MAJLIS PENUTUP KARNIVAL AKADEMIK & KOAKADEMIK SMK PANTAI SEPANG PUTRA DIRASMIKAN OLEH: PUAN NOR RAFIDAH BINTI LANI PENGETUA SMK PANTAI SEPANG PUTRA MALAYSIA MADANI TEKAD PERPADUAN ISNIN 15 SEPTEMBER 2023 7.30 PAGI
PENGENALAN • KARNIVAL AKADEMIK & KOAKADEMIK SMK PANTAI SEPANG PUTRA 2023, adalah satu pertandingan Akademik & KoAkademik yang melibatkan semua panitia matapelajaran SMK Pantai Sepang Putra. Sebagai program perintis seumpamanya yang dianjurkan di sekolah, program ini diharap dapat meningkatkan pendedahan kepada murid tentang teknik persembahan terbaik bagi setiap acara yang disertai serta membolehkan murid menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan sebenar.Program ini adalah satu usaha kolektif panitia untuk menyediakan platform kepada semua murid bagi menonjolkan kebolehan mereka selain dapat mencungkil bakat terpendam dan keyakinan murid untuk memberikan persembahan terbaik
MATLAMAT • Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan kepada usaha untuk memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial, penganjuran Karnival Akademik & KoAkademik SMK Pantai Sepang Putra 2023 diharap dapat memenuhi misi dan visi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang demi masa depan negara yang gemilang
GALLERI AKTIVITI
Sekalung Penghargaan… Terima kasih kepada pentadbir , guru-guru serta murid-murid SMK Pantai Sepang Putra atas kerjasama dan sokongan yang padu sepanjang Karnival Akademik dan Ko Akademik berlangsung. Semoga SEMESTRA terus maju di masa akan datang… Terima kasih daun keladi… SEMESTRA YOU ARE THE BEST…