The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zakia Mohsin, 2019-09-24 13:10:47

jenis bangunan

bangunan dunia

Keywords: pss

BANGUNAN
TERKENAL
DI DUNIA

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: ‫بركمبر منارا‬
‫ ;ڤيترونس‬bahasa Inggeris: PETRONAS Twin Towers) di Kuala
Lumpur, Malaysiaialah sepasang menara berkembar yang pernah
menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj
Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini
masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga
merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara
Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia.
Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi
dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk
utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang
digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan
Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan
diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun
1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala
Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak
berdekatan.

BACAAN LANJUT :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Berkembar_Petronas

http://www.pkb.gov.my/menara-berkembar-petronas-klcc/

https://www.youtube.com/watch?v=4DJf1HIF3zY

BURJAL - ARAB

Burj Al Arab (bahasa Arab: ‫برج العرب‬, Menara Arab) merupakan
sebuah hotel yang terletak di Dubai, Amiriah Arab Bersatu. Hotel ini
dikenali sebagai 'Hotel Bintang 7' dan merupakan hotel ke-4 tertinggi
di dunia; walaupun 39% daripada ketinggiannya tidak mampu
didiami.[2][3][4] Hotel yang diuruskan oleh Kumpulan Jumeirah ini dibina
oleh Said Khalil, dengan Tom Wright dari WS Atkins PLC sebagai
arkitek.
Dibina di atas pulau buatan, hotel ini jika diperhatikan seperti
bangunan terapung di dalam air. Bangunan ini berketinggian 321
meter (1053 kaki) dengan 60 tingkat. Pembinaannya siap pada tahun
1999, menjadikannya bangunan hotel tertinggi di dunia ketika ini.
Walau bagaimanapun, Menara Rose (Rose Tower), juga di Dubai,
apabila siap akan mengambil gelaran ini dari Burj Al-Arab dengan
ketinggiannya yang mencapai 333 meter.

BACAAN LANJUT :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Burj_Al_Arab

MENARA EIFEL

Menara Eiffel (bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/)
ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan
Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang
tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia
sebagai simbol negara Perancis [1]. Dinamakan bersempena nama
perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang
paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada
2005 [2] dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina [3]. Menara ini memiliki
ketinggian 300 meter dan di atasnya
terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

BACAAN LANJUT :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Eiffel

MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa (bahasa Itali: Torre pendente di Pisa)
atau Menara Pisa ([La Torre di Pisa] error: {{lang}}: teks mempunyai
penanda italik (bantuan)) merupakan menara loceng, atau menara
genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini
terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang
dibina di Piazza del Duomo("Dataran Gereja") di Pisa.

Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini
mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya
pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah
dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah.
Kini, menara ini condong ke arah barat daya.

Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi
terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar
dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di
aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan
kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini
mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan
dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini
condong sebanyak 3.97 darjah[1]. Ini bererti puncak menara berada
3.9 meter (12 ft 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya
menara ini berdiri tegak.[2]

BACAAN LANJUT :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Condong_Pisa

https://iluminasi.com/bm/10-fakta-menarik-mengenai-pembinaan-menara-
condong-pisa.html

TAJ MAHAL

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing
Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang
dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen
peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina
pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia
ialah contoh terbaik Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni
bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Arkitek utama
bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan
sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam,
dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada
tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal
sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini
dikatakan 'permata seni bina Islam'.

BACAAN LANJUT :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal

https://www.tajmahal.gov.in/creation.html


Click to View FlipBook Version