2022- JAN 2023 FULL PROJECT REPORT G R E E N , R E C Y C L E A N D L OW C A R B O N P R O G R A M M E A T B E R N A M R I V E R F O R AWA R E N E S S , E D U C A T I O N A N D C A P A C IT Y B U I L D I N G SUNGAI BERNAM SELANGOR DISEDIAKAN OLEH MAHASISWA-MAHASISWI HGM3063 GEOGRAFI MALAYSIA
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 1.0 Pengenalan Program ‘Green Recycle and Low Carbon Programme at at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building’ telah diadakan bermula 1 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Program ini telah dilaksanakan di sungai Bernam, Selangor (belakang dewan Hulu Bernam Penghulu). Program ini bertujuan untuk memindahkan ilmu serta memberi kesedaran terhadap kepentingan kebersihan serta amalan hijau, kitar semula dan rendah karbon di sungai Bernam kepada komuniti yang tinggal di sekitar kawasan yang meliputi beberapa kampung seperti kampung Jalan Escort, kampung Hulu Bernam Utara, kampung Hulu Bernam Selatan, kampung Belakang Masjid, kampung Belakang Panggung dan mahasiswa UPSI dalam memupuk semangat kesukarelawanan serta sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Hijau sering dikaitkan dengan persekitaran hijau, perlindungan, dan pemuliharaan semula jadi terutamanya tumbuh-tumbuhan semula jadi. Malaysia juga masih lagi berdepan dengan isu-isu lama seperti pembuangan sampah dan amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) yang masih rendah (Seow, 2009; Agamuthu & Tarmudi, 2012). Oleh itu, isu ini seharusnya dikendalikan oleh semua pihak di pelbagai peringkat termasuklah di peringkat institusi pendidikan. Pengurusan sisa pepejal dan program kitar semula terutamanya di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah masih belum kelihatan amalan dan sikap mengasingkan sampah mengikut tiga warna tong sampah yang disediakan oleh pihak sekolah secara sepenuhnya (Seow, 2004; Zaini, 2011). Cara hidup rendah karbon adalah satu aktiviti yang memberi sokongan penuh kepada alam sekitar, mengubah setiap butiran cara hidup melalui penjimatan tenaga dan pemulihan bagi mengurangkan pelepasan karbon, terutamanya karbon dioksida, yang mana ia menunjukkan satu gaya hidup rendah tenaga, rendah penggunaan dan rendah kos (Gaidajis, Angelakoglou & Aktsohlou, 2010; Mulugetta & Urban, 2010). Dengan memperkenalkan gaya hidup yang rendah karbon boleh meningkatkan lagi tanggungjawab masyarakat dan memupuk kesedaran mengenai penjimatan tenaga yang lebih cekap (Broer, 2012). Selain daripada dapat menjimatkan sumber alam, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melindungi alam sekitar dan seterusnya membina sebuah kehidupan yang mampan (Pang, Chen, Zhang, & Li, 2016; Rafia Afroz, Muhammad Mehedi, Rulia Akhtar & Jarita, 2013). Oleh hal yang demikian, program ini dijalankan bagi memberi kesedAran kepada masyarakat di kawasan kajian tentang kepentingan amalan hijau, kita semula dan rendah karbon. Program ini juga melibatkan mahasiswa UPSI dengan bantuan komuniti di beberapa kampung yang terlibat. Oleh itu, program ini diharapkan komuniti sekitar kawasan kajjian sedar akan kepentingan alam sekitar. 1
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 2.0 SEMASA PROGRAM 2.1 Mengedarkan Brochure kepada komuniti yang hadir. Kumpulan A telah ditugaskan untuk menyebarkan brochure kepada komuniti setempat. Pengedaran brochure ini sudah dilaksanakan setelah brochure selesai dibuat dan dicetak dan selebihnya diedarkan kepada komuniti yang hadir pada majlis perasmian “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River” pada 14 Disember 2022. Tujuan pengedaran brochure ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti sasaran mengenai kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan sungai Bernam yang merupakan lokasi sasaran bagi program ini. Melalui pengedaran brochure ini, komuniti sasaran dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai program yang dijalankan, maklumat- maklumat asas mengenai sungai-sungai yang terdapat di Malaysia dan senario pencemaran sungai yang berlaku. Dalam pada itu juga, komuniti sasaran juga dapat mengetahui mengenai info-info pencemaran yang berlaku di kawasan sungai Bernam. Rajah 2: Pengedaran brochure sebelum majlis perasmian “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River”. Rajah 1: Brochure yang telah disediakan oleh kumpulan A. 2
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 3: Pengedaran brochure semasa majlis perasmian “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River”. 2.2 Menguruskan booth pameran. Semasa majlis perasmian “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River”, kumpulan A juga ditugaskan untuk menguruskan booth “Go Green for Cash”. Ahli-ahli kumpulan A telah menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pencemaran sungai yang berlaku, kesam dan langkah yang perlu diambil untuk memberi pendedahan kepada komuniti yang hadir semasa melawat booth tersebut. Rajah 4: Persiapan tempat bagi booth “Go Green for Cash” oleh ahli kumpulan A. Rajah 5: Booth “Go Green for Cash” yang diuruskan oleh kumpulan A. 3
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 2.3 Penyampaian Talk “Go Green for Cash” Penyampaian talk telah dilaksanakan di booth “Go Green for Cash” kepada komuniti yang melawat ke booth tersebut. Ahli yang menyampaikan talk telah menerangkan mengenai kesan pencemaarn sungai Bernam, punca berlakunya masalah tersebut serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang berlaku berdasarkan maklumat yang tertera pada pada kadbod yang telah disediakan. Rajah 6: Penyampaian talk yang disampaikan oleh ahli kumpulan A kepada komuniti yang melawat ke booth “Go Green for Cash”. 2.4 Program Gotong-Royong Membersihkan Sungai Pada 10 Disember 2022, aktiviti gotong-royong di jalankan di sekitar kawasan sungai Bernam dan kawasan Balai Kompleks Tok Penghulu Mukim. Aktiviti gotong-royong ini disertai oleh 28 orang pelajar HGM3013 Geografi Malaysia dan 20 orang pelajar V-FSK4U kumpulan kesukarelawan UPSI bersama dengan lima orang pensyarah. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk membersihkan kawasan mengikut tempat yang telah dibahagikan. Semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti mengutip sampah di kawasan program iaitu di kawasan sungai, di belakang balai, di hadapan balai dan di sekitar kawasan balai tersebut. Selain itu, beberapa orang pelajar menanam pokok buah durian di kawasan tebing sungai dan membina tangga untuk memudahkan pergerakan menuju ke lokasi pelepasan anak ikan. Tok Penghulu dan bersama pelajar lain juga melakukan persediaan tempat untuk pelepasan anak ikan. Pelepasan anak ikan dilakukan pada bahagian teluk sungai. Aktiviti gotong-royong berjalan dengan lancar dan sampah-sampah yang telah dikutip dijual ke RB Rathi Enterprise. Hasil jualan kutipan sampah adalah sebanyak RM28.50. 4
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 7: Sukarelawan bergotong-royong mengutip sampah Rajah 8: Penanaman 10 batang anak pokok durian Rajah 9: Persediaan tempat untuk pelepasan anak ikan di teluk sungai Rajah 10: Membawa sampah dan bahan besi ke lokasi RB Rathi Enterprise 5
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 12: Sukarelawan daripada V-FSK4U dan pelajar HGM3013 Geografi Malaysia Rajah 11: Hasil sampah dan besi yang dikutip 2.5 Majlis Perasmian Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building Pada tarikh 14 Disember 2022 hari Rabu, Majlis Perasmian Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building. Program ini disertai sebanyak 100 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan 50 orang dari komuniti Hulu Bernam, Hulu Selangor. Program ini juga telah dihadiri daripada Jawatankuasa Pengurusan UPSI, Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan serta pensyarah UPSI. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Saiful Bahari Ruslan merupakan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pembangunan yang mewakili Pegawai Daerah, Hulu Selangor. Gimik perasmian ini melibatkan sesi penyerahan bot, enjin dan treler kepada Pasukan Bomba Sukarela Hulu Bernam. Seterusnya, para tetamu jemputan juga melawat tapak pameran ‘Go Green For Cash’. Tapak pameran mempunyai 3 bahagian iaitu Go Green For Cash , Pameran Fakulti Sains dan Kemanusiaan dan Pameran buku dari Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI. Tentatif program yang terakhir adalah pelepasan anak ikan di sungai belakang Kompleks Penghulu Mukim Hulu Bernam Selatan. Anak ikan yang dilepaskan seramai 1000 ekor anak ikan lampam. Anak ikan dilepaskan di bahagian teluk sungai. Anak ikan ini telah ditaja oleh Jabatan Perikanan Hulu Selangor. Program ini telah selesai pada jam 12:30 tengahari. 6
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 13: Perasmian program penyerahan bot, enjin dan treler kepada Pasukan Bomba Sukarela Hulu Bernam Rajah 14: Lawatan ke tempat pameran Rajah 15: Pelepasan anak ikan 7
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 3.0 SELEPAS PROGRAM 3.1 Kebersihan Kawasan Program dan Pengiraan Pelepasan Karbon Setelah melaksanakan program di kawasan Pejabat Mukim Hulu Bernam, Selangor mendapati kawasan tersebut lebih bersih dan tidak mempunyai sampah. Walau bagaimanapun, kawasan di laluan awam masih terdapat sampah walaupun selepas program pembersihan dilaksanakan. Semasa program pembersihan sungai dijalankan, ajk aktiviti telah menagihkan kumpulan kepada beberapa kumpulan dan terdapat kumpulan yang diarahkan untuk memberikan laluan awam tersebut, daripada aktiviti ini semua sampah yang dilihat telah pun dikutip oleh kumpulan tersebut. Malang masih lagi terdapat sampah yang di kawasan laluan awam tersebut. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa kesedaran kepada komuniti yang disasarkan telahpun berjaya kerana di kawasan tapak program tidak mempunyai sampai tetapi bagi kesedaran orang awam yang menggunakan laluan jalan raya tersebut masih lagi pada tahap rendah kerana mereka sanggup untuk membuang sampah di tempat awam. Di sini dapat dilihat bahawa pemikiran rakyat Malaysia secara umumnya masih lagi rendah berkaitan dengan amalan kebersihan, mereka tidak bertanggungjawab terhadap sampah yang mereka bawa itu sendiri. Sebahagian rakyat yang bersikap seperti ini tidak mempunyaisemangat cinta akan alam sekitar. Oleh sebab itu, program seperti perlu dilaksanakan dengan lebih giat dan di pelbagai tempat supaya kesedaran masyarakat meningkatkan serta meningkatkan amalan hijau dalam kalangan komuniti. Rajah 16 dan Rajah 17 : Gambar selepas program dijalankan 8
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Bagi pengiraan pelepasan karbon daripada program pembersihan sungai yang dijalankan adalah seperti yang berikut: Hasil jualan barangan kitarsemula daripada program pembersihan sungai: 38kg Formula pengiraan pelepasan karbon: 586.5313 kgCO2e/tan Pengiraan: 0.038tan X 586.5313kgCO2e = 22.288 kgCO2e Dapat disimpulkan daripada program pembersihan sungai yang dijalankan, dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 22.288 kgCO2e. Oleh itu, amalan kitar semula amatlah penting dipupuk daripada bangku sekolah agar dapat mengurangkan pelepasan karbon ke udara sekaligus dapat mengurangkan kos pengurusan sampah domestik kerana sampah tersebut telah diasingkan kepada sampah yang boleh di kitar semula dan sampah yang tidak boleh semula. di kitar 9
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 4.0 IMPAK KEPADA KOMUNITI Menurut Ismail et al. (2010), komuniti merupakan ejen dalam membantu kerajaan untuk mengurangkan masalah pencemaran sungai. Walau bagaimanapun, dalam kajiannya menyatakan sikap komuniti yang tinggal berhampiran kawasan sungai sememangnya menjadi masalah kepada sistem pengurusan alam sekitar sekaligus telah mencemarkan sungai. Sikap komuniti seperti ini secara tidak langsung menggagalkan usaha kerajaan dalam menguruskan pencemaran sungai pada masa kini (Ismail et al., 2010). Oleh itu, Program ‘Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building’ telah dilaksanakan agar dapat memberi impak positif kepada komuniti di Sungai Bernam. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilakukan semasa program antaranya pelajar-pelajar dan beberapa komuniti membersihkan kawasan Sungai Bernam. Selain itu, penanaman pokok juga dilaksanakan pada hari yang sama. Pameran dan ‘Green Talk’ mengenai kesedaran pemelihartaan alam sekitar juga dilaksanakan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti ini memberi impak positif kepada komuniti Sungai Bernam. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ini dapat memupuk semangat atau nilai kerjasama serta memudahkan tugas setiap peserta. Sebagai contoh, aktiviti penanaman pokok yang dibuat secara bergotong- royong memerlukan kerjasama yang baik antara peserta. Pembahagian kumpulan dan kawasan dilaksanakan untuk aktiviti-aktiviti tersebut supaya misi tercapai dalam masa yang singkat. Bayangkan jika aktiviti kebajikan tersebut tidak diatur dengan baik, pastinya aktiviti mengecat tidak selesai dalam masa satu hari. Secara tidak langsung, kemahiran mengurus dan mendengar arahan dapat ditambah baik dalam diri setiap sukarelawan dan komuniti. Persis kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelasnya, aktiviti-aktiviti dapat menyelesaikan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang singkat dan memupuk nilai kerjasama. Selain itu, aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sungai dapat menyelesaikan faktorfaktor yang menyebabkan pencemaran Sungai Berlaku. Jadi, pembersihan sungai yang dilakukan dapat membantu komuniti untuk melakukan aktiviti di sungai tersebut dengan baik misalnya memancing. Komuniti juga dapat kesedaran bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai daripada tercemar. Hal ini dikatakan demikian kerana 50 orang komuniti turut serta dalam menjayakan program ini. Beberapa hari selepas aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Sungai Bernam dilaksanakan, didapati bahawa kawasan sungai tersebut tidak mempunyai sampah seperti keadaan sebelum ini. Hal ini dikatakan demikian kerana komuniti Sungai Bernam peka akan terhadap keadaan sungai dan kesan terhadap sungai dan diri mereka sekiranya kawasan tersebut masih kotor. Program ini juga telah berjaya menelusuri kesedaran komuniti melalui tindakan mereka terhadap pencemaran sungai. 10
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Tindakan mereka seperti memastikan kawasan Sungai Bernam sentiasa bersih dan tidak membuang sampah ke sungai merupakan tindakan yang baik untuk diimplementasi oleh setiap lapisan masyarakat terutama bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai untuk lebih peka dan seterusnya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Hal ini penting agar komuniti dapat melakukan aktiviti yang melibatkan sungai serta mereka dapat menjana pendapatan daripada sungai di kawasan mereka. 5.0 IMPAK KEPADA PEMANCING Memancing merupakan satu aktiviti riadah yang menyeronokkan dilakukan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan untuk mengisi masa lapang. Sungai Bernam merupakan sungai yang dijadikan sungai tumpuan oleh pemancing-pemancing di sekitar kawasan Tanjung Malim. Kebanyakan pemancing di sungai Bernam tersebut terdiri daripada golongan pelajar dan warga kampung sekitar sungai tersebut. Sungai Bernam juga bukan sahaja dikunjungi bagi menjalankan aktiviti memancing malah ia juga dikunjungi atasfaktor lain seperti tempat berehat, tempat bersama keluarga dan tempat menjalankan sesuatu program. Sungai tersebut akan dikunjungi ramai pemancing terutamanya pada hujung minggu dari semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian dapat menjejaskan kawasan persekitaran dan ekosistem sungai. Semakin ramai pengunjung semakin besar kemungkinan berlakunya amalan yang tidak diingini berlaku di sungai tersebut seperti pembuangan sampah sarap ke dalam dan di persekitaran sungai. Hal ini demikian dapat dibuktikan melalui Program ‘Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building’ yang telah dilaksanakan pada 14 Disember 2022 di sungai tersebut apabila hasil program tersebut mendapati kawasan sungai Bernam telah dicemari sampah sarap di sekitar kawasan sungai tersebut. Ekosistem sungai yang tercemar juga menyebabkan jumlah hidupan akuatik di sungai tersebut semakin berkurangan. Hasil temubual bersama pemancing di sungai tersebut mendapati bilangan ikan yang semakin berkurangan dan semakin sukar untuk didapati telah menjadi bukti bahawa pencemaran yang berlaku memberikan kesan kepada hidupan akuatik di sungai tersebut. 11
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 18 dan 19: Temu bual pemancing sungai Bernam Program yang dijalankan ini memberikan impak yang besar kepada pemancing di sungai Bernam. Temu bual bersama pemancing telah dilaksanakan di sungai Bernam bagi menerima maklum balas daripada pemancing mengenai impak daripada pelaksanaan program terhadap sungai Bernam. Temu bual tersebut mendapati pemancing memberikan respon yang baik terhadap persekitaran kawasan sungai yang telah dibersihkan. Aktiviti gotong-royong yang dijalankan semasa program berlangsung menyebabkan sungai Bernam dibersihkan dari sampah sarap. Di samping itu, pemancing juga memaklumkan perubahan kawasan sungai yang dipenuhi tanaman pokok sepanjang sungai menyebabkan kawasan sungai kelihatan lebih ceria. Program tersebut juga mempunyai aktiviti pelepasan anak ikan ke dalam sungai. Namun, pemancing tidak memberikan sebarang respon mengenai jumlah ikan di dalam sungai. Hal ini demikian kerana ikan-ikan yang dilepaskan tersebut memerlukan masa untuk membesar. Jadi, pemancing tidak melihat sebarang perubahan mengenai jumlah ikan di sungai tersebut. Kesimpulanya, temu bual tersebut juga mendapati rata-rata pemancing merupakan penduduk yang menetap berhampiran dengan kawasan sungai tersebut. Mereka sangat gembira akan impak dari Program ‘Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building’ terhadap sungai Bernam. Oleh hal yang demikian kawasan persekitaran sungai yang bersih menjadi faktor tarikan masyarakat untuk berkunjung ke sungai dan menjadikan sungai tersebut sebagai tempat beriadah. Imbas lebih lanjut mengenai program 12
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 7.0 PERUBAHAN ISU-ISU KOMUNITI BERHUBUNG DENGAN PERSEKITARAN SUNGAI BERNAM Memang tidak dinafikan bahawa isu-isu alam sekitar sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kepada tinjauan kawasan kajian iaitu Sungai Bernam sebelum ini, memang kawasan itu banyak isu-isu komuniti seperti pembuangan sisa pepejal di kawasan berhampiran sungai, isu kesedaran komuniti terhadap penjagaan sungai dan isu sisa tanaman yang jatuh ke dalam sungai ataupun dibuang oleh sesetengah masyarakat yang menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan kesan kepada Sungai Bernam. Selesai sahaja program, satu tinjauan telah dilakukan untuk melihat perubahan isu-isu di kawasan Sungai Bernam. Tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana program yang dilaksanakan dapat menyedarkan penduduk kawasan berhampiran Sungai Bernam dalam memastikan sungai sentiasa bersih. Berikut merupakan perubahan isu-isu komuniti berhubung dengan persekitaran Sungai Bernam tiga minggu selepas program: 7.1 Perubahan pembuangan sisa pepejal di kawasan berhampiran Sungai Bernam Sebelum ini, salah satu isu komuniti yang paling dominan di kawasan Sungai Bernam ialah isu pembuangan sisa pepejal. Sesetengah komuniti yang tinggal berhampiran seperti Kg. Jalan Escort, Kg. Hulu Bernam Utara, Kg Hulu Bernam Selatan, Kg. Belakang Masjid, Kg Belakang Panggung dan komuniti Taman Bahtera membuang sampah di sekitar kawasan Sungai Bernam. Keadaan ini mencacatkan pemandangan kawasan tersebut dengan sampah-sarap yang dibuang. Semakin banyak komuniti sesuatu kawasan, semakin banyak pembuangan sampah yang akan berlaku kerana jumlah sampah yang dibuang bergantung kepada jumlah penduduk. Dengan adanya program “Green, Recycle and Low Carbon Programme At Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building”, terdapat perubahan yang ketara dengan jumlah sampah kekal yang ada di kawasan Sungai Bernam. Hal ini kerana, pada 10 Disember 2022, pembersihan kawasan Sungai Bernam telah dilakukan dengan aktiviti pemungutan sampah, pembersihan rumput-rumput dan pokok-pokok, sedikit nasihat bersama komuniti berkaitan dengan pembuangan sampah. Keadaan ini telah menyebabkan satu perubahan besar kepada isu pembuangan sisa pepejal di kawasan Sungai Bernam. Berikut merupakan keadaan Sungai Bernam tiga minggu selepas program: 13 Rajah 20 : Keadaan Sungai Bernam
kesedaran GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 7.2 Perubahan isu komuniti terhadap penjagaan sungai Program yang dijalankan ini juga memberikan perubahan ketara kepada isu kesedaran komuniti terhadap penjagaan Sungai Bernam. Program-program mengenai kesedaran pembersihan sungai sepatutnya diperbanyakkan lagi oleh masyarakat kerana dilihat banyak memberikan perubahan drastik kepada komuniti. Apabila isu pembuangan sisa pepejal di kawasan Sungai Bernam semakin berkurangan, ini bermakna bahawa kesedaran komuniti semakin meningkat. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sungai Bernam begitu cakna dengan segala hebahan dan penerangan daripada pelajar Geografi Malaysia yang menasihati penduduk sejak daripada mula program sehingga akhir. Bagi meningkatkan kesedaran komuniti setempat, terdapat beberapa cara yang digunakan antaranya edaran brosur, kempen “Go Green For Cash”, Perkongsian Hijau daripada pelajar Geografi Malaysia dan nasihat yang diberikan secara langsung sepanjang program. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bernam sudah mulai sedar dengan kesan pencemaran sungai sekiranya pembuangan sisa pepejal semakin berleluasa. Berikut merupakan gambar bagaimana menyedarkan komuniti mengenai penjagaan Sungai Bernam: Rajah 23: Kempen “Go Green For Cash” Rajah 21: Brosur Penjagaan Sungai Bernam 14
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 7.3 Perubahan Isu Sisa Tanaman Akhir sekali, perubahan isu sisa tanaman juga mengalami perubahan di persekitaran Sungai Bernam. Hal ini berlaku kerana penerangan yang diberikan kepada penduduk Kg. Jalan Escort, Kg Hulu Bernam, Kg. Hulu Bernam Selatan, Kg. Belakang Masjid dan Kg. Belakang Panggung. Penduduk sudah menerima input penting mengenai isu sisa tanaman ini dan berusaha mencari cara untuk memastikan sisa tanaman tidak jatuh ke dalam sungai. Antara caranya ialah membuat tinjauan berkala kawasan-kawasan pertanian, mengumpul sisa tanaman jauh daripada tebing sungai dan sebagainya. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko pencemaran sungai daripada sisa tanaman yang diperkira mampu menjejaskan hidupan dalam Sungai Bernam. Di samping itu, tinjauan kawasan selepas tiga minggu juga melihatkan air Sungai Bernam bersih daripada sisa pepejal dan sisa tanaman. Diharapkan komuniti berhampiran semakin hari semakin mementingkan penjagaan Sungai Bernam untuk kebaikan bersama. 15
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 8.0 ANALISIS KESEDARAN MASYARAKAT SETEMPAT BERKAITAN DENGAN PEMELIHARAAN SUNGAI SELEPAS PROGRAM Satu tinjauan berkaitan kesedaran masyarakat setempat berkaitan dengan pemeliharaan sungai setelah program telah dijalankan. Tinjauan tersebut melibatkan 100 orang responden yang dipilih secara rawak daripada 6 kawasan iaitu Taman Bahtera, Kampung Escort, Kampung Hulu Bernam Utara, Kampung Hulu Bernam Selatan, Kampung Belakang Masjid dan Kampung Belakang Panggung. Selain itu, responden juga terdiri daripada jantina, umur, bangsa, status, tahap pendidikan, pekerjaan dan bilangan isi rumah yang berbeza. Hasil dapatan kemudiannya akan dianalisis secara deskriptif. Setiap data diwakili dengan 1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4- Setuju dan 5- Sangat Setuju. 8.1 Analisis Deskriptif Rajah 24: Analisis kesedaran masyarakat setempat selepas program berkaitan dengan pemeliharaan sungai Sumber: Kajian Lapangan 16 (2022)
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Untuk pernyataan 1, daripada 100 orang responden, 1 orang menjawab tidak pasti, 33 orang menjawab setuju dan 66 orang menjawab sangat setuju. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa lebih separuh daripada responden atau 99% daripada responden sedar dan mengetahui tentang cara untuk menjaga kebersihan sungai. Selain itu, daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 2, 1 orang menjawab tidak pasti, 19 orang menjawab setuju dan 80 orang menjawab sangat setuju. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa lebih separuh atau 99% daripada responden kepentingan sungai. sedar akan Bagi pernyataan 3 pula, 4 orang menjawab tidak pasti, 25 orang menjawab setuju dan 71 orang menjawab sangat setuju. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa lebih separuh atau 96% daripada responden sedar akan kepentingan sungai. Daripada dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara kebersihan sungai. 17
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Seterusnya, daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 4, seorang responden menjawab tidak pasti, 29 orang menjawab setuju dan 70 orang responden menjawab sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 99% daripada responden mempunyai pengetahuan dan kesedaran berkaitan tentang kesan negatif yang akan diterima oleh manusia dan alam sekitar sekiranya sungai tercemar. Bagi pernyataan 5 pula, daripada 100 orang responden, seorang responden menjawab tidak pasti, 26 orang menjawab setuju dan 73 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 99% daripada responden mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kesan negatif sungai yang tercemar kepada kesihatan manusia. Merujuk kepada dapatan dalam soalan 4 (4.Saya tahu sungai yang tercemar akan memberikan kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.) dan 99 % daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut, maka dapat dirumuskan bahawa majoriti responden sedar akan impak sungai yang tercemar kepada kesihatan manusia. Daripada 100 orang responden yang menjawab soalan 6, seorang responden menjawab tidak pasti, 37 orang menjawab setuju dan 62 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 99% daripada responden mahu melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan sungai. Daripada dapatan ini, jelaslah bahawa berlaku peningkatakan dalam minat responden untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan sungai iaitu meningkat daripada 36% kepada 99%. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat semakin berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan sungai. Daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 7, 4 orang menjawab tidak pasti, 26 orang menjawab setuju dan 70 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 96% daripada responden mempunyai pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan kepentingan sungai kepada manusia. Terdapat beberapa kepentingan sungai kepada manusia seperti sumber air dan makanan serta membantu dalam aktiviti ekonomi seperti perusahaan inap desa dan rekreasi. Daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 8, 4 orang responden menjawab tidak pasti, 42 orang menjawab setuju dan 54 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 96% daripada responden mempunyai keprihatinan terhadap sungai dan memainkan peranan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memelihara kebersihan sungai. Perkara ini mungkin disebabkan oleh program yang telah dijalankan mampu memberikan pendedahan kepada penduduk setempat berkaitan dengan peranan penduduk setempat dalam memelihara sungai dan alam sekitar. 18
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 9, 2 orang menjawab tidak pasti, 30 orang menjawab setuju dan 68 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 98% daripada responden mempunyai kesedaran berkaitan dengan cara penangkapan ikan yang betul dan tidak menjejaskan ekosistem sungai. Dapatan ini mempunyai hubungan dengan dapatan pada soalan 1,2,3,4,5,6,7 dan 8 di mana disebabkan kebanyakan responden mempunyai pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan kepentingan sungai dan cara-cara pemeliharaan sungai. Oleh itu, kebanyakkan responden juga tidak akan menuba ikan kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan pencemaran sungai. Kesannya, ekosistem sungai akan tercemar dan sumber makanan serta manusia turut terjejas. Oleh itu, pengetahuan responden mempengaruhi dalam amalan memancing yang betul. Daripada 100 orang responden yang menjawab pernyataan 10, 3 orang menjawab tidak pasti, 39 orang menjawab setuju dan 58 orang menjawab Sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Daripada dapatan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 97% daripada responden mengetahui tentang akta tersebut manakala hanya 3 orang responden kurang pasti tentang kewujudan akta tersebut. Dapatan ini menggambarkan bahawa kebanyakkan masyarakat sudah mula mengetahui berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Oleh hal yang demikian, penduduk setempat akan lebih cenderung untuk memelihara sungai. 19
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 9.0 ANALISIS KESEDARAN MASYARAKAT SETEMPAT BERKAITAN DENGAN AMALAN RENDAH KARBON SELEPAS PROGRAM Satu tinjauan berkaitan kesedaran masyarakat setempat berkaitan dengan amalan rendah karbon telah dijalankan selepas program. Tinjauan tersebut melibatkan 100 orang responden yang dipilih secara rawak daripada 6 kawasan iaitu Taman Bahtera, Kampung Escort, Kampung Hulu Bernam Utara, Kampung Hulu Bernam Selatan, Kampung Belakang Masjid dan Kampung Belakang Panggung. Selain itu, responden juga terdiri daripada jantina, umur, bangsa, status, tahap pendidikan, pekerjaan dan bilangan isi rumah yang berbeza. Hasil dapatan kemudiannya akan dianalisis secara deskriptif. Setiap data diwakili dengan 1- Sangat Tidak Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak Pasti, 4-Setuju dan 5- Sangat Setuju. 9.1 Analisis Deskriptif Rajah 25: Analisis kesedaran masyarakat setempat selepas program berkaitan dengan amalan rendah karbon Sumber: Kajian Lapangan 20 (2022)
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 51 orang bersetuju, 40 orang sangat bersetuju dan 9 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, hanya 9 orang sahaja tidak pasti berkaitan dengan amalan rendah karbon ini manakala 91 orang lagi mengetahui tentang amalan rendah karbon ini. Dapatan ini sekaligus menunjukkan bahawa penduduk setempat mendapat input daripada program yang telah dilaksanakan. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 43 orang bersetuju, 50 orang sangat bersetuju, 6 orang tidak pasti dan seorang sangat tidak bersetuju. Daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa hampir semua komuniti setempat mengamalkan amalan rendah karbon dalam kehidupan seharian mereka selepas mendapat pendedahan daripada program yang telah dilaksanakan. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 60 orang sangat bersetuju, 35 orang bersetuju dan 5 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, seramai 95 orang tahu bahawa salah satu amalan rendah karbon adalah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Manakala, terdapat 5 orang tidak pasti. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurang pemahaman terhadap apa yang disampaikan mengenai amalan rendah karbon kepada mereka. 21
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Berdasarkan graf yang ditunjukkan,seramai 47 orang sangat bersetuju, 44 orang bersetuju dan 9 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, hampir semua responden tahu bawa salah satu amalan rendah karbon adalah menjimatkan penggunaan air. Mereka juga sekaligus pastinya mengamalkan amalan rendah karbon ini dan menjimatkan penggunaan air di rumah mereka. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 51 orang sangat bersetuju, 27 orang bersetuju, 18 orang tidak pasti dan 4 orang tidak setuju. Daripada dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa seramai 78 responden menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai label ‘energy efficiency’ bagi menjimatkan penggunaan elektrik manakala terdapat 18 responden yang tidak pasti dengan peralatan yang mereka gunakan. Begitu juga dengan 4 responden yang tidak bersetuju. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka menggunakan peti ais yang tidak mempunyai label ‘energy efficiency’. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 57 orang sangat bersetuju, 40 orang bersetuju dan 3 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, dapat disimpulkan hampir kesemua responden tahu akan kesan positif amalan rendah karbon terhadap alam sekitar. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 70 orang sangat bersetuju, 26 orang sangat bersetuju dan 4 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa komuniti setempat tahu akan berkongsi kenderaan merupakan salah satu amalan rendah karbon. Program ini sememangnya memberikan kesedaran yang tinggi terhadap komuniti setempat mengenai amalan rendah karbon. setuju dan 4 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, hampir semua responden sedar akan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT adalah amalan rendah karbon. Hal ini adalah kerana mereka tahu bawa melalui penggunaan pengangkutan awam, penggunaan kenderaan sendiri dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan pengeluaran asap kenderaan secara berlebihan. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 54 orang sangat bersetuju, 42 orang sangat bersetuju dan 4 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, hampir semua responden sedar akan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT adalah amalan rendah karbon. Hal ini adalah kerana mereka tahu bawa melalui penggunaan pengangkutan awam, penggunaan kenderaan sendiri dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan pengeluaran asap kenderaan secara berlebihan. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 61 orang sangat bersetuju, 36 orang sangat bersetuju dan 3 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, kita boleh lihat bahawa hampir semua komuniti setempat tahu bahawa pengasingan sisa buangan untuk tujuan kitar semula adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon ke atmosfera. 22
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 64 orang sangat bersetuju, 33 orang sangat bersetuju dan 3 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, hampir kesemua responden tahu bahawa salah satu manfaat amalan rendah karbon ini adalah menjamin kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, seramai 63 orang sangat bersetuju, 33 orang sangat bersetuju dan 3 orang tidak pasti. Daripada dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa hampir kesemua responden tahu bahawa amalan rendah karbon ini dapat mengurangkan kos pengurusan pencemaran alam sekitar. 23
Rajah 27: Dapatan kajian selepas program Sumber: Kajian Lapangan (2022) GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING 10.0 PERBINCANGAN ANALISIS KESEDARAN MASYARAKAT SETEMPAT BERKAITAN DENGAN PEMELIHARAAN SUNGAI DAN AMALAN RENDAH KARBON SELEPAS PROGRAM “GO GREEN FOR CASH” 10.1 Perbandingan dapatan sebelum dan selepas program berkaitan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan sungai. Rajah 26: Dapatan kajian sebelum program Sumber: Kajian Lapangan (2022) 24
(2022) 10.2 Perbandingan dapatan sebelum dan selepas program berkaitan kesedaran masyarakat terhadap amalan rendah karbon. GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 28: Dapatan kajian sebelum program Sumber; Kajian Lapangan (2022) Rajah 29: Dapatan kajian selepas program Sumber; Kajian Lapangan 25
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Berdasarkan Rajah 26 dan 27, dapat dirumuskan bahawa kesedaran penduduk sekitar Sungai Bernam meningkat selepas program dalam segala aspek. Berdasarkan Rajah 28 dan 29 pula, amalan rendah karbon dalam kalangan penduduk sekitar Sungai Bernam juga menunjukkan peningkatakn yang drastik. Hal ini demikian kerana program yang dijalankan memberikan pendedahan kepada penduduk setempat melalui beberapa kaedah iaitu edaran ‘brochure’ kepada penduduk setempat dan peserta program serta aktiviti dan pameran ‘green-talk’ membantu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon. Walaupun tahap kesedaran pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon penduduk sekitara Sungai Bernam berada pada tahap yang tinggi, amalan pemeliharaan sungai dan rendah karbon masih menjadi persoalan. Hal ini demikian kerana tinjauan di kawasan sekitar Sungai Bernam menunjukkan masih banyak sampah yang dibuang. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa walaupun kesedaran masyarakat berkaitan pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon berada pada tahap yang tinggi, amalan pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, pendekatan yang lebih drastik dan kerap perlu diambil oleh pihak berwajib bagi meningkatkan lagi amalan penduduk setempat dalam pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon. Imbas lebih lanjut mengenai program 26
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING RINGKASAN KESELURUHAN PROGRAM Pada 14 Disember 2022, telah diadakan majlis perasmian “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building” anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Sustainable Development Goals (SDGs) UPSI, Pejabat Penghulu Mukim Hulu Bernam Selatan, Team V-FSK4u, pelajar HGM3063 Geografi Malaysia, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar dan Persatuan Geografi. Majlis ini telah diadakan di sekitar sungai Bernam, Selangor. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Selangor serta bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Wan Firdaus bin Wan Yusof. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh tetamu kehormat iaitu Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Professor Dr Marzita binti Puteh. Dalam ucapan beliau berkata, program “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building” patut diadakan lagi pada masa akan datang kerana program seperti ini dapat memberi kesedaran dan dapat mendidik komuniti setempat untuk menjaga alam sekitar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor, Bahagian Pembangunan, Encik Saiful Bahari bin Ruslan. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyerahan bot, enjin dan treler kepada pasukan bomba sukarela Hulu Bernam dan penyampaian cenderamata. Rajah 30: Ucapan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Professor Dr Marzita binti Puteh. Rajah 31: Perasmian program “Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building” oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor, Bahagian Pembangunan, Encik Saiful Bahari bin Ruslan 27
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 32: Sesi penyerahan bot, enjin dan treler kepada pasukan bomba sukarela Hulu Bernam dan penyampaian cendera mata. Go Green for Cash merupakan antara pameran yang terdapat di Kompleks Penghulu semasa majlis perasmian program ini pada 14 Disember 2022. Pameran Go Green for Cash dan Booth pusat karang-mengarang juga telah berlangsung sepanjang program ini dijalankan. Ahli kumpulan A ditugaskan untuk menyediakan bahan-bahan maklumat serta menyiapkan tempat pameran berkenaan. Pada jam 9:30 pagi kesemua tetamu kehormat berkenan untuk melawat kawasan pameran dan booth ini selepas perasmian program ini selesai. Ahli kumpulan A yang bertugas untuk memberi pendedahan serta menjawab soalan yang ditanya oleh tetamu serta komuniti yang hadir. Booth ini telah dibuka sepanjang program perasmian program Green, Recycle and Low Carbon at Bernam River adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada semua peserta yang hadir mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Antara maklumat yang dikongsikan melalui pameran ini ialah punca- punca pencemaran sungai Bernam, kesan-kesan pencemaran sungai Bernam yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat serta peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk bersama- sama menjaga kebersihan sungai ini. Selain itu, booth Go Green for Cash yang berlangsung adalah untuk menggalakan semua peserta sedar bahawa setiap sampah yang dibuang atau barangan terpakai yang lain boleh menjana sumber pendapatan melalui penjualan barangan berkenaan. Hal ini kerana sampah-sampah yang tidak terpakai mempunyai nilai yang menguntungkan Peserta yang mengunjungi booth ini diberi brochure yang berkaitan ilmu kitar semula. Pada 10 Disember telah berlangsung aktiviti gotong- royong di sekitar Kompleks Penghulu Hulu Selangor dan sekitar sungai Bernam ini dimana hasil sampah sarap serta barangan besi yang dikutip telah mendatangkan hasil iaitu hasil jualan barangan berkenaan kita memperoleh sebanyak RM28.50. 28
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 33: Ahli kumpulan A yang bertugas di booth pameran Go Green for Cash Rajah 34: Antara Tetamu VVIP menyantuni booth Rajah 35: Sesi bergambar di Booth Go Green for Cash 29
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Pelepasan anak ikan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bagi mencapai objektif program Green, Recycle and Low Carbon Programme at Bernam River for Awareness, Education and Capacity Building. Aktiviti pelepasan anak-anak ikan ke dalam Sungai Bernam juga sekaligus membantu pembiakan hidupan marin dalam ekosistem dan menjadi punca ekonomi baik serta sumber makanan masyarakat setempat selain menarik tumpuan pemancing ke daerah tersebut. Dalam program ini, anak ikan telah dilepaskan sebanyak 10 000 anak ikan yang terdiri daripada ikan lampam. Ikan lampam merupakan spesies ikan yang sangat sesuai dengan ekosistem sungai tersebut. Ikan-ikan tersebut merupakan sumbangan dari Jabatan Perikanan Hulu Selangor. Pelepasan anak ikan juga turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Naib Canselor UPSI, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI, pensyarah-pensyarah UPSI. Aktiviti ini juga turut dibantu oleh Pegawai Polis dan pasukan Bomba Sukarela dari Kuala Kubu Bharu (KKB), Penolong Pegawai Daerah Hulu Bernam dan penduduk sekitar Hulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Rajah 36: Pelepasan 10 000 anak ikan Rajah 37: Sesi Fotografi bagi Aktiviti Pelepasan Anak Ikan di Sungai Bernam, Hulu Selangor 30
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Jamuan makan telah diadakan setelah selesai aktiviti bagi pelepasan anak ikan di SungaiBernam. AJK makanan dan AJK persiapan tempat memainkan peranan masing-masing di mana mereka perlu menyediakan tempat untuk meletakkan makanan-makanan yang telah ditempah dari katering ‘Kak Yang’. Antara makanan yang ditempah adalah nasi putih, ayam masak merah, sambal udang, sayur kobis, bubur durian dan lain-lain. Selanjutnya, makanan-makanan yang ditempah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jemputan VVIP yang merupakan pihak tertinggi Selangor, Ketua Polis, Ketua Bomba, Dekan Fakulti dan pensyarah-pensyarah yang terlibat, bagi kategori kedua pula jemputan VIP yang merupakan ahli jawatankuasa pihak selangor, pihak polis dan pihak bomba manakala kategori ketiga untuk peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI. Selain itu, tempat jemputan VVIP makan merupakan di meja bulat di mana AJK makanan perlu menghidangkan makanan kepada VVIP semasa mereka makan manakala jemputan VIP mengambil makanan di buffet yang telah disediakan dan bagi peserta pelajar UPSI pula, AJK makanan telah mengagihkan makanan yang telah siap dibungkus bagi memudahkan mereka makan atau di bawa pulang. Selepas selesai jamuan makan, AJK makanan dan AJK tempat perlu mengemas lebihan makan dan peralatan-peralatan yang telah digunakan semasa makan sebentar tadi untuk memudahkan pihak Catering mengambil dan membawanya pulang. Berikut merupakan gambar AJK makan dan AJK tempat semasa majlis sedang berlangsung: Rajah 38: Sesi Persiapan Tempat Program Rajah 39: Sesi Membaca doa sebelum Jamuan Dimulakan 31
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING Rajah 40: Sesi AJK makanan menghidang jamuan kepada VVIP Rajah 40: Jemputan VIP mengambil hidangan Imbas lebih lanjut mengenai program 32
GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING KESIMPULAN Program “ Go Green for Cash” berkesan dalam meningkatkan kesedaran penduduk sekitar Sungai Bernam dalam pemeliharaan sungai dan amalan rendah karbon. Selain itu, isu-isu yang telah dikenal pasti sebelum program seperti pembuangan sisa pepejal dan sisa tanaman berhampiran dengan tepi Sungai Bernam dapat diselesaikan melalui kesedaran masyarakat setempat yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, amalan dalam pemeliharaan sungai dan rendah karbon masih kurang dalam kalangan penduduk setempat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk meningkatkan amalan penduduk setempat seperti kempen secara berkala daripada NGO, Badan-badan Kerajaaan dan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain itu, pemantauan secara berkala oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar boleh menyebabkan penduduk setempat lebih peka terhadap kebersihan sungai dan memeliharanya bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang hukuman. Bersama, kita pelihara kebersihan sungai dan mengurangkan pelepasan karbon demi kesejahteraan generasi kita dan akan datang. Program ini sedikit sebanyak telah berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya komuniti setempat tentang amalan rendah karbon dan penjagaan alam sekitar khususnya di sekitar kawasan sungai Bernam. Kelestarian alam adalah penting bagi memastikan kehidupan seharian manusia tidak dan ekosistem yang lebih terjamin pada masa akan datang. Amalan rendah karbon penting untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang lebih holistik. Penjimatan tenaga elektrik yang digunakan secara cekap, efisien dan optimum adalah langkah terbaik bagi mengurangkan penghasilan gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida secara berlebihan ke ruangan atmosfera. Dengan kata lain, pengguna harus diberikan kesedaran tentang betapa pentingnya penggunaan tenaga secara cekap dan dapat menyelamatkan alam sekitar serta menjimatkan kos. Ini bermakna, masyarakat perlu mengubah gaya hidup mereka kepada kehidupan yang lebih mesra alam agar kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan. Kesedaran dan amalan seharusnya diseimbangkan agar dapat memastikan semua pihak yang terlibat mampu melaksanakan tanggungjawabnya tanpa menunding jari kepada pihak yang lain. 33
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kursus Profesor Madya Ts Dr Nor Kalsum Mohd Isa atas bimbingan dalam menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek ini. Terima kasih juga kepada sdg@upsi yang diketuai oleh Puan Noriha Muhammad dan Penghulu Mukim Hulu Bernam Selatan En Mohammed Jamil Abu Bakar atas sokongan kerjasama dan kewangan yang diberi bagi menjayakan projek ini. GREEN, RECYCLE AND LOW CARBON PROGRAMME AT BERNAM RIVER FOR AWARENESS, EDUCATION AND CAPACITY BUILDING RUJUKAN Chong Oi Min dan Mohammad Tahir Mapa (2021). Pengetahuan Pelajar dan Program Kitar Semula di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Malaysian Journal of Society and Space, 1(2), 256-257 Nur Syuhada Mustakim, Muhammad Wafi Ramli & Chan Ngai Weng (2019). Kesedaran Komuniti Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Malaysia Journal of Society and Space, 15(3), 28-39 PENGHARGAAN 34