SK DESA SETAPAK
SEKOLAHKU SEJAHTERA
PENGENALAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
• SEKOLAHKU SEJAHTERA bermatlamat :
• melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
• Ekoran daripada pelancaran konsep Sekolahku Sejahtera, Sk Desa Setapak
telah merancang beberapa program/aktiviti bagi tahun 2022.
PROGRAM/ AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI
SK DESA SETAPAK
ANTI RASUAH
Program anti rasuah merupakan antara
program pertama yang telah diperkenalkan
di sekolah rendah.
Program ini bertujuan:
• memberi pendedahan dan kesedaran
kepada murid tentang bahayanya
menerima rasuah
• menjauhi amalan rasuah dalam kehidupan
seharian
• melahirkan murid yang anti rasuah
DENGGI
Pemeriksaan mingguan telah dijalankan
di persekitaran sekolah bagi mengenal
pasti tempat pembiakan nyamuk aedes.
Hal ini dapat dilaksanakan dengan
kerjasama pengawas COMBI.
GEROBOK REZEKI
‘Gerobok Rezeki’ dilihat mampu
membantu murid daripada keluarga
yang kurang berkemampuan bagi
mendapatkan sumber makanan.
SK Desa Setapak telah mendapat
pelbagai sumbangan dalam bentuk
makanan, pakaian dan peralatan
persekolahan.
AKTIVITI
KEROHANIAN
• Dalam memantapkan penerapan nilai
murni, program kerohanian seperti
bacaan Yasin telah dilaksanakan setiap
hari Jumaat di samping mengeratkan
hubungan silaturahim antara murid
dengan guru.
• Program ini turut membentuk
keperibadian murid yang berakhlak
mulia.
PERTANDINGAN
KEBERSIHAN KELAS
• Mewujudkan suasana
kelas yang lebih ceria dan harmoni
• Meningkatkan kesedaran dalam kalanganmurid tentan
g pentingnya menjaga keceriaan dan kebersihan kelas.
• Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung
jawab terhadap kelas mereka
• Piala Kebersihan Kelas diberikan kepada kelas yang
terbersih agar dapat mewujudkan persaingan yang
sihat dalam kalangan murid .
ACARA PADANG &
BALAPAN
Merupakan acara tahunan SK Desa
Setapak yang telah dijalankan pada hari
Sabtu, 2 Julai 2022.
Acara tersebut dapat melahirkan murid
yang sihat, cergas dan cerdas, mencungkil
bakat murid dalam bidang sukan,
mewujudkan persaingan yang sihat,
mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan murid, guru dan ibu bapa.
BULAN KEBERSIHAN DAN
PENGURUSAN DIRI MURID
• Aktiviti kebersihan diri telah
dijalankan oleh guru bimbingan
dan kaunseling iaitu Pn Syahmimi
• Demontrasi memberus gigi
dengan cara yang betul telah
ditunjuk ajar oleh beliau.
PEMANTAUAN RUTIN BULANAN DARI PIHAK
PDRM BAGI MEMASTIKAN KAWASAN SRK
SENTIASA SELAMAT
• Kerjasama PDRM dengan pihak
sekolah dapat membantu dalam
memantau keselamatan dan
keselesaan murid-murid ketika
berada di sekolah.
KESELAMATAN MURID
• Keselamatan murid sentiasa dijagadan
dipantau oleh pihak pengawal
keselamatan dan guru bertugas mingguan
agar keselamatan mereka terjamin.
• Murid-murid dapat mematuhi tatacara
keselamatan yang disediakan oleh pihak
sekolah.
SEKOLAHKU SEJAHTERA