KERTAS CADANGAN
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI CALON SPM
BESTDuA 2020/2021 ERA PANDEMIK COVID 19 MELALUI
AMALAN PdPR BERKESAN
Rujukan : PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
NKRA MELUASKAN AKSES KEPADA PENDAHULUAN BERKUALITI DAN
Sub-NKRA BERKEMAMPUAN
Fokus Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah
Bidang
Unit Kepimpinan Intruksional
Strategi
Kurikulum
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Sekolah
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH
Pelan Taktikal Mencapai Gred Purata Sekolah 4.98
1.0 PENDAHULUAN
Kertas Kerja yang bertajuk “Program Peningkatan Prestasi Calon SPM BESTDuA
2020/2021 Era Pandemik Covid 19 Melalui Amalan PdPR Berkesan” ini mengemukakan
usaha pihak sekolah untuk mewujudkan satu program yang terancang dan bersepadu bagi
memastikan kesinambungan pembelajaran bermakna dalam usaha mencapai kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. Usaha ini dilaksanakan untuk menangani isu guru dan murid
tidak dapat melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara bersemuka. Selain
itu ketidakpastian tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan
memberi kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid.
Sehubungan itu, pihak sekolah mestilah mengambil langkah drastik untuk menyusun strategi
bagi membina satu Program Pembelajaran yang terancang untuk guru-guru dan murid-murid
melaksanakan PdPc dari rumah.
2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kecemerlangan calon-calon SPM 2020/2021 secara individu dan
secara holistik dan menyeluruh untuk membantu mereka mencapai impian masa
hadapan.
2.2 Meningkatkan kecemerlangan keseluruhan calon-calon SPM 2020/2021
2.3 Meningkatkan GPS SPM 2020/2021.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu membina keyakinan calon-calon SPM dan memberi satu program yang lebih
terancang dan terpandu murid-murid membuat perancangan pembelajaran yang sempurna
3.2 Mengukuhkan Digital Learning dalam kalangan murid-murid.
3.3 Memberikan motivasi dan sokongan kerohanian yang berterusan untuk pengukuhan dan
peningkatan prestasi.
3.4 Membina hubungan yang lebih kukuh untuk meraih sokongan ibu bapa terhadap anak-
anak melalui pemantauan berterusan terhadap hasil kerja murid.
4.0 AHLI JAWATANKUASA Pn. Hjh. Noriha binti Nordin
: Pengetua SMK Bukit Sentosa 2
Pengerusi
En. Rosli bin Jamaludin
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Sentosa 2
Naib Pengerusi I En. Mohd Padhli bin Ariffin
: Penolong Kanan HEM SMK Bukit Sentosa 2
Naib Pengerusi II
: Pn. Hjh Asmah binti Hj Kassim
Naib Pengerusi III Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Sentosa 2
Penyelaras I
Penyelaras II : Pn. Jaya Jothi a/p M Jayaraman
Setiausaha Pn. Noor Sha’ran binti Muhamed
Bendahari (PIBG)
Setiausaha SPM : Pn. Hartini binti Razak
Penyelaras PKA Tingkatan 5
Penyelaras PKA Tingkatan 4 : Pn. Siti Rohmatun binti Mashirun
SU KEM FOKUS A : Pn. Nurhasni binti Ithnin
Setiausaha Tutorial Subjek Teras : Pn. Zaizura binti Ishak
S/U Skor A Elektif : Pn. Noor Faridah binti Berahim
S/U Program Permata : Pn. Zaizura binti Ishak
: Pn. Siti Nor Asiah binti Ahmad
S/U Program Motivasi Ilmu & : Pn. Noor Faridah binti Berahim
Kemahiran Belajar : Pn. Fazilah binti Awang Kechik
S/U Program Kerohanian Pn. Azma binti Salleh
Pemantau Harian dan Laporan : Pn. Siti Aminah binti Che Hashim
: Pn. Suhaila binti Abdul Wahab
Pn. Nurul Ain binti Mohamad Johdi
Ustaz Mohammad Hurairoh bin Supardan
: Ustazah Saadiah Ton binti Rajab
: Pentadbir Bertugas Mingguan
5.0 SASARAN
Semua calon SPM 2020/2021 SMK BUKIT SENTOSA 2
6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh : 14 Oktober - 25 Mac 2021
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : RUJUK JADUAL
7.0 STRATEGI
PROGRAM PERINCIAN PROGRAM
Kumpulan Sasaran:
5 Azalea ,5 Aster dan 5 Alchemilla
KEM FOKUS A SUBJEK Cara Pelaksanaan:
TERAS 1. Guru akan menyediakan bahan video sama ada yang dihasilkan
(ONLINE)
sendiri dalam panitia atau diperolehi daripada sumber Internet
2. Bahan akan dikongsikan dalam website I-GEDUNG dan boleh
dibincangkan melalui GMEET/ZOOM
3. Perbincangan dalam kumpulan besar
Kumpulan Sasaran:
Semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Cara Pelaksanaan:
1. Bahan edaran disediakan dan murid mengambilnya di sekolah.
TUTORIAL SUBJEK 2. Bahan yang sama akan dimasukkan ke dalam I-GEDUNG /
TERAS group kelas masing-masing (WHATSAPP/Telegram)
(ONLINE DAN
OFFLINE) 3. Perbincangan boleh dilakukan sama ada secara online mahupun
offline
4. Jika kaedah offline dipilih, murid-murid akan menjawab dan
menghantar semula ke sekolah untuk semakan guru.
Sebaliknya, jika kaedah online dipilih, murid-murid akan atau
menghantar gambar jawapan kepada guru mata pelajaran
melalui aplikasi Whatsapp/Telegram atau perbincangan secara
Whatsapp/Telegram Video/ Voice note dan lain-lain
SKOR A ELEKTIF Kumpulan Sasaran:
Semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Cara Pelaksanaan:
1. Bahan edaran disediakan dan murid mengambilnya di sekolah
2. Bahan yang sama akan dimasukkan ke dalam I-GEDUNG /
group kelas masing-masing (WHATSAPP/Telegram)
3. Perbincangan boleh dilakukan sama ada secara online mahupun
offline
4. Jika kaedah offline dipilih, murid-murid akan menjawab dan
menghantar semula ke sekolah untuk semakan guru.
Sebaliknya, jika kaedah online dipilih, murid-murid akan atau
menghantar gambar jawapan kepada guru mata pelajaran
melalui aplikasi Whatsapp/Telegram atau perbincangan secara
Whatsapp/Telegram Video/ Voice note dan lain-lain
5. Murid Tingkatan 5 yang ada kekangan mengambil bahan di
sekolah, bahan akan dihantar ke rumah.
PROGRAM PERMATA Kumpulan Sasaran:
Murid Tingkatan 5 gagal Bahasa Melayu atau Sejarah dalam
Peperiksaan Percubaan SPM.
Cara Pelaksanaan :
1. Bahan edaran disediakan dan murid mengambilnya di sekolah
2. Bahan yang sama akan dimasukkan ke dalam I-GEDUNG /
group kelas masing-masing (WHATSAPP/Telegram)
3. Perbincangan boleh dilakukan sama ada secara online mahupun
offline
4. Jika kaedah offline dipilih, murid-murid akan menjawab dan
menghantar semula ke sekolah untuk semakan guru.
Sebaliknya, jika kaedah online dipilih, murid-murid akan atau
menghantar gambar jawapan kepada guru mata pelajaran
melalui aplikasi Whatsapp/Telegram atau perbincangan secara
Whatsapp/Telegram Video/ Voice note dan lain-lain
5. Murid yang ada kekangan mengambil bahan di sekolah, bahan
akan dihantar ke rumah.
PROGRAM MOTIVASI Kumpulan Sasaran:
ILMU & KEMAHIRAN Semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
BELAJAR Cara Pelaksanaan:
1. Setiap pagi guru kaunselor akan memasukkan ke dalam group
kelas kata-kata hikmah/ teknik belajar .
2. Program Bicara Kayangan Kasih melalui pelantar GMeet yang
dikendalikan oleh guru kaunselor pada setiap hari Khamis
melibatkan semua murid Tingkatan 5.
PROGRAM Kumpulan Sasaran:
KEROHANIAN Semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Cara Pelaksanaan:
1. Rakaman tazkirah atau yassin online (melalui link) akan di
masukkan ke dalam group kelas masing-masing berselang seli
setiap hari Jumaat .
8.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PENDAPATAN
BIL SUMBER PENDAPATAN - JUMLAH (RM)
1 Peruntukan PCG Mata Pelajaran 5400.00
2 Peruntukan PCG UBK 500.00
5900.00
JUMLAH
BIL PROGRAM PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
(RM) PENDAPATAN
TINGKATAN TINGKATAN 5
4(’20)/5(’21)
1 Tutorial Subjek Teras 190.00 X 9 230.00 X 12 2760.00 PCG Mata Pelajaran
(Online Dan Offline) 1200.00 PCG Mata Pelajaran
1440.00 PCG Mata Pelajaran
2 Skor A Elektif 90.00 X 9 120.00 X 10 500.00 PCG UBK
3 Program Permata - 120.00 X 12
4 Program Motivasi Ilmu - 50.00 X 10
& Kemahiran Belajar
JUMLAH 5900.00
9.0 PENUTUP
Program Peningkatan Prestasi SPM Era Pandemik merupakan suatu program yang
dilaksanakan untuk membimbing murid-murid membuat ulangkaji secara terancang dalam tempoh PKPB
yang berterusan sehingga akhir persekolahan dan dapat memastikan murid sentiasa bersedia mengikuti
pembelajaran dan pengajaran mengikut norma baharu.
Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh
----------------------------------------- _____________________ _______________
Puan Siti Rohmatun binti Mashirun Encik Rosli bin Jamaludin Pn. Noriha bt Nordin
Setiausaha Kurikulum PK Kurikulum Pengetua
SMK Bukit Sentosa 2 SMK Bukit Sentosa 2 SMK Bukit Sentosa 2
48300 48300 48300
Rawang, Selangor Rawang, Selangor Rawang Selangor