1 1. KUMPULAN UMUR ( Lelaki dan Perempuan ) 1.1 Kelas Satu 18 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2006 atau selepasnya) 1.2 Kelas Dua 15 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2009 atau selepasnya) 1.3 Kelas Tiga 12 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2012 atau selepasnya) 2. PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (K.O.A.M) dan Peraturan Am M.S.S.M / M.S.S.S / M.S.S.D 3. JENIS PERTANDINGAN 3.1 Individu 3.2 Berpasukan ( 4 peserta terbaik ) 4. SPESIFIKASI JARAK LALUAN / TREK MERENTAS DESA Kelas Jantina Kumpulan Umur Jarak L1 Lelaki 18 tahun & ke bawah 8km P1 Perempuan 18 tahun & ke bawah 6km L2 Lelaki 15 tahun & ke bawah 6km P2 Perempuan 15 tahun & ke bawah 6km L3 Lelaki 12 tahun & ke bawah 4km P3 Perempuan 12 tahun & ke bawah 4km 4.1 Alat Pengukur Perbatuan / Jarak atau speedometer kenderaan digalakkan untuk menetukan jarak sebenar dalam ukuran kilometer. 5. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA 5.1 Peserta yang bertanding mestilah Warganegara Malaysia 5.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD dengan menggunakan borang yang telah disediakan dan butir-butir tentang atlet hendaklah lengkap dan disahkan oleh Pengetua masing-masing. 5.3 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar SATU ( 1 ) PASUKAN bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 5.4 Setiap pasukan akan mengandungi enam (6) orang peserta bagi tiap-tiap pasukan atau empat (4) orang peserta minima. 5.5 Setiap peserta akan dianggap memasuki acara perseorangan secara automatik. PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) SABAK BERNAM TAHUN 2024
2 5.6 Peserta-peserta WAJIB membawa kad pengenalan asal atau salinan sijil lahir atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA. (Sila rujuk Peraturan Am 4 MSSM) 6 NOMBOR PESERTA 6.1 Nombor peserta dan pin disediakan oleh sekolah masing-masing. 6.2 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang kain bernombor pengenalan yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Nombor ini hendaklah dipakai di depan dan di belakang dan disematkan dengan pin pada keempat-empat sudut kain. 6.3 Semua nombor peserta akan ditulis huruf abjad di awal nombor mengikut sekolah masing-masing seperti berikut. 6.4 Abjad Sekolah. *Rujuk Lampiran* 7 KAEDAH MENDAPATKAN MATA / KEDUDUKAN PASUKAN 7.1 Daripada 6 orang peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan. ( Peraturan 250 / 8A & B K.O.A.M.) 7.2 Pasukan yang mengumpul jumlah mata terendah akan diiktiraf sebagai pemenang. 7.3 Jika SERI, Peraturan 250 – Perkara 8 (c) KOAM hendaklah digunapakai iaitu kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan yang seri dengannya. 7.4 Jika seri, pasukan yang mendapat Johan yang terbanyak dalam semua kategori diambil kira dan seterusnya. 8 PEMBATALAN 8.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak sepanjang perlumbaan, sekiranya berlaku maka penyertaannya akan dibatalkan. 8.2 Jika peserta didapati mengganggu atau memintas peserta lain dengan maksud melengahkan kederasan lawan maka peserta tersebut akan dibatalkan haknya untuk memenangi pertandingan ini, walaupun dia mendapat tempat kedudukan. 9 PENGENALAN TREK ATAU LALUAN 9.1 Pengenalan trek adalah disyorkan sehari atau 24 jam sebelum perlumbaan atau kejohanan sebenar diadakan. 10 KESELAMATAN DAN TEKNIKAL 10.1 Semua peserta Merentas Desa mestilah sihat dari aspek kecergasan fizikal dan disahkan sihat untuk menyertai pertandingan. 10.2 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan, kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik. 10.3 Semua peserta digalakkan memakai kasut yang sesuai. 10.4 Ukuran kayu pancang untuk carong (laluan) penamat mestilah sekurangkurangnya 1.5 meter tinggi untuk mengelakkan kecederaan. 10.5 Stesen minuman mestilah disediakan dan ditempatkan tidak jauh dari garisan penamat / hakim penamat.
3 11 LAKARAN PETA LALUAN MERENTAS DESA 11.1 Lakaran yang lengkap dengan semua panduan yang penting termasuk pandu arah dan “check point” perlu disediakan. 12 PAKAIAN 12.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambilbahagian dan semasa Majlis Penyampaian Hadiah. 12.2 Peserta digalakkan memakai kasut semasa pertandingan. 12.3 Pakaian hendaklah yang tidak menjolok mata dan jarang walaupun basah. 13 HADIAH 13.1 Dua Puluh Lima (25) hadiah individu dan sijil pencapaian akan disediakan untuk pemenang perseorangan lelaki dan perempuan bagi setiap kumpulan umur. 13.2 Hadiah-hadiah berpasukan akan disediakan sebanyak enam (6) buah untuk Johan, Naib Johan, tempat ketiga dan keempat sahaja bagi setiap kelas. 13.3 Piala pusingan disediakan untuk pasukan terbaik keseluruhan bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. 14 BANTAHAN 14.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOAM kecuali perkara di bawah; i) Segala masalah berkaitan dengan kelayakan seseorang peserta yang tidak dapat di selesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSD kelak. 14.2 Bantahan mengenai keputusan pertandingan hendaklah dilakukan dalam masa 15 minit selepas keputusan rasmi diumumkan. 14.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan melalui Setiausaha Kejohanan mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) 14.4 Keputusan juri rayuan adalah muktamad. 15 JURI RAYUAN Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri dari: 1. Pengerusi Kejohanan Menengah / Rendah 2. Pengerusi Teknik Merentas Desa MSSD 3. Pengerusi Kepegawaian Kejohanan 4. Penyelia Sukan PPD 5. Setiausaha Kejohanan (selaku Setiausaha panel juri rayuan) 6. Dua (2) orang wakil sekolah yang tidak membuat bantahan. 16 HAL-HAL LAIN 16.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempattempat khas tersebut.
4 16.2 Selain dari Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK ADA SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN (TREK) KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. 16.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecederaan anggota / harta benda atau kecederaan lain berlaku; i) Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat pertandingan dan sebaliknya ii) Semasa kejohanan dilangsungkan 16.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai-pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi; SURIA MURTHI A/L PENTIAH 012-2142746 SJK(T) LADANG SABAK BERNAM Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam
5 BIL NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH SEKOLAH RENDAH 1 SK Doktor Abdul Latif AA 2 SK Batu 38 AB 3 SK Tun Doktor Ismail AC 4 SK Sekendi AD 5 SK Parit Baru AE 6 SK Simpang Empat BNO AF 7 SK Seri Mawar AG 8 SK Seri Makmur AH 9 SK Pancang Bedena AJ 10 SK Parit 6 AK 11 SK Simpang Lima AL 12 SK Sungai Limau AM 13 SK Tok Khalifah AN 14 SK Parit 13 AP 15 SK Parit 4 Sg Haji Dorani AQ 16 SK Sg. Haji Dorani AR 17 SK Khir Johari AS 18 SK Seri Utama AT 19 SJKT Ladang Sabak Bernam AU 20 SJKT Ladang Sungai Bernam AV 21 SJKC Lum Hua AW 22 SJKC Sin Min AX 23 SJKC Cheong Hua AY 24 SK Seri Bahagia AZ 25 SJKC Hai Ping BA 26 SK Sg. Tengar BB 27 SK Kg. Baru BC 28 SK Sepintas BD 29 SK Kg. Banting BE 30 SK Teluk Ru BF 31 SK Seri Cempaka BG 32 SK Lubuk Pusing BH 33 SK Bagan Terap BJ 34 SJKC Moon Teck BL 35 SJKC Phooi Tee BM 36 SJKC Phoay Chineh BP 37 SK Tebuk Jawa BQ 38 SK Tanjung Jawa BR 39 SJKC Phooi Min BS 40 SK Sg. Nibong BT 41 SK Pasir Panjang BU 42 SK Parit 9, Sekinchan BV 43 SK Sg. Leman BW 44 SJKC Yoke Kuan BX 45 SK Seri Sekinchan BY 46 SJKC Kian Sit BZ
6 47 SK Binjai Jaya CA 48 SRA Integrasi Muhamadiah CB SEKOLAH MENENGAH 1 SMK Munshi Abdullah A 2 SMK Ungku Aziz B 3 Maahad Integrasi Tahfiz Selangor C 4 SMK Bagan Terap D 5 SMK Sungai Besar E 6 SMK Seri Bedena F 7 SMK Agama Simpang Lima G 8 SMK Dato’ Mustaffa H 9 SMK Yoke Kuan J 10 SBP Integrasi Sabak Bernam K 11 SAM Parit Baharu L 12 SAM Bagan Terap M 13 SAM Sungai Haji Dorani N 14 SAM Pasir Panjang P 15 SAM Muhammadiah Batu 1 R 16 SAM Tengku Ampuan Jemaah S 17 SAMT Sultan Salahuddin Aziz Shah T 18 Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS) U 19 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar V 20 SK Binjai Jaya (K9) W 1. NOMBOR PESERTA DISEDIAKAN OLEH SEKOLAH TERLIBAT 2. SETIAP KELAS MENGGUNAKAN KOD PENGENALAN SEKOLAH MASING-MASING DIIKUTI DENGAN NOMBOR 1 HINGGA 6 3. SETIAP PERINGKAT UMUR MENGGUNAKAN WARNA LATAR BERBEZA 4. SETIAP JANTINA AKAN DIBEZAKAN MELALUI WARNA NOMBOR IAITU PESERTA LELAKI BERWARNA HITAM DAN PESERTA PEREMPUAN BERWARNA MERAH KELAS 1 : LATAR BIRU KELAS 2 : LATAR KUNING KELAS 3 : LATAR PUTIH LELAKI : TULISAN HITAM PEREMPUAN : TULISAN MERAH A 1 A 1 AA1 AA1 A 1 A 1