The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TINTA ANGGERIK SIRI 2 EDISI 7 (Julai 2022 - Disember 2022)
Jemaah Nazir Negeri Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nik.hazifah, 2023-01-04 02:17:09

TINTA ANGGERIK SIRI 2 EDISI 7

TINTA ANGGERIK SIRI 2 EDISI 7 (Julai 2022 - Disember 2022)
Jemaah Nazir Negeri Selangor

SIRI 2 EDISI 7 TAHUN 2022

AAH NA
Z
M
IR
JE

R SIRI 2 NEGE
O EDISI R

7
2022

SELAN
IG

Sekapur

Kesibukan yang ditempuhi dalam fasa
perpindahan pejabat tidak sedikit pun
melunturkan semangat warga JNN
Selangor untuk terus memastikan semua
tugasan, aktiviti dan program dapat
dilaksanakan dengan sempurna hasil dari
berkerjasama, kesepakatan dan komitmen
yang sememangnya menjadi tunjang bagi
setiap perancangan aktiviti yang
dilaksanakan.

Assalamualaikum w.b.t dan salam Buletin Tinta Anggerik Siri 2 Edisi 7 ini akan
sejahtera. menjadi satu dokumen yang amat penting
untuk JNN Selangor kerana ia akan menjadi
Sekalung tahniah diucapkan kepada rujukan dan bahan sejarah di sepanjang
Sidang Redaksi Buletin Tinta Anggerik usia pengoperasian JNN Selangor.
Siri 2 Edisi 7/2022. Saya juga Rakaman peristiwa perpindahan yang
merakamkan jutaan terima kasih diabadikan dalam buletin kali ini akan
kerana memberi kesempatan untuk dijadikan satu kenangan indah di
saya mencoretkan sepatah dua kata sepanjang tahun 2022 oleh seluruh warga
dalam terbitan kali ini. JNN Selangor.

Sepanjang enam bulan yang dilalui Akhirnya, saya merakamkan sekali lagi
bermula dari bulan Julai hingga penghargaan kepada seluruh ahli keluarga
Disember 2022 merupakan tempoh yang JNN Selangor yang begitu komitmen dalam
amat mencabar. melaksanakan semua perancangan
organisasi sepanjang enam bulan kedua
Jemaah Nazir Negeri Selangor yang tahun 2022. Saya mengharapkan agar
telah beroperasi selama 35 tahun di kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk
bangunan Kompleks PKNS Shah Alam tahun 2023.
akhirnya berpindah ke premis baharu
yang lebih selesa di Bangunan IDCC Akhir kalam, saya mengucapkan terima
Seksyen 15, Shah Alam. kasih sekali lagi kepada sidang editor
buletin atas penghasilan satu dokumen
yang menarik dan penuh informasi untuk
tatapan seluruh warga Jemaah Nazir
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Ishak bin Arif

KETUA NAZIR NEGERI SELANGOR

Pena Ketua Editor
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, Buletin Tinta Anggerik Siri 2 Edisi ke-7 berjaya
diterbitkan oleh pihak sidang redaksi khusus untuk pendokumentasian dan
perkongsian info gerak kerja organisasi Jemaah Nazir Negeri Selangor.

Terbitan Buletin Anggerik Siri 2 Edisi 7 merupakan satu catatan sejarah yang
bakal dijadikan bahan rujukan kerana ia memaparkan detik-detik perpindahan
pejabat JNN Selangor ke bangunan yang baharu di IDCC Shah Alam. Rangkuman
berita dan peristiwa yang terkandung dalam Buletin Tinta Anggerik edisi kali ini
juga tetap mengungkapkan warna-warni pemeriksaan, operasi tinjauan sekolah,
program-program dan peristiwa bersejarah yang dilaksanakan sehingga
penghujung tahun 2022.

Kejayaan penerbitan buletin ini pastinya telah mengundang pelbagai cabaran
dan dugaan namun berbekalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab,
sidang redaksi tidak menghiraukan apa jua cabaran yang menghalang
sehingga buletin ini berjaya diterbitkan. Benar kata pepatah, 'jika tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Satu analogi yang jarang
diaplikasikan. Berbekalkan semangat inilah ahli-ahli sidang redaksi tetap
berusaha walau berhadapan kekangan jadual kerja yang ketat di sepanjang
bulan Julai hingga Disember tahun 2022 ini.

Akhir kalam, rakaman terima kasih kepada ahli sidang
redaksi kali ini terutamanya Penolong Ketua Editor, Pn. Nik
Hazifah binti Nik Awang yang bijak berkarya untuk
memastikan Buletin Anggerik kekal menarik dan menjadi
satu hasil kerja yang sentiasa dinantikan kemunculannya .
Sebagai ketua editor saya menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan
sepanjang proses pembikinan Buletin Tinta Anggerik Siri 2
Edisi 7 ini.

Harapan saya, agar buletin yang diterbitkan ini dapat
memberi gambaran kepada pembaca seluruh gerak kerja
dan catatan peristiwa yang berlaku dan telah dilaksanakan
di sepanjang bulan Julai hingga Disember 2022.
Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan
kekurangannya dari pihak kami sendiri.

Sekian.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ketua Editor,
Sulhisam bin Sayuti

SIDANG
REDAKSI

SULHISAM BIN SAYUTI
Ketua Editor

NIK HAZIFAH BT. NIK JAYARAJ A/L NORHAMIMI BINTI ABDUL
AWANG @ NIK MAT NAWI KRISHNASAMY HAMID
Editor
Penolong Ketua Editor Editor

DR. SIVAPAKKIAM A/P NOOR LINA BINTI MOHD
RAMASAMY YUSUF
Editor Editor

Di sini sejarah tercipta....

Dari

PKNS

Ke

IDCC

PKNS

MAC 2022 OGOS 2022 IDCC
JULAI 2022 SEPTEMBER 2022

LAWATAN SEPTEMBER 2022

TAPAK

Gotong Royong Perpindahan

PPerjaobseastRBeanohavarusidRi uIDanCgC

Proses Berpindah

Suasana Mengemas Pejabat
Baharu di IDCC

PEJABAT
BAHARU

JEMAAH NAZIR

BNeErmG uElaR sIecSarEaLrAasNmiGpOadRa

1 NOVEMBER 2022

PERHIMPUNAN

JNNPROFESIONAL SELANGOR

02Bil. Tarikh: 28 Julai 2022
Tahun 2022 Tema:Keluarga Malaysia
Teguh Bersama
Tempat: Bilik Mesyuarat
JNN Selangor

03Bil. Tarikh: 15 Ogos 2022
Tahun 2022 Tema:Keluarga Malaysia
Teguh Bersama
Tempat: Bilik Mesyuarat
JNN Selangor

04Bil. Tarikh: 30 November
Tahun 2022 2022
Tema:Teguh Bersama
Jemaah Nazir Negeri
Selangor
Tempat: Mutiara Chalet,
Tanjung Bidara, Melaka.

PROGRAM

JARINGAN

&J A L I N A N
18 OGOS 2022 | SMK SEKSYEN 7

Program Perkongsian Pintar Rakan
Strategik Smart MLT Daerah Petaling
Perdana Tahun 2022.
Tajuk Ceramah: Peranan SLT dan MLT
sebagai Penilai Standard 4, SKPMg2
En. Sulhisam bin Sayuti

26 OGOS 2022 | PPD KUALA LANGAT DAN SK BUKIT
TADOM

Program Bakti Kasih Semarak Merdeka

27 OGOS 2022 | SMK TELOK GADONG

Pembugaran RPH dan SKPMg2 Standard 4
| En. Sulhisam bin Sayuti

30 OGOS 2022 | PPD KUALA LANGAT

Program Jaringan Jemaah Nazir Negeri
Selangor Bersama PPD Kuala Langat |
Tajuk: Standard 3 dan Standard 4
En. Sulhisam bin Sayuti

29 SEPTEMBER 2022 | SMK TENGKU IDRIS SHAH

Ceramah Program Penghayatan Nilai
Moral dan Modal Insan | Dr. Ashotha a/p
Krishnan

12 NOVEMBER 2022 | UNIVERSITI MAHSA
Pemantapan Kompetensi Warga Pendidik

SMK Saujana Putra, SMK Jenjarom dan SK

Sijangkang Berkolaborasi Dengan

Universiti MAHSA. | En. Sulhisam bin

Sayuti

12 NOVEMBER 2022 | SK SUNGAI UDANG

Penataran SKPM Kualiti @ Sekolah |
Cik Noor Lina binti Mohd Yusuf dan
En. Muhammad Haakim bin Edrus

LAWATAN

PENANDAARASAN

UNIT PENDIDIKAN SWASTA
(SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Tarikh: 13 Disember 2022
Masa : 8.45 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Jemaah Nazir Negeri Selangor

Pemeriksaan &

Tinjauan

Sepanjang Julai - Disember 2022

Senarai Pemeriksaan
& Tinjauan

Nama Pemeriksaan / Tinjauan Tarikh

Tinjauan Pelaksanaan Catch-Up Plan (CUP) Tahun 2022 19-21 Julai 2022

Tinjauan Sekolahku Sejahtera (TSS) 17-18 Ogos 2022

Pemeriksaan Pelaksanaan Program Peringkat Sijil 8-10 Ogos 2022
Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional (KV) Tahun 2022

(PPPPSVM KV 2022) - KV Sungai Buloh

Pemeriksaan Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 22-24 Ogos 2022 (SJKC Desa Jaya
2025 (TS25) Kohort 2 Tahun 2022 BBC7407 & SK Seksyen 19
BBA8222)


23, 24 & 29 Ogos 2022 (SMK
Taman Sea BEB8656)

Pemeriksaan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) Tahun 13 September 2022 (BAD7001 SDH
2022 Hospital Selayang & BAD8001
SDH Hospital Serdang)



14 September 2022 (BAD4001 SDH
Ampang)



Pemeriksaan Bahagian Akademik Maktab Tentera Diraja 12-15 September 2022
(MTD) Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur

Pemeriksaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris KSSR 14-15 September 2022 (BBA8207
(Semakan 2017) dan KSSM Tahun 2022 SK Merbau Sempak )



19-20 September 2022 (BBA7219
SK Selayang Jaya)



27-28 September 2022 (BBA0013
SK Pulau Indah)

Tindak Susul Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 26 September 2022 (BBC4035 SJK
(SKPK) 2.0 di Institusi Prasekolah Tahun 2022 (C) Batu 9 Cheras



29 September 2022 (BBC7404 SJK
(C) Kundang)

TINJAUAN PELAKSANAAN CATCH-UP
PLAN (CUP) TAHUN 2022

Tinjauan Pelaksanaan Catch-
Up Plan (CUP) Tahun 2022
telah dilaksanakan selama
tiga hari bermula 19 - 21 Julai
2022 melibatkan 40 buah
sekolah di negeri Selangor.

PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM
PERINGKAT SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
DI KOLEJ VOKASIONAL (KV) TAHUN 2022

(PPPPSVM KV 2022)

Nazir Sekolah di JNN Selangor terlibat dalam Pemeriksaan
Pelaksanaan Program Peringkat Sijil Vokasional Malaysia di Kolej
Vokasional (KV) Tahun 2022 (PPPPSVM KV 2022) di dua buah
kolej vokasional iaitu BHA8002 Kolej Vokasional Sungai Buloh (08
- 10 Ogos 2022) dan CHA0002 Kolej Vokasional Tengku Ampuan
Afzan (22-24 Ogos 2022)

PEMERIKSAAN PELAKSANAAN PROGRAM
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 2

TAHUN 2022

Pemeriksaan Pelaksanaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kohort 2 Tahun 2022 dilaksanakan
pada 22-24 Ogos 2022 di BBC7407
SJKC Desa Jaya & BBC7407 SK
Seksyen 19 dan pada 23, 24 & 29
Ogos 2022 di BEB8656 SMK Taman
Sea BEB8656

PEMERIKSAAN PROGRAM SEKOLAH DALAM

HOSPITAL (SDH) TAHUN 2022

Pemeriksaan Program Sekolah Dalam
Hospital (SDH) Tahun 2022 bertujuan untuk
mendapatkan status pengoperasian
pengurusan Program SDH dan pelaksanaan
SDH. Pemeriksaan di negeri Selangor
dilaksanakan di BAD7001 SDH Hospital
Selayang dan BAD8001 SDH Hospital
Serdang pada 13 September 2022 serta
BAD4001 SDH Ampang pada 14 September
2022.

PEMERIKSAAN BAHAGIAN AKADEMIK MAKTAB
TENTERA DIRAJA (MTD) KEM PERDANA SUNGAI

BESI KUALA LUMPUR

Pemeriksaan Bahagian Akademik Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur telah dilaksanakan pada
12-15 September 2022. Objektif pemeriksaan adalah untuk
menaksir peranan barisan kepimpinan (Pengarah Pengajian,
Ketua Jabatan dan Ketua Unit) dalam pengoperasian MTD, status
pengurusan sumber manusia dan sumber pendidikan, status
kualiti pengurusan mata pelajaran yang menyokong
pembelajaran putera dan status kemenjadian putera di MTD.

PEMERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA

INGGERIS KSSR (SEMAKAN 2017) DAN KSSM

TAHUN 2022

Pemeriksaan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
KSSR (Semakan 2017) dan KSSM Tahun 2022
dilaksanakan bagi menaksir status penguasaan
murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
kualiti pengurusan mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan kualiti PdP guru Bahasa Inggeris.
Pemeriksaan ini melibatkan tiga buah sekolah di
Selangor iaitu BBA8207 SK Merbau Sempak (14-
15 September 2022), BBA7219 SK Selayang Jaya
(19-20 September 2022) dan BBA0013 SK Pulau
Indah (27-28 September 2022).

TINDAK SUSUL STANDARD KUALITI
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 2.0 DI

INSTITUSI PRASEKOLAH TAHUN 2022

Tindak Susul Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) 2.0
di Institusi Prasekolah Tahun 2022 telah dilaksanakan pada 26

September 2022 di BBC4035 SJK (C) Batu 9 Cheras dan
29 September 2022 di BBC7404 SJK (C) Kundang, Rawang.

Wacana Interaktif

Wacana Interaktif merupakan satu medium diskusi
yang dilaksanakan setiap minggu dan
berdasarkan keperluan. Diskusi yang dilaksanakan
berfokus kepada sesi perkongsian maklumat
terbaharu, perbincangan dan gerak kerja
organisasi JNN Selangor.

Wacana Interaktif Bil 7/2022 (1/7/2022)
Wacana Interaktif Bil 8/2022 (15/7/2022)
Wacana Interaktif Bil 9/2022 (5/8/2022)
Wacana Interaktif Bil 10/2022 (12/8/2022)
Wacana Interaktif Bil 11/2022 (2/9/2022)
Wacana Interaktif Bil 12/2022 (23/9/2022)
Wacana Interaktif Bil 13/2022 (2/12/2022)
Wacana Interaktif Bil 14/2022 (25/11/2022)
Wacana Interaktif Bil 15/2022 (16/12/2022)
Wacana Interaktif Bil 16/2022 (23/12/2022)

JEMAAH NAZIR
NEGERI
SELANGOR

PROGRAM

SEPANJANG

JULAI - DISEMBER

2022

Seramai empat orang Nazir Sekolah
Baharu (NSb) telah melaporkan diri di
Jemaah Nazir Negeri Selangor pada 4 Julai
2022. En. Ishak bin Arif selaku Ketua Nazir
Negeri Selangor telah memberikan taklimat
kepada semua NSb dalam satu taklimat
ringkas. NSb yang melaporkan diri adalah
dari opsyen Sains, Matematik, Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab.

Satu sesi penerangan mengenai
pengoperasi pejabat dilaksanakan
secara atas talian oleh Pn. Rusita
binti Muhammad dan Pn. Rosidah
binti Omar pada 13 Julai 2022 di
Bilik Mesyuarat.

Cik Ayu Hanani binti Abdul Karim
telah mengadakan sesi taklimat
ringkas kepada NSb pada 14 Julai
2022 berkenaan latihan yang
akan dilalui oleh NSb. Taklimat
diadakan di Pusat Rujukan dan
Dokumentasi (PRD)

BENGKEL PELUPUSAN
REKOD AWAM

Bengkel telah dilaksanakan pada 5 Julai 2022. Bengkel

disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Khidmat

Pengurusan KPM iaitu En. Ridhwan bin Zainudin dan

En Muhammad Al-Jurjany bin Abd Rashid.

SKPM KUALITI @ SEKOLAH

Mesyuarat Pelarasan Mesyuarat dan Penataran SKPM
SKPMg2 @ Sekolah Perbengkelan Kualiti@Sekolah bagi
Penyelaras SKPM semua Nazir Selangor
4-7 Julai 2022 Kualiti @ Sekolah
6 Oktober 2022
PKG, Port Dickson 27-29 September 2022 Bilik Mesyuarat JNN Selangor

PKG, Port Dickson

PENATARAN SKPM KUALITI @ SEKOLAH KEPADA
PPD DI SELANGOR

Tarikh PPD

PPD Sabak Bernam

11 Oktober 2022 PPD Hulu Selangor
Isnin PPD Petaling Utama



PPD Gombak
PPD Sepang

PPD Petaling Perdana

PPD Hulu Langat

13 Oktober 2022 PPD Kuala Langat
Selasa PPD Klang

PPD Kuala Selangor

PENATARAN SKPM KUALITI @ SEKOLAH KEPADA
PPD DI SELANGOR

PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN
TAHUN 2022

Jemaah Nazir Negeri Selangor

Program berbentuk khidmat masyarakat

yang telah dijalankan di SK Bukit Tadom

(BBA1014) yang terletak di Daerah Kuala

Langat pada 26 Ogos 2022. Program ini

merupakan pengisian sambutan bulan

kebangsaan. Program ini dirasmikan oleh

Tn. Hj. Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahar,

Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan

Perancangan Penaziran. Pelbagai aktiviti

yang dijalankan di sepanjang program,

Antaranya perarakan kemerdekaan

bersama warga sekolah dan masyarakat

setempat Kampung Bukit Tadom,

upacara penanaman pohon

kemerdekaan, persembahan

kemerdekaan dan penyampaian

sumbangan buku untuk keperluan Pusat

Sumber Sekolah, penyampaian hamper

alat tulis, wang saku sekolah dan

persembahan deklamasi sajak oleh nazir

JNN Selangor. Program ini mendapat

kerjasama dari warga PPD Kuala Langat.

Bakti Kasih
Semarak Merdeka

Bakti Kasih Semarak Merdeka
Wahai anak anak cucuku

Inilah tanah sekakang kera yang kita ada
Peninggalan dato nenek kita yang berdarah kesatria
Mempertahan dan berjuang untuk diwariskan buat kita



Bakti Kasih Semarak Merdeka

Hari ini kitalah pewaris
Bukit Tadom tanah warga asal
Terbina dari jerit perih keringat membuka belukar kota
Di sini bermula pohon hayat bangsa asal
Tanah bertuah gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata



Bakti Kasih Semarak Merdeka
Hari ini kita jelajah bersama roh dan semangat yang kenal erti merdeka
Kita telusuri laluan membuka minda anak anak asal bangsa
Kita satukan jiwa membina pewaris orang asal tanah Malaysia



Bakti Kasih Semarak Merdeka anak asal yang membina bangsa
Dari jerih perih yang terus berperang dengan kemodenan yang terus jauh

meninggalkan anak-anak asal bangsa kita



Bakti Kasih Semarak Merdeka
Bukti jiwa-jiwa kental anak bangsa yang tahu apa itu nilai bebas merdeka

Lepas kita terjajah , dijajah tak mungkin kembali tertindas...



Bakti Kasih Semarak Merdeka...
Biarlah ia menjadi saksi

Kita anak watan punya jiwa yang bebas merdeka
Memelihara ketamadunan bangsa yang bermaruah...

Sulhisam SayutiHasilnukilan,

Program Ambang

Kemerdekaan

30 Ogos 2022

8.00 pagi

Taman Tasik Shah Alam

Program Ambang Kemerdekaan
JNN Selangor diadakan
bersempena Sambutan Bulan
Kebangsaan Kali ke-65 sebagai
acara kemuncak menjelang
sambutan 31 Ogos 2022. Aktiviti
senamrobik diadakan bagi
memeriahkan program selain
mengeratkan semangat kekitaan.
Aktiviti ini juga dapat
menggalakkan gaya hidup sihat
dalam kalangan warga JNN
Selangor.

MAJLIS PERASMIAN
PENUTUP BULAN

KEBANGSAAN KE-65
23 SEPTEMBER 2022

Majlis Lambaian Kasih
Jasamu Dikenang

bersempena persaraan Pn. Habsiah bt. Ab. Razak
30 September 2022

BicarKaA KUnHtuAkA . . . . .

Kak Haaaaa....
Gumpalan awan di langit biru

Bercerita kisah kita hari ini
Saat deras hujan bagai air mata
Dan cerah mentari yang menjadi wajah kita



Habsiah Abd Razak
Cantik namamu seindah bersih air muka mu
Habsiah mesranya kami panggil Kak Haa....



Kak Haa
Hari ini hari akhir kita bersama berkumpul bermesra
Hari ini hari akhir kita melihat kelibat sosok Kak Haa di pejabat ini
Hari ini hari akhir kita makan bersama , bergurau bersama dan bermesra bersama



Kak Haa
Ingat lagi kita sering bekerja bersama-sama mengerah kudrat akal menyiapkan laporan
mengerah hati dan jiwa menyiapkan tugasan pemeriksaan
Ingat tau bagaimana kita kadang bertelagah sebenarnya mencari yang terbaik dalam hasil kerja kita
Ingat tau bagaimana kita kadang tersinggul bahu tersinggung hati bila bergurau senda, bila kata
mengata, bila umpat mengumpat malah bila kita bergosip jua ...
Ingat tau kala saat Kak Haa sering menasihati kami dalam tazkirah-tazkirah Kak Haa
dan yang paling kami akan ingat jeritan suara lantang Kak Haa memecah sunyi Kompleks PKNS ini
Lontaran suara yang memanggil-manggil setiap pagi “Syammmmmmm jom makan’...
Dan yang paling kami ingat Kak Haa yang selalu menjamu perut lapar kami dengan masakan hasil
tangan Kak Haa sendiri.
Kak Haa, hanya ini kenangan indah yang kita ada menjadi bukti dan saksi yang kita pernah lama
berada disini
Simpan elok-elok rapi-rapi tau apa yang kita lalui....
Kak Haa
kehidupan ini tak lain adalah seperti hamparan samudera luas
Kita sama renangi dan kita selami kedalamannya
Untuk kita saling menjaga dan saling percaya
Untuk mencari tiram di dasarnya, dan kita petik mutiaranya bersama...



Kini Kak Haa,
saat ini kita akan berpisah, esok kelibat Kak Haa tiada bersama lagi disini...
Hati kami tergores kesedihan tika nanti mengucap salam perpisahan
Walau air mata kami tak berlinang
Bukan bererti suatu kerelaan
Saat-saat langkah Kak Haa terayun
Jarak kita pun semakin membentang
Akankah semuanya jadi terkenang
Atau hanyut terbawa gelombang



Kak Haa
Kami bangga ada sahabat yang bernama Kak Haa
Kami bangga kenal dan sayang diri Kak Haa seadanya
Nanti bila hari-hari-hari Kak Haa tertimpa bahaya,
Kami doakan kasih untukmu
Bila hari-hari Kak Haa dilanda duka,
Kami doakan harapan untukmu
Bila hari-hari Kak Haa berlarut ceria,
Kami doakan damai untukmu
Selama matahari masih terbit dan terbenam,
Selama panas dan hujan masih silih berganti,
Selama bulan dan bintang dilangit masih bercahaya,
Terima kasih untuk segalanya
Dan biarkanlah kisah kita terus terangkai kemas
Kami lah sahabat Kak Haa dulu kini dan selamanya.....




Sulhisam SayutiHasil nukilan ,

Program Pemukiman

di JNN Melaka kolaborasi bersama JNN Selangor,

JNN WP Kuala Lumpur
28 - 30 November 2022

Pertandingan Bowling

28 November 2022
Melaka International Bowling Centre (MIBC)

Kenangan di Mutiara
Chalet , Melaka

28-30 November 2022

Bengkel

Asas Pembangunan Dashboard

29 November 2022

Bilik Mesyuarat Serbaguna, Menara Persekutuan, Melaka

Program
Sandaran (PoS)

Nazir Sekolah
Baharu

Umum/ SKPMg2
Etika Penaziran

Akta Pendidikan
1996

TMK Standard 4
SPI
Kurikulum

Pengurusan dan Kokurikulum
Kepimpinan

Pemeriksaan

Pedagogi Pengurusan Kualiti HEM

Go4Fun & Healthy
Life Programme 2022
9 Disember 2022
Minda Sihat Emosi Sejahtera

Se lamat Ulangtahu n
Kelahiran

Julai -Disember 2022

J0u3l O0g8os O1g7os

Pn. Mariani bt En. Ishak Pn. Zarina bt
Abdul Rahman bin Arif Ghazali

S0e1pt S0e6pt S2e9pt

Cik Ayu Hanani Pn. Nik Hazifah Pn. Azidah bt
bt Abd. Karim bt Nik Awang Abd Aziz

O2k9t N2o3v D1i7s

En. Ahmad Dr. Ashotha a/p Pn. Sukuna Vathi a/p
Muslim bin ALi Krishnan Vellasamy Veraya

P N MARINA BINTI ISMAI L
APOR DIRI: 21 NOVEMB MLI
Jemaah Nazir Negeri Selangor ER
2022
. AHMAD MUSLIM BIN
2022 EN TARIKH L
2022 ALI

TARIK ATHAN 2 KHAIRIL HANIF BIN RA

RAVANAN A/L BAKIAN 02

H LAPOR DIRI: 23 OGOS2
EN.

EN. SA

TARI 2022
TARI KH LAPOR DIRI: 4 JULAI
KH LAPOR DIRI: 4 JULAI AWADDAH BIN MOHA
HAMMAD HAAKIM BIN
EN. MU
MMADPN. M
TARI

EDRUS
TARI
KH LAPOR DIRI: 4 JULAI KH LAPOR DIRI: 4 JULAI2022

Tahniah!!!

Atas Pencapaian Anda

Tn. Hj. Bahrin bin Mohd Kassim PnK. eRnuasiiktaanbiknetiGMreudhaDmGm52ad
Kenaikan ke Gred DG54

PnK.eHnaabiksaianhkbeinGtrieAdbD. RGa5z4ak

Tn. Hj. Mohd Fuad bin Razali
Kenaikan ke Gred DG52

Lulus Pn. Nik Hazifah binti Nik Awang
PLAN dan lantikan sebagai Nazir Sekolah

Coretan

Anggerik





20SAYONARA

22


Click to View FlipBook Version