INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM’
98009 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK 30% [INDIVIDU]
NAMA PELAJAR : IRENE ANAK PETER
ANGKA GILIRAN : 2021022310039
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030814-13-0830
KUMPULAN / UNIT : PPRBMM2-2
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH : PUAN SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1
1 Soalan Tugasan 2
3
2 Objektif Tugasan 3
3 1.0 Pengenalan 4-5
4 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu dalam 6
Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional 7
8
5 3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam
Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional
3.1 Hiburan
3.2 Pendidikan
3.3 Dakwah
3.4 Kritikan Sosial
6 4.0 Akal budi dan Pemikiran Masyarakat Melayu
Dalam Pantun-pantun Tradisional Melayu
4.1 Pantun Tradisional Melayu I
4.2 Pantun Tradisional Melayu II
4.3 Pantun Tradisional Melayu III
7 5.0 Rumusan
8 6.0 Rujukan
1
SOALAN TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK – 30%
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut :
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
Panjang tugasan dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
2
OBJEKTIF TUGASAN 1
1. Menghuraikan konsep kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu
Tradisional .
2. Menerangkan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu
Tradisional .
3. Berkebolehan membincangkan dan menganalisis akal budi, pemikiran masyarakat
Melayu dalam pantun-pantun tradisional Melayu.
3
1.0 PENGENALAN
Karya-karya tradisional Melayu memainkan peranan yang penting terutamanya sebagai
medium penyampaian dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu . Dalam konteks dunia kini,
penyampaian maklumat lebih menerusi media massa. Dapatan daripada kajian Muhd
Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi (2015) , karya sastera adalah karya yang indah
dan berfaedah serta dibentuk melalui jalinan dan siratan bahasa yang dianggap sebagai
medium penjagaan peradaban, penghimpunan ajaran dan pernyataan yang dapat mendidik
manusia dengan adab.
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
Kesusasteraan merujuk kepada pengucapan yang indah sama ada dalam bentuk lisan
mahupun bertulis. Keunikan kesusasteraan Melayu dinilai daripada keindahan bahasa yang
digunakan .Dr.Hanik Mahliatussikah, S.Ag, dan M.Hum (2015), karya sastera ialah karya seni
yang bermediakan bahasa, dan dinilai dari aspek penggunaan bahasanya. Konsep
kesusasteraan Melayu telah lama berintegrasi bersama masyarakat Melayu sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
Masyarakat Melayu sememangnya terdedah secara meluas dengan karya-karya
sastera.Seorang ibu menenangkan bayi yang menangis tanpa disengajakan dia akan
melagukan irama-irama merdu dan indah maka, disimpulkan bahawa kesusasteraan
merupakan sesebuah karya yang kreatif tanpa mengira situasi dan masa. Menurut Shamsudin
Othman, Azhar Md Sabil dan Ghazali Lateh (2015), sastera yang bersifat produk bagi sebuah
komuniti perlu dilihat sebagai pancaran budaya yang melahirkan masyarakat kompetitif dan
kreatif serta merupakan pancaran perilaku masyarakat yang berada di sekitarnya.
4
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
3.1 HIBURAN
Peranan sastera sebagai hiburan menggambarkan bahawa karya-karya sastera
mengandungi unsur jenaka. Kehidupan masyarakat dahulu tidak berbekalkan peranti
elektronik seperti radio, televisyen, telefon bimbit, dan komputer. Menurut Mohd
Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi (2015) , masyarakat kini memperoleh
informasi melalui perantara media massa seperti buku, filem, televisyen, radio, surat
khabar dan media atas talian. Ini bertentangan dengan kehidupan masyarakat Melayu
tradisional yang menggunakan karya sastera sebagai medium komunikasi.
Tamsilnya, cerita kanak-kanak terselit unsur kelucuan bahasa yang berupaya
menghibur masyarakat Melayu tradisional di samping menceriakan kehidupan
mereka. Cerita jenaka seperti Putera Katak, Pak Pandir Berniaga Garam dan
sebagainya mengandungi unsur-unsur jenaka namun disebalik penceritaan terdapat
pengajaran dan nilai murni yang tersirat. Jelas bahawa kesusasteraan memainkan
fungsi yang amat bermakna sebagai hiburan.
3.2 PENDIDIKAN
Ilmu yang disalurkan dalam sesebuah hasil karya adalah meluas kerana ia bukan
sekadar memberikan hiburan semata-mata. Ani Binti Haji Omar (2015) , karya sastera
berupaya memberi pendidikan kepada masyarakat untuk membina teras
perpaduan,sekali gus membentuk kekuatan jati diri dalam kalangan masyarakat, di
samping menzahirkan semangat patriotisme . Penghasilan karya-karya sastera diadun
dengan pengajaran seperti yang terdapat di dalam puisi atau prosa tradisional.
Karya sastera yang terkandung pengajaran, nasihat serta pesanan
memampukannya untuk menjadi alaf pendidikan. Misalnya, cerita Sang Kancil
Mengira Buaya digemari komuniti bukan hanya kerana sifatnya yang menghiburkan
tetapi keistimewaannya dalam menyampaikan unsur moral serta pengajaran yang
berguna kepada seluruh masyarakat. Tanpa disedari, kita telah diserap dan
dipengaruhi oleh asuhan moral yang terkandung di dalam hasil karya-karya tradisional
5
dan amat berguna terhadap para remaja agar memiliki peribadi yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani serta Intelek (JERI).
3.3 DAKWAH
Dakwah berfungsi untuk menyalurkan pesanan suci Tuhan kepada anggota
masyarakat yang disampaikan menerusi puisi tradisional menggunakan bahasa
tersirat. Menurut Noor Sarah binti Abu Kassim (2018) , puisi tradisional merupakan
wahana dalam menyalurkan dakwah kepada masyarakat khususnya kepada kanak-
kanak kerana kandungannya banyak menyentuh nilai intrinsik dan ekstrinsik. Fungsi
ini bertepatan dengan agama Islam yang menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan.
Dakwah yang disampaikan melalui karya sastera mampu membentuk modal
insan yang dipenuhi dengan nilai-nilai murni sebagai panduan hidup. Puisi-puisi yang
dihasilkan sememangnya sarat dengan pengajaran dan ilmu bagi membentuk individu
yang tertib serta beradab. Sehingga hari ini, dakwah tetap dirujuk sebagai panduan
kehidupan seharian di samping penggunaan bahasa yang indah membangkitkan hati
pembaca untuk menyelaminya dengan lebih mendalam.
3.4 KRITIKAN SOSIAL
Kritikan sosial ialah ikhtiar untuk menganalisis atau menilai sesebuah karya sastera.
Kritikan sosial merupakan medium komunikasi dalam komuniti kerana sastera
mencerminkan nilai kepada masyarakat berkaitan dengan realiti kehidupan sosial
sekeliling. Md Adnan dan Normaliza Abd Rahim (2014), kritikan sosial dalam penelitian
ini maksudnya adalah suatu tanggapan yang diberikan oleh pengarang terhadap
permasalahan sosial yang terjadi dalammasyarakat.
Kritikan sosial menitikberatkan tiga aspek utama iaitu, penilaian, perbandingan
dan pengamatan. Kritikan berupaya memberikan kesedaran kepada semua lapisan
masyarakat terhadap kelunturan tingkah laku bermoral secara tersirat ataupun
tersurat.Berdasarkan kisah Mat Jenin , kritikan ditujukan kepada individu yang suka
berangan-angan tanpa sebarang usaha pastinya sukar untuk berjaya. Maka, dari
setiap hasil karya sastera yang dikritik masyarakat dapat mengambil ikhtibar yang
sewajarnya.
6
4.0 AKAL BUDI DAN PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN-PANTUN
TRADISIONAL MELAYU
4.1 PANTUN TRADISIONAL MELAYU I
Pantun tradisional ini menceritakan sikap merendah diri lebih baik berbanding bersikap
sombong. Masyarakat Melayu amat mementingkan sikap yang tidak angkuh terutamanya
dalam perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Jika melihat kepada padi
yang berisi, ia akan semakin menunduk. Tidak hairanlah jika sikap yang merendah diri
diumpamakan seperti padi .Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani dan Noriah Mohamed
(2020) , simbol padi merujuk kepada manusia yang merendah diri. Hal ini secara tidak
langsung memberi inspirasi kepada masyarakat Melayu untuk menggunakan padi sebagai
simbol yang dekat kepada kehidupan mereka untuk penciptaan pantun.
4.2 PANTUN TRADISIONAL MELAYU II
Frasa ‘Indah tampan kerana budi’ membawa pengertian bahawa individu yang berbudi
akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain manakala frasa ‘Tinggi bangsa kerana
bahasa’ bermaksud darjat bangsa dipandang dari aspek bahasa. Budi merupakan
keperibadian mulia manakala aspek bahasa merujuk kepada tutur kata yang sopan, lemah
lembut dan bernas. Rozita binti Che Rodi, Hashim bin Musa dan Salmah Jan binti Noor
Muhammad (2001), kehalusan budi bahasa dan pekerti dalam kelakuan berinteraksi serta
berkomunikasi agar terhindar konflik dan persengketaan antara individu dan pendengar.
4.3 PANTUN TRADISIONAL MELAYU III
Pantun ketiga mengisahkan perjalanan dalam menuntut ilmu yang memerlukan usaha
berterusan bagi menghasilkan hasil yang lumayan. Sekiranya kita mencari ilmu
pengetahuan dengan kadar yang terhad serta tidak berusaha untuk melaksanakan inisiatif
yang selebihnya , hasil yang kita perolehi juga akan setimpal dengan usaha kita. Frasa
‘Ibarat bunga kembang tak jadi’ membawa pengertian bahawa ilmu yang dituntut masih
belum sempurna dan tidak mendatangkan berfaedah kepada diri sendiri apatah lagi jika
dikongsi dengan orang lain.
7
5.0 RUMUSAN
Tuntasnya, kesusasteraan Melayu memiliki peranan tersendiri dalam segenap aspek
kehidupan masyarakat . Kesusasteraan Melayu wajar dipertahankan bagi membentuk
masyarakat yang bertamadun . Kandungan sastera dipenuhi dengan nilai-nilai yang
berupaya menjadi panduan hidup masyarakat supaya tidak tersasar dari landasan
yang sepatutnya. Karya sastera yang berlandaskan falsafah pendidikan memberikan
pendidikan kepada masyarakat dalam mengekalkan perpaduan serta membina
sahsiah dan akhlak yang baik. Oleh itu, karya-karya sastera perlu didedahkan kepada
masyarakat demi mempertingkatkan martabatnya.
(Jumlah Patah Perkataan : 1006)
8
6.0 RUJUKAN
Ani Binti Haji Omar. (2015).Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi
Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.PENDETA–Jurnal Bahasa dan
Sastera Melayu. 5(4).
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1174/843
Dr. Hanik Mahliatussikah, S.Ag, dan M.Hum. (2015). Pembelajaran Puisi : Teori dan
Penerapan dalam Kajian Puisi Arab. Universiti Negeri Malang d/h IKIP Malang.
Md Adnan dan Normaliza Abd Rahim. (2014). Kritikan Sosial dalam Filem Melayu Zombi
Kampung Pisang. Journal of Business and Social Development. 2(2), 62-73.
Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani dan Noriah Mohamed. (2020). Analisis Semantik
Inkuisitif : Simbol ‘Bunga’ dalam Pantun Melayu. BITARA International Journal of
Civilization Studies and Human Sciences. 3(4), 036-048.
Muhd Norizam Jamian dan Shaiful Bahri Md Radzi. (2013). Kesusasteraan Melayu Tradisional
Sebagai Wadah Komunikasi Massa : Suatu Analisis. Malaysian Journal of
Communication. 31(2), 183-194.
Noor Sarah binti Abu Kassim. (2018). Puisi Endoi sebagai Instrumen Dakwah untuk
Pembangunan Insan. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN). 6(ISSN :
2289-5000), 241-276.
Rozita binti Che Rodi, Hashim bin Musa dan Salmah Jan binti Noor Muhammad. (2015).
Penyemarakan Semangat Patriotisme dan Integrasi Nasional Melalui Bahasa dari
Sudut Unsur Budaya Melayu. Jurnal Bahasa Melayu dalam Konteks Budaya.
( https://core.ac.uk/download/pdf/153823724.pdf , 687-690).
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil dan Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran Akal Budi dan
Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal
of Education and Training (InJET). 1(2), 1-10.