Proses
Endogenik
HUGH XAVIER
AK LINANG
Konsep Dan Proses Endogenik
* Proses Endogenik merupakan satu proses dalaman bumi yang digerakkan oleh tenaga haba
radioaktif yang berasal dari dalam kerak bumi.
* Tenaga haba ini wujud dalam lapisan mantel bumi ( lapisan astenosfera ) iaitu lapisan batuan
separa cair.
* Tenaga haba ini menghasilkan arus-arus perolakan yang panas bagi membolehkan proses
seperti :
• Seismik ( gempa bumi )
• Volkanik ( gunung berapi )
• Tektonik
• Pembentukan Tsunami
• Gelinciran dan Lipatan Kerak Bumi
• Igneus dan Pembentukan Batuan
Proses Pembentukan Bentuk Bumi Lipatan
* Pergerakan tektonik menghasilkan daya mampatan dan tegangan.
* Lapisan kerak bumi menghasilkan banjaran gunung lipat.
* Terdapat dua jenis gunung lipat :
• Gunung lipat muda
• Gunung lipat tua
* Antiklin
• Lipatan muka bumi yang melengkung ke atas.
• Antiklin yang muda mempunyai lengan yang condong ke arah bertentangan.
• Antiklin juga mempunyai geologi atau batuan tua di bahagian tengah lengkungan.
* Sinklin
• Bahagian lipatan yang melendut atau meleding ke bawah.
• Sinklin dibentuk oleh geologi batuan yang muda di bahagian tengah lengkungan.
Proses Pembentukan Bentuk Bumi Gelinciran
* Gelinciran ialah proses perubahan atau pergerakkan kedudukan lapisan kerak bumi atau
lapisan batuan.
* Secara mendatar atau menegak yang dihasilkan oleh daya regangan ataupun daya
mampatan.
* Daya regangan dan daya mampatan menyebabkan batuan teranjak di sepanjang garisan
gelinciran.
* Anjakan di sepanjang gelinciran mungkin berlaku ke atas , ke bawah , secara mendatar
atau menyerong.
* Kesannya ada blok bumi yang terangkat membentuk gunung bongkah dan blok bumi
yang jatuh lalu membentuk lurah gelinciran.
Jenis - Jenis Gelinciran
* Gelinciran Biasa
- Berlaku apabila daya regangan yang bertindak dari lapisan kiri dan kanan batuan
menyebabkan kedua - dua bahagian lapisan meregang dan merekah di bahagian
garisan gelinciran.
- Ini menyebabkan satu bahagian terangkat ke atas dan satu bahagian lagi akan jatuh
ke bawah.
* Gelinciran Biasa
( Daya Regangan )
Jenis - Jenis Gelinciran
* Gelinciran Julang atau Songsang
- Berlaku apabila daya mampatan bertindak ke atas lapisan batuan lalu
membentuk garis gelinciran yang serong .
- Gelinciran ini menyebabkan sebelah bongkah batuan tertolak ke atas
dari kedudukan asal.
* Gelinciran Songsang
( Daya Mampatan )
Jenis - Jenis Gelinciran
* Gelinciran Rabak atau Mendatar
- Berlaku apabila dua bongkah bergerak secara mendatar dan melintang sepanjang
garis gelinciran dari dua arah yang bertentangan sama ada ke kanan mahupun ke kiri.
- Pergerakan bongkah secara menegak adalah amat sedikit atau tiada langsung.
* Gelinciran Rabak
( Daya Ricih )
Pembentukan Bentuk Muka Bumi Gelinciran
1. Membentuk cerun gelinciran iaitu cerun curam yang terbentuk selepas berlakunya
kenaikkan atau penurunan kerak bumi.
2. Lurah gelinciran terbentuk apabila dua bentuk bongkah naik ke atas lalu membentuk
lurah ditengahnya.
3. Gunung bongkah tebentuk akibat penurunan bongkah di kiri dan kanan atau kenaikkan
bongkah di tengah - tengah.
4. Tebing tinggi terbentuk apabila satu lapisan turun ke bawah dan meninggalkan yang
lapisan asal lalu mewujudkan kawasan tebing tinggi.
5. Teres gelinciran terbentuk apabila berlaku beberapa siri kenaikkan atau penurunan
bongkah - bongkah yang akhirnya membentuk teres.
Gempa Bumi
1. Gempa bumi bermaksud gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan
sebahagian besar lapisan luar batuan secara tiba - tiba.
2. Boleh mencetuskan tanah runtuh , menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan
sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia bokeh membentuk ombak besar pemusnah yang
dikenali sebagai tsunami.
3. Kebanyakkan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar (gelinciran) iaitu rekahan di dalam
lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali.
4. Apabila tarikan daya regangan menjadi terlalu kuat , batuan akan merekah dan pecah
hingga membentuk kedudukan baharu yang menyebabkan gegaran gempa bumi.
• Kejadian gempa bumi di dasar laut dan pembentukan ombak besar (tsunami)
Proses Pembentukan Bentuk Bumi Gunung Berapi
1. Letusan gunung berapi merujuk kepada pergerakan keluar asap , debu , piroklas dan
lava dari lohong gunung berapi.
2. Aliran magma dari dalam gunung berapi akan membentuk pelbagai bentuk bumi jalar
luar dan jalar dalam.
3. Kawasan aktiviti gunung berapi bagi setiap benua :
a) Plat Amerika Utara
b) Plat Amerika Selatan
c) Plat Afrika
d) Plat Eropah (termasuk Iceland)
e) Plat Asia (termasuk Jepun , Filipina , Indonesia)
f ) Plat Ocenia (termasuk Fiji , Papua New Guinea New Zealand)
g) Plat Arabian
h) Plat Antartik
Bentuk Muka Bumi Gunung Berapi
1. Bentuk muka bumi gunung berapi terdiri daripada bentuk muka bumi jalar luar dan
jalar dalam.
2. Jalar dalam terbentuk melalui penyejukan dan pembekuan magma secara
perlahan - lahan dalam kerak bumi.
3. Jalar luar hasil daripada penyejukan dan pembekuan lava gunung berapi di
permukaan bumi.
* Bentuk muka bumi gunung berapi jalar dalam dan jalar luar
Bentuk Bumi Jalar Luar
1. Kon Gunung Berapi
- Terdiri daripada kon lava asid , kon lava bes , kon abu dan kon komposit.
i) Kon Lava Asid terbentuk apabila lava yang mengalir agak likat dan membeku dengan
kadar yang cepat dan biasanya membentuk kon yang sangat curam.
ii) Kon Lava Bes terbentuk apabila lava yang mengalir agak cair dan membeku dengan
kadar yang lambat dan biasanya membentuk kon yang landai.
iii) Kon Abu terbentuk daripada letusan abu gunung berapi yang sangat kuat dan
menghasilkan cerun yang curam.
iv) Kon Komposit terbentuk apabila magma yang dipaksa keluar dapat mengalir melalui
lohong-lohong lain yang lebih kecil daripada lohong utama.
2. Dataran Lava
- Dataran lava yang luas atau dikenali sebagai penara basalt. Lava bes yang keluar
melalui rekahan akan mengalir secara meluas kerana lava bes adalah bersifat cair.
3. Kaldera
- Pengaliran magma yang terlalu banyak melemahkan struktur batuan di bahagian bawah
bumi. Runtuhan bumi akan membentuk satu kawah yang besar atau dikenali "Kaldera "
4. Tasik Krater
- Terbentuk hasil letusan gunung berapi yang kuat. Letupan yang kuat membentuk lekukan
atau kawah gunung berapi. Kawah yang terbentuk menjadi tapak sebuah tasik yang
menakung air lalu membentuk tasik krater.
Bentuk Bumi Jalar Dalam
1. Bentuk bumi jalar dalam seperti sil , daik , lakolit , batolit , pakolit yang tidak boleh nampak
di permukaan bumi.
2. Sil adalah batuan igneus yang berkedudukaan selari dengan lapisan batuan. Sil mempunyai
ketebalan yang berbeza-beza.
3. Daik merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah
membeku di dalam rekahan batu.
4. Batolit adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari
permukaan bumi.
5. Lakolit berbentuk kubah dan terbentuk selari dengan lapisan batuan.
6. Lapolit terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi
secara mendatar dan berbentuk piring.
7. Pakolit berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan.
Sekian Terima Kasih
- XAVIER -