The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irdinaafini, 2022-06-11 07:58:39

kajian 8 novel di Malaysia

kajian 8 novel di Malaysia

menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu
bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup
percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan
Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali
semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima
panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah
pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah
senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.

Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan
bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor
dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar
sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu
tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam
bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke
hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya
penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang
gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada

kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta
Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan
yang secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua
yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah
bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih
berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar
sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak
peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari
mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh
belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang
telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat
berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan
dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan
tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan
pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki
yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia
Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan
menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api
dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana
takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

f) 5 kekuatan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini

Kekuatan yang pertama ialah nilai ketabahan yang tertanam di dalam Dr. Raiha kerana
sanggup meneruskan hidup walaupun kematian anaknya dan diceraikan oleh suaminya .
Novel ini menunjukkan betapa kasih sayang seorang emak yang berusaha mendapatkan wang
demi menampung kos rawatan anaknya . Novel ini mempunyai tukaran plot dan konflik yang
menarik yang membuatkan saya merasa novel ini menarik untuk dibaca . Selain itu , novel ini
juga mengfokuskan kepada perwatakan watak utama iaitu Dr. Raiha berbanding dengan novel
yang lain . Akhir sekali , novel ini banyak menggunakan watak sampingannya dengan baik
berbanding dengan novel yang lain .

Dengan ini , novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 4 kerana mempunyai banyak
kekuatan terhadap novel ini

g) 5 kelemahan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin .
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.

Kelemahan yang pertama ialah novel ini tidak mencapai satu tujuan yang utama dan tidak
mempunyai tujuan yang tetap . Novel ini mempunyai jalan cerita yang panjang dan berbelit .
Novel ini juga menceritakan tentang terlalu banyak tentang kisah silam yang terbayang oleh
watak-watak di dalam novel ini . Selain itu , watak utama novel ini banyak melakukan perkara
yang mendorongnya untuk menjadi watak utama yang negatif . Akhir sekali , novel ini
mempunyai plot yang terlalu kompleks .

Dengan ini , novel ini akan kurang menjadi perhatian pelajar Tingkatan 4 dengan
kelemahannya yang utama iaitu jalan cerita yang panjang dan bosan .

h) 5 cadangan penambahbaikan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah novel ini boleh dispesifakisakan dengan
satu tujuan yang sahih untuk menambah tarikan dalam novel ini . Novel ini boleh
diringkaskan dengan mengurangkan cerita kisah silam yang kurang memberi impak dalam
novel ini . Selain itu , watak utama juga boleh difokuskan untuk melakukan perkara yang
mendorongnya ke arah yang positif untuk menjadi watak utama ideal . Akhir sekali , novel ini
boleh dikurangkan kompleksnya di bahagaian plot supaya pembaca tidak sukar untuk
membaca .

Dengan ini , novel ini akan mula menarik minat pelajar Tingkatan 4 untuk membaca
novel ini .

5) Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
a) Cerita ringkas tentang novel

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya.

b) Biografi penulis

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal
di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975,
beliau meneruskan persekolahan di SM Tun
Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar.
Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga
1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang
Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan
Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor
Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling,
Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR
Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas
sebagai Guru Penolong Kanan I di SK
Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah

Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches
(SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

c) Kulit depan dan belakang novel

d) Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana
pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap
degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya
demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM.
Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia
anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga
Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu.
Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan
hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual
tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim
menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih

belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama.
Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat
peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4
tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6
bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada
hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke
Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari
sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua
tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.

e) Sinopsis setiap bab

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu

memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti

keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan
masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong
tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan
oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan

emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai
raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya
hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana
tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman
di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan
Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan
pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.

Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin
mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia
dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga
menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu,

Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk
oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar
tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya.
Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik
adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya
tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke
Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak
mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan
abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP
akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu.
Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti
di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya.
Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas,
Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.
Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

f) 5 kekuatan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip .Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini

Kekuatan yang pertama ialah watak utama ialah seorang yang sangat tabah menghadapi
segala cabaran dan dugaan ditimpanya . Novel ini mempunyai jalan cerita yang baik dan
saspens yang menarik . Novel ini juga mengolah nilai bertanggungjawab dengan baik dan
menarik . Selain itu , novel ini juga menunjukkan perkembangan terhadap perwatakan watak

utama . Novel ini membuktikan nilai murni watak utama iaitu nilai keberanian . Sebagai
contoh , Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

Dengan ini , novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 5 kerana mempunyai banyak
kekuatan terhadap novel ini .

g) 5 kelemahan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip .Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini

Kelemahan yang pertama ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang agak panjang . Pada
pandangan saya , novel ini terlalu mengfokuskan kepada Nek Kiah yang tidak memberi apa-
apa impak kepada novel ini . Novel ini saspensnya kurang menyeramkan walaupun saya
menyatakan saspens untuk novel ini menarik . Selain itu , novel ini juga tidak mengolah
perwatakan Embong , ayah Dahlia dengan begitu baik. Akhir sekali , cerita novel ini tidak
berakhir dengan agak bagus.

Dengan ini , novel ini kurang menjadi minat pelajar Tingkatan 5 kerana jalan cerita yang
agak lama dan bosan.

h) 5 cadangan penambahbaikan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip .Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah novel ini boleh diringkaskan dari segi
perumitan yang banyak . Novel ini juga boleh mengurangkan perhatian kepada Nek Kiah
sebaliknya menumpukan lebih perhatian kepada Azhari . Bukan itu sahaja , novel ini juga
boleh ditambahkan saspensnya supaya menjadi lebih seram dan menggerunkan . Selain itu ,
perwatakan Embong boleh diolah dengan lebih baik . Akhir sekali , novel ini boleh berakhir
dengan menceritakan tentang pengalaman Dahlia merasakan perkahwinan bersama Azhari .

Dengan ini , novel ini boleh menjadi tumpuan ramai pelajar Tingkatan 5 dan menjadi
novel yang paling terkenal .

6) Novel Tirani karya Beb Sabariah
a) Cerita ringkas tentang novel

Novel Tirani mengisahkan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-
bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki , memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai
pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan
kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh
anak saudaranya.

b) Biografi penulis

Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi
Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian
Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam
penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya
Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah
Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak)

c) Kulit depan dan kulit belakang novel

d) Sinopsis keseluruhan

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak
dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung
tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet
mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah
dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia
dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan
hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan, iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya
kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.

Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan
dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket
kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.

Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh,
pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh
Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah
menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda
selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan
di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di
resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di
Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Vasser
Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam
Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi
lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan
daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian
miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo
de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih
terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk memaklumkan
bahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta Waheeda datang
ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya

Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa
mentuanya, Datuk Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau
Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah
sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan
perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif,
Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan
krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda
agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan
merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan
faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai
suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migraine rneroyan akibat tindakan
suaminya yang kejam itu. Ghazidan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan
dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi, Kuala Lumpur. menyatakan
keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani
rawatannya di Pusrawi.

Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di
Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah setelah pengurusan
chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu walaupun berasa
sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di
Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadis sunti
yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Cafe Iwani dan Restoran
Iwana.

Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA yang sedang
diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras ibunya yang
berbeza daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-
Sajinah berehat di Cafe Iwani. Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai perkara seperti
perihal keinsafan atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang dialaminya di
Los Angeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat mengesan bahawa
pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda. Izzati terkejut
apabila Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan dirinya ialah
Izzati.

Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang enggan melihat
laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid menangis apabila
memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda,
ibu Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda terkejut lalu bergegas meninggalkan
Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas suaminya, Zahid yang sedang berbual-bual
dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang penyesalan Zahid atas kesalahan
masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan hatinya
akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid berasa kesal atas kesalahannya terhadap Waheeda dan
anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda
manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.

e) Sinopsis setiap bab

Bab 1 - Melontar Puing Duka
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan
oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas,
pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan
dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke
dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu,
pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2 - Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan
bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya
tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3 - Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam
Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai
perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah
iaitu kawan satu universiti dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma
Hollis.

Bab 4 - Semarak Api Semarak Hati
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda

berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

Bab 5 - Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai
di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-
tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan
menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya.
Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda.
Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati
yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6 - Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7 - Ke Pulau Sentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga

menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8 - Hadiah Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga memberitahu tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula
akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser.
Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temuduga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan
diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya,
Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9 - Wajah Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar
sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut.
Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10 - Senyum Sepuluh Ela
Datuk Yasser berkinjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak
suka tinggal di sana kerana beberap isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar
kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam
lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S
eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan
ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11 - Orang Rumah Sebelah
Fatimah menerima E-Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan
punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan

kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12 - Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13 - Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistik pelancongan

yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda
yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada
itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid
yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda.
Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah
dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang
berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14 - Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira

Bab 15 - Hidup Ranggi
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh Zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, Zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama

beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan
sentiasa meniti dibibirnya.

Bab 16 - Mimpi Lain-lain
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada Nasuha Abdul Rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.

Sepanjang pagi Zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, Zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat haluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17 - Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya

seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati
Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari
dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18 - Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati

Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Raidah , ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang datang iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.

Bab 19 - Bagaikan Bongkah Batu

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya datang menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya
banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan .
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap

Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda. Sekiranya Zahid datang, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami
oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20 - Ke Pusat Rawatan Islam
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya
kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat
mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula
dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah
menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya
Zahid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta
semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin
memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak
Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa
mereka pada keesokan harinya.

Bab 21 - Sinar Di Hujung Terowong
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambil alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

Bab 22 - Bagaikan Air Gunung
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.

Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23 – Sejuk-sejuk Tropika
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila
ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat
tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24 – Kama Hati
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti
dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

f) 5 kekuatan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah
.Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini

Kekuatan yang pertama ialah nilai kegigihan yang diolah dengan baik di dalam novel ini .
Sebagai contoh , Waheeda telah berusaha sedaya upaya mengembangkan perniagaannya. Dia
turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan
walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet lain . Novel ini
menceritakan perjalanan hidup watak utama lebih panjang berbanding dengan novel yang lain
. Novel ini juga mengolah perwatakan watak utama dengan baik berbanding dengan novel
yang lain . Selain itu , novel ini juga menunjukkan kasih sayang yang banyak iaitu daripada
ibu kepada watak utama yang sanggup ke Singapura semata-mata untuk menemani anak
gadisnya menjalani pembedahan mata dan hidung. Akhir sekali , novel ini juga menghargai
budaya dan warisan bangsa Sarawak . Sebagai contoh , Waheeda meminta Izzati
menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani
di Chalet Aya – Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan
peribumi Sarawak

Dengan ini , novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 5 kerana mempunyai banyak
kekuatan terhadap novel ini .

g) 5 kelemahan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah .Terdapat
beberapa kelemahan dalam novel ini

Kelemahan yang pertama ialah novel ini tiada tujuan utama yang sahih untuk diceritakan .
Novel ini juga tidak mempunyai konfliks yang kuat berbanding dengan novel yang lain .
Novel ini juga agak panjang dan jalan ceritanya agak bosan . Pada pandangan saya , novel ini
mempunyai watak sampingan yang agak banyak tetapi kurang berguna di dalam novel ini .
Akhir sekali , perwatakan untuk suami watak utama agak kurang berbanding dengan watak
yang lain .

Dengan ini , novel ini menjadi kurang menarik dan tidak digemari oleh pelajar-pelajar
Tingkatan 5 .

h) 5 cadangan penambahbaikan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah .Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah novel ini boleh menguatkan lagi tujuan
utamanya supaya novel ini menjadi lebih menarik . Novel ini perlu menambah lebih banyak
konfliks yang menarik . Selain itu , novel ini boleh diringkaskan jalan ceritanya supaya tidak
menjadi bosan . Novel ini juga boleh menambah kegunaan kepada watak sampingan yang
ramai supaya watak sampingan di dalam novel ini tidak dipinggirkan . Akhir sekali , novel ini
boleh menambah perwatakan yang menarik dan berguna kepada suami watak utama supaya
dia juga tidak dipinggirkan di dalam novel ini .

Dengan ini , novel ini akan menjadi lebih menarik dan menjadi tarikan kepada pelajar-
pelajar Tingkatan 5 .

7) Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
a) Cerita ringkas tentang novel

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

b) Biografi penulis

Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, merupakan guru bahasa
Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu
memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti
Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala
Lumpur. Bima Sakti Menari adalah sebuah karya
novel yang unik serta menarik kerana temanya yang
berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan
tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk
menangani pencemaran cahaya. Dalam Bimasakti
Menari, Sri Rahayu membawa pembaca sejenak
merenung tentang aktiviti-aktiviti antropogenik yang
telah mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga
langit tidak lagi gelap dan kelip-kelip Kuala Selangor
tidak lagi mahu menunjuk cahaya.

c) Kulit depan dan kulit belakang novel

d) Sinopsis keseluruhan

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila
diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan
Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak
Petronas.Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.Nurul Hafsa, Haji Yassir dan
Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri
kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan
Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya,
Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik

menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa.

e) Sinopsis setiap bab

Bab 1
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari
Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku
di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa
seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan
manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa
dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria
manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan
sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad Taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Bab 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-

kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul Hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan

oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji

Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang

hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan

daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah

Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan

Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E

Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan

langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini,

Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas

8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah

mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah.

Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan

kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk

terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa

Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus

tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya
Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas
tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan
masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

Bab 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul Hafsa
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang
hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta
hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman
menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa
bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala
Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan
tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,

Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam tersebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik mempunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul
Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan
antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional
pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip- kelip ke Kuala
Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor
sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan,
Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus
kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan
tempoh hari.

Bab 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip- kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa
terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul
Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A, raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliau meneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izin untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambil ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang

terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Bab 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.

Bab 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bimbang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepalanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan.
Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.
Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenangkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat
apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi tersebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi
tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad
taufik berjaya diselamatkan.

Bab 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan
rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau.
Musuh perniagaannya pula bakal menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang
hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa
diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran
ke kediaman orang tua Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada
Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

f) 5 kekuatan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menarikarya Sri Rahayu
Mohd Yusop .Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini

Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan seronok .
Novel ini juga mempunyai saspens dan konflik yang menarik . Pada pandangan saya , novel
ini mempunyai perwatakan yang menarik berbanding dengan novel yang lain . Selain itu ,
novel ini menekankan tentang agama walaupun tidak ditunjukkan dengan menggunakan kata-

kata . Sebagai contoh , Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk
berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan
mahram . Akhir sekali , novel ini mengolahkan perwatakan kawan watak utama iaitu
Muhammad Taufik dengan bagus dan menarik .

Dengan ini , novel ini sesuai dibaca oleh pelajar Tingkatan 5 kerana mempunyai banyak
kekuatan terhadap novel ini .

g) 5 kekurangan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menarikarya Sri Rahayu
Mohd Yusop .Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini

Kekurangan yang pertama ialah walaupun saya menyatakan mempunyai jalan cerita yang
menarik tetapi bab-bab awal di novel ini seperti tidak menarik . Novel ini kurang
menceritakan tentang latar belakang watak utama . Selain itu , novel ini juga tidak
mempunyai nilai patriotisme langsung berbanding dengan novel yang lain . Bukan itu sahaja ,
novel ini mempunyai watak sampingan yang kurang berguna dalam novel ini . Akhir sekali ,
watak sampingan iaitu Dato’ Johann Arlington tidak diberi peluang yang banyak untuk
muncul dalam novel .

Dengan ini , novel ini kurang menjadi tumpuan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 .

h) 5 cadangan penambahbaikan novel

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menarikarya Sri Rahayu
Mohd Yusop .Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini .

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah dengan meringkaskan jalan cerita dan
membuang cerita yang tidak kena mengena dengan novel . Novel ini boleh menceritakan
dengan lebih banyak tentang latar belakang watak utama supaya pembaca boleh mengenali
watak utama dengan lebih dalam . Selain itu , novel ini perlu mengaitkan sikit berkaitan nilai
patriotik walaupun sedikit . Novel ini boleh menambah kegunaan watak sampingan supaya
watak sampingan tidak kelihatan seperti tunggul dalam novel ini . Akhir sekali , watak
sampingan yang jahat iaitu Dato’ Johann Arlington perlu lebih banyak dimunculkan dalam
novel supaya novel menjadi lebih saspens dan menimbulkan perasaan ingin tahu kepada
pembaca.

Dengan ini , novel ini boleh menjadi kegemaran setiap pelajar Tingkatan 5 dengan
penambahbaikan yang dilakukan .

8) Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
a) Cerita ringkas tentang novel

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan.
Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang
separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun
mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah
Kayan dalam hidup Haiqal.

b) Biografi penulis

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya,

Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat
menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992.

c) Kulit depan dan kulit belakang novel

d) Sinopsis kesuluruhan

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya
telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya tetapi Haiqal tidak dibawa ke csana
atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat
melihat wajah ayahnya untuk kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia tetap
menyayangi dan menghormati uminya dan tidak berani membantah kata-kata uminya.

Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis
berbangsa cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke
Batu Pahat, Manuskrip yang diterima itu menceritakan beberapa peristiwa yang berkaitan
dengan kegidupan bapanya yang ingin memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin.
Justeru, Haiqal bersasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubati
kerinduannya terhadap bapanya yang ditanggung olehnya sejak kecil.

Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman
bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan
alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia
. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal
bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya
itu. Walid memahami persaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor Kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik tirinya sahaja
mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal
samapai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesaimenunaikan solat subuh di surau,
Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah
ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong
untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di
warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah
ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada.Haiqal mendapati arwah ayahnya,
Abdullah bin Kayan Haiqal lebih hebat daripada sangkaannya.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa Haiqal
makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak kerja
Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit
dan kebun getah milik arwah ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada
Haiqal.

Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di bank
dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di sebuah makan di sebuah restoran. Di restroan
itu, Seh hwa berbual-bual dengan Haiqal tengtang Ratna. Semasa makan, Seh Hwa
memberitahu bahawa ayahnya pandai memasak cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan
bahawan Seh Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan dapat mengisi
kekosogan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa

See Hwa banyak menyimpan rahasia hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak
Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di
sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal
membeli yang berkaitan dengan bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa
mereka meminati penulis yangsama. Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara
mereka berdua . Pada petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal Membaca SMS yang
dihantar dari Nurul Aisyah dan membalasnya.

Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke
Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah
Yasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan
motosikal berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-bual
dengan Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih
lanjut tentang arwah.Selepas menunaikan solat maghrib dan isyakdi masjid, Haiqal ke warung
Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual
mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal
dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa buah album, majalah, dan buku-buku milik
arwah ayah benar-benar seorang pencinta tarian zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang
Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara
pekara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia.
See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat dan
arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat
pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat
dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan
untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian zapin. Cadangan
Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan
Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat suara oleh
penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan pada malam
tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung
kelak. Haiqal juga turut serta dalam membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal
mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Waparmin, Abang
Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajarkan tarian zapin.

Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada Walidnya tentang
tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul mendoakannya agar dapat
mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita
bahawa Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji
Salim menyuruh Haiaql memujuk See Hwa menari dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu Tauke Ong tentang
tujuanya untuk memujuk See Hwa apabila sedang menggosok kostum untuk tarian zapin. See

Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat
kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian
zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona oleh kelembutan gerak tari See Hwa
dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah yang
sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal berasa
amat terharu dan bersyukur kepada Tuhan apabila melihat mereka datang untuk melihatnya
menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Unimas. sebuah universiti di
Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya sudah terlerai apabila
uminya datang untuk melihatnya menari tarian zapin. Dalam hatinya, Umi mengakui bahawa
darah seni yang mengalir di dalam tubuh Haiqal merupakan darah seni Abdullah bin Kayan
yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang
ushawan. Ketika Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa menangis. Haiqal
sedar bahawa dia perlu menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih
jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal
merasakan bahawa silir diksina benar-benar mendamaikan.

e) Sinopsis setiap bab

BAB 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah , Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi
tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga
belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3


Click to View FlipBook Version