CERPEN LEGASI TAPAI UBI KUMPULAN 2
Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’ . Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi. SINOPSIS
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat antarabangsa. SINOPSIS
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.
TEMA Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.
PERSOALAN Ketaatan seorang anak kepada ibu bapanya. Parjo terpaksa menjinjit karung berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah, pasar, kedai jika ada tempahan Bercita-cita tinggi demi kemajuan masa depan Wak Salikon bercadang untuk memperingat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapi itu berjaya. Pengorbanan ibubapa menyekolahkan anak-anak Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi
Seorang yang taat akan emak dan bapanya kerana sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah arahan bapanya WATAK & PERWATAKAN Seseorang yang bersungguh- sungguh melakukan sesuatu apabila Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser Seseorang yang teliti apabila proses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya Parjo
Sinkope Contohnya “Tak dengar pun...” jawab emak selamba Peribahasa Contohnya Namun alah biasa tegal biasa Repetisi Contohnya “Tapai! Tapai! Tapai!” Gaya Bahasa Kata Ganda Contohnya Pagi-pagi lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi Diksi Pengarang telah menggunakan laras bahasa Sains Contohnya bakteriosin, asid laktik, benign dan malignan
LATAR MASA WAKTU PAGI Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga. SEUSAI ISYAK Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya. PERMULAAN SEMESTER Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser. Tempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia. Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan. LATAR TEMPAT FAKULTI PERUBATAN DI UNIVERSITI AMERIKA SYARIKAT KILANG PERUSAHAAN TAPAI UBI WAK SALIKON
LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja. Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar Masyarakat yang berpandangan jauh. Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.. Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin.
NILAI MURNI KEGIGIHAN Parjo bersungguhsungguh membuat kajian tapai ubi yang dikatakan mampu mengurangkan serangan kanser. KERAJINAN Pada setiap pagi, Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke kantin sekolah, warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. KESYUKURAN Semasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi
Contohnya, sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar 'Parjo Tapai' oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan. PENGAJARAN Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki. Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu. Kita perlulah bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya.
SEKIAN TERIMA KASIH