The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zakia Mohsin, 2019-09-24 12:59:02

kenali jenis buku

literasi maklumat

Keywords: pss

PUSAT SUMBER SMK TINGGI KLANG,
JALAN MERU, 41050 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

NO.TEL : 03-33412340 NO. FAX : 03-33440711
https://beb0102.1bestarinet.net

JENIS
BUKU

FIKSYEN JENIS RUJUKAN
BUKU
 MELAYU  BUKU RUJUKAN
 INGGERIS BUKAN UMUM
 CINA FIKSYEN - KARYA AM
 TAMIL - FALSAFAH
 ARAB  KARYA AM - AGAMA
 FALSAFAH - SAINS
 AGAMA KEMASYARAKATAN
 SAINS - BAHASA
- SAINS TULEN
KEMASYARAKATAN - TEKNOLOGI
 BAHASA - KESENIAN
 SAINS TULEN - KESUSASTERAAN
 TEKNOLOGI - SEJARAH DAN
 KESENIAN GEOGRAFI
 KESUSASTERAAN
 SEJARAH DAN  BUKU RUJUKAN AM
- ALMANAK
GEOGRAFI - ATLAS
- DIREKTORI
- ENSIKLOPEDIA
UMUM
- GAZETIR
- KAMUS

 BUKU RUJUKAN KHAS
- ABSTRAK
- BIBLIOGRAFI
- BIOGRAFI
- ENSIKLOPEDIA
KHUSUS
- GLOSARI
- INDEKS
- ISTILAH
- KAMUS KHAS
- KATALOG

BUKU RUJUKAN AM

ALMANAK :
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat
perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang
mengandungi senarai hari bulan dengan maklumat lain seperti
terbit matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan
cuaca.

ATLAS :
Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta, gambar
rajah dan fakta-fakt, data tentang sesuatu tempat, maklumat
berkaitan sesebuah negeri, negara tertentu di seluruh dunia.
Atlas mengandungi indeks yang memberikan baris-baris grid dan
koordinasi untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-
tempat berkenaan.

DIREKTORI :
Direktori adalah buku yang memuatkan maklumat tentang orang
ramai, tempat, organisasi, individu, keahlian, data organisasi,
individu, keahlian, data organisasi, alamat dan nombor telefon.
Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad
atau perkara.

GAZETIR :
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai
tempat-tempat dan lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah
geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan
maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-
fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun
mengikut abjad.

ENSIKLOPEDIA UMUM :

Ensiklopedia umum merupakan bahan rujukan yang memuatkan
maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang
pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia
memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu
menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa
dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.
Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-
gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud
yang hendak disampaikan.

KAMUS :

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang
perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suku kata,
tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan
berabjad.

BUKU RUJUKAN KHAS

ABSTRAK :
Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan perwakilan yang
lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen
serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang
asal.

BIBLIOGRAFI :
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar
penerbitan yang disusun mengikut nama, pengarang, judul atau
subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di
bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak.
Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat
dan tahun diterbitkan.

BIOGRAFI :
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat
mengenai riwayat hidup individu.

ENSIKLOPEDIA KHUSUS :
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi
keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu
perkara atau bidang yang berkenaan.

INDEKS :
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai
sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.

GLOSARI :

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau
perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya
yang disusun menurut abjad, khususbagi sesuatu bidang
pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku,
banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud
perkataan-perkataan tersebut, pembaca bolehj merujuk halaman
glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman
glosariakan menerangkan maksud perkataan-perkataan baharu
yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini
mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru
kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu
di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

ISTILAH :

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu
bidang ilmu pengetahuan.

KAMUS KHAS :

Kamus Khas memberi maklumat-maklumat khas sahaja
mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara kamus ini adalah
seperti :

 Kamus Sinonim / Antonim
 Kamus Komputer
 Kamus Simpulan Bahasa

KATALOG :

Katalog ialah satu senarai lengkap mengenai sesuatu maklumat
seperti buku, barangan, filem atau sebagainya yang boleh
didapati dalam bentuk buku, kad ataupun sistem automasi.
Maklumat tersebut disusun mengikut perkara tertentu misalnya
mengikut nama pengarang, judul buku atau barang mengikut
nama penerbit.

RUJUKAN :
Norhayati Razali (2015). Kemahiran literasi maklumat untuk guru

perpustakaan & media. Kuala Lumpur. (ms.57- 62)

~pss_smktk@2019~


Click to View FlipBook Version