The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by redzna1501, 2021-09-07 12:13:50

buku program MAT PIBG 2020

buku program MAT PIBG 2020

1

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

1. Sekapur Sirih, Seulas Pinang YDP PIBG ................................ 3
2. Sekapur Sirih, Seulas Pinang Guru Besar............................. 4
3. Aturcara Majlis… .................................................................. 5
4. Jawatankuasa PIBG 2020/2022............................................6
5. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2021....... 6-7
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30/2020................... 8-9
7. Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2020.....................10-11
8. Laporan PIBG Tahun 2020... ................................................12
9. Laporan Unit Kurikulum Tahun 2020 .................................. 13
10.Laporan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Tahun 2020............ 14
11.Laporan Unit KoKurikulum Tahun 2020..............................15
12.Laporan Unit Pendidikan Khas Tahun 2020 ........................16
13.Usul dan Cadangan..............................................................17
14.Penghargaan........................................................................18

2

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

YDP PIBG

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang diberi

dapat saya menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa
dan guru-guru yang dapat mengikuti Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa danGuru Sekolah
Kebangsaan Tanah Putih Baru kali ke 31 secara online pada tahun ini.

Perhubungan baik antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini yang sedia
terjalin perlu diteruskan dan menjadi harapan saya agar kerjasama murni ini menjadi semakin
akrab pada masa depan. Mesyuarat Agung ini adalah peluang terbaik untuk para ibubapa
mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah.

Kejayaan cemerlang sekolah dalam pelbagai bidang adalah berkat usaha gigih
pelajar, tunjuk ajar tanpa jemu guru-guru serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada
pihak ibubapa dalam pelbagai bentuk baik masa, wang ringgit dan tenaga. Jesteru itu, saya
menyeru ibubapa agar meneruskan sokongan moral dan material kepada pihak sekolah
dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dan sahsiah terpuji.
Tonggak kejayaan tersebut adalah hasil gabungjalin terbaik antara ibu bapa dan warga
pendidik di sekolah ini.

Jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik SK Tanah Putih Baru yang telah
melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik sertamembimbing anak-anak
kami dengan seikhlas hati.

Akhir kalam, saya mendoakan semuan urusan kerja buat kita sebagai ibubapa dan
guru sentiasa diredhai Allah dan mendapat rahmatNya.

Sekian,terima kasih.

PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI SHAIKH MAHD IDRIS

Yang Dipertua PIBG
SK Tanah Putih Baru

3

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

GURU BESAR

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW,keluarga dan para sahabatnya.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menulis di
ruangan ‘sekapur sireh seulas pinang’ sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Tanah Putih Baru
kali ke-31. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab
memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasa sekolah.
Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutama menyokong kemajuan pencapaian
akademik, kokurikulum dan sahsiah murid-murid. Sesungguhnya PIBG merupakan nadi kepada
hubungan antara ibubapa dengan pihak sekolah.Lantaran itu diharap PIBG SKTPB terus mara
dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah, seterusnya mencipta
kegemilangan SKTPB.Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan
yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid.

Semoga anak-anak SKTPB akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
semua aspek dengan adanya kesepakatan antara pihak sekolah dan PIBG. Peranan ibu bapa
dalam membantu pembelajaran anak-anakdi rumah tidak dapat dinafikan. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama ketika
berada di rumah. Dalam era pandemik covid-19 ini, peranan ibu bapa menjadi lebih besar
untuk bersama-sama merealisasikan hasrat KPM iaitu tiada murid yang tidak dapat akses
ilmu. Marilah kita sama-sama mendidik, membimbing dan memimpin anak-anak dengan
langkah yang sentiasa seiring dalam mengejar perkembangan dunia pendidikan. Teknologi
digital semakin berkembang pesat. Justeru ibu bapa,dan pihak sekolah perlu bergerak senada
seirama, selangkah sederap untuk melakar impian mencipta kecemerlangan dalam akademik,
kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG dan semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SKTPB pada kali ke-31 ini.Saya berharap jalinan kerjasama PIBG
dengan sekolah akan terus dipererat dan dikemaskan lagi bagi mencapai lebih banyak
kecemerlangan pada masa hadapan. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan
keredaan Allah SWT hendaknya. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru
yang telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dalam situasi PDPR yang
penuh mencabar ini.. Tidak lupa juga kepada barisan AJK PIBG sesi 2020/2022 dan ibu bapa
yang komited untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat kali ini.

Sekian, terima kasih.
Tahniah dan selamat bermesyuarat.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAMDAN BIN SALEH
Guru Besar,
SK Tanah Putih Baru

4

Aturcara majlis

8.30 pagi : Pendaftaran Ibubapa dan guru

9.00 pagi : Bacaan Doa
En Mohd Khairul bin Abas

Ucapan Aluan
En Hamdan bin Saleh (Guru Besar SKTPB)

Ucapan Perasmian
En Mohd Faizal bin Jaafar SMP., AAP.
(Ketua Pegawai Eksekutif PKNP)

9.30 pagi : Mesyuarat PIBG Kali ke 31/2021
Pn. Siti Zubaidah binti Shaikh Mahd Idris (YDP PIBG)

AGENDA MESYUARAT

➢ Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG
➢ Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30/2020
➢ Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31.12.2020
➢ Membentang Laporan Kurikulum, Kokurikulum, HEM dan Pendidikan Khas
➢ Membahas dan Menerima Usul
➢ Hal-hal Lain
➢ Ucapan Penangguhan
➢ Bersurai

5

Jawatankuasa pibg

Penasihat : En Hamdan bin Saleh – Guru Besar
Pn. Rosnawati bt Khashim – PK Pentadbiran
N. Penasihat : Pn. Wan Zubaidah bt Wan Ab Ghani – PK HEM
En. Md Azharuddin bin Md Aris – PK Kokurikulum
: En. Arif Rifashah bin Mohammad Yunos– PK Pend Khas
Pn. Siti Zubaidah binti Shaikh Mahd Idris– YDP PIBG
:
Pn. Nazira binti Abdul Karim - NYDP PIBG
:
Pn. Khairul Najua binti Abdul Hanif
Pengerusi :
Pn. Suhana binti Jilan
N. Pengerusi :
Pn. Nor Azian binti Zainudin
Setiausaha :
Pn. Samsinah bt Md Said
N. Setiausaha :
Pn. Wan Noridah binti Wan Abdul Rahman
Bendahari :

N. Bendahari :

Pemeriksa Kira-kira :

AHLI JAWATANKUASA PIBG (GURU/IBUBAPA)

1. Zuhaira binti Zainordin - AJK Guru
2. Zuraida binti Abd Manaf - AJK Guru
3. Badrulnizam bin Abu Bakar - AJK Guru
4. Mohd Nizam bin Ishak - AJK Guru
5. Hamaliziana bt Mohammad - AJK Guru
6. Kairi Isan bin Abas - AJK Ibu bapa
7. Syed Nor Alam bin Syed Hasan - AJK Ibu bapa
8. Rizal Aswadi Bin Ismail - AJK Ibu bapa
9. Kamal bin Hamzah - AJK Ibu bapa
10. Adnan bin Mat Firu (KPKP) - AJK Ibu bapa
11. Roos Liza Binti Mat Rameli (Pra Ibnu Sina) - AJK Ibu bapa
12. Julie Zuraina Binti Che Kob (Pra Ibnu Khaldun) - AJK Ibu bapa
13. Mohd Faizal Bin Mohd Shaupi (Pra KPKP) - AJK Ibu bapa

AJK PELAKSANA

URUSETIA PROGRAM & BUKU PROGRAM
1. Pn. Khairul Najua binti Abdul Hanif (SU PIBG)
2. Pn. Suhana binti Jilan
3. Pn. Nor Azian binti Zainudin (Bendahari PIBG)

SAMBUTAN & PROTOKOL
1. En Hamdan bin Saleh
2. Pn. Siti Zubaidah binti Shaikh Mahd Idris
3. Pn. Nazira binti Abdul Karim

6

ICT (LIVE, UNDIAN, CABUTAN BERTUAH)
1. Pn. Nurhanis Marsilla bt Hassan Basri (K)
2. En. Kamaruzzaman bin Md Khalid
3. Pn. Khairul Najua binti Abdul Hanif
4. Pn. Suhana binti Jilan
RAKAMAN & FOTOGRAFI
1. Pn. Hamaliziana bt Mohammad (K)
2. En Mohd Nizam bin Ishak
BACAAN DOA
En. Mohd Khairul bin Abas
PENGACARA MAJLIS
Pn. Noor Halidah bt Ghazali
PERASMIAN & CENDERAHATI
Pn. Zuhaira binti Zainordin
PENCATAT MINIT MESYUARAT
1. Pn Samsinah bt Md Said (K)
2. Pn Mazidah bt Johore
3. Pn Nurfarizah bt Abd Latiff
PENDAFTARAN
1. Pn Zuraida bt Ab. Manaf (K)
2. En Badrulnizam bin Abu Bakar

7

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-30/2020

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH BARU
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU(PIBG)

KALI KE-30 / 2020

TARIKH : 06 MAC 2020 (JUMAAT)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI PELANGI
PENGERUSI : EN. ABDUL MUBIN BIN HAJI AHMAD

KEHADIRAN : 106 ORANG

1. UCAPAN ALUAN

1.1 Perutusan Pengerusi

1.1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada ibubapayang hadir pada
hari ini.

1.1.2 Memaklumkan komitmen ibubapa dalam PIBG sekolah amat penting dalam mendidik murid-
murid SK Tanah Putih Baru.

1.1.3 Mengharapkan sumbangan PIBG RM50 dikekalkan

1.2.1 Perutusan Wakil Penasihat

1.2.2 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa
yang dapat hadir pada hari ini.

1.2.3 Memaklumkan kepada ibubapa bahawa PIBG merupakan persatuan yang membantu
menghidupkan program-program sekolah.

1.2.4 Memohon kerjasama daripada ibubapa supaya memberi kerjasama untuk sekolah
melaksanakan program yang telah dirancang.

1.2.5 Menyatakan penggunaan APDM dalam sistem kehadiran
1.2.6 Murid tidak akan menggunakan lagi thumb print bermula tahun ini berikutan terdapat masalah

sistem
1.2.7 Hanya para guru dan kakitangan sokongan sahaja yang akan menggunakan sistem thumb print

dengan menyumbang bayaran RM10 seorang untuk setahun bagi membayar sistem tersebut
1.2.8 Calon UPSR 46 orang
1.2.9 Guru kelas akan mengisi SSDM tentang perlakuan baik dan buruk murid.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KE - 29
2.1 Dicadang dan disahkan oleh Puan Nazira Binti Karim
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Puan Norliza

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PEMBENTANGAN AGENDA

4.1 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG SK Tanah Putih Baru
4.1.1 Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Tahunan PIBG SK Tanah Baru oleh

Setiausaha PIBG sekolah.

8

4.2 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG SK Tanah Putih Baru
berakhir31 Disember 2018

4.2.1 Pembentangan oleh Pn. Nor Azian binti Zainuddin.
4.2.2 Dicadang dan disahkan oleh Pn. Siti Khatijah binti Zulhairi
4.2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Jimi Aliza binti Abdul Latiff

4.3 Fokus Mesyuarat

4.3.1 Perlantikan AJK PIBG 2020 -2022

4.3.2 Dilaksanakan oleh pengerusi sementara En. Mohd Idham Bin Ibrahim

4.3.3 Pengerusi : Pn. Siti Zubaidah Binti Syeik Idris

Naib Pengerusi : Pn. Nazira Binti Karim

AJK PIBG : En. Khairil Isan

4.4 Membahas dan Menerima Usul
4.4.1 Sumbangan PIBG sebanyak RM50 bagi tahun 2020 dikekalkan sepertimana tahun lepas.

Sumbangan PIBG RM 50 untuk tahun 2021 perlu dikutip pada sesi pembelian buku iaitu akhir
tahun 2020 bagi melancarkan program PIBG.

Usul : En. Abdul Mubin
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan usul tersebut.

4.4.2 Membacakan usul Pn. Nurul Huda iaitu harga makanan di luar sekolah terlalu mahal. Hal ini
telah ditegur oleh En. Romagan sebelumnya dan memuji harga makanan di kantin yang murah
dan rasa yang sedap.
Usul : Pn. Nurul Huda

5.0 HAL – HAL LAIN
5.1 Penukaran Tandatangan Cek Bank PIBG SK Tanah Putih Baru
5.2 Bekas YDP PIBG En Abdul Mubin menyarankan untuk penukaran tandatangan pada buku cek

bank PIBG SKTPB memandangkan beliau telah bersara kepada pengerusi, setiausaha dan
bendahari baharu.

Tindakan : Pengerusi,Setiausaha,Bendahari

6.0 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG / ahli mesyuarat.
6.2 Mesyuarat kali ini ditangguhkan dan akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Pencatat 1 : Pencatat 2:

………………………… ………………………………
(PN. NURFARIZAH BINTI ABDUL LATIF) (PN. NAZLI BINTI DOLLAH @ YUSOF)

Pencatat 3 : 1

………………………… 9
(PN. ZURAIDA BINTI AB MANAF)

Laporan kewangan pibg

10

11

Laporan pibg 2020

BIL BUTIRAN
1 Penukaran Setiausaha Kehormat PIBG

Pn Khairul Najua menggantikan En. Mohd Idham atas faktor kesihatan
2 Mesyuarat AJK PIBG – 3 kali
3 Gotong-royong Perdana – mengecat dinding dewan
4 Program Guru Penyayang – menyambut kehadiran murid datang dan pulang
5 Perancangan - membina saluran air di tepi Barung untuk mengelakkan

takungan ketika hujan lebat

12

Laporan kurikulum 2020

PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2020
1. Program BCK/Pemulihan Fasa 2

- Tahun 2 (10 orang)
- Tahun 3 (5 orang)
2. Program Cakna Baca
- Tahun 3 (3 orang)
3. Program Tulisan Cantik
- Tahap 1 (15 orang)

13

Laporan hem 2020

BIL TARIKH BUTIRAN

1. 2 Januari Program Back To School dan Sekolah Penyayang 2020. Anjuran RTM PhgFM
2020 serta kerjasama antara Mr Booster My Life, Pegawai Perhubungan Sekolah
(PSS) dan SKTPB

2. 30 Januari Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

2020

3. Program Setiap pagi Khamis 7.30 – 8.00 pagi

Semai

Kasih

4. 3 Februari Penyerahan Sumbangan Beg Sekolah Kepada Pelajar Asnaf oleh Coop Bank

2020 Pertama kepada 10 orang pelajar.

5. 4 Februari Ziarah Cakna ke rumah pelajar yang sakit
2020 Program Pencegahan Denggi bersama PKD Kuantan

6. 14 Program Minuman Berkhasiat bersama MILO
Februari
2020 Pelancaran Program JOM KE SEKOLAH

7. 18 Gotong-royong Membuat Penjarakan SOP COVID-19 di kantin
Februari Penyampaian Sijil Penghargaan kepada kelas-kelas yang mencapai kehadiran
2020 melebihi 95 %

8. 24
Februari
2020

9. 11 Jun
2020

10. Setiap
bulan

11. Penyerahan Sumbangan PRIHATIN kepada murid yang kematian ibu atau
bapa sepanjang tempoh PKP 2020.

12. 15 – 19 Minggu PPDa. Penyampaian hadiah pada 30 Jun 2020
Jun 2020
Gotong-royong SOP Covid-19 di laluan murid.
13. 30 Jun
2020 Gotong-royong keceriaan sekolah bersama PIBG

14. 19 Ogos Penyerahan bantuan
2020 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada 25 Februari 2020
Elaun Murid Khas (EMK) 2 kali setahun
15. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada 18 Ogos 2020
Biasiswa Yayasan Pahang (BSR YP)

16. 12 Oktober Taklimat Program Susu Sekolah (PSS) kepada 62 orang penerima RMT

2020 (Perdana – 22 orang, Pendidikan Khas – 40 orang)

14

Laporan kokurikulum 2020

1. Merentas Desa
2. Sukan Tahunan Sekolah
3. Sambutan Bulan Kemerdekaan
4. Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan
5. Program Mingguan Aktiviti Perjumpaan Kelab,Sukan Permainan dan Unit Beruniform
6. Sambutan Hari Raya (Online)
7. Hari Sukan Negara
8. Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
9. Program Kesedaran Kecergasan Diri

15

Laporan PENDIDIKAN KHAS 2020

1. Program Audio dan Visual – GSC Berjaya Megamall
2. “Basic Of Life” & “Spin To Strike”. Adaptasi Pengurusan Diri Dan Kemahiran Manipulatif

- AlDante dan Pusat Boling
3. Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Daerah
4. Karnival Sukaneka Pendidikan Khas Daerah Kuantan – SK Cenderawasih
5. Program Sukarelawan Japanese International Cooperation Agency (JICA)
6. Karnival e-Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas PAsca Covid19 Peringkat Daerah

Tempat ke3 , Pertandingan e-Nyanyian SOLO (Rendah)
Naib Johan, Pertandingan Seni Tari Berkumpulan
.7. Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Kuantan/Negeri/Kebangsaan 2020
e-Hafazan Al-quran - Johan (Daerah & Negeri), Penyertaan (Kebangsaan)
e-Tarannum - Johan (Daerah & Negeri), Penyertaan (Kebangsaan)
e-Nyanyian Lagu Dakwah Solo – Penyertaan (Daerah)

16

CADANGAN & usul

Pemberi Cadangan Nama anak Butiran Cadangan

Zeti Amirah Binti Qisya Balqish Binti Elmi Sekolah dibuka pada tahun
Seman@ Abd Jabar (Pendidikan Khas) depan bila kes covid kurang

dari 1000 kes.

Nurlailati Hadzli Bin Sehabli Cadangan agar sekolah
(Tahun 1) dibuka

Pemberi Usul Nama anak Butiran Usul

Nazira Binti Abdul Adam Muqriz Bin Sumbangan PIBG 2022
Karim Ahamed Naseer dikutip awal sebelum MAT

(Tahun 1) ke32/2022 diadakan,
bermula semasa Pembelian

Kelengkapan 2022.

17

penghargaan

Yang Di Pertua PIBG
Dan Semua AJK PIBG SK Tanah Putih Baru 2020/2022

Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada:

En. Mohd Faizal bin Jaafar SMP., AAP.
(Ketua Pegawai Eksekutif PKNP)
Guru Besar SKTPB,
Guru-guru SKTPB,
Ibu Bapa/Penjaga,
Kakitangan Sekolah,

Pekerja Swasta, Murid-murid dan Semua Pihak
Yang Telah Memberi Kerjasama,

Tenaga, Sumbangan Idea, Masa dan Wang
Bagi Menjayakan

MAT PIBG Kali Ke 31/2021

18


Click to View FlipBook Version