The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiaqi990515, 2022-05-08 05:57:46

Copy of Rumah Gula-Gula (6)

Copy of Rumah Gula-Gula (6)

Rumah
Gula-Gula

Wong Jia Qi



Di sebuah kampung, terdapat sebuah rumah yang
sangat istimewa dan disukai oleh kanak-kanak.

Pintunya diperbuat daripada coklat, sofa dan katil
diperbuat daripada gula-gula kapas, meja diperbuat
daripada roti dan tandas diperbuat daripada kek.

Boleh dikatakan rumah itu sepenuhnya diperbuat
daripada roti, kek dan gula-gula.

Di dalam rumah itu, tinggal Kisha dan ibu bapanya.
Kisha berumur lima tahun dan ialah seorang anak
tunggal.

Ibu bapanya adalah ahli perniagaan. Mereka
menjalankan sebuah kedai roti di kampung,
perniagaannya sangat baik.

Mereka sangat sibuk setiap hari, mereka jarang
meluangkan masa dengan Kisha.

Mujur ada empat roti halia menemaninya iaitu
Izzuddin, Aieni, Azura dan Faizul.

Setiap hari selepas ibu bapa Kisha keluar bekerja,
dia dan roti halia akan bermain berhampiran
rumahnya.

Pada suatu hari, Kisha dan roti halia bertemu
seekor anak landak ketika bermain belon di taman.

Anak landak bertanya kepada mereka, “Bolehkah
saya bermain dengan awak semua? kerana tiada
kanak-kanak yang bermain dengan saya”.

Kisha menjawab, “Boleh, jom main bersama-sama”.

“Pop”, belon itu pecah secara tiba-tiba. “Kenapa
belon tiba-tiba pecah?”, tanya oleh Aieni.

Anak landak berkata dengan malu, “ia ditusuk oleh
duri pada badan saya”. “Tak apa, mari kita tukar yang
lain”, kata Aieni.

Lepas itu, semua belon mereka teleh ditusuk oleh
anak landak satu persatu. Anak landak berasa tidak

pop popgembira kerana tiada belon untuk bermain.

Untuk menggembirakan anak landak, Faizul terfikir
untuk membuat belon daripada kain.

Mereka mula mencari bahan untuk membuat belon.
Dengan usaha mereka, mereka akhirnya membuat
belon dalam masa dua jam.

Izzuddin berkata, “Jom, mari kita terus bermain
belon”. Kali ini belon tidak lagi ditusuk oleh duri anak
landak.

“Marilah kita berehat dan berbual di bawah pokok
itu”, kata Aieni selepas bermain sepanjang pagi.

Pada sebelah petang, anak landak mahu pulang ke
rumah. Kisha berkata kepadanya, “ lain kali kita
bermain bersama lagi”.

Anak landak sangat gembira kerana ada yang sudi
bermain dengannya. Selepas seketika, Kisha dan roti
halia pun pulang ke rumah.

Pada suatu pagi, Kisha dan roti halia sedang dalam
perjalanan untuk bermain badminton. Azura terlihat
seekor anak kucing menangis.

“Hai, mengapa awak menangis di sini”, kata Aieni.
Anak kucing itu menjawab, “Saya berpisah dengan ibu
saya, saya tidak dapat mencarinya”.

Azura berkata kepadanya, “Jangan takut, kami
akan membantu awak mencari ibu awak. Apa nama
awak?”. “Nama saya ialah Nisa”, jawab anak kucing.

Kemudian, mereka bertanya ramai penduduk, tiada
siapa yang tahu di mana Nisa tinggal atau siapa ibu
Nisa.

Tiba-tiba, terdapat seekor musang bertanya pada
mereka sama ada mereka mencari ibu Nisa. Dia
memberitahu mereka bahawa dia tahu di mana ibunya
dan boleh membawa mereka mencari ibu Nisa.

Mereka berfikir musang akan membawa mereka
mencari ibu Nisa, mereka pergi bersama musang.
Sudah setengah jam mereka berjalan, mereka tidak
berjumpa dengan ibu Nisa.

“Adakah anda fikir kami telah ditipu oleh orang jahat,
tempat ini tidak kelihatan seperti ada orang pernah ke
sini”, Azura tanya Faizul dengan berbisik-bisik.

“Saya juga merasakan perkara yang sama. Kita kena
cari jalan untuk melarikan diri, jangan biarkan
rancangan dia berjaya”, balas Faizul kepada Azura.

Tetapi sudah terlambat, musang telah membawa
mereka ke sebuah rumah. Mereka semua mula takut.

Faizul menjumpai sebatang kayu di atas tanah, dia
segera mengambilnya dan memukul musang. Mereka
segera melarikan diri apabila musang pengsan.

Dalam perjalanan untuk melarikan diri, seekor
Arnab tertanya-tanya mengapa mereka berlari.

"Tadi kami dibawa ke rumah terpencil oleh musang,
dia mahu mengurung kami. Mujur Faizul memukul
musang sehingga dia tidak sedarkan diri. Kami dapat
melarikan diri", kata Kisha.

“Kenapa awak semua dibawa ke sana oleh
musang?”, Arnab bertanya.

Arnab mengetahui selok-belok perkara itu, dia
membawa mereka ke balai polis.

Mereka ternampak ibu Nisa apabila mereka masuk
ke balai polis. Ternyata ibu Nisa tidak menjumpainya,
dia pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu.

Arnab memberitahu pak cik polis apa yang berlaku
kepada mereka.

“Lain kali jumpa sesiapa sesat, bawa dia ke balai
polis, jangan tolong dia sendiri, bahaya sangat”, pak
cik polis itu memberitahu Kisha dan roti halia.

Akhirnya, Nisa menjumpai ibunya, Kisha dan roti
halia terus pergi bermain badminton.

Pada hari lahir ibu Kisha, Kisha mengadakan
majlis hari jadi untuk ibunya. Dia menjemput empat
roti halia, anak landak, Nisa dan kanak-kanak lain ke
majlis hari jadi.

Kisha ingin membuat kek hari jadi untuk ibunya.
Tetapi Kisha tidak tahu membuat kek.

Kisha terfikir bahawa rumahnya diperbuat
daripada kek, dan dia boleh menggunakan bahan-
bahan ini untuk membuat kek hari jadi ibunya.

Dia mula menghias kek hari jadi dengan coklat,
gula-gula kapas dan biskut.

Pada waktu malam, ibu bapa Kisha pulang dari
kerja. Mereka mula menyambut hari lahir ibunya.

“Kek ni saya buat sendiri, cantik tak?”, tanya Kisha
kepada ibu bapanya. “Di manakah anda mendapat
bahan-bahan ini?”, ibunya bertanya kepadanya.
“Dapat di rumah kami”, jawab Kisha.

Ibu bapanya memberitahunya supaya tidak
mengambil kek dan gula-gula di rumah itu, rumah
akan runtuh. Kisha berjanji ibu bapa tidak akan
mengambilnya lagi.

Akhirnya, mereka mengadakan majlis hari jadi
yang seronok.

Keesokan harinya, Kisha keluar bermain seperti
biasa. Apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati
rumah gula-gula itu telah runtuh.

Dia sangat takut, dia segera memberitahu kepada
ibu bapanya. Ibu bapa Kisha segera menghubungi polis.

Keluarga Kisha berpindah tinggal bersama roti
halia. Selepas siasatan polis, ia adalah kerana
beberapa kanak-kanak mendengar Kisha berkata
coklat dan kek di rumah gula-gula itu boleh dimakan,
mereka mencuri makan, menyebabkan rumah gula-
gula itu tidak seimbang dan runtuh.

Akhirnya, apabila Kisha hampir memasuki sekolah
rendah, ibu bapanya membeli sebuah rumah baru di
bandar. Kisha berpindah dari rumah roti halia.

Sejak itu, tiada roti halia bermain dengannya lagi,
tetapi dia akan sentiasa mengingati rumah gula-gula
dan masa gembira di kampung.




Click to View FlipBook Version