The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SATU PENULISAN REFLEKTIF EDULEP A4 TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezah1965, 2022-11-08 08:52:58

JURNAL REFLEKTIF EDULEP HNEM

SATU PENULISAN REFLEKTIF EDULEP A4 TAHUN 2022

Keywords: TLAN

TLAN - THINK, LEAD, ACT DAN NETWORK

DAPAT MENINGKATKAN KOMPETENSI
PEMIMPIN PENDIDIKAN : SATU REFLEKSI

Penulis: Hajah Nor Ezah binti Haji Mohammad
SIPartners+ PPD Melaka Tengah

Coach: En Zairi bin Zainal Abidin,
IAB Bandar Enstek

Mentor: En. Mohd Yusri bin Seman.
Pegawai Pendidikan, PPD Melaka Tengah

PENDAHULUAN
Kursus EduLEP (Educational Leadership Enhancement
Programme) yang diterajui oleh Institut Aminuddin Baki, KPM
adalah untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan pada tahap
pemikiran yang holistic, boleh bertindak secara tangkas dan
dinamik. Para peserta yang terdiri dari kalangan pemimpin
pendidikan dari pelbagai daerah seluruh Malaysia hadir bersama
menamatkan EduLEP dalam tempoh lima bulan. Kami perlu
datang belajar seperti sebuah botol yang kosong agar banyak
ruang ilmu yang boleh diisi dan ini akan banyak membuka peluang
dan idea untuk diterima dan diisi. Rakan En Harith (SIPartners+
Kelantan) memberikan idea ‘ Ilmu yang dituntut semalam adalah
lapuk dan yang kita dapat hari ini adalah yang terbaharu dan

terkini’. Tuan Haji Zulkifly SIpartners+ dari PPD Sik, Kedah pula
menyatakan ‘Knowledge is power, sharing knowledge is more
powerful’. Menarik pula bila rakan Tuan Haji Salahuddin,
SIPartners+ Bagan Datoh memberikan pandangan kita di
peringkat makro bukan hanya melihat secara ‘helicopter view’
tetapi ‘ satellite view’ yang boleh nampak semua aspek dan arah,
tanpa ada yang terlindung.

Jesteru, cukupkah kompetensi pada diri kita semua sebagai
pemimpin? Baaimana kita semua perlu tangkas bangkit
meningkatkan kompetensi ini. Kursus EduLEP memberikan kita
idea melalui 4 cara (Think, Lead, Act dan Network –TLAN)

T- THINK

Kita semua perlu tahu peranan kepimpinan yang kita miliki
berpandukan fungsi tugas yang diamanahkan. Dalam penjajaran
dasar kita perlu membina strategi yang jelas. Dalam
melaksanakan tugas kita perlu bijak mengambil tindakan
berpandukan SOP –Standard Of Procedure yang sedang
dikuatkuasakan. Dalam memacu kreativiti dan inovasi di PPD
Melaka Tengah, saya bersama dengan team yang menggalakkan
Kreativiti dan Inovasi memberi galakkan pembudayaan Kajian

Tindakan dan Amalan baik. Ini antara program yang telah, sedang
dilaksana dan pastinya diteruskan. Kepakaran diri sebagai panel
pembentangan kajian tindakan dan amalan baik di beberapa
daerah dan peringkat JPN Melaka akan diperluaskan di kalangan
pendidik di negeri Melaka. Dalam memacu kreativiti dan inovasi ini,
kita pastinya perlu membawa subordinat dalam ‘Future Thinking’
yang ‘Selangkah Ke hadapan’ dalam berfikir, merancang serta
mengambil tindakan. Indahnya Think Ahead, Plan Ahead and Act
Ahead.

L- LEAD

Dalam Lead ini juga, ilmu yang kite perolehi dari eberapa sesi
dalam kursus EduLEP, dapat menjadikan kita mengadaptasi
situasi baharu secara efektif dalam penyesuaian perubahan.
Pemimpin perlu menyesuaikan diri dengan cepat kepada
perubahan. Satu strategi yang dikongsikan dengan semua ialah
ADKAR – Awareness, desire, knowledge, Ability dan
Reinforcement. ADKAR dipermudahkan kefahaman melalui Team
Power yang mengandungi Team Think, Team Spirit, Team
Support, Team Work dan Team Building. Team Work dan team
Building akan dapat dibina dengan jayanya melalui strategi
Coaching and Mentoring (C&M). C&M akan dapat
mengupayakan potensi dan kompetensi rakan sejawat maupun

subordinat dalam mengenalpasti peranan dan tanggungjawab
setiap ahli pasukan. Ia juga akan membantu subordinat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri individu, kumpulan
maupun organisasi. Saya amat selesa dab yakin strategi C&M
mampu membangunkan keupayaan pemimpin. Mereka mampu
menyedari tanggungjawab dan meningkatkan potensi diri.
Perubahan tingkah laku adalah natijah dari C&M yang berkesan
dan efektif.

A- ACT

Muhasabah diri dapat dilaksana dengan menyenaraikan
kegagalan dan kejayaan dalam tugasan kita. Kita perlu melihat
langkah langkah atau tindakan yang perlu ditambahbaik. Satu aksi
NO CBEG (Complaints, Blames, Excuses and Gossips) BUT
REAM (Respect, Encourage, Appreciate and Motivate) sangat
memberi kesan yang positif dalam diri saya. Dalam memacu
kecemerlangan organisasi maupun tugas, pemimpin perlu
mempamerkan usaha yang berterusan dan konsisten, berfokus
kepada outcome atau keberhasilan. Kecemerlangan hanya dapat
dihargai apabila kita dapat membawa orang lain bersama. Amalan
dalam membuat keputusan perlu dimusyawarahkan agar tidak
diragui keputusan yang telah dibuat. Dalam kematangan emosi,
pemimpin perlu bijak mewujudkan keseimbangan dan ketenangan

semasa bertugas. Konfiden dan dapat tenang dalam kepelbagaian
situsai kerja adalah indikator keyakinan diri yang tinggi dalam
membawa subordinat mencapat matlamat.

Sebagai pemimpin saya berusaha untuk meminimakan CBEG dan
meningkatkan REAM. Natijah ilmu yang saya dapati dari EduLEP
yang mudah menjadikan saya pemimpin yang lebih positif.

N- NETWORK

Network lebih dikenali sebagai jalinan dan Jaringan di mana ia
membawa maksud pada perbezaan pemegang taruh dalaman
maupun luaran. Jaringan (R) – dalam ‘range’ yang sama iaitu
kolaboratif dengan organisasi atau pemegang taruh yang
bermotifkan pendidikan sedang Jalinan (L) – adalah dengan
mereka yang bermotifkan selain dari pendidikan contohnya PDRM,
Bomba, Pasaraya Mydin dan lain-lain lagi. Perkara ini menjadi
Teras 6 yang utama dalam PSO JPN Melaka Tahun 2021-2025.
Kesedaran Organisasi di PPDMT, kami perkasakan di peringkat
Pra sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah menengah maupun
peringkat PPD Melaka Tengah. Banyak program yang telah kami
laksanakan di daerah ini adalah memanfaatkan hubungan
kolaboratif PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa komuniti Swasta) dalam
mendepani cabaran peruntukan dana KPM yang agak terhad di

masa ini. Jaringan dengan MMU (Multimedia University), Ma Hans
Institute, Manipal College mampu menyumbangkan tempat
percuma untuk kami membuat kursus maupun program dengan
pihak sekolah maupun para pendidik. Dalam masa yang sama
pihak Bank Rakyat, Bank Islam, PTPTN, Jabatan Agama Islam
Melaka (JAIM) bermurahati menyumbangkan makanan untuk para
peserta. Invest In Relationship perlu dipelajari dan diambil iktibar
dari kisah penghijrahan Rasulullah dari bumi Mekah ke Madinah.
Network yang dilakukan oleh Baginda dan pasukannya bersama
orang tempatan mampu melindungkan beliau dari kaum Quraisy
yang memang membenci dan berazam untuk membunuhnya.

Pemimpin perlu

• Ada daya tahan diri – Resilience
• Banyak mendengar – Good listener
• Banyak memuji
• Memimpin dari Hati
• BSTP : The power of communication datang dari

 B: Body
 S: Shoulder
 TP: talking Point

BOOK SHARING: Leading wih GRIT (LAURIE SAUDBRINK)

Tingkatkan diri anda – dan tempat kerja anda – dengan GRIT
Menerajui Dengan GRIT ialah panduan praktikal dan terbukti untuk
mengubah tempat kerja, menawarkan pandangan pragmatik
tentang strategi berasaskan nilai yang meningkatkan individu dan
perniagaan. Berdasarkan prinsip pengarang GRIT – Generousity,
Respect, Integrity and Truth - Kemurahan Hati, Hormat, Integriti,
dan Kebenaran – buku ini menerangkan satu alternatif ke arah
peningkatan kompetensi pemimpin dalam memacu organisasi ke
satu peringkat yang jauh lebih baik. GRIT membantu pembaca
menjadikan diri mereka dan tempat kerja mereka lebih bahagia dan
sihat, mengurangkan tekanan, mencetus pertumbuhan peribadi,
mengekalkan motivasi pekerja dan membangunkan pasukan
pemimpin yang lebih prihatin. Pada dasarnya, Memimpin Dengan
GRIT ialah buku panduan untuk meningkatkan kepimpinan dalam
organisasi dengan menambah baik kehidupan dan menerima idea
dan pandangan mereka yang bersama bertungkus lumus
memajukan organisasi.

RUMUSAN

Dalam menentukan strategi, cuba sekali belum tentu betul, pastikan perlu
ada perubahan. Pemimpin perlu hebat menggunakan TLAN (Think, Lead,
Act and Network) dalam melengkapkan kompetensi kepimpinan. Jurang
yang telah dianalisis perlu dilihat berpunca dari isu mana dan apa intervensi

yang perlu dibuat. Dalam memacu organisasi, seperti satu pendakian
ada Climbers- Berjaya. Campers- Status quo, Quitters- langsung
tidak mencuba dan pemimpin berhati-hati kerana ramai yang
ternanti-nanti dan gembira melihat Climbers jatuh. Kata Robert
House dalam Buku Path Goal Theory (1971) menyatakan tingkah
laku pemimpin dilihat sebagai tindakan yang boleh memotivasikan
pekerja. Jesteru TLAN yang menjadi tajuk utama strategi EduLEP
mampu merubah lanskap kepimpinan pendidikan di daerah yang
diterajui malah di negara kita.

Rujukan

Ángel Cabrera, Gregory Unruh (2012). Being Global: How to Think,
Act, and Lead in a Transformed World. Harvard Business Review

Press

Laurie Sudbrink . (2015). Leading with GRIT: Inspiring Action and
Accountability with Generosity, Respect, Integrity, and Truth. Wiley
Publisher, New York.

Robert House. (1971). Path Goal Theory. Wiley Publishers, Ohio
USA.
https://iab.moe.edu.my/index.php/ms/buletin-pdsp


Click to View FlipBook Version