sihat dan cergas 2. Pemeriksaan kesihatan secara berkala - membantu mengesan tanda- tanda awal dan merawat sebelum sakit yang lebih kronik - individu boleh melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah, dan tahap kolestrol sekurang – kurangnya enam bulan sekali atau dua kali setahun- mencegah lebih baik mengubati - pemeriksaan kesihatan sangat penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat 3. melakukan aktiviti senaman dan riadah - membantu membakar kalori dan lemak, mengeluarkan peluh dan membina otot yang penting untuk tumbesaran badan - meluangkan masa sekurang- kurangnya 30 minit setiap hari atau tiga kali seminggu untuk bersenam
- senaman dan beriadah memberi pelbagai manfaat lain khususnya dari aspek kesihatan Penutup - Kesimpulannya, banyak cara dan usaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat - jika masyarakat berjaya mengamalkan gaya hidup sihat , negara akan melahirkan individu yang berketrampilan tinggi dan disegani ramai - generasi masa hadapan mampu memacu negara ke arah yang lebih baik
TEMA 2: SUKAN DAN REKREASI SKEMA JAWAPAN Pendahuluan semakin ramai generasi muda meminati permainan elektronik - ibu bapa sanggup berbelanja ribuan ringgit demi memenuhi minat anak mereka - permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, teng teng, gasing dan sepak raga semakin dipinggirkan Isi-isi penting • Memelihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara - dapat mengekalkan warisan budaya bangsa agar generasi pada masa akan datang dapat mengenali permainan tradisional yang terdapat di negara kita. • Sebagai produk pelancongan - permainan tradisional berjaya memikat hati pelancong asing untuk melancong ke Malaysia dan merasai sendiri pengalaman bermain permainan tradisional - membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan untuk diberi kepada rakan mereka. Penutup permainan tradisional harus dipulihara agar kekal dalam seni budaya masyarakat - semua pihak harus bertanggungjawab untuk mengekalkan permainan tradisional
TEMA 3 : KERJAYA MENITI JAYA Standard kandungan 3.4 Menulis untuk sesuatu penulisan secara terancang. Standard pembelajaran 3.4.1.Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. CADANGAN JAWAPAN: Langkah-langkah penulisan resume : 1. Mengenal pasti jawatan yang ingin dipohon. 2. Pastikan anda mengenal pasti keperluan jawatan yang ingin dipohon. 3. Masukkan maklumat penting dan bersesuaian untuk jawatan yang ingin dipohon sahaja (berdasarkan kehendak soalan / pilihan). 4. Maklumat yang diperlukan berdasarkan soalan: i. Butir-butir diri pemohon ii. Jawatan yang dipohon iii. Kemahiran iv. Potensi diri v. Pengalaman vi. Rujukan
TEMA 4: BERSATU KITA TEGUH SKEMA JAWAPAN- TEMA PERPADUAN KARANGAN BAHAGIAN A DSKP Tingkatan 5 3.5 Menulis dan mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik. 3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. FOKUS: Langkah-Langkah Untuk Memupuk Semangat Perpaduan Kaum Di Malaysia 1. Rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum 2. Meraikan hari perayaan kaum malaysia bersama-sama ➢ kunjung-mengunjungi antara satu sama lain ➢ makan dan minum bersama ➢ mengeratkan silaturahim antara kaum ➢ memahami perayaan masing-masing ➢ menghormati antara satu sama lain 3. Melibatkan semua kaum dalam melakukan aktiviti & sukan dalam komuniti 4. Media massa yang menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan
TEMA 5: PENDIDIKAN UNTUK SEMUA SKEMA JAWAPAN – PENDIDIKAN UNTUK SEMUA KARANGAN BAHAGIAN A DSKP Tingkatan 5 3.5 Menulis dan mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik. 3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. FOKUS: KEPENTINGAN ILMU KEPADA GOLONGAN MUDA. Cadangan idea : Syair ▪ Menjadi panduan hidup sepanjang hayat. ▪ Membantu seseorang ketika berada dalam keadaan suka dan duka. ▪ Membantu seseorang mencapai cita-cita. Grafik ▪ Mendapat peluang kerja yang lebih baik dan terbuka. ▪ Melahirkan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. ▪ Mencipta pelbagai peralatan berasaskan keperluan semasa.
TEMA 6: SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI SKEMA JAWAPANPENDAHULUAN Penggunaan Internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat- penggunaan Internet amat ketara sama ada di bandar mahupun luar bandar- wujudnya rangkaian sosial seperti facebook, whatsapp, Instagram dan TikTok- manfaat dapat diperoleh daripada penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat CADANGAN IDEA 1. Mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat- pengguna hanya perlu menaip maklumat yang dikehendaki dalam enjin carian Google atau Yahooboleh mendapat maklumat mengenai berita terkini yang berlaku di dunia- mencari maklumat menjadi lebih mudah dengan menggunakan Internet 2. Menyelesaikan pelbagai urusan seharian – kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada kerajaan mahupun swasta – pembayaran bil dan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja – urusan melalui Internet dapat menjimatkan masa 3. Meningkatkan mutu pendidikan negara – ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak secara dalam talian – memudahkan guru dan pelajar berinteraksi secara dalam talian – kementerian pelajaran Malaysia berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke arah pendidikan bertaraf dunia 4. Meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran – bahan dalam Internet yang dikendalikan oleh guru pakar mampu memperkasakan kemahiran pelajar – guru membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi di laman web atau aplikasi tertentu PENUTUP Masyarakat di negara ini perlu memanfaatkan penggunaan Internet kerana segala maklumat berada di hujung jari – pihak berwajib perlu mendidik masyarakat menggunakan Internet bagi melahirkan generasi yang celik IT
TEMA 7 : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN Skema jawapan Pendahuluan Sektor pertanian – berpotensi besar - meningkatkan kemajuan dan ekonomi negara – tidak dipinggirkan oleh kerajaan – berusaha memajukan bidang pertanian. Kebaikan sektor pertanian Bahan 1 1. Menjana pendapatan petani dan nelayan 2. Merangsang ekonomi Bahan 2 1. Menambah pendapatan – sumber kewangan berterusan 2. Kehidupan terjamin – rezeki betambah berkat Bahan 3 1. Contoh – penternakan ikan hiasan – sumber ekonomi negara Penutup / kesimpulan - Sektor pertanian dan penternakan membawa keuntungan yang besar kepada negara - Mampu memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara - Galakkan generasi muda menceburi bidang pertanian dan penternakan
TEMA 8 : MELANCONG MENCARI MAKNA Cadangan jawapan Bahan 1 1. Dapat meningkatkan ekonomi negara 2. Mengeratkan hubungan silaturahin 3. Mendapat pengalaman baharu 4. Meningkatkan ilmu pengetahuan Bahan 2 1. Belajar sambil melancong Bahan 3 Contoh tempatt menarik di Malaysia 1. Langkawi 2. Menara Berkembar Kuala Lumpur 3. Kuching, Sarawak
TEMA 9: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN CADANGAN JAWAPAN Pendahuluan Menabung atau menyimpan wang merupakan satu amalan yang murni- pelbagai cara untuk menyimpan wang-sifat ini perlu ditanam dalam diri anak-anak semenjak kecil- Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelbagai manfaat diperoleh-menabung Bahan 1 1. Membantu di hari muka 2. Berjimat ketika berbelanja Bahan 2 1. Menjamin masa depan yang cerah - digunakan untuk melanjutkan pelajaran bagi anak-anak - membiayai kos sara hidup 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan - membiayai kos perubatankemalangan - malang tidak berbau 3. Memupuk amalan berjimat-cermat dan menjauhi sikap boros - sikit-sikit lamalama jadi bukit 4. Menjadi teladan kepada anak dan orang sekeliling - pengaruh positif kepada masyarakat untuk sama-sama mengamalkan amalan menabung Penutup Amalan menabung perlu dijadikan gaya hidup bagi setiap individu khususnya anakanak-penggemblengan tenaga dan usaha untuk memupuk amalan menabungperjalanan yang beribu langkah mestilah bermula dengan langkah pertama
TEMA 10: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU Cadangan Jawapan Kepentingan teknologi hijau Bahan 1 1. Meningkatkan tahap kesihatan 2. Mengurangkan penggunaan bahan yang boleh diambil kira 3. Meningkatkan pembangunan ekonomi negara 4. Mempromosikan kecekapan dan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna. Bahan 2 1. Mempromosikan kecekapan guna tenaga 2. Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan 3. Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi canggih 4. Kualiti hidip rakyat dapat dipertingkatkan
TEMA 11: DUNIA SELAMAT MILIK KITA Cadangan Jawapan Kebaikan pengurusan masa kepada seseorang. Pendahuluan - Pengurusan masa penting dalam kehidupan seseorang - Kata-kata hikmat : Masa akan berlalu, masa tidak menunggu mereka yang leka - Masa perlu diuruskan dengan bijak - Terdapat banyak kebaikan pengurusan masa kepada seseorang Isi-isi 1. Dapat menjalani kehidupan dengan keadaan tenang dan gembira - Kehidupan lebih tenang kerana segala aktiviti harian disusun dengan perancangan masa yang baik - Mendahului tugasan yang penting disusuli dengan tugasan yang lain - Tidak tertekan semasa menguruskan aktiviti seharian 2. Dapat membentuk disiplin diri yang terpuji - Memupuk sifat menepati masa kerana mampu menguruskan masa dengan tersusun - Patuh kepada peraturan yang yang ditetapkan - Jadual dirancang dengan sistematik dapat membentuk jati diri yang baik - Membentuk peribadi yang luhur 3. Tugasan dapat disiapkan dengan baik - Ketepatan masa dalam menyiapkan tugasan yang diberikan - Tugasan tidak disiapkan dengan tergesa-gesa - Menghasilkan tugasan yang berkualiti Kesimupulan - Pengurusan masa sangat signifikan dalam kehidupan seseorang - Seseorang perlu menguruskna masa dengan lebih efisien - Sesungguhnya, seseorang yang dapat menguruskan masa dengan bijak akan dapat mengatur hidupnya dengan sempurna - Mampu menjamin kejayaan pada masa hadapan
TEMA 12: KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA RANGKA KARANGAN Pendahuluan - Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. - Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. - Kebanyakan daripada permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. - Oleh itu, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan permainan tradisional di negara kita? Isi 1- Pihak kerajaan atau pihak sekolah perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar melalui pertandingan - Pertandingan permainan tradisional boleh diadakan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum seperti Minggu Permainan Tradisional di peringkat sekolah. - Contohnya, pertandingan congkak dan batu seremban dibuka kepada pelajar perempuan dan pertandingan sepak raga serta dam aji dibuka kepada pelajar lelaki. - Jelaslah bahawa penganjuran pertandingan di pelbagai peringkat dapat memartabatkan semula permainan tradisional. Isi 2- Pihak Kerajaan atau Institusi pengajian tinggi perlu mengadakan pameran permainan tradisional - Pameran permainan tradisional perlu dilakukan secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada rakyat Malaysia. - Misalnya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau institusi pengajian tinggi perlu mengadakan pameran permainan tradisional sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memberi pendedahan kepada masyarakat. - Tegaslah bahawa pameran permainan tradisional perlu diadakan untuk memartabatkan permainan tradisional sebagai warisan budaya kita. Penutup - Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara sepanjang zaman. - Permainan tradisional ini perlu dikekalkan melalui pelbagai usaha kerana peribahasa ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
TEMA 13 : JATI DIRI, WARGANEGARA PATRIOTIK SKEMA KARANGAN A (Langkah-langkah menyemai semangat patriotisme) Pendahuluan - Semangat Patriotisme ialah perasaan cinta akan negara yang ada dalam diri seseorang. - Semangat ini perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda. Isi 1 - Mengadakan Kem Jati Diri - Untuk memberi kesedaran tentang pentingnya semangat patriotisme dalam diri. Isi 2 - Menubuhkan Kelab Sejarah - Contohnya di sekolah,institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Isi 3 - Menganjurkan Pertandingan - Contohnya pertandingan tentang sejarah negara dan semangat patriotisme Penutup - Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
TEMA 14: CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA RUBRIK Calon sepatutnya menulis tentang usaha-usaha menggalakkan amalan membaca Huraian boleh menyentuh: Pendahuluan • Amalan membaca semakin berkurang- terutama kalangan anak-anak • Lambakan teknologi mudah alih – permainan dan video interaktif • Pelbagai usaha perlu dilakukan – meningkatkan amalan membaca Isi-isi penting 1. Ibu bapa membudayakan amalan membaca di rumah • Ibu bapa memperuntukan masa membaca bersama-sama • waktu terluang- sebelum waktu tidur, membaca bersama-sama selama satu jam 2. Pihak sekolah menggalakkan aktiviti galakan membaca • Pelbagai pertandingan dianjurkan mengikut tema • Penglibatan guru, murid, ibu bapa, komuniti (pembacaan NILAM di rumah) • Pelbagai hadiah menarik ditawarkan. 3. usaha pihak kerajaan/swasta/gabungan penerbit buku menganjurkan pesta buku. • Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku. • Pesta buku dijadikan destinasi menarik /wajib oleh masyarakat. • Ibu bapa membeli buku untuk semua anak walaupun anaknya masih kecil. Penutup • Pembangunan prasarana dan galakan aktiviti membaca mesti diteruskan. • Perpustakaan mesti dilengkapkan dengan buku-buku dari tahap prasekolah lagi. • Ruang bacaan di premis beli-belah, kafeteria, restoran dan lain-lain disediakan untuk kemudahan pengunjung.
TEMA 15: INDUSTRI CEMERLANG NEGARA GEMILANG T15 RUBRIK KARANGAN BAHAGIAN A Pendahuluan • Industri Kecil dan sederhana (IKS) bermaksud industri yang melibatkan perusahaan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan perkilangan bagi menghasilkan produk yang tidak melebihi RM25 juta setahun • jumlah kakitangan sepenuh masa Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) tidak melebihi 150 orang • di Malaysia, industri ini diselia oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isi-isi penting 1) Dapat menyemarakkan industri pelancongan dalam negara • pelancong mendapatkan cenderahati yang berkaitan dengan budaya atau warisan kepada tempat yang dilawati • di Malaysia, perusahaan seperti batik, songket dan labu sayong • bukan sahaja mendapat permintaan daripada pengguna tempatan tetapi juga mampu menarik minat pelancong asing untuk membelinya. 2) Dapat membuka peluang pekerjaan • PKS di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kepada setiap lapisan masyarakat setempat • masyarakat yang mengikuti pengajian pendidikan dan latihan vokasional (TVET) lazimnya akan mendapat tawaran bekerja di dalam IKS • kewujudan PKS di kawasan kampung atau desa telah memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang menghadapi badai kehidupan • contoh, golongan OKU dan ibu tunggal boleh bekerja di bahagian yang memerlukan tenaga kerja separa professional seperti pembungkusan • memberikan mereka punca rezeki untuk meneruskan kehidupan. 3) Dapat membuka ruang untuk inovasi, kajian dan penyelidikan • PKS mengambil langkah yang progresif untuk mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam penyediaan produk mereka • seperti keropok lekor –dahulu dibungkus dengan surat khabar – pembungkusan telah ditambah baik –menggunakan proses vakum • selain dapat meningkatkan mutu produk yang dihasilkan, tenaga kerja tempatan juga dapat meningkatkan kemahiran mereka Penutup • Kesimpulannya, industri kecil dan sederhana mempunyai banyak kepentingan kepada individu, masyarakat dan juga negara • kemaslahatan ini perlu dikekalkan supaya setiap di antara kita menerima manfaat yang menguntungkan • sekiranya potensi industri kecil dan sederhana diberi tumpuan, pastinya kita mampu menghasilkan perusahaan yang terkenal di mata dunia.