The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6744577, 2021-06-24 13:01:43

DATO' MUHYIDDIN pdf

DATO 'MUHYIDDIN MIRU pdf

NAMA PESERTA : MIRUSHAANAA A/P LOGANATHEN

TINGKATAN : 5 SAINS

E-mail : [email protected]

NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN PUTERI

ALAMAT SEKOLAH: Jln Sri Putri1/16, Taman Putri,

81000 Kulaijaya ,Johor



BIODATA
TAN SRI MUHYIDDIN

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 73 tahun, ialah Ahli Parlimen P143
Pagoh sejak 1978 hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Timbalan Menteri
Perdagangan dan Industri dalam tempoh tersebut.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor
daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.
Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan
kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen
Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor
daripada tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang.
Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan
kerajaan persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli
Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum 1995.

Sejak tahun 1995 hingga 2015, beliau penah menyandang
beberapa jawatan termasuk sebagai; Menteri Belia dan
Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran
dan Menteri Pendidikan .

Tan Sri Muhyiddin berkahwin dengan Puan Sri Hajjah Noorainee Abdul
Rahman pada 22 September 1972 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
(Bahagian Latihan dan Biasiswa) pada 1970 dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974. Perbadanan Johor (JCorp)
sejak 1974 hingga 1978.

Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016
dan dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU
Bahagian Pagoh pada tahun sama.
Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.

PENDIDIKAN
TAN SRI MUHYIDDIN

Beliau mendapat pendidikan awal Beliau kemudian ke Universiti
di Sekolah Kebangsaan Maharani Malaya pada tahun 1968 dan
dan Sekolah Kebangsaan Ismail berjaya memperolehi Ijazah

(sekolah aliran Inggeris) serta Sarjana Muda (Kepujian)
Government English School di Ekonomi dan Pengajian

Muar (sekolah menengah). Melayu.

Beliau adalah seorang yang pendiam Beliau sangat berminat
tetapi amat suka mendengar dan membaca dan sering
memberi tumpuan dalam sesuatu
perbincangan. Beliau sentiasa meluangkan waktu dan
berjaya menyelesaikan sesuatu menghabiskan waktu dengan
persoalan dan masalah . membaca. Beliau seolah-olah

ketagih membaca..

kerjaya

Sektor Awam

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan
kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

Sektor Korporat

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau
untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di
beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul
Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul
Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara
tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang
beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus
Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad
serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.

Politik

• Penglibatan Muhyiddin dalam politik bermula apabila beliau menyertai UMNO sebagai
ahli biasa di bahagian Pagoh pada tahun 1971. Beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda
UMNO di bahagian Pagoh dan Setiausaha pada tahun 1976. Kemudian beliau menjadi
Pemuda Pemuda negeri Johor UMNO sehingga 1987.

• Muhyiddin menduduki kerusi Exco dalam pemuda UMNO Malaysia. Pada tahun 1984,
Muhyiddin dipilih sebagai Ketua Bahagian Pagoh di Pagoh menggantikan Tan Sri
Othman Saat. Pangkat beliau naikk dengan cepat dalam UMNO Johor. Dari menjadi ahli
majlis eksekutif negeri sehingga menjadi Ketua Johor UMNO dan kemudian menjadi
Menteri Besar Johor.

• Tempoh beliau sebagai Menteri Besar bertahan sehingga 6 Mei 1995
• Beliau berkhidmat dengan beberapa jawatan kabinet kerajaan persekutuan sebagai

Menteri Belia dan Sukan (1995-1999), Menteri Hal Ehwal Pengguna (1999-2004),
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri 2008-2009). Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Pendidikan Malaysia oleh [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri],
Najib Razak pada tahun 2009.

• Pada tahun 1984, Muhyiddin bertanding di kerusi Dewan Tertinggi UMNO tetapi kalah.
Muhyiddin kemudian dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor dan
seterusnya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi. Pada November 1990 beliau menjadi
calon untuk naib presiden UMNO, tetapi kalah lagi. Muhyiddin cuba lagi pada pilihan
raya UMNO November 1993, berjaya kali ini.

Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009, ketika
Najib mengambil alih daripada Abdullah Ahmad Badawi dan melancarkan kabinet
pertama Najib.
Menyambung sebagai Menteri Pendidikan, beliau mengumumkan keputusan untuk
mengembalikan pengajaran matematik dan sains dalam semua sekolah rendah dan
menengah kerajaan.
Semasa rombakan kabinet Najib pada 28 Julai 2015, beliau digugurkan daripada
jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dato Muhyiddin kekal sebagai
timbalan presiden UMNO, tetapi selepas terus mengkritik UMNO, beliau akhirnya
dipecat oleh majlis tertinggi parti pada Jun 2016.Muhyiddin kekal tidak bersalah,
mengekalkan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati parti itu, dan berjanji untuk
terus bertahan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Pada bulan Ogos 2016, Muhyiddin mendaftarkan parti politik baru, yang
dipanggil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU untuk pendek)

bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Muhyiddin
menjadi presiden parti manakala Mahathir dan anaknya Mukhriz masing-masing

menjadi pengerusi dan timbalan presiden.

JASA DAN SUMBANGAN

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
SebSaegbaaigMaieMnteernitePreirPdeargtaanngiaann dDaanlaImndNusetgreirAi dsaasnTHanail MEhawlaaylsPiaengguna Malaysia
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia
Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia
Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

JASA DAN SUMBANGAN

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin
menjadi Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga tahun 1995.

 Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul
Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah
pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang
hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah
pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi[40] walaupun mencemaskan Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew menyeru Singapura berhati-hati kerana jika tidak, Johor akan
menandinginya. aDTa'zim menandingi Singapura.

Ta'zim

 Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan
pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan
dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah
dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
 Rencana–rencana utama: Rakan Muda dan Sukan Komanwel 1998
Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun
1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[41] pada tahun
1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
 Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan

Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di
mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia
diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya
hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan
2020.
 Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan
operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia. Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah
menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah
Rasuah serta dikenakan tindakan.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Rencana utama: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
 Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[46] dengan konsep

baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan,
pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.
 Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan
Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk
memajukan industri pertanian negara.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDN & HEP),
 Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga

peningkatannya melebihi 36%.
 Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[43] yang dikuatkuasakan pada

musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi
pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
 Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk

mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade
and Industry Malaysia).
 Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan
Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia.

 Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan
untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah
kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah
menampakkan kejayaan .







https://www.bloomberg.com/prof
ile/person/2056787

https://www.parlimen.gov.my/pro
file-ahli.html?uweb=dr&id=3667

https://www.bharian.com.my/beri
ta/nasional/2020/02/660650/biod
ata-tan-sri-muhyiddin-yassin


Click to View FlipBook Version