PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SKM / SVM
SEMESTER 3
PENDIDIKAN KESIHATAN
Standard Kandungan : PERHUBUNGAN
> Memahami cara menguruskan hubungan sosial awal
remaja.
Standard Pembelajaran :
3.1 Menyatakan cara mengurus pengaruh negatif rakan
sebaya.
3.2 Mengaplikasi kemahiran katakan “TIDAK” kepada pelawaan
rakan sebaya. PJK PK 301 PERHUBUNGAN 1
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah
Pergaulan Bebas Di Kalangan Remaja Sekolah
1) Diri Remaja Sendiri
Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di
peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan.
Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong
pergerakannya serta pemikirannya. Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan
pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
2) Keluarga
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima
tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi
mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan
menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga.
3) Sekolah
Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam
akan diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat
menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti
ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri
diperlukan untuk mereka memilih antara antara yang baik dan yang buruk terutamanya kerana pelajaran adalah jaminan
untuk masa depan. PJK PK 301 PERHUBUNGAN 2
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah
Pergaulan Bebas Di Kalangan Remaja Sekolah
4) Rakan Sebaya
Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun
begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia
yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang
sama menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan
penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.
5) Pengaruh Media Sosial
Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat.
Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja.
Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa
sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan
rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan
serta terlibat dalam pergaulan bebas.
PJK PK 301 PERHUBUNGAN 3
Definisi Rakan Sebaya Dan Pengenalan
Rakan sebaya anak remaja anda adalah mereka yang lebih kurang umurnya,
dengan pengalaman dan minat yang sama. Mereka boleh jadi rakan sekolahnya, remaja
lain di kawasan kejiranan, atau rakan di kelas tuisyen.
Pengaruh rakan sebaya tidak semestinya buruk. Mendengar dan belajar
daripada satu sama lain adalah normal. Pengaruh positif daripada rakan sebaya boleh
menggalakkan anak anda menjadi lebih baik, menjadi contoh baik, mendedahkan
pengalaman membina, dan memberikannya nasihat yang baik.
PJK PK 301 PERHUBUNGAN 4
Cara Mengurus Pengaruh Rakan Sebaya
1.) Menyatakan Betul dan salah.
Nasihatkan anak anda bahawa dadah, mencuri, atau berlumba basikal secara haram adalah salah. Futsal
pada lewat malam masih boleh diterima. Anak anda harus tahu apa yang betul dan salah, serta akibatnya,
walaupun ia nampak ‘cool’. Ini akan membantunya berpegang kepada prinsip dan teguh integrity.
2) Saling menghormati.
Menghormati pilihan orang lain akan membantu mereka menghormati keputusan anak anda, sekiranya
aktiviti itu tidak berbahaya. Namun, jika melibatkan aktiviti berbahaya atau jenayah, dia harus beritahu pihak
berkuasa atau orang dewasa yang dipercayai.
3) Kenali rakan-rakannya.
Pastikan anak anda berkawan dengan rakan yang baik. Galakkan mereka mencari rakan dengan nilai sama
yang akan saling membantu apabila perlu. Lagipun, rakan baik akan setia dengannya pada waktu sukar.
Anda boleh berkongsi kerisauan dengan ibu bapa mereka jika anda sudah mengenali mereka.
PJK PK 301 PERHUBUNGAN 5
Cara Mengurus Pengaruh Rakan Sebaya
4) Keyakinan diri.
Remaja yang yakin dengan diri mereka kurang terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya dan lebih tegas menahan diri
mereka dari terlibat dalam aktiviti atau situasi bahaya dan tidak wajar.
5) Setuju untuk tidak setuju.
Rakan-rakan tidak perlu setuju dengan semua perkara. Tidak bersetuju dengan pendapat yang berlawanan tidak
menjadikannya rakan yang tidak baik. Memahami bahawa semua orang berhak mempunyai pendapat sendiri akan
membantu anak anda kurang bersikap mempertahankan diri dan tidak rasa terpaksa untuk melakukan perkara yang tidak
disukai.
6) Menjadi berbeza bukan masalah.
Anak anda harus tahu menjadi berbeza juga boleh bermaksud menjadi diri yang sebenar. Dia tidak perlu sentiasa
mengikut apa yang orang lain lakukan hanya untuk menyesuaikan diri.
7) Rancangan lepaskan diri.
Nasihatinya tentang cara melepaskan diri daripada situasi tidak selesa atau berbahaya. Contohnya, dia boleh
menyediakan alasan untuk meninggalkan tempat itu apabila ditawarkan dengan rokok, atau anda boleh meyakinkannya
anda sentiasa sedia mengambilnya jika dia rasa tidak selamat.
PJK PK 301 PERHUBUNGAN 6
.
Tugasan
Murid mengaplikasi kemahiran katakan “TIDAK” kepada
pelawaan negatif rakan sebaya melalui demonstrasi/lakonan
PJK PK 301 PERHUBUNGAN 7
. 8
#stayathome
#staysafe
#kitajagakita
#bersamamemerangicovid19
#kitamestimenang
PJK PK 301 PERHUBUNGAN