BOLA BALING
E-BULLETIN
Ahli Kumpulan:
Tay Wen Xin
Law Jia Wei
Teh Jia Jia
Carta Organisasi Kelab Pengetua
Bola Baling Sesi Pn.Li Lee Ching
2020/2021
Penolong Kanan Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Ng Shik Sia En.Lau Kooi Beng
Penadbiran
En.Kok Chiang Jau
Pn.Tang Mun PIng
Guru Penasihat 5.Pn.Govree
1.En.Law Cheng Hooi 3.Pn.Chia Guat Yen
2.Pn.Salihah Bt.Hussin 4.Cik Tham Mei Lai Bendahari
Lim Shi Xuan
Setiausaha Pengerusi
Teoh Jia Shin Lim Lie Jun Pen.Bendahari
Lim Li Rou
Pen.Seiausaha Naib Pengerusi
Chua Ying Ern Low Feng Nian
Ketua Aktiviti Ketua Disiplin Ketua Papan Kenyataan Wakil Tingkatan
Soh Jia Hung Lim Koon Heng Lam Jun Han 1.Loo Xin Yuan
2.Goh Jenson
3.Lim Xin Jie
4.Shri Raam
Carta Organisasi Ketua Gerai Pen.Papan Kenyataan
Kelab Bola Baling Sesi Lee Man Cheng Wang Jian Zhi
2020/2021
Ketua Data dan Maklumat Ketua Perabot
Penolong Aktiviti Mow Xiao Ting Yeoh Jun Yan
Lee Jun Yuan
Ketua Kebersihan
Ketua Pameran Yeoh Reei Jia
Hazel Teoh
Jurugambar
Lim Jo Qi
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SIN MIN
KELAB BOLA BALING
JADUAL AKTIVITI SESI 2020/2021
Aktiviti Bulan Tempat Tindakan Catatan
Ogos
Kuiz tentang Kemahiran Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Bola Baling
Penilaian Gerko September Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2021 Oktober Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Aktiviti Suai Kenal Januari Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Februari Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Mac Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling April Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Mei Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Jun Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Julai Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Kuiz tentang Bola Baling Ogos Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Penilaian Gerko September Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2022 Oktober Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
TARIKH AKTIVITI OGOS 2020-JUN 2021
TARIKH AKTIVITI LOKASI
29/08/2020
10/10/2020 GERKO MAYA KE-6 GOOGLE MEET
11/10/2020 HARI SUKAN NEGARA GOOGLE MEET
20/02/2021
PENILAIAN GERKO BLOK C
13/03/2021 GOOGLE MEET
GERKO MAYA KE-2
10/04/2021 (Mesyuara Agung Tahunan Rumah Sukan) KAWASAN RUMAH MASING-MASING
24/04/2021
19/06/2021 GERKO MAYA KE-3 GOOGLE MEET
26/06/2021 (Kejohanan Merentas Desa) GOOGLE MEET
10/07/2021 GOOGLE MEET
31/07/2021 GERKO MAYA KE-4 GOOGLE MEET
14/08/2021 GOOGLE MEET
28/08/2021 GERKO MAYA KE-5 GOOGLE MEET
GOOGLE MEET
GERKO MAYA KE-6 GOOGLE MEET
GERKO MAYA KE-7
GERKO MAYA KE-8
GERKO MAYA KE-9
GERKO MAYA KE-10
GERKO MAYA KE-11
(Penilaian Gerko Tingkatan 5& Mesyuarat
Agung Sesi 2021/22)
GAMBAR AKTIVITI
Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola baling Eropah atau
bola baling Olimpik)[3] ialah sukan berpasukan di mana dua pasukan yang terdiri
daripada tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain gelanggang luar dan penjaga
gawang) menghantar bola menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk
membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri
daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
menang.
PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar
dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak.
Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang
pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil
diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang
berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup.
Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di
garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan
tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang
gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang
garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula
ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan
pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan
dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat
dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58
cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz
2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat
antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap
perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-
sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola
Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua
batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang
ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter.
Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan
warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8
cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan
pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua
pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang
perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam
pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap
berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola
Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan
dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1
orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala
nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran
asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan
kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-
prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah bola patut di baling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak
dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang
diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah
penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola
Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas
yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di
tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi
untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam
kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang
sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan
bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya
dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan
relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan
hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat
atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain
mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi
sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan
seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari
menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah
pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu
rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu
berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi
sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah
dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh
pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik
dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala adalah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke
atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.