TLAN - Think, Lead, Act dan Network dapat
meningkatkat kompetensi Pemimpin Pendidikan :
Satu Kajian Reflektif
Penulis: Hajah Nor Ezah binti Haji Mohammad
SIPartners+ PPD Melaka Tengah
Coach: En Zairi bin Zainal Abidin,
IAB Bandar Enstek
Mentor: En. Mohd Yusri bin Seman.
Pegawai Pendidikan, PPD Melaka Tengah
PENDAHULUAN
Matlamat kursus EduLEP (Educational Leadership Enhancement
Programme) yang diterajui oleh Institut Aminuddin Baki, KPM
adalah untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan pada tahap
pemikiran yang holistik. Para peserta yang terdiri dari kalangan
pemimpin pendidikan dari pelbagai daerah seluruh Malaysia hadir
bersama menamatkan EduLEP dalam tempoh lima bulan. Kami
perlu datang belajar seperti sebuah botol yang kososng agar
banyak ruang ilmu yang boleh diisi dan ini akan banyak membuka
peluang dan idea. Rakan En Harith (PPD Temerloh) memberikan
idea ‘ Ilmu yang dituntut semalam adalah lapuk dan yang kita dapat
hari ini adalah yang terbaharu dan terkini’. Tuan Haji Zulkifly dari
PPD Sik, Kedah pula menyatakan ‘Knowledge is power, sharing
knowledge is more powerful’. Menarik pula bila rakan Tuan Haji
Salahuddin, SIPartners+ Bagan Datoh memberikan pandangan
kita di peringkat makro bukan hanya melihat secara ‘helicopter
view’ tetapi ‘ satellite view’ yang boleh nampak semua aspek dan
arah, tanpa ada yang terlindung.
Jesteru, cukupkah kompetensi pada diri kita semua? Bagaimana
untuk meningkatkan kompetensi ini. Kursus EduLEP memberikan
kita idea melalui 4 cara (Think, Lead, Act dan Network –TLAN)
T- THINK
Kita semua perlu tahu peranan kepimpinan yang kita miliki
berpandukan fungsi tugas yang diamanahkan. Dalam penjajaran
dasar kita perlu membina strategi yang jelas. Dalam
melaksanakan tugas kita perlu bijak mengambil tindakan
berpandukan SOP –Standard Of Procedure yang sedang
dikuatkuasakan. Dalam memacu kreativiti dan inovasi di PPD
Melaka Tengah, saya bersama dengan team yang menggalakkan
Kreativiti dan Inovasi, pembudayaan Kajian Tindakan dan Amalan
baik. Ini antara program yang telah, sedang dilaksana dan pastinya
diteruskan. Dalam memacu kreativiti dan inovasi ini, kita pastinya
perlu membawa subordinat dalam ‘Future Thinking’ yang
‘Selangkah Ke hadapan’ dalam berfikir, merancang serta
mengambil tindakan.
L- LEAD
Dalam Lead ini juga dapat menjadikan kita mengadaptasi situasi
baharu secara efektif dalam penyesuaian perubahan. Pemimpin
perlu menyesuaikan diri dengan cepat kepada perubahan. Satu
strategi yang dikongsikan dengan semua ialah ADKAR –
Awareness, desire, knowledge, Ability dan Reinforcement. ADKAR
dipermudahkan kefahaman melalui Team Power yang
mengandungi Team Think, Team Spirit, Team Support, Team
Work dan Team Building. Team Work dan team Building akan
dapat dibina dengan jayanya melalui strategi Coaching and
Mentoring (C&M). C&M akan dapat mengupayakan potensi dan
kompetensi rakan sejawat maupun subordinat dalam
mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan.
Ia juga akan membantu subordinat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri individu, kumpulan maupun organisasi. Saya amat
selesa dab yakin strategi C&M mampu membangunkan
keupayaan pemimpin. Mereka mampu menyedari tanggungjawab
dan meningkatkan potensi diri. Perubahan tingkah laku adalah
natijah dari C&M yang berkesan dan efektif.
A- ACT
Muhasabah diri dapat dilaksana dengan menyenaraikan
kegagalan dan kejayaan dalam tugasan kita. Kita perlu melihat
langkah langkah atau tindakan yang perlu ditambahbaik. Satu aksi
NO CBEG BUT REAM sangat memberi kesan yang positif dalam
diri saya. Dalam memacu kecemerlangan organisasi maupun
tugas, pemimpin perlu mempamerkan usaha yang berterusan dan
konsisten, berfokus kepada outcome atau keberhasilan.
Kecemerlangan hanya dapat dihargai apabila kita dapat membawa
orang lain bersama. Amalan dalam membuat keputusan perlu
dimusyawarahkan agar tidak diragui keputusan yang telah dibuat.
Dalam kematangan emosi, pemimpin perlu bijak mewujudkan
keseimbangan dan ketenangan semasa bertugas. Konfiden dan
dapat tenang dalam kepelbagaian situsai kerja adalah indikator
keyakinan diri yang tinggi dalam membawa subordinat mencapat
matlamat.
Sebagai pemimpin saya berusaha untuk meminimakan CBEG dan
meningkatkan REAM. Natijah ilmu yang saya dapati dari EduLEP
yang mudah menjadikan saya pemimpin yang lebih positif.
N- NETWORK
Network lebih dikenali sebagai jalinan dan Jaringan di mana ia
membawa maksud pada perbezaan pemegang taruh dalaman
maupun luaran. Jaringan (R) – dalam ‘range’ yang sama iaitu
kolaboratif dengan organisasi atau pemegang taruh yang
bermotifkan pendidikan sedang Jalinan (L) – adalah dengan
mereka yang bermotifkan selain dari pendidikan contohnya PDRM,
Bomba, Pasaraya Mydin dan lain-lain lagi. Perkara ini menjadi
Teras 6 yang utama dalam PSO JPN Melaka Tahun 2021-2025.
Kesedaran Organisasi di PPDMT, kami perkasakan di peringkat
Pra sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah menengah maupun
peringkat PPD Melaka Tengah. Banyak program yang telah kami
laksanakan di daerah ini adalah memanfaatkan hubungan
kolaboratif PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa komuniti Swasta) dalam
mendepani cabaran peruntukan dana KPM yang agak terhad di
masa ini. Jaringan dengan MMU (Multimedia University), Ma Hans
Institute, Manipal College mampu menyumbangkan tempat
percuma untuk kami membuat kursus maupun program dengan
pihak sekolah maupun para pendidik. Dalam masa yang sama
pihak Bank Rakyat, Bank Islam, PTPTN, Jabatan Agama Islam
Melaka (JAIM) bermurahati menyumbangkan makanan untuk para
peserta. Invest In Relationship perlu dipelajari dan diambil iktibar
dari kisah penghijrahan Rasulullah dari bumi Mekah ke Madinah.
Network yang dilakukan oleh Baginda dan pasukannya bersama
orang tempatan mampu melindungkan beliau dari kaum Quraisy
yang memang membenci dan berazam untuk membunuhnya.
Pemimpin perlu
• Ada daya tahan diri – Resilience
• Banyak mendengar – Good listener
• Banyak memuji
• Memimpin dari Hati
• BSTP : The power of communication datang dari
❖ B: Body
❖ S: Shoulder
❖ TP: talking Point
BOOK SHARING: Leading wih GRIT
Tingkatkan diri anda – dan tempat kerja anda – dengan GRIT
Menerajui Dengan GRIT ialah panduan praktikal dan terbukti untuk
mengubah tempat kerja, menawarkan pandangan pragmatik
tentang strategi berasaskan nilai yang meningkatkan individu dan
perniagaan. Berdasarkan prinsip pengarang GRIT – Generousity,
Respect, Integrity and Truth - Kemurahan Hati, Hormat, Integriti,
dan Kebenaran – buku ini menerangkan satu alternatif ke arah
peningkatan kompetensi pemimpin dalam memacu organisasi ke
satu peringkat yang jauh lebih baik. GRIT membantu pembaca
menjadikan diri mereka dan tempat kerja mereka lebih bahagia dan
sihat, mengurangkan tekanan, mencetus pertumbuhan peribadi,
mengekalkan motivasi pekerja dan membangunkan pasukan
pemimpin yang lebih prihatin. Pada dasarnya, Memimpin Dengan
GRIT ialah buku panduan untuk meningkatkan kepimpinan dalam
organisasi dengan menambah baik kehidupan dan menerima idea
dan pandangan mereka yang bersama bertungkus lumus
memajukan organisasi.
RUMUSAN
Dalam menentukan strategi, cuba sekali belum tentu betul, pastikan perlu
ada perubahan. Pemimpin perlu hebat menggunakan TLAN dalam
melengkapkan kompetensi kepimpinan. Jurang yang telah dianalisis perlu
dilihat berpunca dari isu mana dan apa intervensi yang perlu dibuat. Dalam
memacu organisasi, seperti satu pendakian ada Climbers-
Berjaya. Campers- Status quo, Quitters- langsung tidak mencuba
dan pemimpin berhati-hati kerana ramai yang ternanti-nanti dan
gembira melihat Climbers jatuh. Kata Robert House dalam Buku
Path Goal Theory (1971) menyatakan tingkah laku pemimpin
dilihat sebagai tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.
Jesteru TLAN yang menjadi tajuk utama strategi EduLEP mampu
merubah lanskap kepimpinan pendidikan di daerah yang diterajui
malah di negara kita.
Rujukan
Ángel Cabrera, Gregory Unruh (2012). Being Global: How to Think, Act, and
Lead in a Transformed World. Harvard Business Review Press
Laurie Sudbrink . (2015). Leading with GRIT: Inspiring Action and
Accountability with Generosity, Respect, Integrity, and Truth. Wiley
Publisher, New York.
Robert House. (1971). Path Goal Theory. Wiley Publishers, Ohio USA.
https://iab.moe.edu.my/index.php/ms/buletin-pdsp